 Ingatkah  kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India.  Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku  kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.
Ingatkah  kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India.  Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku  kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.Sekitar  40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry  untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta  setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal  di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan  oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu  memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut  disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk  India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan  itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu  tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah  melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum  berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang  buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan  organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang  merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan  penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid  Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta  menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka  telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry.  Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai  balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil  mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak  lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta  dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui  identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk  setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry  berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah  melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali  pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran.  Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas  mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.
Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah
 
 
 
No comments:
Post a Comment