Monday, September 26, 2011

Pemburu Bintang Tiga dedah peranan polis

http://books.google.com/books?id=QLwNSYk7PTIC&printsec=frontcover&img=1&zoom=1&edge=curl

TERUS mempertahankan kenyataan kontroversinya bahawa Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British”, Mohamad mendedahkan peranan polis waktu itu seperti yang ditulis dalam buku Pemburu Bintang Tiga karya Syed Osman Syed Omar.



Syed Osman seorang polis yang matanya buta kerana cedera diserang hendap komunis.


Dalam buku itu, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.


“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.


Di samping itu tugas mereka, dakwanya, adalah mengintip dan mencari orang yang menentang British.


“Saya syorkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, tolong baca buku ini supaya dia faham apa perbezaan mata-mata British dan Polis Malaysia sekarang ini.


“Bila negara telah mencapai kemerdekaan polis tidak lagi menjaga estet dan lombong sebaliknya menjaga keselamatan rakyat, perlembagaan dan bertugas sebagai pasukan profesional,” katanya. Sekarang ini katanya jika disebut sahaja nama orang yang dianggap kiri terus dilebal sebagai komunis.


Tetapi Umno yang berhubung dengan Parti Komunis China tidak apa pula.


Setelah diserang bertubutubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu.
-detikdaily-

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails