6.00 pm: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba’kelalan dengan majoriti 541 undi walaupun satu lagi kotak undi dari Kampong Lellang yang hanya mengandungi 100 pengundi, belum dikira.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dalam Twitternya menyatakan: “Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba’kelalan”.
Baru Bian ditentang oleh Willie Liau dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SDPD-BN). Penyandang sebelum itu ialah Balang Rining dari SDPD.
5.32pm: Pengurus Kempen KEADILAN di Ba’kelalan, Paul Bian menyatakan, laporan tidak rasmi menunjukkan abangnya Baru Bian mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira, lapor MalaysiaKini
Beliau yakin abangnya menang kerusi DUN berkenaan.
No comments:
Post a Comment