

Hamba Allah |
Saya sangat sedih dan kecewa di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini mengenai persembahan Elton John. Beliau seperti yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut “PAS jangan tiru Taliban”. Beliau menyatakan bahawa halangan tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya. Beliau juga memberi alasan lokasi di Genting Highland merupakan tempat arak dan judi untuk non-muslim. Saya rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Dr Asri yang saya rasakan mempunyai pengetahuan agama yang lebih baik dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat. Saya tidak pasti, sejak bila pula gelaran meniru Taliban diberikan kepada kumpulan yang menolak sesuatu yang dibenci Islam. Cukup jelas tabiat Gay adalah haram. Beberapa persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mendengar desakan kumpulan pendesak seperti yang disarankan Dr Asri iaitu tidak membenarkan orang Islam menyertainya? Persoalan ini perlu dijawab secara ikhlas oleh Dr Asri mengikut situasi masa kini. Adakah kerajaan yang ada sekarang mampu berbuat demikian? Mampukah kita untuk menyekat media dan publisitinya. Mampukah kita menghalang anak-anak kita dari membacanya? Meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya juga merupakan suatu hujah yang tergantung. Bagaimana? Surat, melalui dewan, memorandum, demontrasi atau menggesa seperti yang dilakukan pemuda PAS. Mana satu yang paling berkesan dan akan dipersetujui kerajaan? Jika dilihat pengalaman lepas kerajaan sedia ada sekarang pernah menjemput pemain kriket Israel dan baru-baru ini peninju dari negara berkenaan dibenarkan pula melintasi sempadan negara. Elton John adalah satu lambang moral yang memang bersangkutan dengan akidah umat Islam begitu juga Israel yang banyak membuat kerosakan kepada orang Islam. Banyak lagi subjek dan item yang dikategorikan sebagai yang diharamkan Islam masih tidak mampu dibendung oleh kerajaan kini. Adakah alasan Genting kawasan judi untuk orang bukan Islam boleh diterima. Tidak adakah orang Islam yang ke sana? Sedangkan judi di tanah rendah pun berlambak-lambak. Pergi sahaja ke kedai ekor, siapa pelawat yang paling ramai? Walau diletak tanda amaran judi tidak dibenarkan untuk orang Islam. Dibimbangi orang Islam yang tidak pernah ke Genting akan terus berkunjung ke sana bertitik tolak dari konsert Elton John. Jika diikutkan falsafah Dr Asri, sesuatu yang bertentangan dengan Islam tidak ada masalah di Negara ini kerana kita akan meminta kerajaan melarang orang Islam melibatkan diri. Berkemungkinan juga Dr Asri melihat dari sudut kepelbagaian kaum. Bagaimana kalau pemintaan kita tidak dipenuhi? TV boleh siar apa sahaja kerana orang Islam di Malaysia bijak menilai yang mana baik dan buruk. Mungkin juga, boleh ditulis pada skrin TV, “Arahan : Orang Islam Dilarang Melihat Sesuatu yang Haram ”. Apa yang diutarakan disini adalah bertujuan bagi percambahan fikiran. Secara peribadi saya rasa sedikit sedih dengan tindakan melabel PAS sebagai meniru Taliban. Mungkin juga cara yang ditonjolkan pemuda PAS tidak disukai beliau, sekurang-kurangnya masih ada suara yang menegah kemungkaran. Apa salahnya Dr Asri menegur secara baik sebagai satu contoh dan teladan, selari pula dengan keilmuannya yang sentiasa menjadi rujukan umum. Harakah |
Hamba Allah |
Saya sangat sedih dan kecewa di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini mengenai persembahan Elton John. Beliau seperti yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut “PAS jangan tiru Taliban”. Beliau menyatakan bahawa halangan tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya. Beliau juga memberi alasan lokasi di Genting Highland merupakan tempat arak dan judi untuk non-muslim. Saya rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Dr Asri yang saya rasakan mempunyai pengetahuan agama yang lebih baik dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat. Saya tidak pasti, sejak bila pula gelaran meniru Taliban diberikan kepada kumpulan yang menolak sesuatu yang dibenci Islam. Cukup jelas tabiat Gay adalah haram. Beberapa persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mendengar desakan kumpulan pendesak seperti yang disarankan Dr Asri iaitu tidak membenarkan orang Islam menyertainya? Persoalan ini perlu dijawab secara ikhlas oleh Dr Asri mengikut situasi masa kini. Adakah kerajaan yang ada sekarang mampu berbuat demikian? Mampukah kita untuk menyekat media dan publisitinya. Mampukah kita menghalang anak-anak kita dari membacanya? Meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya juga merupakan suatu hujah yang tergantung. Bagaimana? Surat, melalui dewan, memorandum, demontrasi atau menggesa seperti yang dilakukan pemuda PAS. Mana satu yang paling berkesan dan akan dipersetujui kerajaan? Jika dilihat pengalaman lepas kerajaan sedia ada sekarang pernah menjemput pemain kriket Israel dan baru-baru ini peninju dari negara berkenaan dibenarkan pula melintasi sempadan negara. Elton John adalah satu lambang moral yang memang bersangkutan dengan akidah umat Islam begitu juga Israel yang banyak membuat kerosakan kepada orang Islam. Banyak lagi subjek dan item yang dikategorikan sebagai yang diharamkan Islam masih tidak mampu dibendung oleh kerajaan kini. Adakah alasan Genting kawasan judi untuk orang bukan Islam boleh diterima. Tidak adakah orang Islam yang ke sana? Sedangkan judi di tanah rendah pun berlambak-lambak. Pergi sahaja ke kedai ekor, siapa pelawat yang paling ramai? Walau diletak tanda amaran judi tidak dibenarkan untuk orang Islam. Dibimbangi orang Islam yang tidak pernah ke Genting akan terus berkunjung ke sana bertitik tolak dari konsert Elton John. Jika diikutkan falsafah Dr Asri, sesuatu yang bertentangan dengan Islam tidak ada masalah di Negara ini kerana kita akan meminta kerajaan melarang orang Islam melibatkan diri. Berkemungkinan juga Dr Asri melihat dari sudut kepelbagaian kaum. Bagaimana kalau pemintaan kita tidak dipenuhi? TV boleh siar apa sahaja kerana orang Islam di Malaysia bijak menilai yang mana baik dan buruk. Mungkin juga, boleh ditulis pada skrin TV, “Arahan : Orang Islam Dilarang Melihat Sesuatu yang Haram ”. Apa yang diutarakan disini adalah bertujuan bagi percambahan fikiran. Secara peribadi saya rasa sedikit sedih dengan tindakan melabel PAS sebagai meniru Taliban. Mungkin juga cara yang ditonjolkan pemuda PAS tidak disukai beliau, sekurang-kurangnya masih ada suara yang menegah kemungkaran. Apa salahnya Dr Asri menegur secara baik sebagai satu contoh dan teladan, selari pula dengan keilmuannya yang sentiasa menjadi rujukan umum. |
1. Bermula esok, 28 Oktober 2011 – Jumaat - jam 4.30 petang hinggalah [30 Oktober 2011], Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi bakal melakar sejarah menelusuri episod perjuangan Islam di Malaysia, apabila anak – anak muda yang cintakan Islam, sahabat seperjuangan yang rindukan ikatan ukhuwwah Islamiyyah dan pejuang yang perlukan sentuhan tarbiyah ruuhiyah harakiyah dari para murabbinya akan berhimpun dengan penuh “persediaan” untuk ditarbiyah aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka di KUIZM Taman Melewar.
2. Malah anak – anak muda yang ingin merasakan pengalaman baru dengan sentuhan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia membina dan mengkaderkan anggotanya turut tidak melepaskan peluang untuk mendaftar dan menyertai acara tahunan ini, sebagai himpunan yang terbesar malah terpenting selepas muktamar tahunannya.
3. Saat saya menulis artikel ini, sebahagian pemuda telah pun bergerak dengan penuh semangat dan teruja untuk menjadi peserta paling awal ke Ijtima’ Tarbawi 2011, sementara yang lainnya pula berdebar – debar menanti saat untuk berlepas pergi. Tentu sahaja keikhlasan akan tersemat jauh di dalam sanubari mereka kerana melepaskan masa dan kepentingan lain untuk beruzlah di Taman Melewar tentunya tidak mengharapkan apa – apa selain redha Allah swt.
4. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat berijtima’ buat semua anak – anak muda yang mewarisi semangat pejuang, untuk terus mendidik diri agar lahir dan tampil sebagai pejuang yang mantap pemikiran, kental semangat dan tabah jiwa menggalas amanah perjuangan suci ini.
5. Tahniah jua saya ucapkan buat seluruh warga kerja sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 yang diketuai oleh sahabat saya al fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang gigih dan sibuk tahap gaban untuk menjayakan Ijtima’ tersebut. Sesekali saya berkesempatan masuk dan menyertai mesyuarat sekretariat ini dan ternyata ia sungguh membanggakan saya. Bukan sahaja berbincang dan bermesyuarat, tetapi juga mereka sangat serius, gigih, bersungguh dan rajin melaksanakan apa jua keputusan mesyuarat. Saya doakan agar mereka diberi kekuatan dan keupayaan untuk menghasilkan kualiti Ijtima’ Tarbawi yang terbaik insyaallah.
6. Namun, perlu saya tegaskan di sini buat semua peserta agar turut bersedia menghadapi apa jua kesulitan dan kesukaran yang bakal ditempuhi sepanjang Ijtima’ Tarbawi 2011 sungguhpun pihak sekretariat telah mengesat keringat di betis. Tentu sahaja akan ada kelemahan dan kekurangan luar jangka yang berlaku dan dikesan oleh peserta. Justeru Ijtima’ Tarbawi ini sifatnya sebagai program pengkaderan, maka saya harap semua peserta tidak merungut dan mengomel, apa lagi merasa kesal dengan segala kesulitan yang bakal ditempuh sebaliknya menerima dengan tenang dan semangat juang yang tinggi sementara segala kelemahan itu kita akan atasi bersama insyaallah.
7. Ijtima’ Tarbawi 2011 bukan kursus keusahawanan atau kursus kemahiran yang mempunyai budget kementerian dan juga bukan hari keluarga atau perkelahan musim cuti untuk menikmati segala kemudahan, keselesaan, keseronokan dan kerehatan. Sebaliknya ia adalah program pembinaan, pendidikan, pengkaderan, pembentukan dan pemantapan. Justeru itu, segala kepayahan, kesulitan, kelemahan dan kesukaran yang bakal ditempuh adalah sebahagian dari “pakej tarbiyah” yang mesti diterima dan diambil oleh peserta dengan baik, tekun dan cermat sekalipun ia tiada dalam agenda dan tentatif program.
8. Saya kira segala kesulitan dan kesukaran itu adalah “campurtangan Allah swt” untuk mendidik para pejuangnya agar mencapai matlamat dan objektif Ijtima’ Tarbawi ini. Malah pengalaman saya, jua pengalaman senior – senior saya dalam mengambil skima pentarbiyah dari jamaah ini, suatu “tarbiyah yang tiada dalam tentatif” program itulah yang lebih meninggalkan kesan mendalam pada diri setiap peserta jika mereka benar – benar bersedia untuk ditarbiyah agar lahir sebagai pejuang bertaraf Ansoorullah.
9. Sekurang – kurangnya ada 3 tumpuan yang perlu diberikan oleh setiap peserta Ijtima’ Tarbawi ini.
Pertama : Setiap pengisiannya yang terdiri dari taujihat, amanah, wasiat, kertas kerja, forum dan arahan pimpinan. Antara cara memberi tumpuan ialah dengan rakaman audio, menulis dan menghafaz point – point penting.
Kedua : Aktiviti dan amali sepanjang Ijtima’ seperti al mathurat, solat jamaah, qiamulail, munajat, taaruf, makan bersama, rehat bersama dan pelbagai aktiviti yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung mestilah dimanafaatkan sebaik mungkin untuk nilai tambah kepada pengisian yang kita perolehi melalui agenda dan tentatif yang telah disusun.
Ketiga : Ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang program malah ia akan berterusan sepanjang masa perjuangan kita. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Serap sebijak mungkin hikmah dan ibrah [pengajaran] dari ujian dan cabaran yang ditempuh. Lantaran ia adalah suatu anugerah Allah swt yang tidak dapat dibekalkan oleh sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 kelak.
10. Sama – sama lah kita berdoa agar Ijtima’ Tarbawi 2011 yang bakal berlangsung esok, benar – benar berjaya, bukan sahaja penganjuran aktivitinya tetapi juga menepati matlamat dan objektif yang telah digariskan. Suatu yang saya mahu ialah lahirnya pemuda – pemuda yang :
ikhlas berjuang,
gigih menunaikan amanah perjuangan,
cekal menghadapi rintangan,
berjaya mengurus diari gerakkerja
menepati piawaian Ansoorullah.
Tempat Pertama – RM300.00
Tempat Kedua – RM200.00
Tempat ketiga - RM100.00
Kriteria Foto yang di kehendaki :
Gambar yang di ambil mestilah berkaitan dengan negeri Perlis dalam skop berikut :
· Pimpinan PAS
· Bangunan/Bendera/Markas PAS
· Makanan
· Kebudayaan
· Sukan
· Tempat tumpuan
· Panorama
· Rumah Ibadah
· Natural/Semulajadi
· Kehidupan
· Alam
· Tempat rekreasi
· Dramatic&emotional action
· Landscape
Maklumat lain:
1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak foto yang dikehendaki.
2. Foto peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog PAS Kawasan Kangar di paskangar.blogspot.com dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Negara Berkebajikan di semua jaringan sosial.
3. Foto yang dihantarkan menjadi hakmilik Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kangar.
Penghantaran dan Tarikh Tutup :
1. Foto yang telah siap hendaklah dihantar kepada urusetia Fotopas’11 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kangar sebelum/pada15 November 2011 secara ‘soft-copy’ (dalam bentuk CD), atau
2. Juga boleh menghantar foto yang telah siap melalui email berikut – fotopas11@yahoo.com dengan tajuk " Fotopas’11" dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut :-
a. Nama Peserta
b. No. Kad Pengenalan
c. No. Telefon Bimbit
Penilaian :
1. Penilaian akan dibuat berdasarkan:
a. Pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan
b. Mesej gambar.
c. Kualiti gambar.
d. Markah tambahan akan diberi kepada mana-mana gambar yang paling popular di laman facebook ( pas kawasan kangar) melalui komen dan klik ‘Like’ yang paling banyak.
Keputusan:
1. PAS Kawasan Kangar berhak untuk menerima atau menolak mana-mana penyertaan berdasarkan hasil penilaian kriteria yang ditetapkan tanpa sebarang makluman.
2. Pihak urusetia pertandingan akan memilih 10 gambar terbaik dan akan dipamerkan di dalam FB (Pas KawasanKangar) selama 9 hari iaitu bermula 16 November, 2011 HINGGA 24 November, 2011.
3. Keputusan mengenai 3 gambar terbaik akan diumumkan pada 30 November 2011 melalui Blog PAS Kawasan Kangar di paskangar.blogspot.com dan juga email kepada pemenang.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
Pertanyaan:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada fotopas11@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi 019-4299668 (Termizi) / 013-3007428 (Iqbal).
KUALA LUMPUR 24 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mengesyaki penglibatan Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam isu cubaan memberi kad pengenalan segera kepada warga asing di Putrajaya, baru-baru ini.
Ketua Pemuda pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, seorang wanita yang memakai jaket bertulisan JPN, dikenalpasti memberi taklimat kepada warga asing berkenaan dalam bas yang membawa mereka ke Putrajaya.
Perkara itu, katanya, diberitahu oleh seorang saksi yang turut menaiki bas dari Kulai, Johor itu, sebelum bas yang membawa mereka bertukar haluan ke sebuah resort.
“Menurut saksi kejadian, terdapat seorang wanita yang memakai jaket JPN menaiki bas dari hentian Rawat dan Rehat (RNR), Kulai.
“Walaupun wanita itu tidak bersama ke Putrajaya, namun wanita itu turut memberi taklimat tertentu dalam bas itu,” katanya yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat.
Katanya, ia menunjukkan pendedahan Pakatan bahawa warga asing itu dibawa ke Putrajaya untuk mendapatkan Kad Pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi Umno-BN, adalah benar.
Menurutnya, sepanjang perjalanan, arahan yang diberikan juga berubah-ubah sekaligus menimbulkan kecurigaan tujuan bas itu membawa warga asing ke Putrajaya.
“Pada mulanya, untuk tujuan mesyuarat di Putrajaya, kemudian ada ura-ura perjalanan bas itu akan dipecah-pecahkan di beberapa lokasi di Johor dan apabila tiba di Putrajaya mereka berpusing-pusing sebelum diarahkan ke sebuah resort,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi yakin kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu turut dilindungi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kita pelik bagaimana KDN tidak tahu tujuan 240 warga asing itu ke sebuah resort di Putrajaya sedangkan Ketua Polis Sepang mengetahui tujuan warga asing itu kononnya menghadiri kursus keusahawanan.
“Ini memberi isyarat bahawa KDN seolah-olah melindungi pihak tertentu dengan mempermudah pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.
Nasruddin mewakili Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk membawa usul itu di dewan Rakyat.
Turut menyerahkan memorandum berkenaan ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan, Nazree Yunos.