1. Apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat sesuatu kenyataan ataupun pendedahan, semaksimum mungkin kenyataan dan pendedahan tersebut akan dinilai agar tidak terjebak dalam fitnah ataupun penyebaran berita palsu, malah ia terlebih dahulu dianjur berlandaskan fakta, bukti dan nas.
Begitulah disiplin yang terpaksa dilalui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Justeru setiap kenyataan dan pendedahannya akan sentiasa dipantau musuh politiknya dan pantas diseret musuh ke mahkamah andai ia adalah fitnah dan palsu.

2. Mutakhir ini Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bersama Timbalannya Sdr Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihanraya. Pendedahan tersebut dituruti dengan penyerahan memorandum kepada pihak berwajib seperti SPR dan JPN, malah laporan polis turut dilakukan.
3. Sehingga kini Dewan Pemuda PAS belum disaman atau diheret ke mahkamah berkait semua pendedahan yang dibuat. Sebaliknya pihak SPR dan JPN hanya memberi jawapan melalui media dengan menafikan dakwaan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lebih malang apabila penafian yang dilakukan itu sangat rapuh dan terkadang melucukan.
4. Sebelum ini SPR berulang kali menafikan dakwaan DPPM bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai identity card yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan.
Tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50 ribu senarai nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedang peraturan yang ada, nama pemilih hanya boleh dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima.

5. Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia pula dijangkiti sindrom penafian apabila OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan ic kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan. Sedangkan mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS, dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort.
6. Setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara, bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan.
Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk aqal. Warga asing diberi kursus keusahawanan? Inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya.
Tapi dengan semangat 'Malaysia Boleh', barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia.

7. Kursus usahawan jenis apa ni? Penuh dengan kawalan ketat pihak polis? Kursus usahawan atom ke, atau kursus usahawan untuk melahirkan 'pengusaha-pengusaha' baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang?
8. Sebelum ini di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong UMNO dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok.
9. Kini warga asing pula diberi kursus keusahawanan kononnya. Kementerian mana pula yang menganjurkannya dan untuk apa kursus itu?
Di saat rakyat sendiri masih terkial-kial mencari modal untuk memajukan diri, tetiba warga asing mendapat peruntukan kursus keusahawanan! Lawak jenaka atau drama komedi genre apa yang sedang dilakukan oleh PDRM ini?

10. Sektor mana warga asing akan jadi usahawan negara, atau untuk apa kursus keusahawanan itu? Atau adakah untuk menipu dan memperbodohkan rakyat sehingga mencagarkan kedaulatan negara semata-mata terdesak untuk menang pilihanraya ?
Rakyat perlu penjelasan yang meyakinkan, bukan alasan yang melucukan. Sudahlah sebelum ini negara telah gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai 4 tahun [iaitu 2008 - 2011]
Ustaz Nasrudin bin Hassan
No comments:
Post a Comment