1.  Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Kamal Saidin Penasihat Agama  Menteri Besar Terengganu dan  Chua Soi Lek Presiden MCA yang mempersenda  hukum Allah swt dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru - baru ini  sedang beliau tiada authoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi  Sekretariat Ulama' Muda  UMNO sebagai salah seorang panel.
2. Belum pun reda rasa sugul  diatas penghinaan terhadap hukum Allah swt dan perlecehan terhadap  disiplin ilmu ketika membincangkan persoalan ini, kini tercetus pula  penghinaan yang lebih strategik dan terancang dengan terhasilnya filem  pendek di bawah tajuk Lagi Hudud PAS yang kini disiar menerusi laman youtube.
3. Pelaku yang mendalangi  penghinaan terancang terhadap hukum Allah swt sedang berdepan dengan   satu tanggungjawab yang sangat berat. Saya terlebih dahulu mewakili DPPM  mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah  swt dan kembali kepangkalan jalan  [bahkan pelakon non muslim juga selayaknya tidak menghina agama Islam dan mereka mesti memohon maaf  ] lalu menjadikan bakat mengarah dan berlakon filem itu ke arah  pembikinan filem pendek yang mendidik rakyat agar lahir sebuah generasi  yang soleh serta menghormati nilai agama dan ilmu.
4. DPPM juga mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut. Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai. Lihat sahaja [ statistik sehingga artikel ini ditulis ] jumlah like [ 91 orang ] berbanding jumlah dislike [ 4,299 orang ] sementara jumlah penontonnya [ 10, 123 orang ].
5. Kami kesal apabila kebebasan  berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah swt. sedang mereka tanpa  segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat  anugerah Allah swt di atas muka bumi ini. Masih terlalu banyak ruang kebaikan untuk mereka menghasilkan karya bermutu dengan bakat  seni yang mereka miliki.
6. Saya doakan agar mereka insaf  dan mengalu - alukan bakat seni yang mereka miliki untuk disalurkan  kepada pelbagai bentuk karya yang mampu menaikkan nama Islam. 
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
 

 
 
No comments:
Post a Comment