

|
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini. Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN. Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza. Nama-nama tersebut seperti berikut: 1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11. 2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja. 3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12 4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja. 5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.
Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834. "SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain. "Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram. Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN. Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut: 1. 790924145621 2. 750612105026 3. 620826086291 4. 850709146543 5. 850706145967 6. 651105105087 Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut. "Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya. |
Apakah erti solat?
5 seksaan di dunia:1. Dicabut keberkatan umurnya.2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh pada wajahnya.3. Dicabut berkat pada rezekinya.4. Doanya tidak diterima.
5. Tidak mendapat bahagian dalam doa orang soleh.
3 seksaan di dalam kubur:1. Kubur akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuk.
2. Digelapkan kuburnya.
3. Seekor ular besar bernama Syujaul-Akro’ mematuknya.
1. Datang malaikat membawa rantai yang panjangnya 70 hasta. Kemudian diikat tengkuknya dan dimasukkan kemulutnya dan dikeluarkan melalui ponggongnya.2. Allah tidak memandangnya dengan pandangan rahmat.3. Tidak mendapat keampunan Allah.
Tanpa pelanggan, maka tiada jualan, tanpa jualan, tiada wang masuk dalam perniagaan, tanpa wang masuk dalam perniagaan bermaksud perniagaan ini tidak akan bertahan lama.
Jadi mencari pelanggan baru serta mengekalkan pelangan sedia-ada adalah sangat penting. Namun ada ketika kita akan menghadapi dilemma samada mementingkan pelanggan sedia ada atau mengutamakan pelanggan baru.
Pelanggan Baru
Bagi perniagaan yang baru, pelanggan baru adalah sangat penting. Atas sebab ini banyak perniagaan baru terkandas jika tidak mempunyai produk atau servis yang unik. Mengubah seseorang yang telah menggunakan produk jenama lain kepada menggunakan produk kita adalah sukar. Namun ia mampu dilakukan, antara kaedahnya :
- pemasaran yang konsisten
- tawaran menarik
- mengajak pelanggan mencuba sample produk secara percuma
- memberi latihan serta informasi percuma tentang produk
- mendapatkan testimoni positif dari seramai mungkin pelanggan.
Kita perlu meletakkan diri kita di tempat pelanggan dan bertanya "kenapa aku perlu membeli daripada syarikat ini berbanding syarikat yang aku pernah beli sebelum ini ?"
Manusia secara umumnya takut kepada sesuatu yang dia tidak tahu (fear towards the unknown) atau secara ringkasnya takut mencuba. Mereka tidak kisah samada perkara ini bagus atau tidak, tetapi mereka berani mencuba.
Oleh yang demikian, kita sebagai usahawan perlu memulakan langkah pengerak untuk mendekati pelanggan dan meyakinkan mereka dengan perniagaan kita.
Pelanggan Sedia-ada
Bagi perniagaan yang sudah mula bertapak beberapa tahun, dilema yang sering dihadapi adalah samada mengutamakan untuk mencari pelanggan baru atau menjaga sebaik mungkin pelanggan lama.
Pada bila-bila masa, jawapannya adalah menjaga pelanggan sedia ada. Menjaga pelanggan sedia ada adalah 10 kali ganda lebih utama daripada mencari pelanggan baru.
Ini adalah kerana pelanggan sedia-ada bermaksud pelanggan yang pasti dan pernah percaya pada anda. Mereka ini perlu diutamakan dalam semua keadaan. Mereka ini adalah sumber kewangan bagi anda untuk tempoh mungkin 20-30 tahun akan datang.
Mereka yang pernah membeli dari kita akan merasa lebih yakin untuk membeli untuk kali yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Mereka ini juga takut dengan sesuatu yang kurang pasti. Jadi di sini adalah kelebihan kita kerana mereka mengenali kita.
Pelanggan baru belum tentu menjadi pelanggan anda.
Pelanggan yang berpaling tadah
Tahap yang seterusnya adalah pelanggan anda yang sedia ada dan kemudian dia beralih kepada syarikat lain untuk membeli produk yang sama.
Terhadap pelanggan seperti ini, anda tidak seharusnya berdendam dengan mereka. Sebaliknya anda seharusnya bersangka baik dan cuba mendekati mereka semula. Hantar sms dan call mereka sekiranya perlu.
Jika mereka tidak reply atau tidak balas call anda, ini adalah lebih baik. Anda hantar sms dan call secara konsisten setiap bulan. Selepas beberapa bulan, mereka akan merasa bersalah terhadap diri mereka dan lambat laun mereka akan kembali kepada anda.
Jika mereka kembali buat kali kedua, kebarangkalian untuk mereka berpisah semula adalah sangat tipis. Jadi usaha anda ini tidak sia-sia.
Sebagai usahawan, kita perlu memandang gambaran yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu bagi satu masa tertentu.
sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil adalah seorang usahawan dalam bidang import dan eksport, selain itu beliau juga seorang konsultan yang melatih usahawan lain untuk memborong terus dari sumber terutamanya dari China. Beliau juga telah mengasaskan sebuah portal untuk usahawan membuka dan berniaga secara online di internet. Layari shahabudeenjalil.com
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
| |
Maksudnya: | " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " |
| |
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: | |
Maksudnya: | " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta |
| mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada |
| dosa-dosa yang telah lalu " |
| |
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: | |
Maksudnya: | " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh |
| akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " |
| |
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: | |
Maksudnya: | " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan |
| dalam malam ganjil. " |
| |
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: | |
Maksudnya: | " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar |
| iaitu malam ke-27. " |
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. | |
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi: | |
Maksudnya: | " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam |
| yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " |
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati | |
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: | |
Maksudnya: | " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah |
| keampunan-Mu untukku. " |
![]() |
sumber : allvoices |
![]() |
sumber : allvoices |
![]() |
mesut ozil berdoa sebelum perlawanan |