Tuesday, November 30, 2010

Semut menetas...renungilah

Kehidupan semut dimulai dari telur. Jika telur ditumbuhi (progeni) maka akan menjadi betina (diploid), jika tidak, maka akan menajdi jantan (haploid).

Semut berkembang dengan metamorfosis lengkap dengan tahap-tahap larva melewati tahap pupa sebelum muncul sebagai semut dewasa. Larva ini secara umum bergerak dan diberi makan dan dirawat oleh semut pekerja.

Makanan diberikan kepada larva dengan trophallaxis, sebuah proses di mana semut regurgitates makanan cair. Seekor semut pekerja baru menghabiskan beberapa hari pertamanya dengan merawat kehidupan untuk ratu dan semut muda lainnya.

Kemudian setelah dewasa semut bertugas untuk menggali sarang lain dan bekerja sarang lain, dan kemudian untuk mempertahankan sarang dan mencari makan.


Semut pekerja mulai mendekati telur.


Pertama, Telur-telur semut dikumpulkan.

Di sini, kita melihat mata seekor semut baru. Tepatnya pada sisi kepalanya, semut pekerja membuat hirisan dalam lingkaran.

Bagian atas dari telur dilubangi dan dibantu semut pekerja lainnya.

Para semut pekerja membantu semut muda
untuk keluar dari telurnya.

Semut muda yang baru lahir masih belum boleh bergerak sendiri.

Sekarang untuk meluruskan kaki dan menjilatinya agar kering.

Akhirnya semua kaki diluruskan. Semut muda berdiam beberapa minit, sampai terbiasa dengan suasana baru.

Semut yang baru lahir tidak mampu untuk terusberjalan, mereka terhuyung-hayang, kadang malah terjerat pada kakinya dan terus jatuh, namun setelah beberapa jam mencuba, baru si semut kecil mampu mengawal kakinya dengan baik.

"Langkah Pertama si semut kecil di dunia" - Masih berupaya beberapa hari bagi si semut kecil untuk belajar berjalan dan bekerja membangun sarang dan memberi makan larva. Nah, selama itu akan dibimbing oleh semut-semut dewasa lainnya di sarang.

Sungguh luar biasa kekuasaan Tuhan, semut pun boleh bekerja sama dalam proses persalinan ini ...

Hukum Bersalaman Selepas Solat


Soalan :

Apakah hukum berjabatan tangan bagi seorang Muslim kepada saudara seagamanya setelah selesai solat?

Jawapan :

Berjabatan tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya. Imam Nawawi berkata,

"Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma' di kalangan para 'alim ulama." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi).

Ibnu Baththal berkata,
"Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama' umumnya." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426).


Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ka'ab bin Malik RadiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :


"Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin UbaiduLLah radiyaLLahu 'anhu yang berdiri kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat padaku." (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 458 : Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4, hlm 1607 dan Muslim, Sohih Muslim vol 4, hlm 2126)


Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyaLLahu 'anhu, bahawa beliau berkata,
"Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam? " beliau (Anas radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Ya" (Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlm 231 ; dan Ibnu Hibban, Sunan Ibnu Hibban, vol 2 hlm 245).

Hadith yang diriwayatkan daripada Atha' bin Abu Muslim AbduLlah Al Khurasani bahawa beliau berkata, RasuluLLah SallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :

"Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). " (Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)


Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama' yang mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah Sunnah dan itu adalah bid'ah hasanah, atau bid'ah yang mubah (diharuskan).

Imam Nawawi memperincikan penjelasan tentang masalah ini dan berkata :
" Jika seseorang yang berjabat tangan sebelum solat, maka itu adalah Sunnah yang baik. Jika dia mengucapkan salam kepadanya (yang berjabat tangan) sebelumnya (solat) maka hukumnya adalah mubah (harus)" (Imam Nawawi, Al Majmu' vol 3, hlm 469-470)


Al Hashkafi berkata,
"Sebutan secara mutlaq (menyebutkan secara mutlaq 'bersalaman setelah selesai solat' tanpa mengaitkannya dengan solat tertentu atau keadaan tertentu) daripada pengarang (iaitu al Tamartasyi) mengikut ad Durar, al Kanz, al Wiqayah, An Niqayah, al Majmu', al Multaqa' dan selainnya menunjukkan hukumnya (berjabat tangan) adalah boleh, walaupun setelah selesai solat Asar."

Adapun ucapan mereka. "Sesungguhnya itu bid'ah maksudnya adalah bid'ah hasanah yang diperbolehkan' sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar. "
(Al Hashkafi. Al Durr Al Mukhtar, dicetak Kitab Hasyiah 'Abidin di bahagian tepinya, vol 6, hlm 380)

Setelah menyebutkan pendapat sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnah secara mutlaq. Ibnu Abidin memberikan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan berkata :...
"Itulah pendapat yang seiring dengan apa yang telah dikemukakan oleh Syarah (Al Hashkafi) dari pemutlaqan ungkapan kitab-kitab matan. Beliau berdalil terhadap pendapat itu daripada umumnya nas-nas yang diriwayatkan berkenaan dengan disyariatkannya kita berjabat tangan. "
(Ibnu Abidin Radd al Muhtar 'Ala Ad Durr Al Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibnu 'Abidin, vol 6, hlm 381) Mereka menyatakan bahawa berjabat tangan setelah selesai solat adalah sunnah secara mutlak.

Imam Thobari menguatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyaLlahu 'anhu dan Bukhari dari Abu Juhaifah radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

"RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah keluar pada tengahari yang panas ke lembah (di luar batas Mekah; pada masa lalu). Lalu Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam berwuduk kemudian melakukan solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat (solat jamak dan qasar). Dan di depannya ada tongkat (bermata yang lebih pendek dari tombak) yang di belakangnya telah lalu seorang wanita. Orang-orang pun berdiri, lalu mereka mulai meraih (mengambil) kedua tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan mengusap-usap dengannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) ke wajah-wajah mereka. Abu Juhaifah radiyaLlahu 'anhu berkata, "Lalu aku meraih (mengambil) tangannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) dan aku meletakkannya ke wajahku; ternyata ia (tangan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam) lebih sejuk daripada salju dan lebih wangi daripada misk (minyak wangi) ". (Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, vol 3, hlm 1304)


Al Muhib At Thobari berkata, "Dijadikan sandaran kuat dengan halitu, (bersalaman) terhadap apa yang sesuai dalam tradisi orang ramai, iaitu berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai solat berjemaah. Khususnya Solat Asar dan Solat Maghrib. Apabila disertai dengan tujuan yang baik seperti mengambil keberkatan, mengakrabkan diri, dan seumpamanya.

Sementara Izzuddin Abdissalam. setelah membahagi-bahagikan perkara-perkara bid'ah ke dalam 5 bahagian iaitu : Wajib, Haram, Makruh, Sunnah dan Mubah (harus), beliau berkata :

"Bid'ah-bid'ah yang mubah (harus) ada beberapa, antara lainnya ialah : berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar." (Izzuddin Ibnu Abdissalam, Qawa'id al Ahkam fi Mashalih al Anam, vol 2, hlm 205)


Imam Nawawi berkata, "Adapun berjabat tangan (bersalaman), yang telah mentradisi atau mengamalkannya setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar ialah :

Syaikh Imam Abu Muhammad bin Abdissalam (semoga ALLah subahanahu wa ata'ala merahmati beliau) telah menyebutkan bahawa itu termasuk di dalam bid'ah yang mubah (harus) ; tidaklah disifatkan sebagai makruh dan galakan. Apa yang beliau sebutkan ini adalah baik. Pendapat yang dipilih disebutkan begini : apabila seseorang yang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah mubah (harus), sebagaimana yang telah kami kemukakan. Apabila seseorang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah Sunnah. Ini adalah sebab berjabat tangan (bersalaman) ketika berjumpa adalah perbuatan Sunnah Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berdasarkan ijma' yang bersandarkan kepada hadith-hadith sahih tentang hal itu (bersalaman). (Imam An Nawawi, Al Majmu', vol 3, h;m 469-470)

Dengan ini, maka bolehlah kita ketahui bahawa siapa yang mengingkari perbuatan ini (bersalaman), maka boleh jadi dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kami sebutkan atau dia tidak berjalan di atas bidang 'ilmiah sama sekali. Dan ALLah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

sumber:jomfaham.blogspot.com

DINAR sebagai MASKAHWIN PERKAHWINAN


Sama-sama kita kembalikan nilai matawang Islam [EMAS].Jadikan DINAR sebagai HANTARAN PERKAHWINAN

Indonesia tutup lapangan terbang Malang


GUNUNG Bromo yang terletak di Jawa Timur menghamburkan awan debu semalam.


JAKARTA - Pemerintah Indonesia semalam menutup Lapangan Terbang Abdul Rachman Saleh ekoran letusan gunung berapi yang terletak kira-kira 25 kilometer ke barat Gunung Bromo di Jawa Timur.

Lapangan itu ditutup kerana awannya mencapai setinggi 700 meter ke udara.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Bambang Ervan berkata, lapangan terbang domestik bandar Malang tersebut akan ditutup sehingga 4 Disember depan kerana abu yang dihamburkan itu mengandungi bahan kimia yang akan mengakibatkan gangguan pada enjin kapal terbang.

Ahli vulkanologi pemerintah, Surono berkata, gunung berapi tersebut akan menghamburkan asap selama beberapa hari lagi.

Gunung Bromo yang merupakan lokasi tumpuan pelancong, mula mengeluarkan bunyi pada awal bulan lalu.

Pihak pemerintah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah namum ia berbeza dengan Gunung Merapi yang meletus pada 26 Oktober lalu.

Kawasan sekitar Bromo tidak mempunyai kepadatan penduduk kerana ia berhampiran dengan Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru. - AFP-kosmo

Telur ayam dua kali lebih besar


GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).


CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.

Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.

"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.

Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi

Ekonomi gawat, Pahang akan muflis


TEMERLOH, 29 Nov: Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak praktikal’ apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.

Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan,” kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri.

Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan.

"Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan.

"Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut," Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga.

Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman.

"Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan," katanya

Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa ‘kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.’

“Kenyataan beliau bahawa “kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan’, benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN ‘sudah menopaus’.

Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri,” selar Tuan Ibrahim.

Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu.

“Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.

Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan.

“Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi.

Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera,” saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut.

“Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak.

Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar.

Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis,” tambah Tuan Ibrahim.


harakahdaily

Kreatif punya pasal terciptalah kereta kayu

Kereta kayu sport Maniwa. Kenderaan, yang dirancang dan handbuilt oleh tukang kayu di Sada-Kenbi, Jepun. Kereta super kecil ini memiliki ruang untuk pengemudi di depan dan sebuah bangku di bagian belakang untuk dua penumpang.
Mobil Kayu Maniwa Kendaraan Super Hijau

Maniwa dilengkapi dengan sistem kemudi stang, pintu yang dapat dibuka keatas, dan stereo. Kelajuan mencecah sehingga 80 km / jam, tetapi harganya luar biasa iaitu $ 44.000 USD.
Mobil Kayu Maniwa Kendaraan Super Hijau  dengan Stang

Berikut ini videonya :


Kisah Pondan Bertaubat

Ini adalah kisah tentang Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorangmak nyah ataupun Pondan bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagaiBapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator@penyambut tetamu. Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, dia tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan, oopssss, Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang ‘wanita’.

Penampilan barunya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah. Lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari. Apatah lagi kalau skirt pendek kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir.

Macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan. Takut-takut ada yang patah hati nanti.

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya.

Hari demi hari berlalu dengan pantas. Kehidupan kotaraya makin mencabar. Kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan. Kes jenayah makin menjadi-jadi. Rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampungnya itu.

Dipendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu, dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi ayu, dengan skirt pendeknya dan rambut ala-ala Norrita. Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya adalah kawannya si Hamdan (Ayu) disebabkan ke’Ayu”an.

Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabra cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 360 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula berdebar. Namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Apesal ni?




Ayu : Yob, aku menyesal. Aku nak bertaubat. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi ni lagi. Aku insaf. Insaf. TAUBAT. Aku tak nak nama dan gambar aku keluar masuk TV ataupun surat khabar macam dot dot dot tu. Isk isk isk huaaaaaa…

Ayob : Baguslah kalau macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampung) Aku pun selalu juga doa untuk kau untuk balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah.

Ayu : Betul lah Yob. Kaulah kawan aku dunia dan akhirat. Mulai hari ini Yob, aku akan berazam untuk berubah. Aku nak ubah penampilan aku. Aku akan tutup aurat betul-betul. Aku nak pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu. Takmau dah dedah aurat. What do u think Ayob ?

Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah (Ingatkan nak taubat betul-betul)

sumber: pemudasufi

Saturday, November 27, 2010

Spesis baru ikan tanpa mata ditemui


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan ikan tanpa mata di temui di kawasan timur Papua.


JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.

Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.

"Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua," kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.

Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains. - AFP

Tips Kewangan: Formula 70/30

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

70% adalah peruntukan bagi perbelanjaan selama sebulan termasuk rumah, kereta,makan & shopping!
Jika tidak cukup, lakukan penjimatan yg realistik sehingga mencukupi 70% daripada pendapatan anda.
Contoh, gaji RM2000 sebulan, RM1400 (70%) adalah utk perbelanjaan.
Baki 30% (RM600) adalah untuk jana kekayaan!
Dalam 30% itu, bahagikan kepada 3:
-10% (RM200) guna untuk ibubapa/ kebajikan, orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Pahalanya akan menggandakan wang anda. InsyaAllah.
-10% (RM200) gunakan untuk bisnes/ sbg modal permulaan. Contohnya: pergi kursus/ seminar, beli buku, program dan sebagainya. Belajar sesuatu yang baru dengan membuka minda & bercampur dengan usahawan lain.
-10% (RM200) SIMPAN untuk masa depan, inilah kunci kejayaan kerana ianya bakal meledakkan akaun bank dalam senyap.
Nota: SIMPAN RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun;
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.
Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan.
Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, jomguna Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

Perlukah Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadah Haji ?


Oleh : Mufti Brunei

Perlukah Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadah Haji?


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Antara tuntutan agama Islam yang wajib ditunaikan ialah ibadat haji. Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mukallaf yang memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu sekali dalam hidupnya.

Syarat Wajib Haji

Menurut para ulama, syarat-syarat wajib haji itu termasuk juga umrah ialah; Islam, baligh, berakal, merdeka dan istitha‘ah.

Apakah yang dimaksudkan istitha‘ah di sini? Istitha‘ah membawa maksud berkuasa atau berkemampuan untuk menunaikan haji. Ini dijelaskan dalam al-Qur’an, firman Allah Subahanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.”
(Surah ’Ali ‘Imran: 97)

Ayat di atas menjelaskan bahawa haji diwajibkan ke atas orang yang berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya.

Istitha‘ah sebagai syarat wajib menunaikan haji itu terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Istitha‘ah mubasyarah binafsihi iaitu mampu mengerjakan sendiri ibadat haji dengan adanya kemampuan dari segi harta dan fizikal.

Kedua: Istitha‘ah bighairihi iaitu mampu mengerjakan ibadat haji dengan perantaraan orang lain kerana kemampuannya untuk mengerjakan ibadat haji dari segi harta sahaja, seperti orang yang wajib ke atasnya haji sebelum dia meninggal dunia, maka wajib ditunaikan haji bagi pihak dirinya dengan harta peninggalannya atau orang terlalu tua atau orang sakit yang tidak berupaya mengerjakan hajinya kecuali dengan mengupah orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihak dirinya.

Syarat Istitha‘ah Mubasyarah Binafsihi

Orang yang mampu mengerjakan sendiri ibadat haji kerana kemampuannya dari segi harta dan fizikal terikat dengan beberapa syarat, iaitu:

(i) Mempunyai perbelanjaan atau bekalan yang mencukupi untuk dirinya ketika dalam perjalan pergi dan balik dan sewaktu dia melaksanakan ibadat haji, serta perbelanjaan sara hidup bagi orang yang diwajibkan ke atasnya menanggung nafkahnya semasa dalam pelayarannya.

(ii) Terdapat kenderaan untuk perjalanannya umpamanya kapal terbang, kapal laut, bas dan sebagainya, sama ada miliknya sendiri ataupun disewa dengan kadar sewaan biasa atau sewaan semasa menurut keadaan, tempat dan waktu.

Syarat ini adalah bagi orang-orang yang tinggal sejauh dua marhalah atau lebih dari Makkah al-Mukarramah iaitu jarak perjalanan yang membolehkan diqasharkan sembahyang.

Kedua-dua syarat di atas ada disebutkan dalam hadits Baginda Shallallahu ‘alahi wasallam daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya:
“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah dia syarat yang mewajibkan haji itu?” Baginda bersabda: “Bekalan dan kenderaan.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

(iii) Hendaklah aman dan selamat dalam perjalannya daripada bahaya, seperti binatang buas ataupun musuh. Perkara ini bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga ke atas hartanya, kehormatannya dan juga keselamatan orang-orang yang bersamanya.

(iv) Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi kepayahan atau kesukaran yang tidak dapat ditanggung menurut kebiasaannya dalam perjalanan umpamanya kerana tua atau sakit.

(v) Mempunyai kesempatan dan masa bagi mengerjakan fardhu haji. Maksudnya ialah seseorang itu memenuhi syarat-syarat wajib haji pada ketika itu mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat urusan dan melakukan perjalanan bagi mengerjakan fardhu haji.

(vi) Bagi perempuan, hendaklah ditemani oleh suaminya atau mahramnya atau perempuan-perempuan yang boleh dipercayai berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam:

Maksudnya:
“Janganlah seorang perempuan belayar bagi kecuali bersamanya suaminya atau mahramnya.”
(Hadits riwayat Muslim)

Maka jika salah satu daripada syarat-syarat istitha’ah tersebut tidak dipenuhi, maka tidaklah diwajibkan ke atas seseorang itu untuk mengerjakan ibadat haji.


Mengerjakan Haji Dengan Berhutang

Islam telah menetapkan bahawa ibadat haji tidak wajib ke atas orang yang tidak berharta. Islam juga telah menetapkan bahawa orang yang tidak berharta adalah tidak diwajibkan berhutang untuk mengerjakan ibadat haji.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Abu Awfa Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku pernah bertanya kepadanya (Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam) tentang seorang lelaki yang belum lagi menunaikan haji, “Adakah dia perlu berhutang untuk menunaikan haji itu?” Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menjawab: Tidak.”

(Musnad asy-Syafi‘e)

Begitu juga dalam sebuah atsar yang diriwayatkan daripada Thariq Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku pernah mendengar anak Abu Awfa (salah seorang sahabat Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam) ditanya berkenaan seorang lelaki yang mahu berhutang dan mengerjakan haji (dengan hutangnya itu), beliau berkata: Mohonlah rezeki kepada Allah dan jangan berhutang.”
(Hadits riwayat al-Baihaqi)

Dalam hal ini juga, Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala ada menyebutkan dalam kitab beliau al-Majmu‘:

Ertinya:
“Apabila sudah tidak wajib (haji itu) ke atas orang yang memang sedia ada hutangnya kerana hutangnya itu, maka tidak wajib berhutang (untuk pergi haji) itu adalah lebih awla (utama) lagi.”

Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala berkata lagi:

Ertinya:
“Telah berkata ulama-ulama asy-Syafi‘eyyah: Sekiranya orang yang memberi hutang itu setuju hutang itu dibayar kemudian sehingga (orang yang berhutang itu) pulang dari mengerjakan haji, ibadat haji itu masih tidak wajib ke atas orang yang berhutang itu tanpa ada percanggahan pendapat.”

Oleh itu, tidak dituntut dalam Islam menunaikan ibadat haji dengan berhutang, kerana pada dasarnya orang yang berhutang dan orang yang mempunyai hutang dianggap sebagai orang yang belum mempunyai kemampuan (istitha‘ah) untuk mengerjakan haji.

Islam Tidak Menggalakkan Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadat Haji Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Ini dijelaskan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan.”
(Surah al-Baqarah:185)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

(Surah al-Baqarah: 286)

Dalam konteks ini, jika sekiranya syarat-syarat wajib haji tidak dapat dipenuhi oleh seseorang, maka tidaklah wajib baginya pergi mengerjakan haji, walaupun haji itu salah satu daripada rukun Islam yang lima. Berhutang kerana tujuan tersebut adalah suatu perkara yang tidak dituntut oleh agama, kerana berhutang sangat membebankan dan boleh membawa akibat yang buruk seperti berlakumya kesusahan dan mengandungi risiko yang tinggi bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan tentang orang yang berhutang dengan sabda Baginda:

Maksudnya:
“Dan jauhkanlah diri kamu daripada hutang, kerana sesungguhnya (hutang itu) awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula mengambil harta orang dengan tiada mengembalikannya.”
(Hadits riwayat Malik)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

Maksudnya:
“Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung kerana hutangnya (yang belum dibayar) sehinggalah hutangnya itu dibayar.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Kedudukan Haji Orang Yang Berhutang

Walau bagaimanapun, sekiranya orang yang berhutang itu mengerjakan haji juga dengan duit yang dipinjamnya, maka ibadat haji yang dikerjakannya itu sah sebagai haji fardhu dalam Islam.
Apabila suatu hari nanti, jika dia sudah berkemampuan untuk mengerjakan haji, maka dia tidak lagi diwajibkan atau dituntut untuk mengerjakannya.

Ini jelas disebut oleh Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala:

Ertinya:
“Adapun untuk dikira haji yang dikerjakan itu menjadi haji Islam (haji fardhu), maka syaratnya ada empat perkara iaitu;

Islam, berakal, merdeka dan baligh. Jika seorang fakir berusaha dengan bersusah payah (untuk mendapatkan perbelanjaan bagi tujuan) mengerjakan haji, maka haji itu menjadi haji Islam.”

Beliau berkata lagi dalam kitabnya Minhaj ath-Thalibin:

Ertinya:
“Maka memadailah (sah) haji seorang yang fakir (yang berusaha dengan bersusah payah untuk mendapatkan perbelanjaan mengerjakan haji).”

Begitu juga asy-Syeikh al-Khathib asy-Syarbini Rahimahullahu Ta‘ala ketika mensyarahkan perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala di atas dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj,
beliau berkata:

Ertinya:
"(Dan begitu juga memadai (sah) haji yang dilakukan oleh) setiap orang yang tidak berkemampuan apabila terkumpul (dua syarat) iaitu merdeka dan taklif (berakal dan baligh).”

Sebagai kesimpulan, orang yang tiada kemampuan dari segi kewangan, tidaklah perlu ia menyusahkan dirinya dengan berhutang untuk mengerjakan ibadah haji yang merupakan salah satu rukun Islam, apatah lagi bagi orang yang sudah mengerjakan haji atau umrah.

Sumber :


Kekoh Enterprise





Alhamdulillah...selesai mendaftarkan syarikat Kekoh Enterprise,produk pertama adalah rempah masakan serbaguna dan akan menyusul produk seterusnya sedikt masa lagi.


Wednesday, November 24, 2010

Ular yang paling tidak berbisa selama proses pertukaran


10. Elephant Trunk Snake (Ular Gading Gajah)

.

Fn001357-1



9. Tentacled Snake (Ular bersesungut)




8. Long nosed vine snake


Longnosedwhipsnakesideview07



7. Langaha Nasuta


12674



6. Atheris Hispida


3434870112 10F778B2B9 Z



5. Horned Viper


Horned-Viper-W



4. Burrowing Asp


2354924255 82Feb05B15 Z




3. Tiger Keelback


Rhabdophis Tigrinus05


2. Flying Snake (Ular Terbang)


http://www.zoosociety.org/img/fun_stuff/phototips/FlyingSnake_lg.jpg



1. Sea Snake (Ular Laut)


Most-Dangerous-Animal-In-The-Sea-Sea-Snake


Tuesday, November 23, 2010

Seorang nenek lari dari rumah kerana kecewa cinta terhalang

KULIM: Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu.

Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung.

Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin.

Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya.

"Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun.

"Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya.

Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri.

Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik.

"Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :(gambar) :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis.

“Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang.

"Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami ahli keluarga,” katanya.

Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami.

Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.

Monday, November 22, 2010

80 jam terperangkap 18 meter bawah laut


Fan (mata ditutup) didukung seorang pekerja selepas dia diselamatkan dari dalam paip yang terletak dalam laut di wilayah Zhejiang semalam.


BEIJING - Sepasukan penyelamat China semalam berjaya menyelamatkan seorang pekerja di pelantar pesisir pantai yang terperangkap selama 80 jam di dalam paip bersaiz satu meter di bawah laut.

Mangsa berusia 43 tahun dan hanya dikenali sebagai Fan itu sedang bekerja di bahagian bawah paip yang berada di kedudukan 18 meter bawah laut di wilayah Zhejiang.

Malangnya, tekanan ombak tiba-tiba membuatkan paip itu tertutup seperti tin makanan dan menyebabkan Fan terperangkap, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Sepanjang berada di dalam paip tersebut, Fan menerima makanan dan air menerusi satu tiub, di samping kaunseling daripada seorang pakar psikiatrik.

Rakaman yang disiarkan oleh China Central Television menunjukkan pasukan penyelamat mengeluarkan Fan dengan menggunakan penunu bagas selepas bahagian paip itu diangkat dari laut.

Fan kemudian dibawa ke sebuah hospital.

Dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

China disifatkan sebagai antara negara yang paling berbahaya untuk bekerja dengan purata 187 pekerja mati dalam kemalangan pada setiap hari dalam pertengahan pertama tahun ini. - AFP

Hasad dengki punca Pusat enggan iktiraf Dinar Kelantan


KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.

Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).

Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya

Harakahdaily/-

MGM diisytihar muflis




Studio Hollywood, Metro-Goldwyn-Mayer Inc. (MGM) yang juga penerbit filem James Bond mengemukakan permohonan untuk diisytiharkan muflis, semalam dalam pelan yang disokong oleh pemberi pinjamannya dan membolehkan studio itu membiayai pelaburannya dalam filem The Hobbit.

Pelan kebangkrapan 'prapakej' yang dirangka selama lebih setahun itu dijangka dilaksanakan dengan segera.

Di bawah pelan itu, MGM akan disusun semula dan diurus oleh kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spyglass Entertainment.

Studio yang ditubuhkan pada 1924 itu terkenal kerana filem klasik seperti The Wizard of Oz dan Gone With the Wind. Ia telah banyak kali dibeli dan dijual semula.

Ayuh Pemudaku Bangkit ! Kini waktu bekerja .

1. Mendepani iklim politik baru , pemuda PAS mesti lebih bersedia menghadapinya dengan mempertingkatkan penguasaan ilmu agama dan ilmu politik semasa serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap gerakkerja berorganisasi . Demikian juga tumpuan wajib diberikan kepada usaha memantapkan nilai peribadi yang soleh bagi setiap anggota pemuda PAS.

2. Pemuda PAS tidak harus leka dengan pelangi kemenangan sebaliknya meneruskan kerja gigih memperkasakan parti khasnya Dewan Pemuda di semua peringkat melalui pengukuhan Unit Kerja Jamaah [ UKJ ] . Kemenangan adalah suatu yang pasti dan ianya adalah janji Allah swt yang pasti tiba saat dan detik yang akan ditentukan oleh Allah swt. Persoalan yang penting ialah kerja dan tugas yang digalas sebagai tanggungjawab serta amanah mesti ditunai sebaik mungkin .

3. Turunlah ke padang ! lalu santuni anak muda . Terjunlah ke lapangan ! lalu didik dan bimbinglah anak muda . Lepaskan selimut anda dan bebaskan diri dari kilauan fatamorgana . Justeru kemenangan yang diidamkan tidak mungkin dapat dicapai semudah yang dijangka.

4. Kita mesti bina kekuatan sendiri ! bukankah ini telah menjadi amanah Dato' Seri Presiden ? Jangan hanya mengharapkan kelemahan musuh sementara kita mengelamun membina track menuju Putrajaya . Ingat , kini lawan politik kita telah menyedari kelemahan mereka dan mereka bekerja keras memperbaiki kelemahan tersebut . Andai kita terus leka , kita bakal kecundang wali'yazubillah .

5. Masa tidak banyak dan pastinya ia pantas berlalu . Pilihanraya kian hampir . Laksanakan segala pengarahan parti serta pro aktif menggerakkan jentera parti . Kreatif dalam dalam penganjuran gerakkerja agar ia efektif dan menepati sasaran dengan hikmah dan bistari .

sumber

Saturday, November 20, 2010

Memperingati Memali 25 tahun

Memali berdarah angkara Mahathir dan Musa ?



Nama Dr Mahathir Mohamed diingat lagi setelah 25 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah.

Dr Mahathir ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri.

Memali tidak jauh dari kampung saya Keroh Perak. Saya pernah beberapa kali ke situ menaiki motosikal yang mengambil masa tidak lebih dari empat puluh minit.

Malah sesudah beberapa jam polis dan kereta perisai menjalankan operasi mereka di kawasan Madrasah berkenaan, saya dan beberapa orang wartawan media perdana sampai ke tempat kejadian selepas berjaya melepasi sekatan-sekatan jalanraya.

Saya masih ingat lagi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya yang pernah datang ke Dewan Orang Ramai di Pekan Keroh untuk menyampaikan ceramah. Saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan mendengar ceramah politiknya yang dikira berapi.

Peristiwa tahun 1985 itu melakarkan sejarah apabila Ustaz Ibrahim Mahmud dan tiga belas pengikutnya terbunuh ketika berdepan dengan lebih beribu anggota Polis.

"Operasi Hapus" seperti yang dinamakan Polis turut melibatkan ayah kepada rakan sekelas saya. Beliau merupakan diantara orang terpenting dalam menerima dan melaksanakan 'arahan orang atasan'.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar pada The Malaysian Insider, "kehilangan jiwa bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan tetapi penduduk Mukim Siong itu dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional"

“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno ketika itu" tegas Mahfuz lagi.

Saya tidak bercadang mengulas isu ini dari pengalaman saya. Biarlah perhimpunan tiga hari itu mengkisahkan detik hitam atau sebaliknya untuk dijadikan tatapan dan iktibar generasi baru.

Pada hermat saya, sejarah semalam pasti kelabu dengan dapatan hari ini dan hari-hari mendatang jika muwarikhnya bermuslihat.

Cuma saya nak tanya Dr Mahathir dan Musa Hitam. Rata-rata mereka menuding jari bahawa lukanya masih berdarah dan Memali masih menangis dek angkara 'kerajaan dua M' itu.

Apakah ianya benar ?

Tidakkah ada rasa bersalah atau penyesalan pada diri masing-masing - mahu memohon maaf kepada keluarga mangsa, penduduk di situ, parti yang terlibat dan seluruh rakyat Malaysia ?

Senjata dalam peperangan dulu dan kini

Kuda boleh merosakkan formasi pasukan musuh. Ikan umba-lumba angkatan laut membantu membersihkan Pelabuhan Umm Qasr dari ranjau. Tentara Rom dan Yunani menggunakan lebah untuk menghalangi musuh.

Itulah sebahagian haiwan yang digunakan dalam perang. Haiwan-haiwan boleh menjadi “senjata biologi”, tidak dapat disamai oleh kemampuan mesin. Berikut ini adalah sejumlah haiwan yang seringkali dimanfaatkan dalam peperangan.

1. Kelawar

Kemarahan Amerika Serikat atas serangan Jepun ke Pearl Harbor menelurkan idea memasang bom di badan kelawar. Percikan api diharapkan dapat digunakan untuk membakar kota-kota Jepun ketika kelawar ini hinggap di bumbung bangunan.

http://static.republika.co.id/images/kelelawar_vampire_100813084313.jpg

Namun perancangan ini dibatalkan kerana dalam pengujian banyak kelawar tidak kooperatif dan kabur. Hingga kini, Pentagon masih mempelajari bagaimana mekanisma terbang kelawar ini untuk mengembangkan enjin pesawat dan robot .


2. Unta

Di masa lampau, unta ini banyak digunakan di kawasan panas dan kering di Afrika Utara dan Timur Tengah kerana unta memiliki kemampuan bertahan di dalam iklim ekstrem dan seringkali tanpa air, di masa perang unta cukup cekap.

http://www.navyfrogmen.com/images/camel.JPG

Bau unta khabarnya membuakant kuda-kuda yang digunakan musuh dalam ketakutan. Tentera Parsi kekadang mempersenjatai unta mereka. Sedangkan perwira Arab seringkali menunggang unta ketikat serbuan untuk menaklukan suatu daerah.

Peranan unta dalam perang berkurangan sejak berkembangnya senjata api. Tapi, unta masih kelihatan digunakan ketika Perang Dunia I.


3. Lebah

http://inioke.com/foto/2010/02/01/0102101652_111lebah.jpg

Sengat lebah boleh dijadikan senjata mematikan musuh. Di zaman dulu, tentara Rom dan Yunani menggunakan lebah untuk menghalangi musuh. Penggunaan lebah berlanjutan ketika abad pertengahan, Perang Dunia I, dan Perang Vietnam. Saintis Amerika juga menggunakan lebah untuk melakukan serangan terhadap musuh semasa berada di daratan.

4. Singa laut

http://www.kagakribet.com/artikel/walrusmainsaks.jpg

Mamalia ini mampu melihat dalam kandungan cahaya minimun serta boleh mendengar di bawah permukaan air. Singa laut juga boleh berenang dengan kecepatan hingga 40 km/jam dan menyelam hingga kedalaman 300 meter. Dengan kemampuan ini, angkatan laut AS melatih singa laut untuk menandai tempat-tempat untuk menyerang musuh.


5. Merpati

Merpati memiliki kemampuan terbang sehingga boleh kembali ke sarang meskipun telah menempuh perjalanan ratusan kilometer. Puncak kemahsyuran penggunaan merpati terjadi pada ketika Perang Dunia I, tentera sekutu menggunakan 200,000 merpati untuk keperluan komunikasi.

http://2.bp.blogspot.com/_wuUCE0sCC3g/S-3wEiM0AuI/AAAAAAAAAEg/kztVV59sKYA/s1600/Post+pigeon.jpg

Seekor Merpati bernama Cher Ami mendapat penghargaan setelah mengirim 12 pesanan untuk pertahanan di Verdun, Perancis.

6. Ikan Lumba-Lumba

http://www.follybeach.com/Dolphin-face.jpg

Haiwan ini memiliki sonar biologi untuk mencari point berdasarkan konsep gema. Pada ketika Perang Teluk dan Perang Iraq, lumba-lumba milik angkatan laut membantu membersihkan pelabuhan Umm Qasr.


7. Gajah

Gajah menginjak tentera, menusukkan gading, dan melempar orang dengan belalainya. Kerajaan kuno di India diketahui menjadi kerajaan pertama yang menjinakkan gajah. Tapi, kemampuan ini segera menyebar ke Parsi dan Timur Tengah.

http://safartour.blogdetik.com/files/2010/10/elephant-kid-besi.jpg




8. Keldai

Tidak sehebat haiwan perang lainnya, tapi ribuan pasukan akan menderita jika tak ada Keldai. Pasalnya, haiwan inilah yang bekerja membawa makanan, bahkan persenjataan dan barang-barang lain yang diperlukan oleh tentera.

http://akzir.files.wordpress.com/2010/09/keledai.gif

Napoleon Bonaperte juga menaiki keldai ketika melintasi Alpen. Keldai masih mendapat tugas tentera hingga saat ini. Tentara AS bergantung pada haiwan ini untuk mengantar barang ke pos-pos terpencil di pegunungan Afghanistan.


9. Anjing

Orang-orang Sepanyol menggunakan anjing yang dipersenjatakan untuk menakluk Amerika Selatan di abad ke-16. Anjing juga berperanan besar selama konflik di abad pertengahan di Eropah.

http://www.visualintel.net/SpecialTopics/Military-Working-Dog/War-Zone-Weapon-Cache-IED/070106-A-1985S-071-1/527712859_YzEkh-S.jpg

Tugas anjing di masa modern kini meliputi untuk mengesan bom dengan indera penciuman. Di Iraq dan Afghanistan, anjing tentera digunakan untuk sebagai antipeluru demi menjamin keamanan semasa bertugas.


10. Kuda

Kuda adalah haiwan yang paling popular ketika perang berlangsung. Manusia telah menjinakkan kuda setidaknya sejak 5.500 tahun lalu. Para pahlima tentera di atas kuda boleh mengkucar-kacirkan formasi pasukan musuh.

http://www.elevationfriesians.com/style/war.jpg


kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails