Monday, November 28, 2011

Banjir: Apa agenda media mengelirukan rakyat


Ibnu Halim,
Tanah Merah
http://4.bp.blogspot.com/_i5-K4MLrko0/TSsIQVKZpbI/AAAAAAAAfoE/zGFXz6BkMYE/s1600/AAOAHXWCAYKOYP8CA73C7W2CAP5Q9NKCA6YWVK6CAQCPRSXCAQPZZEQCAGA6OTDCAPRPMCCCAJ7XLA3CACH4O4VCAAT7FF2CAXWP2NMCA1NR5TECAXX2EI9CAS12GROCA704KLZCA56UHJ6CA5IN6Y2CAAS6TQ3.jpg

23 November 2011 yang merupakan penghulu segala hari, Hari Jumaat yang lepas telah dicemari dengan budaya kerja media yang mengelirukan rakyat melalui medan suaranya yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan.

Jam 7.00 pagi, berita RTM memaparkan berita perkembangan semasa banjir. Menyentuh banjir di Kelantan, pembaca berita menyebut berita yang menggambarkan bahawa banjir amat buruk sedang berlaku di Kelantan yang ingin dikaitkan dengan kegagalan kerajaan Kelantan mengawal masalah banjir saban tahun.

Apabila menyebut jumlah mangsa yang berpindah di Kelantan pula disebut 1800 orang tapi jadual grafik yang dipaparkan hanya menunjukkan jumlah 1,400 orang, menggambarkan media yang ingin melebih-lebih dalam memburukkan keadaan Kelantan. Walhal melihat kepada jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah jauh lebih rendah berbanding Terengganu pada masa itu, berjumlah lebih 2,000 orang, namun tidak pula disebutkan banjir sedang buruk di Terengganu.

Tengah hari, selepas Solat Jumaat saya membeleksebuah akhbar bahasa Melayu yang beredisi Kelantan. Sekali lagi terdapat perkara yang memburukkan imej Kelantan dilakukan oleh media. Membelek helaian 4 sisipan berita daerah Kelantan, berita yang agak besar di bahagian bawah melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pesan kepada rakyat Kelantan agar menyatakan pendirian dengan mengubah kepimpinan Kelantan sekarang dalam PRU-13 akan datang yang katanya ‘agar Kelantan tidak semakin ketinggalan’. Berita berkenaan menyebut seramai 15,000 rakyat hadir memberi sokongan ke majlis jamuan rakyat bersama TPM di SK Gual Ipoh, Tanah Merah pada 23 Nov yang lepas.

Namun, apabila dibelek lagi di muka 19, berita khas daerah Tanah Merah, dilaporkan berita bertajuk “18,000 memeriahkan karnival”. Pihak Umno Bahagian Tanah Merah menyatakan sejumlah 18,000 orang yang hadir dan ini adalah tanda sokongan dan komitmen rakyat terhadap Umno semakin bertambah di Tanah Merah & Kelantan.

Ini jelas berbeza dengan berita di muka yang terkedepan tadi iaitu diberitakan 15,000 orang yang hadir, namun pihak Umno Bahagian melalui media berkenaan bersikap melebih-lebih apabila menyatakan 18,000 rakyat yang hadir. Percanggahan fakta ini menggambarkan sikap media yang tidak telus dalam melaporkan berita dan kemungkinan jumlah orang yang hadir dalam majlis tersebut jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dilaporkan .

Walaupun 10,000 orang yag hadir sekalipun, pihak Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah itu kerana sebenarnya semua sekolah dalam daerah Tanah Merah telah mengeluarkan sepucuk surat yang ditandatangani Guru Besar kepada semua guru, guru Kafa, staf sekolah, dan ibu bapa pelajar yang mana menyatakan semua yang terbabit Diwajibkan Hadir (dengan tulisan Bold Hitam) ke majlis tersebut. Maka semua ibu/bapa/penjaga yang rata-ratanya masyarakat kampung di Tanah Merah ini merasakan perlunya hadir, bimbang kehadiran diambil dan tindakan akan dikenakan kepada anak masing-masing di sekolah nanti. Tidak dikira lagi dengan semua guru yang sememangnya akan dikenakan tindakan sekiranya tidak hadir, maka tidak hairanlah walaupun ramai orang yang hadir.

Membelek halaman lain, terjumpa berita bertajuk “Banjir Kelantan Paras Bahaya”. Apabila dibaca berita lanjut dalam artikel berkenaan, berita mengatakan air sungai utama di Kelantan berada pada paras amaran dengan jumlah mangsa perpindahan banjir seramai 1,184 orang.

Langsung tidak menghuraikan tajuk utama, “Banjir Kelantan Paras Bahaya”. Namun, dalam artikel dibawah tajuk yang sama, dipaparkan air sungai di beberapa lokasi di Terengganu dilaporkan Melebihi Paras Bahaya dengan mangsa perpindahan banjir seramai 2,402 orang (jauh lebih ramai berbanding Kelantan). Secara jelas berita ditulis air sungai di Terengganu berada pada paras melebihi tahap berbahaya berbanding Kelantan hanya pada paras amaran dan sepatutnya berita tersebut bertajuk “Banjir Terengganu Paras Bahaya”.

Hanya kerana Kelantan dibawah pimpinan ulama’ dan Terengganu di bawah pimpinan nasionalis (Umno), maka berita dilaporkan sedimikian rupa. Sekali lagi secara jelas media melebih-lebih dalam memburukkan imej & keadaan di bawah kepimpinan ulama’ Kelantan.

Seterusnya, selepas pulang Solat Isya’ di masjid, saya membuka saluran TV3 menonton siaran Buletin Utama bagi mengetahui isu semasa negara tercinta ini. Sekali lagi pada hari ini berita mengelirukan rakyat dikeluarkan oleh media Malaysia. Berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan “Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Majlis Bekwoh Anak Kelate 2011 bersama Pemimpin-Pemimpin Kelantan pada 26 Nov 2011, Sabtu di Stadium Putra, Bukit Jalil”. Saya yang pada mulanya bersangka baik kepada TV3 memikirkan TV3 sanggup mengiklankan program kerajaan negeri dalam siaran berita mereka. Namun apabila disiasat, kawan saya memaklumkan bahawa majlis tersebut sebenarnya adalah Majlis Perhimpunan Ahli Umno Kelantan bersama pemimpin pengkhianat Kelantan yang bermimpi memerintah Kelantan sejak 2 dekad yang lalu iaitu Dato’ Mustapha Mohamad & Awang Adek serta dihadiri seorang Menteri jemputan, Dato’ Shabery Chik.

Keesokan harinya, (26 Nov) saya menonton Buletin 1.30 TV3. Sekali lagi iklan majlis tersebut diiklan dalam TV3, bagaikan TV3 ini adalah media rasmi Umno walaupun umum mengetahu TV3 adalah media swasta. Satu lagi perkara menyakitkan hati selaku rakyat Kelantan apabila berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan “Banjir Kelantan Semakin Buruk”. Namun tidak sampai 5 minit kemudian pembaca berita membacakan berita berbunyi : “Banjir di Kelantan semakin pulih….”. Secara jelas, sekali lagi percanggahan berita diberikan kepada rakyat Malaysia dalam satu berita yang sama, sama seperti berita dari akhbar yang saya ceritakan tadi.

Sungguh keji etika kewartawanan dan kebebasan media yang diamalkan para media negara ini apabila banyak memutar belitkan fakta dengan niat mengelirukan rakyat. Mereka ini tidak mengambil iktibar terhadap peringatan yang diberikan di mana setiap tulisan dan perbuatan mereka walau baik dan buruk akan dicatat oleh malaikat dan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Semoga Allah dapat menunjukkan yang hak & menjatuhkan yang batil suatu hari nanti. Insya-Allah...

Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci ,


Sempena sambutan maal hijrah, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru anak-anak muda supaya bangkit dari tidur yang panjang.

Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan dalam perutusan yang dikeluarkan semalam berkata, kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.

Katanya,kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.

“Setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt.

“Bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerja menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang .

“Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci,” kata Nasrudin.

Menurutnya, hijrah kaya dengan kisah pengorbanan sama ada nyawa dan harta.

Sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan diadakan di Putrajaya pagi tadi. -BO

UMNO Terengganu bayar RM100 seorang untuk undi olok-olok (Gambar)


lensahandphone
UMNO Terengganu dalam usaha mengekalkan Terengganu kepada BN selepas melihat PAS Terengganu yang kian gigih melaksankan program dalamnya telah mengadakan pilihan raya olok-olok atau dikenali juga plihan raya simulasi.

Pilihanraya ini adalah bertujuan melihat kekuatan K10 dan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya sebenar.

Pengundi-pengundi sasar telah dihantar surat secara rasmi untuk datang mengundi. Selain daripada diberikan makan dan minum, pengundi juga diberikan wang saku sebanyak RM100 seorang.

Manakala setiap pertugas dalam simulasi ini diberikan imbuhan sebanyak RM350.00 seorang.

UMNO Terengganu dikatakan telah memperuntukkan belanja RM2 juta untuk pilihan raya olok-olok ini sahaja. Dalam satu kenyataan secara tak rasmi Zubir Embong telah mempertikaikan belanja yang dikatakan besar sedangkan dalam masa yang sama rakyat sedang mengalami kesukaran diakibatkan oleh banjir.

Pemuda Dungun

Isu Lembu : Shahrizat Dah Menghilangkan Diri..Siapa Tahu Dimana Dia Sekarang??


Semenjak Lembu Keluarga Shahrizat menjadi isu hangat seantero dunia..pemilik NFC Datuk Salleh cuba menegakkan benang yang basah namun tidak berjaya. Hampir berbuih mulutnya bercakap umpama buih mulut datuk sabery chik ketika berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari.

Ketika lembu-lembu milik keluarga Shahrizat lena diulit mimpi indah di kondominium menerung, Datuk Shahrizat pula lari entah dimana, menyepi tanpa berita, sepatah kata pun tiada. Rasa Sk Datuk Shahrizat ni bisu agaknya.

Datuk Shahrizat dah cabut lari kemana?? Kalau ada sudah tentu dengar suaranya, lantang bersuara bila menghentam musuh politik, nampak kelibat berbibir merah berjambul didepan. Takkan senyap aje Datuk?? Duit Rakyat yang 'dikebas' takkan nak habiskan sorang-sorang? RM250 Juta..banyak tu datuk. Golongan marhaen seperti Sk ni tak pernah merasai duit sebanyak tu. Tapi bila dapat pada menteri yang tak amanah rasa macam kecil nilainya.

Sk sebelum ni pun pernah jugak menceburkan diri dalam bidang penternakan, tapi hayat projek tak panjang musnah di tengah jalan akibat tiada dana untuk menyambung nyawa, dana pinjaman tekun, Bank Pertanian tak diluluskan, maybe Sk tiada berjawatan besar sebagai sandaran. Tak terfikir pulak ada satu lagi tempat yang boleh meng ‘aprove’ kan pinjaman tanpa bayaran balik. Kerja mudah!!!

Kerusi Lembah Pantai yang menjadi idaman datuk janganlah diimpikan lagi. Selagi tiada penyiasatan dilaksanakan, gunakanlah pitih yang dikebas untuk bersuka ria. Tapi Awas!!!! Habuan dunia memang sedap, habuan akhirat akan menyusul nanti.

Kemana agaknya Datuk mami ini menghilangkan diri?? Kemana engkau menyepi?? Adakah Datuk Najib telah ‘zip’ kan bibir merah Shahrizat?? Satu persoalan...

Berani kerana benar, takut kerana salah. -SK

Sunday, November 27, 2011

LEBIH INDAH JIKA KELANTAN DIBAYAR ROYALTI


29 Dzulhijjah 1432 H | 26 November 2011

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa urusan kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan pasti menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, disifatkan sebagai salah satu bukti jelas pengkhianatan Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan selama ini.

Sebaliknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau patut malu kerana membuat kenyataan seperti itu kerana ia jelas memperlihatkan sikap sebenar para pemimpin Umno BN yang tidak bertanggungjawab dan ingin lari dari melaksanakan tanggungjawabnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan kenyataan Muhyiddin itu jelas menunjukkan Umno BN sengaja tidak mahu membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan perbezaan parti, sekaligus bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.

"Sememangnya amat memalukan jika seorang Timbalan Perdana Menteri tidak memahami perkara itu sehingga tergamak membuat kenyataan sedemikian.

"Disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, BN sanggup menganiaya rakyat Kelantan sehingga tergamak memejamkan mata dengan perjanjian pembayaran royalti yang telah pun sah dimetrai sejak tahun 1975 lagi.

"Pada hal Kerajaan Persetuan tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Ini bukan sekadar satu pelarian tanggungjawab, tetapi juga satu perlanggaran terhadap konsep federalisme," tegasnya.

Friday, November 25, 2011

'Transformasi' Najib menuju diktator



Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.

Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.

Menurut beliau, jika di bawah Akta Polis 1967, sekurang-kurangnya hanya perhimpunan di tempat awam yang dikenakan permit, tetapi di bawah akta baru ini mensyaratkan semua perhimpunan walaupun di premis persendirian atau disewa perlu diberikan notis makluman awal kepada polis 30 hari sebelum tarikh himpunan yang dicadangkan itu hendak dibuat.

Katanya, Seksyen 9(5) Akta itu pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000.00 sekiranya tiada notis awal diserahkan kepada polis sebelum perhimpunan tersebut diadakan.

"Peruntukan itu amatlah tidak munasabah kerana kebanyakan himpunan aman rakyat adalah berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Itulah prinsip demokrasi dan hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, menurutnya, tetapi malangnya hak-hak yang masih berbaki sedikit itupun cuba dihapuskan sepenuhnya oleh kerajaan Umno (Barisan Nasional).

"Inikah transformasi yang dibangga-banggakan oleh Perdana Menteri atau transformasi yang dibuat hanya untuk mengubah negara menjadi negara diktator dan kuku besi?" ujarnya.

Akta baru itu juga, tegasnya, melarang individu di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman dan ini tentulah merujuk secara khusus kepada para mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi negara.

"Sudahlah para mahasiswa dikongkong teruk oleh AUKU, sekarang akta drakonian yang baru diperkenalkan ini pula meragut terus hak-hak asasi mereka untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman.

"Kerajaan BN benar-benar memperlekeh dan memperbodohkan terus keintelektualan para mahasiswa dan mahasiswi kita," tambah beliau.

Manakala Seksyen 21(3) akta itu, tegasnya, membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.00, jumlah yang sangat tidak munasabah berbanding RM2000.00 sekarang, sedangkan kesalahan berhimpun bukanlah satu kesalahan jenayah yang serius.

Katanya, banyak lagi peruntukan lain yang tidak munasabah dimasukkan di dalam akta baru itu, manakala segala kelemahan yang berlaku itu disebabkan sikap ego kerajaan yang enggan mendengar pendapat ramai supaya segala undang-undang baru yang hendak digubal yang berkaitan hak-hak asasi rakyat patut dirunding secara konsultasi bersama.

Juham mengecam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berpandangan akta tersebut hanya seperti menanam tebu di tepi bibir, manis di mulut tetapi hakikatnya membawa bencana dan mala petaka besar kepada hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Akta ini jelas mengongkong kebebasan rakyat untuk berhimpun dengan sekatan dan syarat-syarat yang amat zalim, tidak munasabah dan tidak pernah difikirkan oleh rakyat yang waras," tegasnya.

Juham menggesa agar kerajaan menarik balik akta itu dengan segera dan berunding dengan rakyat terlebih dahulu sebelum memperkenalkan apa-apa undang-undang yang zalim seperti itu dan menyekat kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Kabinet arah semak semula Bil Perhimpunan Aman


Kabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut.

azlan
Najib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu.

Dalam mesyuarat kabinet hari ini, sumber itu berkata, Najib memberi beberapa cadangan dan mengarahkan Nazri mengambil langkah perlu mengenainya.

Sumber itu berkata walaupun rang undang-Undang itu jadual dibahas di Dewan Rakyat Selasa ini, tetapi pindaan masih boleh dibuat di peringkat jawatankuasa.

Sumber itu berkata, antara lain, peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis, akan disemak semula.

Tetap haramkan demo jalanan

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia dicadangkan bahawa notis 30 hari itu dikurangkan kepada 10 hari.

Bagaimanapun, sumber itu menegaskan Kabinet masih tetap dengan pendiriannya tentang pengharaman demonstrasi jalanan.

Sementara itu, ekoran bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pembangkang dan badan masyarakat sivil, Pemuda MCA hari ini menggesa kerajaan supaya memendekkan tempoh notis 30 hari untuk mengadakan perhimpunan, seperti terkandung dalam rang-rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, ia menyokong peruntukan yang akan menggantikan syarat sekarang yang memerlukan permit polis dengan pemberitahuan awal.

NONE
Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong (kanan) menggesa kerajaan menjelaskan keperluan tersebut, sama ada notis itu perlu dikemukakan kepada pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan atau dalam tempoh 30 hari.

Walaupun rang undang-undang itu memberikan ruang yang lebih banyak berbanding dengan Seksyen 27 Akta Polis, Wee memberitahu sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat sayap Pemuda MCA hari ini, bahawa kerajaan perlu menjelaskan butir-butir mengenai rang undang-undang itu.

Tempoh yang munasabah untuk memberi notis kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan, hendaklah dalam masa lima hingga tujuh hari kerana notis 30 hari terlalu lama untuk sebarang perhimpunan yang mahu diadakan berdasarkan isu-isu semasa.

Modern day 'Bad-mâsh'


Dr Muzaffar Iqbal
November 25, 2011

In the era before the global rise of terror, the small-time terrorist was called a “bad-mâsh”. This was the appellation of the one who established his writ on the neighborhood by brute force. The bad-mâsh had a say and a cut in every sale of property and other monetary transaction in his realm, and he was feared by all and respected by none. He was untouchable not only because he had arms, but also because he was in league with local police (which received its share in his ‘business’). Each bad-mâsh had his own territory. Small bad-mâshs joined hands with bigger bad-mâshs, who, in turn, made alliances with each other. They seldom fought with each other and respected each other’s territories.

In the middle of the eighteenth century, a very large part of the world started to turn into fiefdom of the bad-mâshs who arrived as traders. They were mostly from Britain and France, although the Dutch and Italians had their share in certain areas. Despite the difference in their nationalities, for the natives of Africa and Asia, they were all “white men”. The white men quickly established small coastal trading posts. For a while, they struggled with each other for territorial gains, but soon settled their affairs and within three decades their small scale coastal trading posts had transformed into large inland fiefdoms.

In August 1797, the most dramatic bad-mâsh of the era proposed a military expedition to seize Egypt, which had been a province of the Ottoman Empire since 1517. His pretext was protection of French trading interests. He also contrived additional reasons: attack on British commerce, undermining of Britain’s access to India and the East Indies.

By March 1798, the French Directoire had agreed to his plan. On July 1, 1798, he had landed at Alexandria with 40,000 troops. The Englishmen were taken by surprise as were the Ottomans; the great grab had started in earnest. The rest, as they say, is history.

By the middle of the nineteenth century, the two super powers of Europe had fully established their bad-mâshsi. The locals had been deemed subhuman species who needed to be civilized. The church joined hands with the bad-mâshs for civilizing of the natives and hordes of missionaries started to arrive in the Orient. Although Britain had larger territory, it was Napoleon, and not the Brits with their poor imagination, who devised a game plan for establishing bad-mâshsi which has needed only minor tweaking during the last two centuries and which continues to work for the new bad-mâshs of the twenty-first century.

Napoleon had arrived in Alexandria at night. At 2 am, he set off marching in three columns, arriving beneath Alexandria’s walls and ordering an assault; the locals fled in terror. Napoleon lost no time in establishing his writ with a proclamation which has been repeated in Afghanistan, Iraq, Libya and so many other places since that fatal day when he told the Egyptians that for too long the Beys who govern Egypt have mistreated them and insulted them as well as the French nation and that he had come to restore their honor.

“For too long this horde of slaves, bought in the Caucasus and Georgia, have tyrannized the most beautiful part of the world; but God, on whom all depends, has ordained that their empire shall end. People of Egypt, they have told you that I come to destroy your religion, but do not believe it; I have come to restore your rights, punish the usurpers and that I respect God, his Prophet and the Koran more than the Mameluks. Tell them that all men are equal before God; wisdom, talents, virtues are the only things to make one man different from another... Is there a more beautiful land? It belongs to the Mameluks. If Egypt is their farm, then they should show the lease that God gave them for it...Qadis, Shaykhs, Imams, I ask you to tell the people that we are true Muslims too. Wasn’t it us who destroyed the Knights of Malta? Wasn’t it us who destroyed the Pope who used to say that he had a duty to make war on Muslims? Wasn’t it us who have at all times been friends to the Great Lord and enemies to his enemies? ... Thrice happy are those who will be with us! They shall prosper in their fortune and in their rank. Happy are those who will be neutral! They will get to know us over time, and join their ranks with ours. But unhappy, thrice unhappy, are those who shall arm themselves to fight for the Mameluks and who shall fight against us! There shall be no hope for them, they shall perish.”

Napoleon’s plan called for local recruits; he got plenty of them. He divided Egyptians, showered gifts and money on some, imprisoned and killed others. He burned entire villages which arose in resistance and, most of all, he set his scholars to work to find ways to transform the natives into his own image.

The Englishmen were doing the same in the Indian subcontinent and elsewhere. They established an empire upon which the sun did not set. Both the French and the Englishmen did this in exactly the same manner in which bad-mâshs establish their fiefdoms.

They are still doing it. They decide who can and who cannot have nuclear weapons. They dictate which country should have democracy and which country should be allowed to suffer the fiefdom status; they impose sanctions on one country and sell billions of dollars of weapons of mass destruction to another. They arrive on their high-flying bombers over the sky of a country to implant democracy if the country has sweet light crude, but they turn away their faces from another country where the sweet light crude is not available. They have been doing this bad-mâshsi for so long that they have forgotten how not to do it. There is no stopping them, at least not in the foreseeable future.

Paya terbaru Umno: NFC – cerita penuh yang belum didedahkan

Paya terbaru Umno: NFC – cerita penuh yang belum didedahkan

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan keadaan kucar-kacir yang dibuat oleh keluarga Shahrizat Jalil berkenaan kejatuhan Gemas-NFC yang bernilai lebih RM250juta. Usaha bersemangat beliau hanya dijejaskan apabila "lembu" yang dibeli bukan seperti yang dilaporkan pada mulanya tetapi dua kondominium. Ini telah diakui oleh Salleh Ismail, bos NFC dan suami Shahrizat sendiri.

Maka tidak masuk akal bagi Khairy untuk membuka mulutnya lagi, beliau tidak sedar sehingga beliau melihat senyuman di wajah 'kawan-kawan'. Beliau mungkin telah benar-benar terkejut selepas itu, tetapi sebenarnya semua orang membuat justifikasi bodoh, malah orang yang paling bijak di dunia membuat keputusan bodoh. Perkara yang terbaik ialah: lebih bijak mereka fikir diri mereka, lebih keras mereka membuat anda ketawa.

Niat tersembunyi

Namun, apabila Khairy Jamaludin mempertahankannya, beliau tidak cuba untuk menjadi pintar; beliau mementingkan diri sendiri mungkin kerana untuk melindungi dirinya daripada akibat kejatuhan Shahrizat dan juga melindungi bapa mertuanya. Mengapa? Kerana ia adalah sepanjang tempoh Abdullah Badawi sebagai Perdana Menterilah keseluruhan skim membuat wangnya dilahirkan dan dilaksanakan.

Khairy ketika itu merupakan ketua bagi orang bodoh di tingkat keempat, di mana idea tersebut telah dipromosikan olehnya selepas Kementerian Pertanian yang ketika itu diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkannya. Badawi ketika itu cuba untuk mempelbagaikan ekonomi dengan mengubah pertanian ke dalam perniagaan sebenar, oleh itu slogan "Pertanian itu Perniagaan" atau Pertanian juga Perniagaan muncul di papan iklan di seluruh negara. Seseorang boleh mengandaikan dengan selamat bahwa ini adalah idea Khairy. Tidak hairanlah beliau mempertahankannya seolah-olah ia adalah projek kesayangannya!

Malah, Muhyiddin telah melawat NFC di Gemas untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dengan projek ini pada 23 Jun 2011. Di ladang itu, pelawat yang dibezakan diberitahu bahawa "Ia adalah satu tanggapan salah bahawa pertanian tidak menguntungkan. Kami juga mahu menunjukkan bahawa Malaysia mampu menghasilkan daging lembu berkualiti tinggi," Malay Mali telah melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif NFCIzran Salleh sebagai berkata demikian. Izran, bersama-sama dengan abangnya Izmir dan kakak Izzana, telah menubuhkan ladang lembu merekadi atas tapak 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 2008.

Malangnya kejatuhan yang tak dpt dipertahankan dan apa yang keluar dari mulut Khairy bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga kedengaran agak bodoh. Pertahanan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian Noh Omar adalah separuh benar, menyebabkan lebih banyak soalan daripada memberikan jawapan. Kemudian Badawi masuk campur tanpa memberi sebarang fakta berkaitan seperti biasa, dan akhirnya, Muhyiddin sendiri putus asa dengan cubaan untuk menerangkan. Dia dengan sombongnya memberitahu rakyat untuk membuat kesimpulan mereka sendiri.

Cuma sekawan lembu?

Sementara UMNO cuba untuk mempertahankan NFC yang gagal, menggambarkannya sebagai satu kejayaan melalui media, seseorang boleh membuat kesimpulan mudah dari klip video yang disiarkan melalui syarikat-syarikat televisyen UMNO yang menunjukkan Cuma sekawan lembu yang mereka ada di seluruh 5,000 ekar ladang. Ia amat nyata bahawa semuanya kurus, lembu-lembu tersebut jelas kekurangan makanan walaupun dengan pinjaman RM250 juta lembut.

Nampaknya tidak ada sesiapa dalam BN-UMNO mahu mengambil tanggungjawab dan Najib cukup gembira tidak menggali jauh ke dalam perkara itu kerana ini telah memberikan kepadanya beberapa kelebihan berbanding Muhyiddin. Ya, TPM mendapat kesan-kesan negatif kerana beliau adalah MenteriPertanian ketika itu. Tetapi Najib – jika beliau fikir beliau tidak perlu bertanggungjawab - juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Malangnya, masalah rakyat Malaysia dengan Najib masih ada – beliau benar-benarseorang pemimpin yang paling tidak bertanggungjawab dan mengambil berat hanya tentang glamor dan keseronokan peribadi.

Shahrizat dan keluarganya benar-benar bernasib baik kerana mempunyai Najib sebagai Perdana Menteri. Shahrizat juga sedar bahawa NFC akan dipertahankan dalam semua keadaan kerana ia akan menjadi paya UMNO. Wakil-wakil yang menghadiri perhimpunan tahunan Disember pasti akan menuntut untuk tahu bagaimana projek itu akhirnya diberikan kepada keluarganya? Mengapa pembida lain bagi projek Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Australia, menarik diri daripada skim ini? Itu adalah satu lagi kisah yang akan diberitahu pada hari yang lain, diharap bersabar.

Siapa semakin kaya, siapa semakin miskin

Sekarang semua orang cuba untuk menjauhkan dirinya dari kejatuhan. Noh Omar baru-baru ini memberitahu kita bahawa pinjaman RM250 juta adalah tidak dirujuk kepada Kabinet. Tetapi Kabinet mana? Kabinet Badawi atau Kabinet Najib?

Keseluruhan kisah ini telah mendedahkan warna sebenar BN-UMNO dan menteri-menteri Malaysia. Malangnya, kerajaan UMNO-BN tidak mempunyai idea bagaimana untuk menyelamatkan NFC atau apa yang perlu dibuat dengannya. Perkara yang mudah dilakukan yang merupakan norma bagi kerajaan UMNO-BN adalah untuk memberhentikan NFC. Adakah ini bermakna keluarga Shahrizat akan menjadi RM250juta lebih kaya dan rakyat RM250juta lebih miskin?

Tiada siapa yang akan tahu sehingga audit yang menyeluruh dijalankan. Jadi ini adalah mengapa siasatan yang sewajarnya perlu dijalankan. Malangnya, selepas RCI Teoh Beng Hock, tidak ramai yang mempunyai kepercayaan dalam mana-mana institusi lagi. Ia kelihatan seperti lebih banyak wang rakyat akan dicampakkan, bukan ke dalam longkang, tetapi sudah tentu ke dalam tahi lembu di Gemas.

Malaysia Chronicle

PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.

Pemuda tampar muka Menteri Pertanian



HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.

NEW DELHI: Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.

Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.

Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.

“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu.
-Agensi-

Thursday, November 24, 2011

Kelantan harap Pusat kembalikan bantuan perkapita


Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 24 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berharap sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di negeri ini berterusan pada setiap tahun.

Bahkan, katanya sumbangan yang dilakukan itu tidak hanya kerana hampir dengan pilihan raya atau mempunyai tujuan tertentu.

“Kita tidak tahu niat sebenar Kerajaan Persekutuan itu, sebab itu kita harap supaya sumbangan ini menjadi permulaan kepada sumbangan-sumbangan berterusan pada setiap tahun.

“Dan tidaklah dibuat hanya kerana nak pilihan raya atau kerana tujuan-tujuan tertentu, itu harapan kita,” katanya mengulas sumbangan RM100,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Bantuan Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu disampaikan pada majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Jabatan Pelajaran Kelantan, guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Lembaga Pengelola Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri mengaku tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang ‘bentuk sumbangan’ itu.

“Sumbangan RM100,000 itu diberikan terus kepada sekolah. Kita sendiri tidak tahu. Tidak pasti bahawa ini bentuk apa, sama ada perkapita atau itu sumbangan ‘bantuan modal’.

“Ini kerana sebelum diberhentikan (bantuan oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di bawah Yik dahulu), terdapat beberapa bentuk sumbangan kepada sekolah agama di Kelantan.

“Pertama sekali, sumbangan perkapita, sumbangan lain ialah sumbangan ‘bantuan modal’,” katanya.

Pada hemat beliau, sumbangan RM100,000 itu bukan perkapita kerana ia mestilah berdasarkan jumlah ramai pelajar.

“Namun harapan kita bahawa sumbangan yang diberikan ini, tidak berlaku untuk hari ini saja, dan bukan untuk sekali ini saja, tetapi biarlah yang paling penting mengembalikan peruntukan perkapita seperti mana pernah diberikan Kerajaan Persekutuan satu masa dahulu.

“Jadi hak peruntukan perkapita itu kita meminta supaya dikembalikan. Pada hari ini, ini tidak dikembalikan apa yang kita minta, namun kita berharap kalau boleh sebagai ‘permulaan’,” ujarnya.

Perkasa Jakim

Selain itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkasakan peranannya.

Ini kerana, kata Mohd Amar, walau pun Jakim kini mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan, namun ia terikat, tidak mempunyai kuasa penuh, bahkan tidak ada penguasaan.

Katanya, Jakim kini hanya boleh memberi pandangan dan merancang program tetapi dari segi kuasa untuk menguatkuasakan dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam, hampir tidak ada.

“Jadi kalau Kerajaan Persekutuan serius untuk menangani gejala-gejala yang negatif kepada agama Islam dan kepada masyarakat Islam di negara ini, kita meminta supaya peranan Jakim diperkasakan dan peruntukan kepada jabatan ini dipertingkatkan lagi.

“Bahkan pegawai-pegawainya ditambah dan diupgredkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada; barulah dirasakan ada kesannya,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan supaya Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diusahakan untuk dipertingkatkan, dinaiktarafkan serta diperkasakan peranannya.

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails