Saturday, October 15, 2011

PERLANTIKAN ISA SAMAD TIDAK SAH

Pelantikan Isa Samad baru-baru ini sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu, kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionSaifuddin yang mendakwa memetik sumber-sumber dalam gergasi perladangan negara itu berkata lembaga pengarah KPF telah meluluskan kemasukan Isa sebagai ahli lembaga berkenaan tanpa mengambil kira undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal koperasi.

Beliau berkata pihak pengurusan KPF yang tidak senang dengan pelantikan yang didakwa dilakukan sewenang-wenangnya telah meminta nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Ia (SKM) menyatakan bahawa apa-apa pelantikan ke lembaga mana-mana koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang yang mengawalnya," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

"Oleh kerana Akta itu dan undang-undang berkaitan menyatakan bahawa hanya ahli-ahli (koperasi) yang telah disahkan (keahlian mereka) selama dua tahun layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, pelantikan beliau (Isa) juga tertakluk kepada peruntukan ini."

azlanDifahamkan cadangan Isa yang juga pengerusi Felda - sebagai ahli lembaga pengarah KPF dan menjadikan beliau pengerusi koperasi berkenaan telah diluluskan pada mesyuarat khas lembaga pengarah pada 22 Jun lalu.

Tindakan itu didakwa menimbulkan kekeliruan kerana di sebalik keputusan lembaga pengarah, pengurus besar Felda dan ketua KPF sebelumnya, Zukifli Wahab telah mempengerusikan mesyuarat lembaga pada 8 September lalu untuk membincangkan kerusinya untuk diisi oleh Isa.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada pelantikan Isa sememangnya telah berkuat kuasa.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails