Isteri Muhammed Mursi, Najla Mahmud
REPUBLIKA.CO.ID, Najlaa Ali Mahmoud rasmi menjadi wanita pertama bagi rakyat Mesir. Namun, ia tak mau disebut  wanita pertama. Najlaa lebih memilih sebutan pelayan bangsa.
Isteri  Presiden Mesir yang baru terpilih, Mohamed Morsi itu berbeza dengan  Suzanne Mubarak. Najlaa memilih hidup sederhana dan bersahaja.
Sebagai surirumah, Najlaa memilih memakai abaya, sehingga mencerminkan perempuan kebanyakan di negara Piramid itu.
Inilah fakta menarik tentang kehidupannya:
Tentang Ikhwanul Muslimin:
"Dr  Mursi bergabung dengan Ikhwanul Muslim 31 tahun yang lalu, apabila kami  tinggal di Los Angeles. Anggota gerakan tersebut sangat terbuka dan  menjelaskan bahawa penglibatan dalam gerakan berisiko penjara, dan salah  satu hal yang penting adalah bahawa isteri setuju dengan jalan hidup  tersebut sehingga rumah tangga tidak goyah.''
''Bagi  kami, keluarga adalah sangat penting. Jadi, jika sang isteri tidak  mampu menghadapi jangkaan-jangkaan tersebut, maka anda tidak akan  dipaksa menyertai. Dr Mursi datang pada saya dan mengatakan bahawa  dengan bergabung menjadi anggota Ikhwanul Muslimin ada risiko penjara  dan hilang pekerjaan. Semua itu terjadi pada saat kami masih di Amerika. Saya katakan padanya, 'Tidak ada masalah. Tidak ada masalah. Mari kita jalani, Insya Allah."
Pesannya kepada golongan Kristian Koptik di Mesir.
"Saya ingin mengatakan bahawa kita ada di tanah air yang sama, keturunan yang sama. Islam  tidak membezakan antara Muslim dan Kristian. Sebaliknya, kami belajar  bahawa dalam Islam, umat Islam dan Kristian mempunyai hak penuh yang  sama di negara yang sama. Mereka mempunyai apa yang kami punya, dan kita  semua mempunyai kewajipan yang sama. Saya peribadi mengenal ahli  masyarakat beragama Kristian, baik perempuan maupun laki-laki, dan saya  bersyukur pada Tuhan, hubungan saya dengan mereka baik. "
Tentang peranan sebagai  wanita pertama dan presiden.
"Dalam  Muslim Brotherhood, kedudukan presiden dianggap sebagai pelayan nombor  satu, kerana presiden repablik ini seharunya menjadi pelayan utama  Mesir. Ia yang akan menjadi sponsor, dan ini adalah ajaran Islam. Dalam  Islam, sesiapa sahaja yang memimpin dan menguruskan urusan negara,  seperti yang dikatakan oleh khalifah Umar bin Khattab, 'jika ada unta  yang jatuh di daerah Levant, saya yang akan diminta pertanggungjawaban.'  Inilah Islam. "
Tentang suaminya.
"Ia  orang yang sangat seimbang, sangat serius. Ini bukan kerana ia suami  saya. Tapi memang sifatnya seperti itu. Ia adalah sangat seimbang dan  rasional serta bermental politik. Saya telah berkahwin dengannya selama  hampir 31, 32 tahun. Saya tidak kata dia pelawak, tapi ia punya selera humor dan pandai menghibur. Ia serius di saat yang serius dan menghibur di kala susah. "
 
 
 
No comments:
Post a Comment