Thursday, November 4, 2010

Kajian menunjukkan umur perempuan lebih panjang berbanding lelaki

Kenapa wanita memiliki usia rata-rata yang lebih panjang dibandingkan lelaki? Hasil kajian terbaru menunjukkan, wanita dapat hidup bertahan lebih lama kerana sel-sel tubuh mereka lebih baik berbanding lelaki dalam hal memperbaiki diri.


Dalam laporan yang diterbitkan Scientific American pada November ini, Professor Tom Kirkwood dari Newcastle University, Inggeris, menyatakan, tubuh wanita secara genetik memiliki mekanisme lebih baik dalam hal perbaikan sel-sel rosak demi melahirkan keturunan yang sihat.

Kirkwood dalam sebuah wawancara lalu menyebutkan, fakta itu membuat tubuh lelaki secara biologi terkesan "sekali pakai" (disposable) dan oleh sebab itulah Kaum Adam meninggal di usia lebih muda.

Kirkwood menyatakan, tubuh lelaki bersifat "sekali pakai" kerana gen-gen mereka telah diturunkan kepada generasi berikutnya. "Teori ini sekarang sudah dapat diterima secara luas. Penuaan tidak diikuti oleh waktu," kata Kirkwood.

Menurut teori yang berkembang, proses penuaan dalam tubuh diatur oleh gen-gen yang menentukan tingkat pemeliharaan yang memperbaiki kerosakan sel. Sebagian besar kerosakan tersebut tidak dapat dihindari dan timbul akibat radikal bebas.

Kerosakan ini dapat mencederai DNA sel ataupun membran sel yang seharusnya diperbaiki. Beberapa kerosakan juga disebabkan oleh faktor dalaman seperti kebiasaan merokok. Dalam teori Kirkwood, penuaan adalah sesuatu yang tidak diprogram sebelumnya kerana gen-gen yang memperbaiki sel dapat diperbaiki.

Di Inggeris, perbezaan angka harapan hidup lelaki dan wanita ketika ini semakin tipis, yakni sekitar 4.2 tahun (turun dari 6 tahun selama kurun waktu 27 tahun terakhir). Bayi laki-laki dapat hidup hingga usia rata-rata 77.7 tahun, sedangkan bayi perempuan dapat bertahan hingga 81.9 tahun.

Perbezaan ini diduga kerana tingginya rata-rata penyakit jantung dan risiko hidup yang harus ditanggung seorang lelaki. Hormon estrogen juga dilihat melindungi perempuan dari penyakit jantung.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails