Saturday, June 27, 2009

SUKAN PASTI KAWASAN KANGAR


Sat jangan tarik lagi...semangat lebih sangat...


Tarik kuat-kuat adik upih tu...nanti menang dapat hadiah


Jaga-jaga lari dalam guni adik...guni tu besar nanti lemas...


Sedapnyee adik makan...tak ajak abag makan sekali ke??


amacam nanti kami glamor...dapat bergambar dengan YB

Thursday, June 25, 2009

APA-APA AJE ADA DI SINI…



Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai dan berada di kedudukan strategic antara timur dan barat.Maka tidak hairanlah pelabuhan-pelabuhan yang berada di Penang,Klang dan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan termaju di Asia mahupun di dunia memonopoli perairan Selat Melaka.Kemajuan ini sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara selain Petronas.Namun pada masa ini seluruh Negara di dunia ini mengalami krisis ekonomi yang dahsyat sejak 60 tahun PBB di tubuhkan (sumber dari TV3).Sepertimana biasa krisis ekonomi ini berlaku setiap 10 tahun sekali,maka dengan situasi ini semua ketua-ketua Negara mengeluarkan dana khusus untuk menyuntik pertumbuhan ekonomi Negara masing-masing.Malaysia adalah Negara membangun yang tidak terkecuali terkena tempias krisis ini.Maka projek-projek pembangunan yang di rancang terpaksa di tangguhkan dan ada juga di rombak untuk menjimatkan pembelanjaan Negara.

Apa yang menarik baru-baru ini kita di kejutkan dengan stadium runtuh di Terengganu yang baru setahun di bina,maka banyak pihak yang membuat andaian projek yang menelan belanja RM300 juta ini sebenarnya jauh lebih kecil dan selebihnya di bahagikan sesame mereka.Maka sudah tentu berlakunya rasuah yang besar di dalam projek mega ini.Mungkin kita melihat keruntuhan ini adalah keruntuhan biasa saja sepertimana dulu runtuhnya bangunan makmal-makmal computer di sekolah-sekolah.Sebenarnya keruntuhan projek mega ini yang semakin hari semakin rancak adalah berpunca daripada keruntuhan akhlak dan sahsiah kontraktor yang membinanya,rasuah berleluasa dengan membeli barang pembinaan yang murah tetapi di bayar dengan harga yang mahal.Kenapa berlaku sedemikian??kenapa ini berlaku dalam Negara kita yang di ura-urakan sebagai Negara islam oleh kerajaan sekarang???

Jawapannya sudah ada di fikiran kita iaitu kerajaan yang ada sekarang tidak ingin pada undang-undang islam,mereka lebih senang dan lebih mencintai undang-undang penjajah walaupun namanya islam.Betul ke pemimpin kita tidak ingin kepada ISLAM???ya,mereka tidak ingin pada Islam.Cuba kita tengok apa yang berlaku di dalam Negara kita sekarang ini,masyarakat terus di bius dengan hiburan yang melampau seperti mana yang kita lihat di dalam semua saluran TV,contohnya bintang RTM,Mentor yang berpelukan lelaki dan perempuan yang lebih teruk lagi adalah rancangan ewah-ewah yang di siarkan pada pukul 11 pagi di mana peminat dan peserta pertandingan itu boleh berjoget berpelukan dan berguling antara lelaki dan wanita yang di hoskan oleh Raja Azura yang tidak tahu malu itu.Apakah ini generasi yang pemimpin kita ingin lahirkan di suatu hari nanti??? Atau pemimpin yang di terajui oleh golongan secular ini sememangnya ingin merosakkan akhlak rakyatnya???

Rancangan versi Indonesia yang di siarkan pada pukul 2.30 dan 3.00 petang iaitu Upik Abu dan Laura dan Safina telah mengajar cara-cara bercinta-cintan di sekolah dan di usia remaja,maka dari kecil hingga tua masyarakat kita di jirus dengan racun yang membinasakan oleh kuasa pemimpin kita.Bukan itu sahaja,pada malam hari anda mesti seronokkan melihat cerita keliwon dan toyol yang sememangnya merosakkan pegangan akidah kita.Pagi petang siang malam masyararat kita di sumbat dengan rancangan dan suasana yang gila ini di bawah kerajaan yang ada sekarang.Apa lah malang nasib kita berada di bawah pemimpin yang mengaku islam tapi mencoretkan rakyatnya dengan budaya kurafat.

Apa yang pasti sekarang ini,kerajaan dan pemimpin negara kita telah berjaya melahirkan perompak,pencuri,mat rempit dan peragut yang sekarang ini mendominasi suasana kelam dalam Negara kita.Jika pemimpin kita benar-benar ingin melahirkan modal insan yang baik dan cemerlang sudah pasti kita akan melihat suasana masyarakat yang baik sekarang ini dengan kuasa pemerintahan selama 50 tahun lebih yang di pegang oleh mereka hingga kini.Tapi sememangnya mereka tidak mahu islam,mereka tidak mahu masyarakat baik kerana jika masyarakat baik dan cemerlang kelak masyarakat akan melawan mereka,begitu juga dengan pelaksanaan AUKU yang di kenakan kepada mahasiswa ini adalah untuk menyekat gelombang cerdik pandai ini dari terus menentang mereka seperti revolusi pada tahun akhir 70-an.Perkataan Islam yang di keluarkan pada bibir mulut mereka hanyalah retorik bangsat semata-mata,jika mereka betul-betul ikhlas hapuskan hiburan dan terima islam sepenuhnya.

Adakah anda bersetuju dengan artikel ini??

Saturday, June 20, 2009

ANDA MELAKUKAN INI PASTI BERJAYA


Menjadikan kedai buku sebagai lokasi pertama yang dijejaki apabila keluar membeli belah.


Sentiasa membimbit buku mahupun majalah di sisi walau ke mana juga arah dan destinasiBuku dan majalah sentiasa berada di atas paha walaupun ketika sedang menonton TV.Lantas membacanya apabila rancangan tersebut disulami iklan.


Secara automatic tangan anda akan mengambil buku di sebelah lantas membacanya ketikanya menunggu lampu isyarat berwarna merah bertukar hijau bukan biru tau.


Berasa amat gelisah tatkala jam menunjukkan pukul 11 pagi,namun akhbar harian belum lagi sempat ditatapi.

Menjadikan buku sebagai teman di saat menunggu ketibaan bas,atau pun ketika menanti ketibaan rakan.


Menerima rungutan isteri mahupun suami yang menegur anda kerana terlalu banyak membaca sehingga melupakan kehadiran mereka.

AIR DAN MANUSIA



  1. 135 juta..Dianggarkan akan mati akibat air yang tidak bersih jika tiada tindakan diambil menjelang 2020.
  2. 7 bilion..Penduduk dunia di 60 negara di jangka menghadapi kekurangan air pertengahan kurun ini.

Penggunaan per kapita air setiap hari di kawasan perumahan:

  1. 10-20 liter..di Dataran Sahara Afrika.
  2. 200 liter.. di Eropah
  3. 350 liter..di Amerika Utara

Penyakit dengan penggunaan air:

  1. 80 %..Penyakit yang berlaku di dunia ini adalah berpunca daripada air yang tidak bersih.
  2. 1.4 bilion..Kubik kilometer air di dunia yang mana 97% mengandungi garam
  3. RM 324 bilion..Anggaran pelaburan tahunan global dalam menyediakan bekalan air awam.
  4. 50%..rakyat Afrika menderita akibat penyakit taun dan cirit-birit kerana menggunakan air tidak bersih.
  5. 5 liter..Kebanyakan kanak-kanak mati setiap tahun akibat penyakit disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan berkualiti.
  6. 19 liter..diperlukan setiap seorang penduduk untuk kegunaan harian
  7. 3.7 bilion..Penduduk dunia tidak mendapat bekalan air bersih.

Saturday, June 6, 2009

RAKYAT TERUS DIPERBERUKKAN….


Sebuah rumah di tanah sawah ini turut di robohkan...kenapa jadi begini???


Hari ini hari terakhir aku berada di kampung,malam ini aku akan bertolak ke utara menyambung kembali sesi praktikal di sana.Namun yang pastinya hatiku tidak seriang dulu kerana kampung ku bakal di gondol dan dilenyapkan oleh projek pembangunan ini.Dulunya kampong ku adalah kampong yang tercantik di daerah Kuala Terengganu ini,namun kini kedamaian dan kenyamanan itu sudah di sentap rakus oleh manusia yang gilakan dunia.Merampas hak rakyat sesuka hati tanpa meminta pandangan penduduk di sini apatah lagi mengadakan dialog secara terbuka.

Apa yang pasti sekarang ini,sebahagaian rumah sudah di lenyapkan dan beberapa bidang tanah sawah sudah di kambus buat salama-lamanya,tiada lagi erti curahan air mata darah mahupun jeritan kesayuan yang berpanjangan.Kegembiraan dan keriangan telah di sentap ganas bersama jentolak dan jengkaut besi yang tidak mengenal rintihan penduduk di sini.Jika selama ini,aku dan penduduk di sini hanya melihat di TV tentang pencerobohan oleh tentera Israel ke atas bumi Palestin dan mereka sesuka hati merobohkan rumah penduduk Palestin!!!tapi kini aku dapat melihat secara langsung dari bening mikroskop mata ku sendiri rumah jiran dan waris-waris ku di robohkan oleh bangsa yang seagamaku sendiri.

Mereka bukan sahaja memperbodohkan orang kampong sesuka hati malah mereka telah memperberukkan penduduk di sini tanpa belas kasihan.Mereka memerlukan rakyat masa pilihanraya sahaja,selepas itu mereka akan membantai jiwa dan perasaan rakyat terutama penduduk di sini.Apa lah nasib orang Melayu yang terus di usir di tanahair sendiri……………bersambung


CUCU TOKKU PALOH...





Musolla yang terletak di Pengadang Baru...bertentangan dengan stesen minyak Petronas

Wednesday, June 3, 2009

KG TUAN NONG,GELUGOR RAJA.KUALA TERENGGANU bakal lenyap...


Surau yang makmur dengan pengajian kitab Penawar bagi hati,kitab musolli,kitab jauhar,kitab durussamin,kitab tauhid dll bersama Tuan Guru Ustaz Zainuddin Al-Bayasi....sedikit masa lagi akan di robohkan....


Masih banyak lagi tanah yang terbiar yang belum di bangunkan lagi...kenapa rumah orang kampung jadi mangsa kejahatan kerajaan umno??


Dulunya adalah kawasan sawah...kanak-kanak riang bermain,mungkin mereka tidak mampu berfikir macam kita...


Jengkaut yang sedang menjalankan aktiviti santai iaitu merobohkan rumah penduduk kampung...walaupun begitu bayaran yang di berikan tidak memadai...


Terbinanya dengan jutaan wang rakyat...namun telah menerima pembalasan yang setimpal...

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails