Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengatakan penganjur Bersih khianat perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat. Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?. Kenapa Bersih yang didokong oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun pada 9 Julai 2011. Timbalan Presiden Umno perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.
Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos. Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan. Jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang khianat kepada rakyat.
Oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi maka mereka sanggup turun ke perhimpunan Bersih. Sepatutnya beliau tidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.
http://idrisahmad.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment