Wednesday, December 21, 2011
Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!
Sunday, December 18, 2011
BUKTI PINJAMAN MALAYSIA KE BANK DUNIA TERBONGKAR
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.
"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.
"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.
Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.
Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".
"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.
"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.
![]() |
| 'Screen shot' dari laman web Bank Dunia |
"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.
"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz. - harakahdaily
Saturday, December 17, 2011
Anak-Anak Dan Pengaruh Media: Apa Tindakan Anda?
Terdapat beberapa panduan ringkas yang boleh dijadikan rujukan ibu bapa dalam menghadapi media yang semakin menjadi-jadi.
Pertamanya, perlu diingat bahawa gelombang media perosak yang makin mengganas ini menuntut keprihatinan maksimum ibu bapa. Insafilah, anak-anak kita pada fitrahnya inginkan kesucian jiwa dan hembusan taqwa. Mesej-mesej daripada bahan media perosak hakikatnya amat jauh dari fitrah anak-anak. Maka usah kita sogokkan mereka dengan bahan-bahan pemusnah ini. Jika kita ingin membeli majalah, pilih lah majalah yang membina. Jangan ada majalah pendorong pergaulan bebas, majalah hiburan, majalah berunsur misteri dan tahyul, apa tah lagi majalah berunsur seks dalam rumah kita. Sejak dari tadika, mereka perlu didedahkan dengan majalah Islami.
Begitu juga dengan media elektronik. Usah berikan kepada anak-anak bahan-bahan CD atau DVD, mahu pun rancangan TV yang berunsur seks, ganas dan melalaikan. Usah biarkan mereka menonton adegan intim orang bercinta. Hari ini siri kartun kanak-kanak pun ada adegan French kiss, apa lagi dalam rancangan TV dan filem lain. Maka, peranan ibu bapa amat penting untuk mengawal dan sentiasa amengingatkan anak-anak dengan adegan yang boleh merosakkan iman ini.
Tapisan, pemantauan dan panduan ibu bapa amat penting dalam mengendalikan media untuk anak-anak. Bagi media yang sukar disekat, ibu bapa perlu bertindak sebagai penapis bahan-bahan yang tersiar. Tentukan kepada anak-anak bahan yang boleh ditonton dan yang tidak boleh ditonton. Begitu juga dengan internet. Perlu ada tapisan bagi membuka laman web. Gunakan teknologi semasa untuk menapisnya. Walaupun tapisan seratus peratus unsur perosak adalah hampir mustahil, namun sekurang-kurangnya biarlah ia terkawal.
Pemantauan perlu dibuat secara berkala bagi memerhatikan kecenderungan dan tingkahlaku anak-anak. Perlu diingat dengan kelebihan sebahagian anak-anak dalam soal perkembangan teknologi mungkin mereka bijak menyembunyikan perangai tidak senonoh mereka menggunakan bahan yang merosakkan. Maka, ibu bapa bukan sahaja perlu prihatin, bahkan perlu mengikuti perkembangan teknologi bagi memintas salahlaku yang mungkin dilakukan oleh anak-anak.
Perlu diingat juga bahawa ibu bapa perlulah seimbang dalam memantau penggunaan media oleh anak-anak. Apa yang penting ialah kefahaman dan keyakinan anak-anak tentang bahaya bahan-bahan media yang merosakkan. Sebaik-baiknya biarlah anak-anak itu diserap dengan iman yang mendalam sehingga mampu mempunyai benteng diri bagi mengelakkan pengaruh media perosak ini. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bahan-bahan alternatif bagi memenuhi tuntutan jiwa kanak-kanak dan remaja, agar jiwa muda dan segar mereka tidak terkulai layu akibat sekatan yang melampau dan tidak munasabah.
Mudah-mudahan kami dan anda semua menjadi ibu bapa yang sentiasa peka dengan cabaran yang berlaku ini. Cabaran kita hari ini jauh lebih rencam dan kompleks berbanding cadaran ibu bapa kita yang mendidik kita. Moga Allah sentiasa menunjukkan hidayah buat kita semua.
Biodata Kolumnis
Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kisah Dari Jepun : Bestnye Sensei Ada Tuhan!
Siapa suka bunga sakura?
Cantik sangat ke bunga sakura ini?
Inilah bunga kesukaan saya.
Tetapi di sini saya bukan mahu bercerita tentang sejarah asal usul bunga ini, kecantikan bunga ini, atau siapa yang suka bunga ini.
Tetapi saya mahu berkongsi satu cerita benar yang ada kaitan dengan makhluk bernyawa yang menetap di tanah tumbuhnya bunga sakura ini.
Cerita ini saya dengar sendiri dari kak Farhana (bukan nama sebenar) yang masa itu belajar di negara terbitnya matahari iaitu Jepun. Beliau berkongsi pengalamannya ini semasa Japanese Association Degree (JAD) datang ke Matrikulasi Labuan tahun 2008.
Semasa itu saya masih menuntut di sana. Saya sangat terkesan dengan pengalaman beliau ini dan saya ingin kongsikan kisah tersebut.
Al-kisah, Kak Farhana merupakan seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun, beliau juga bekerja sambilan sebagai seorang cikgu tuisyen Bahasa Inggeris.
Kak Farhana mempunyai seorang anak murid lelaki yang dikhabarkan olehnya mempunyai rupa paras yang kacak!
Biasalah anak kelahiran orang Jepun. Muka macam pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi yang digilai oleh remaja-remaja sekarang khususnya bunga-bunga yang sedang mekar indah di negara kita ini. Betul bukan?
Saya cerita serba sedikit tentang anak murid cikgu Farhana ini, dia adalah anak asli orang Jepun yang dilahirkan tanpa agama (ATHEIS) dan seorang pemain bola sepak di sekolahnya .
Pada suatu hari, si anak murid ini bertanya sesuatu pada cikgu Farhana. Perbualan mereka dalam bahasa Jepun ini yang sudah di terjemah oleh cikgu Farhana, lebih kurang begini perbualan mereka.
"Sensei (cikgu), kalau sensei berhajat akan sesuatu apa yang sensei akan buat?" Tanya anak murid itu.
"Oh, Sensei kan ada Tuhan. Bila sensei nak sesuatu sensei akan minta dengan Tuhan sensei." Cikgu Farhana cuba memberikan jawapan yang mudah untuk anak muridnya fahami.
"Wah, bestnya sensei ada Tuhan! Macam mana cara sensei minta dengan Tuhan sensei?" balas anak murid itu ingin tahu.
Hati cikgu Farhana tersentak kerana menyedari akan sesuatu, hatinya bagaikan menangis merintih.
"Ya Allah, baru aku sedari beruntungnya aku mempunyai Engkau sebagai tempat aku bergantung dan meminta."
Airmata cikgu Farhana meronta-ronta untuk keluar tetapi ditahan oleh perasaan egonya seorang guru dihadapan anak muridnya.
"Cikgu meminta dengan berdoa macam ni." Jawabnya sambil menadah kedua tangannya separa bahu. Cikgu Farhana sengaja memberikan jawapan yang ringkas agar anak muridnya itu dapat mememahaminya dengan mudah.
"Oh, kalau begitu saya pun mahu berdoa pada Tuhan cikgu, saya pun mahu ada Tuhan macam cikgu, sebab selama ini setiap kali saya ada perlawanan bola saya selalu berdoa supaya menang tapi saya tidak tahu berdoa pada siapa." Balas anak murid itu yang masih tidak mengerti akan konsep ketuhanan.
"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku ,maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran". (Surah al-Baqarah: ayat 186)
Cikgu Farhana hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Di dalam hati dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah S.W.T melahirkan dirinya sebagai seorang Islam dan dikurniakan Iman yang tidak mungkin dapat dijual beli atau diwarisi.
"Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperolehi ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah maka sungguh Allah sangat cepat perhitungannya." (Surah al-Imran : ayat 19)
Banyak pengajaran yang saya dapat dari cerita kak Farhana ini. Walaupun ringkas tetapi amat terkesan di hati saya dan tidak mungkin luput dari ingatan. Sedih memikirkan nasib manusia yang ingin bertuhan tetapi tiada siapa yang dapat menjelaskan pada mereka.
Semoga saudara seislam disana diberi kekuatan dalam perjuangan dakwah oleh Allah S.W.T yang Maha Kuasa agar bertambah lagi saudara baru kita di Jepun dan negara-negara lain termasuk Malaysia.
Begitulah hakikat setiap tubuh yang diciptakan oleh yang Maha Esa dilahirkan bersama-sama fitrah yang ingin bertuhan.
Inilah norma kehidupan majoriti orang Jepun, juga orang yang bertuhan tetapi melupakan Tuhannya, yang hidup dalam kecanggihan teknologi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang menghiasi setiap bandar.
Pagi bergegas ke pejabat atau menghadiri kuliah, malam pula mencari hiburan kononnya mengubati keletihan, kemudian esok harinya, lusa, dan hari beikutnya juga melakukan perkara yang sama.
Adakah kita hidup hanya untuk bekerja sahaja? atau berseronok ? atau memenuhi perut dengan makanan yang sedap-sedap sahaja?
Tepuk dada, tanya Iman.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar memberi makan kepada-Ku." ( Surah az-Zariyat: ayat 56-57)
Friday, December 16, 2011
Tujuh Fitnah Utusan terhadap kerajaan PR Pulau Pinang.
Ini adalah tujuh dakwaan Utusan yang telah disifatkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai fitnah terhadap Guan Eng, ianya bukan saja tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”.
Menurut Mahkamah Tinggi, Varghese George Varughese “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”.
Beliau berpendapat bahawa ketujuh-tujuh dakwaan di bawah ini berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.
1-Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;
2-Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);
3-Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;
4-Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;
5-Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;
6-Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan
7-Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,
Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.
*******************************************
Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Penerbit Utusan Malaysia Menunjukkan Bahawa Liputan Utusan Malaysia Adalah Berniat Jahat Dan Bertujuan Menipu Pembaca, Serta Membuktikan Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bukan Anti-Melayu atau Anti-Islam
Semalam, penerbit Utusan Malaysia telah didapati bersalah oleh YA Hakim Tuan Varghese George Varughese kerana memfitnahkan YAB Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan supaya membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan sebanyak RM200,000 serta kos sebanyak RM25,000 kepada YAB Ketua Menteri.
Utusan Malaysia sebelum ini telah mengamok dengan pembohongan dan ketidakbenaran yang bertujuan untuk menyifatkan DAP dan Ketua Menteri sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, maka YAB Ketua Menteri tiada pilihan lain melainkan mengeluarkan saman fitnah untuk membela nama baiknya. YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal.
Penghakiman ini sekaligus membuktikan bahawa polisi-polisi YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 2008 memang bertujuan untuk membela semua Rakyat Pulau Pinang dengan sebaik mungkin, tanpa mengira kaum atau agama. Penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti yang didakwa secara palsu dan berniat jahat oleh Utusan Malaysia.
Dalam penghakimannya, YA Hakim Tuan Varghese telah memutuskan bahawa dakwaan “terburu-buru dan tidak bertanggungjawab” oleh Utusan Malaysia yang menyifatkan YAB Ketua Menteri sebagai rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, adalah tidak berasas sama sekali.
YA Hakim juga memutuskan bahawa dakwaan YAB Ketua Menteri telah membuat suatu ucapan yang rasis, menentang Melayu dan institusi-institusi Melayu, adalah sesuatu yang amat sukar dipercayai, apabila tidak ada sebarang bukti bahawa para pendengar ucapan itu, yang majoritinya Melayu, telah merasa tersinggung.
Tambahan pula, YA memutuskan bahawa ketujuh-tujuh dakwaan Utusan, iaitu bahawa YAB Ketua Menteri telah:
1-menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;
2-membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);
3-tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;
4-merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;
5-menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;
6-merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan
7-mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,
semuanya tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”. YA Hakim telah berkata bahawa “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”, dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.
YA juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan YA Hakim dalam perkara ini. Jelas bahawa YAB Ketua Menteri telah didapati tidak bersalah dalam ketujuh-tujuh dakwaan oleh Utusan Malaysia di atas, dan juga bahawa YAB dan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang bersifat anti-Melayu atau anti-Islam seperti yang didakwa.
Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan YA Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia.
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Kemelut Felda usaha BN untuk dapatkan wang
Wednesday, December 14, 2011
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Monday, December 12, 2011
Hotel tergantung di puncak gunung
ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.
Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.
Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.
Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.
sinar harian/-
Tahniah YAB Menteri Besar Kedah kini bergelar Dato’ Seri DiRaja
ISU NFC - SEMUA YANG TERLIBAT MESTI BERUNDUR
Jika Shahrizat saja yang berundur, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur.
SAR: Muhyiddin 'tampar' Mahathir
Negara Berkebajikan: PAS mahu rakyat jadi tuan
"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.
"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.
Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.
Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.
Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa.
"Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai.
"Sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan," sambungnya lagi.
Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan konsep negara berkebajikan ini juga akan menjadi menifesto pada pilihanraya yang akan datang dan ia selaras dengan kesepakatan di dalam Buku Jingga.
Dalam buku itu juga, PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.
Selain itu, Abdul Hadi yang menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.
Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.
Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
"Mudah-mudahan ia akan jadi pemangkin kepada rakyat untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.
"Jika rakyat menilai secara jelas negara kebajikan ini maka ia akan melancarkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti," kata Abdul Hadi. -Hrkh
Lagi Gambar dalam FB Pas Puchong
Bekas Ketua Puteri Umno ikrar 'gantikan Umno dengan PAS'

Sunday, December 11, 2011
Real Madrid 1 - 3 Barcelona : Suatu Iktibar.
2. Perlawanan ini sangat menarik bermula dengan gegak gempita Stadium Santigao Bernabeu seawal 21 saat perlawanan berlangsung oleh jaringan Karim Benzema yang juga merupakan pemain antarabangsa dari Perancis. Tentu sahaja penyokong Real Madrid yang memenuhi Stadium di laman sendiri melimpah melampaui garis 50 ribu penyokong tegar.
3. Namun kewibawaan pasukan seperti Barcelona yang sering mengungguli pentas perlawanan antarabangsa nyata tidak tergugat dengan sorakan dan sokongan puluhan ribu penyokong Real Madrid apabila Barcelona berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan bergaya Alexis Sanchez pada minit ke-30.
4. Sungguhpun demikian, Real Madrid juga bukanlah sebarang pasukan malah mereka sedang mengungguli La Liga. Pasukan mereka turut dibarisi pemain yang memiliki karisma tersendiri. Namun kesilapan yang tidak disengajakan oleh seorang pemain Real Madrid Marcelo, membentuk defleksi yang menghasilkan jaringan kedua Barcelona pada minit ke 52 menewaskan Iker Casillas ekoran tendangan jarak jauh oleh Xavi Hernandez.
5. Saya lihat, Real Madrid mula kehilangan rentak dan sentuhan classic mereka apabila ketinggalan 2- 1 sedang mereka beraksi dilaman sendiri dan ianya jelas ketara apabila sering membuat hantaran - hantaran yang tidak tepat serta kegagalan membuat penyudah yang tajam dan tepat ke pintu gol. Akibatnya gawang mereka bolos lagi pada minit ke 65 tatkala umpan silang Daniel Alves berjaya ditanduk bijak oleh Fabregas dan membawa kemenangan bergaya Skuad Barcelona di gelanggang lawan.
6. Nota subuh saya pagi ini buat semua sahabat dan rakan - rakan seperjuangan, suka saya kongsikan beberapa pengajaran atau iktibar dari perlawanan El Clasico ini kerana saya sifatkan pertandingan di liga pilihanraya umum ke 13 kelak turut melibatkan perlawanan classic antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
7. Menjelang perlawanan antara Real Madrid dan Barcelona di awal pagi tadi jelas menunjukkan Real Madrid agak over confident untuk memenangi perlawanan berasaskan reputasi mereka yang mendahului liga dan bertanding pula di laman sendiri. Lebih ketara sifat itu terserlah apabila mereka berjaya mencecah jaring Barcelona seawal detik perlawanan. Akhirnya sifat over confident ini telah menjerat diri mereka. Mereka tewas dengan 1- 3 di tangan Barcelona. Justeru itu, kita tidak boleh mewarisi sifat over confident dalam perjuangan ini sungguhpun kita mempunyai beberapa kelebihan semasa.
8. Perkara kedua yang ingin saya tekankan di sini ialah penyokong yang ramai tidak menjamin kita mencapai kemenangan. Kita jangan sekali - kali teruja dengan jumlah penyokong. Apa yang penting kepada kita untuk memenangi liga pilihanraya umum ke 13 ini ialah penglibatan dan dokongan yang berstamina, kehebatan skil serta bijak teknikal dan kaya taktikal. Jangan hanya menjadi penyokong di luar gelanggang kerana ia tidak menjamin kemenangan. Sebaliknya turun bergelanggang, harungi susah sukar mengerah tenaga memburu kemenangan.
9. Jangan banyak bercakap apalagi bercakap besar menonjolkan keangkuhan dengan kelebihan yang dimiliki. Sebaliknya banyakkan kerja dan fokus kepada tugas. Bentuk kesepaduan dan kerja berpasukan yang mantap melalui persefahaman yang baik. Stamina yang tinggi untuk membuat larian tanpa henti dengan tidak memiliki persefahaman yang baik akan menyebabkan team kita kucar kacir dan sering membuat hantaran yang tidak tepat lalu kita gagal pula membuat penyudah yang berkesan.
10. Minimakan kesilapan - kesilapan yang boleh merugikan perjuangan. Jangan sekali - kali menjaringkan gol sendiri walaupun ianya boleh sahaja berlaku di luar kawal, tetapi kita wajar berhati - hati terutama menghampiri area kotak penalti sebagaimana kita juga wajar berhati - hati menjelang tempoh pilihanraya.
Akhirnya, sungguhpun kita pernah tewas, jangan putus asa sebaliknya terus bangkit dan berjuang. Insyaallah kita masih berpeluang untuk mencapai kemenangan. Lihat sahaja Barcelona pagi tadi, biarpun ketinggalan satu gol, tetapi bingkas berjuang dan akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan jaya dan gayanya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Saturday, December 10, 2011
6 Sebab-Sebab Perniagaan Gagal Yang Dirahsiakan

Sudah banyak kita dengar daripada peniaga dan penulis mengenai kenapa sesebuah perniagaan itu gagal. Banyak sebab seperti :
1. Tidak mendapat pinjaman
2. Lokasi yang salah
3. Masalah pekerja
4. Pengurusan yang tidak terurus
5. Persaingan
6. Berkembang terlalu cepat
Ini belum lagi yang mengatakan sebab-sebab seperti terkena sihir atau buatan orang.
Namun sebab-sebab ini biasanya akan menuding jari ke arah orang lain. Malah sebab yang sebenar-benarnya akan terkubur tanpa dinyatakan. Jadi dalam artikel ini saya akan menerangkan antara sebab-sebab sesebuah perniagaan itu gagal yang tidak dinyatakan kepada kita.Kenapa sebab-sebab sebenar ini tidak dinyatakan? Mungkin kerana sebab sebenar ini akan menyakiti ego pemilik perniagaan yang gagal. Sudahlah gagal, terpaksa pula menerima kesalahan diri sendiri. Ini bagaikan jatuh ditimpa tangga. Jadi mereka fikir,adalah lebih baik meletakkan sesuatu kesalahan itu di atas faktor luaran.
Jadi apa pentingnya kita kenal kesalahan yang sebenar ?
Ini penting untuk usahawan menilai dengan sebenar-benarnya kenapa sesuatu perniagaan itu gagal dan mengambil pengajaran untuk membangunkan perniagaan lain di masa hadapan.
Sebab-sebabnya ialah:-
1. Perniagaan Yang Menumpukan Kepada Keuntungan Cepat
Ramai yang akan menghubungi saya kira-kira 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka untuk memulakan perniagaan. Alasan mereka "Saya ingin buat bisnes untuk cari duit untuk kahwin".Ini satu penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan ini boleh membawa keuntungan yang cepat dalam beberapa bulan.Fokus seperti ini adalah salah. Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan perniagaan ini.Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari pelaburan itu tadi. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka masa panjang dan bukan 6 bulan sebelum berkahwin.
2. Perniagaan Memuaskan Ego
Usahawan yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang yang ingin membangunkan perniagaan atas faktor ego.Faktor ego di sini adalah seperti membuka perniagaan untuk tujuan kelihatan 'cool' atau merasa dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata rakan-rakannya.Contohnya,seperti orang yang ingin membuat kafe atas dasar untuk kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuka kafe atas dasar untuk memulakan perniagaan.Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan 'cool' atau anda memulakan perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang?
3. Masalah Peribadi
Sewaktu seseorang manusia itu berada dalam keadaan stress atau bermasalah, jarang sekali manusia ini akan membuat keputusan yang betul.Masalah yang lebih besar adalah idea kreatif juga tidak akan timbul pada waktu ini.Masalah kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, masalah dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak dan pelbagai masalah lain yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.Namun masalah-masalah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda dahulu.
4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.Ini biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada idea bodoh kita itu.Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.Jadi mereka ini tidak sesuai untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat penyelesaian.
5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan Manusia
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain.Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal, pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang lain. Jadi,jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.Jadi kemahiran berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.Kita juga perlu menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai berkawan.Jadi,belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam perniagaan.
6. Usahawan Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya
Terdapat usahawan yang memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.Dalam kedua keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang kukuh.Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan membuat keuntungan.Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan berkata "Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran''.Apabila tidak ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan berjaya.
Biodata Kolumnis
Shahabudeen Jalil adalah seorang usahawan dalam bidang import dan eksport, selain itu beliau juga seorang konsultan yang melatih usahawan lain untuk memborong terus dari sumber terutamanya dari China. Beliau juga telah mengasaskan sebuah portal untuk usahawan membuka dan berniaga secara online di internet. Layari shahabudeenjalil.com
Fenomena Sungai Di Dalam Laut
Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." - Surah Al-Furqan (Ayat 53)
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi:-
"Dia biarkan dua lautan bertemu." - Surah Ar-Rahman (Ayat 19)
"Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus" - Surah Ar-Rahman (Ayat 20)
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air".
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. berkata, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai. Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman (Ayat 13)






