
Pengembaraan bermula di sini melalui jalan Alor Star-Kangar,kelihatan sawah padi mula menguning,teringat akan suasana kampung di Terengganu.

Tuuudia...durian sudah mai,teringat dengan satu ungkapan 'apabila orang balik batu kat kita,kita kena baling buah kat depa'...tapi jangan pilih buah durian untuk balas baling kat depa na,nanti tak pasal-pasal masuk hospital Sultanah Bahaiyah.

Menikmati suasana negeri Kedah yang sejahtera,memang sejahtera di bawah Kerajaan PAS,rasailah sendiri suasana ini apabila berkunjung ke Negeri Kedah dan jangan lupa singgah RFC na.

Setelah 4 jam 23 minit perjalanan,akhir sampai di pintu masuk Universiti Teknologi Petronas,tiba-tiba teringat pasal royalti yang di rampas,tapi bukan salah petronas...yang salah adalah kerajaan pusat.

Suasana malam di depan pintu masuk UTP,menunggu sahabat seperjuangan belum tiba.

Akhirnya kami di tahan pak polisi,terkezut jugak apabila tiba-tiba je pak polisi mintak IC,tapi tidak mengapa pak polisi nak tengok gambar hensem dalam IC kami je.

Program anak negeri Terengganu berjalan dengan lancar dan licin

Sebelum bertolak pulang,kami mengambil keputusan untuk melawat suasana ilmu di dalam UTP,cukup memukau pada reka bentuk perpustakaan nya.

Bangunan ini di antara yang tercantik dan pernah memenangi anugerah Aga Khan.

Masjid UTP yang penuh dengan kedamaian
No comments:
Post a Comment