PUTRAJAYA 10 MEI : Perdana Mneteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.
Najib tahun lalu membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober, namun mempercepatkannya seminggu kali ini.
Pengumuman mengenainya dibuat ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadhan tahun ini.
Difahamkan Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.
Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.
Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Tv Selangor/-
No comments:
Post a Comment