Tuesday, May 10, 2011

Mesh’al bertemu pemuda revolusi Mesir di Kaherah

Selasa, 10/05/2011 - Sempena beberapa siri mesyurat yang dijalankan di ibu kota Mesir, Kaherah, bersama dengan barisan rakyat dan para perwakilan Mesir untuk mencapai persepakatan dalan isu rekonsiliasi Palestin, Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mehs’al, sempat meluangkan masa dengan para pemuda revolusi Mesir pada petang Ahad (8 Mei) lalu.

Di dalam pertemuan tersebut yang dihadiri para pemuda revolusi Mesir dari pelbagai latar belakang, Mesh’al mengenangkan semula bahawa fail rekonsiliasi Palestin ini melibatkan jasa Mesir, dan usaha yang diggembeleng di Kaherah untuk merealisasikannya, yang pasti tiada tanpa berlakunya revolusi Mesir tempoh hari. Katanya lagi, “kami berterima kasih kepada para pemuda revolusi Mesir yang melancarkan satu era baru, dan kebangkitan Arab kesemuanya turut memetik hasilnya bersama.”

Mesha’l turut menyentuh berkenaan revolusi ini seperti katanya, “terdapat 3 perkara yang perlu ditekankan oleh para pemuda revolusi untuk masa yang mendatang. Pertama, semangat kebangkitan dan perubahan perlu terus berkobar. Kedua, kerajaan peralihan mesti digerakkan dengan berhikmah kerana ia adalah satu proses yang kritikal, dan kami mahu supaya para pemuda mengambil berat dengan perkara ini serta terus memberikan cadangan positif kepada barisan ahli politik dan menteri. Seterusnya, menyampaikan mesej bahawa para pemuda cakna dan sedang membina pemikiran untuk membangun dan bekerja, serta tidak melupakan definisi kesatuan dalam negara dan toleransi di Mesir.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails