Subky Latif
TAHUN akhirnya memimpin UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menyekat semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), kerana pada persepsinya SAR rata-rata menentang kerajaan Barisan Nasional dan ia menyediakan orang-orang yang akan menjadi PAS.
Demi melumpuhkan PAS, kalau boleh dihapuskan PAS, maka Sekolah Agama Rakyat itu perlu dihapuskan dulu.
Sikap anti SARnya itu dinyatakannya dalam satu perhimpunan UMNO di PWTC.
Sesudah bersara dari Perdana Menteri beliau keluar UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi.
Selepas Pak Lah berundur Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha membawanya semula masuk UMNO. Tidak diketahui dia sudah UMNO semula atau belum.
Tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pelajaran itu seperti telah menampar muka mantan Perdana Menteri. Apabila secara rasmi mengadakan peruntukan membantu semua Sekolah Agama Rakyat.
Hatta semua sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan yang mendapat biaya dari kerajaan Kelantan itu pun turut diberinya bantuan.
Dalam kunjungan Muhyiddin ke Kelantan yang terakhir telah menyampaikan sendiri bantuan kepada SAR.
Apa yang dibuat oleh TPM itu adalah mencerminkan dasar UMNO terhadap SAR. Kalau pun tidak semua masa UMNO jadi pro SAR seperti yang berlaku di hujung pentadbiran Dr. Mahathir, tetapi Menteri Pelajaran seolah-olah mempersetankan sikap anti SAR Mahathir itu.
Dr. Mahathair belum mati, sedikit demi sedikit dasarnya dirongkai oleh pemimpin-pemimpin UMNO selepasnya.
Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan supaya Dr. Mahatahir dipanjangkan umur, supaya dia dapat menyaksikan kerosakan di muka bumi Malaysia gara-gara dasar dan tindakannya sebagai pemimin kerajaan dan UMNO.
Doa Al-Marhum itu seolah-olah terkabul. Dr. Mahathir sudah melihat, tindakannya menghapuskan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, telah memberi kesan besar kepada negara. Pencapaian Bumiputera dalam bidang sains merosot.
Wujud pertembungan antara pro dan anti pengajaran sains dan matametik dalam Bahas Melayu. Bercelaru antara ucapan Muhyidin tentang dasar bahasa penghantar dalam subjek itu dengan pelaksanaannya. Mungkin Muhyidin mati dulu sebelum isu itu dipullihkan sepenuhnya.
Ketika yang sama anti SAR Mahatahir itu telah tidak dipedulikan oleh Muhyiddin. Anti SAR itu justeru Mahathir terlalu takutkan PAS. Tiada rasa sayangnya kepada pembelajaran Islam disebabkan ketakutannya yang tinggi terhadap PAS.
Dia sanggup kuburkan sekolah agama kerana tidak mahu melihat PAS dan menggantikan UMNO sekali pun sekolah pengajian Islam itulah yang menyelamatkan Malaysia menjadi bekas umat Islam.
Islam hancur di Filipina selepas kedatangan Sepanyol. Tiada institusi pengajian Islam yang berkesan menyebabkan negara itu menjadi negara Katholik.
Islam kuat di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan utara Perak berbanding dengan lain-lain negeri di Malaysia ialah disebabkan wujud sistem SAR lama sebelum merdeka.
Muhyiddin menyambung semangat Pak Lah membantu semula SAR. Mungkin Pak Lah adalah cucu dan anak pengendali SAR. Muhyiddin pula anak guru yang mendidik Mat Indera. Ayahnya pengendali SAR juga. Sekali pun mereka dijangkiti unsur sekular tetapi jiwa Islam mereka lebih jelas dari Dr. Mahathir. Maka mereka mengambil sikap politik membantu SAR sesuai dengan apa yang datuk nenek mereka buat dulu.
Mereka tidak memikirkan apakah PAS dapat manfaat atas sikap mereka membantu SAR, tetapi SAR boleh diselamatkan. Insya Allah, PAS dapat faedah dari SAR yang kuat.
Yang Muhyiddin buat itu betul-betul menempelak sikap dan dasar Mahathir. Mahathir tentu sedar dasarnya dibakut sampahkan. Sikap Muhyidin itu adalah sikap UMNO sekarang. Mahahir sedang menyaksikannya betapa dasarnya dibakul sampahkan.
UMNO sudah menolak dasar Mahathir pada masa dia masih hidup. Kalau Mahathir rasa dasarnya betul, maka dia tidak boleh berada dalam UMNO lagi. Kalau masih mahu bersama UMNO, ini bererti dia mengaku anti SARnya dulu adalah tidak betul.
No comments:
Post a Comment