Wednesday, August 25, 2010

Cara untuk menangkap ayam dan arnab

Mata di tepi sememangnya memberi ruang pandang yang lebih luas. Kuda, misalnya, memiliki sudut pandang sekitar 150 darjah, sehingga untuk melihat tubuhnya kuda mesti menoleh. Akan tetapi, sudut pandang itu lebih lebar dibandingkan milik manusia, yang hanya 120 darjah.

Walapun begitu, mata di tepi kalau tidak ditunjang dengan koordinasi penglihatan yang lengkap, akan sia-sia belaka. Sebabnya, mata bertugas memantau dan mengirim data ke otak.

http://media.vivanews.com/thumbs2/2010/07/30/93677_ayam--pinguin--di-china_300_225.jpg

Jika kedua mata tidak boleh bekerja sama dengan baik, terpaksa otak mengolah data kiriman mata secara terasing. Inilah yang menimpa ayam. Meskipun matanya di tepi, kerana koordinasi penglihatan sedikit sonsang, ayam hanya boleh memanfaatkan satu matanya sekali pandang. Jadi jika ingin menangkap ayam, tangkaplah dari salah satu sisinya.

Pernah mencuba menangkap arnab? Dengan mengendap-endap kita mengikuti gerak-geri arnab. Anehnya dia tahu kalau di ekori dengan pantas arnab akan terus lari.

http://3.bp.blogspot.com/_8cguPQyyu9k/SprRH1cH4jI/AAAAAAAAAF0/_0KbeuKHeWs/s320/1rabbitdutchC.jpg

Apakah arnab mempunyai radar di punggungnya? Ternyata, berdasarkan penelitian, satu mata arnab memiliki sudut pandang sekitar 180 darjah lebih sedikit daripada kuda. Bemakna dengan kedua matanya ia boleh melihat sekeliling tempat ia berada tanpa berpaling.

Oleh itu, bagaimana harus benrtindak pada radar mata seperti itu? Ternyata mudah saja. Kita harus meniru lalat yang boleh hinggap di hidung arnab tanpa diketahui. Kuncinya mengendap-endap dari depan.
Begitulah, meskipun boleh melihat sekeliling, tapi kerana mata arnab berada di sisi kiri dan kanan kepalanya, arnab tidak boleh melihat hidungnya. Melalui jalur hidung inilah lalat biasanya 'parking' dari pandangan mata si arnab.Maka kita mesti bertindak untuk menangkap arnab melalui arah hidung arnab itu.

selamat mencuba...tapi awas jangan duk kebas arnab orang lain na.

1 comment:

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails