Friday, April 30, 2010

GADEK--Episode 3



Keesokan hari, Gadek pergi ke hujung kampong itu pada waktu malam. Dia masih cuba memikirkan apa yang tersirat di sebalik apa yang boleh dilakukannya ialah, cuba memanah bulan yang sedang mengambang.

Bulan itu kelihatan besar, tetapi terlalu jauh. Gadek berazam mahu juga memanah bulan tersebut. Gadek menarik anak panahnya perlahan-lahan sehingga ia tidak dapat ditarik lagi. Namun Gadek merasakan bahawa dia perlu menarik lagi anak panah itu sekuat mungkin supaya ia dapat pergi lebih jauh.

Ditariknya anak panah itu sekuat hati. Tidak semena-mena panah Gadek patah. Gadek terkejut. “Eh, aku belum panah lagi dah patah. Rapuh sangat ke panah aku ni?” soal hati Gadek. Gadek tidak menyedari bahawa anak panahnya itu patah kerana terlalu kuat ia ditarik oleh Gadek, dan sebelum ini Gadek tidak pernah menarik panah sekuat itu.

Gadek pun pulang, mencari panah yang lebih besar dan lebih kuat. Dia pergi mencuba lagi pada malam keesokannya. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Gadek masih tidak dapat memanah bulan itu. Semakin hari semakin kuat dia menarik anak panahnya. Sudah lbih 10 panahnya yang patah dan setiap kali patah, Gadek akan menukarkan kepada panah yang lebih besar dan kuat.

Genap 3 bulan Gadek cuba memanah bulan. Masih terlalu jauh untuk dia mencapai bulan tersebut. Pencapaiannya yang paling baik Cuma anak panahnya meluncur laju ke kaki gunung. Gadek sudah hamper berputus asa. Dia kecewa kerana dia bimbang dia akan kekal sebagai kanak-kanak selama-lamanya.

Tanpa disedari ayah Gadek berada berhampiran tempat Gadek memanah. “Macam mana Gadek? Dah kena bulan tu?” soal ayah Gadek sambil tersenyum.

“Belum….macam tak boleh kena je,” balas Gadek dengan nada kecewa. Terpancar raut wajah kesedihan dan kekecewaan dari muka Gadek.

“Gadek..” ayah Gadek mula bersuara. “Kalau Gadek tak dapat panah anak bulan tu sampai bila-bila pun, ayah masih tetap berbangga dengan Gadek,” kata ayah Gadek lagi.
“Kenapa?” soal Gadek kehairanan.

“Ayah bangga dengan semangat dan ketekunan yang Gadek tunjukkan. Ayah suka tengok Gadek tak cepat mengeluh dan putus asa,” katanya tersenyum lagi.

“Alah…Gadek dah dekat nak putus asa dah ni pun. Tak bersemangat lagi nak cuba,” balas Gadek lemah.

“Kenapa nak putus asa?” Tanya ayah Gadek.
‘Ye la, dah berbulan-bulan Gadek cuba, sampai sekarang tak kena pun apa yang Gadek panah,” jawab Gadek lagi.
“Mmm..Gadek ingat taka pa yang ayag suruh buat untuk menentukan yang Gadek dah dewasa?” Tanya ayah Gadek
“Ingat,” jawab Gadek. “Panah buah kelapa tu sampai jatuh kan?” soal Gadek lagi sambil memerhatikan buah kelapa yang sebiji itu.
“Betul,” jawab ayah Gadek. “Cuba Gadek panah buah kelapa tu sekarang,” sambung ayah Gadek.

Gadek dengan wajah yang masih kecewa, bangun perlahan-lahan seolah-olah sudah malas untuk memikirkan hal-hal memanah ini. Dia perlahan-lahan menunjukan panahnya kearah buah kelapa itu dan memanahnya hanya dengan separuh hati.

~~Adakah Gadek berjaya memanah buah kelapa tersebut???~~

Jeng3...Apa pendapat anda semua (^_^)

Subhanallah cantiknya

Thursday, April 29, 2010

Professor dan pendayung sampan



Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna


Dipetik dari FB Mohd Ellmy Yusri Ismail

Sambungan Gadek..episod 2




Adakah GAdek dapat memanah buah kelapa tersebut??Jom same2 kita bace

Keesokan harinya, Gadek pergi lagi untuk mencuba nasibnya. Tetapi hasilnya tetap sama. Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Kini sudah hampir tiga bulan Gadek cuba untuk memanah buah kelapa tersebut. Hasilnya masih mengecewakan.

Pada suatu hari, ayah Gadek pulang dari memburu. Hari sudah lewat malam. Apabila dia sampai ke rumah, dia terkejut kerana isterinya memberitahu bahawa Gadek belum pulang-pulang lagi. Ayah Gadek dengan tenang menyimpan alatan perburuannya. Dia tidak berkata apa-apa kerana dia tahu di mana Gadek berada.
Ayah Gadek pun menuju kea rah hujung kampong, di mana pokok kelapa tua itu berada. Tepat sangkaannya, Gadek masih lagi berada di situ, cuba memanah buah kelapa tersebut.

“Hai Gadek, tak nak balik k?” tegur ayah Gadek sambil tersenyum.
“Sikit lagi ayah, dah ada kemajuan ni” balas Gadek. Ayahnya hanya tersenyum sinis apabila melihat anak panah Gadek hanya sedikit sahaja melepasi separuh ketinggian pokok kelapa itu. Gadek masih terus memanah. Dia cuma memanah dengan dibantu sinaran cahaya bulan mengambang. Dia seolah tidak mempedulikan hari yang sudah lewat dan ayahnya yang sedang berdiri berhampiran dengannya.

“Kenapa susah sangat ni ayah? Dah berbulan-bulan Gadek cuba, masih lagi jauh dari sasaran yang Gadek nak capai?”mtiba-tiba GAdek bersuara.

Ayah Gadek tersenyum. Dia memang sedang menanti soalan yang sebegitu. “Mari ke sini Gadek. Berhenti memanah sekejap, “ jawap ayah Gadek.

“Gadek..” ayah Gadek bersuara lagi. “Kalau Gadek nak memanah buah kelapa itu, Gadek kena berlatih memanah bulan,” jelas ayah Gadek ringkas. “Mari mita pulang, emak Gadek kat rumah tu dah risau,” kata ayah Gadek lagi.

“Bulan? Bulan yang tengah mengambang tu? Kenapa?” soal Gadek kehairanan. Ayah Gadek hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak menjelaskan mengapa dia berkata sedemikian.

Pemikiran Gadek dipenuhi dengan seribu macam persoalan. “Apa yang ayah aku maksudkan? Bulan? Buah kelapa pun susah, inikan pula bulan,” bisik hati Gadek. Namun dia tidak berani mempersoalkan apa yang dikatakan oleh ayahnya. Gadek tahu ayahnya sudah banyak pengalaman dan tahu apa yang dikatakannya.

Bersambung~~~~

Saintis Britain minta bukti kukuh


GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.


LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.

Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.

Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.

"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.

"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.

"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.

Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.

Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayu kokka.

Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.

Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.

"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.

Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.

Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet. - Agensi

TONGKAT KHAS


ASIL Shaar (kiri), Nour Al-Arda (tengah) dan Asil Abu Lil menunjukkan dua prototaip tongkat berbunyi yang dicipta khas untuk orang buta di Sekolah Perempuan Askar kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar Nablus, Tebing Barat, kelmarin. - AP


Kekangan tidak menghalang Asil Abu Lil, Asil Shaar dan Nour Al-Arda merealisasikan idea mencipta tongkat khas bagi membantu golongan buta.

Ketiga-tiga gadis Palestin berusia 14 tahun itu berjaya mencipta tongkat yang dapat membantu orang buta mengesan halangan dengan menggunakan dua pengesan inframerah, selepas bersusah payah mendapatkan peralatan yang diperlukan disebabkan larangan perjalanan di Tebing Barat yang dikuatkuasakan oleh rejim Zionis.

Dua prototaip tongkat laser berbunyi yang mereka hasilkan itu berjaya mengatasi masalah yang dihadapi oleh tongkat canggih yang dicipta sebelum ini dengan kemampuannya untuk mengesan lubang dan tangga. - Agensi

RENUNGKAN DAN HAYATILAH.....

..B i n g k i s a n b u a t p a r a d a i ' e..

Kehidupan tidak lari dari suka duka,perit jerih dan susah payah...

Apatah lagi bg tiap jiwa yg dlm sedar berikrar menyerahkan diri mereka kpd Allah,

Menggelar diri sebagai Dai'e,

Mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa...


Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara,

mengelak fitnah menimpa..

bersungguh supaya maruah diri terjaga,

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda,


Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah,

kita terlupa bahawa HATI-HATI itu ada pemegangnyaa,

yg mengawal tutup bukanya ia...


Membuatkan kita kecewa dn berputus asa,

apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yg dijangka..

Membuatkan kita terlupa,

tugas kita hanya pemberi peringatan,

sedangkan natijahnyadi bawah takdir Allah yang Maha Kuasa.


Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'

hakikat kehidupan seorang da'ie

ibarat tiram di lautan,

dihiris pepasir tercalarlah ia,

sungguh pun terluka tetap dipendam,

sungguh pun pedih tetap disimpan..

Sungguhpun begitu..

hakikat perjuangan harus diteruskan



Berbekalkan secebis semangat dn kekentalan,

hadiah anugerah dari tuhan,

yg hanya dipinjamkan sebagai bekalan,

untuk terus meraih syurga idaman..

dan semoga HATI-HATI ini sentiasa dalam naungan rahmat tuhan...



Amin Ya Rabb . . . . . .

" YAKIN pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, YAKIN pada ALLAH bukanlah sekadar keindahan nikmat,tetapi....
YAKIN pada ALLAH adalah meletakkanKEREDHAAN dalam HATI dalam menerima segala ketentuanNYA "


Yang benar,
hamba yg sentiasa mengharap secebis KEYAKINAN dan PETUNJUK dari Tuhan....


Menamakan Anak : Panduan Dan Hukumnya Bab 1

MENAMAKAN ANAK: PANDUAN DAN HUKUMNYA (BILANGAN 253 BAHAGIAN PERTAMA)

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah dia akan dikenali. Dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat. Kerana itu nama bukan perkara kecil. Malahan ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Nama juga merupakan simbol khusus yang dapat membezakan diri seseorang itu daripada orang lain. Bahkan dengan nama juga seseorang itu boleh dikenali agamanya, sama ada Islam ataupun bukan. Nama juga boleh mempengaruhi atau mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama. Oleh sebab itu, nama merupakan antara perkara yang terawal sekali diberi perhatian untuk anak yang baru lahir. Sejak anak damit masih dalam kandungan lagi para ibubapa sudah mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.

Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan yang khusus dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemberian nama ini.

Waktu Yang Paling Afdhal Menamakan Anak Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Adzkar, sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh ataupun pada hari kelahirannya berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan harus menamakan anak sebelum atau selepas hari ketujuh. Imam al-Bukhari Rahimahullah pula mengkhususkan waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran adalah bagi ibubapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka.

Perkara ini berlaku kepada Ibrahim Radhiallahu ‘anhu putera Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Abdullah bin az-Zubair Radhiallahu ‘anhuma dan beberapa anak para sahabat yang lainnya. Sementara bagi ibubapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama hingga ke hari yang ke tujuh. Pendapat ini disokong oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-Bari. Begitu juga sunat diberikan nama kepada anak damit yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.

Sunat juga diberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah. Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk keduanya seperti Hindun " هند " dan Thalhah ."طلحة"

Memilih Nama Yang Baik

Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إِنَّ ُ كمْ تُدْعَوْ َ ن يَوْمَ اْلقِيَامَةِ بَِأسْمَائِ ُ كمْ وََأسْمَاءِ آبَائِ ُ كمْ ، َفحَسِّنُوْا َأسْمَاءَ ُ كمْ.

(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Nama Yang Paling Disukai Oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " "عبد الرحمن sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

َأحَبُّ الأَسْمَاءِ إَِلى اللهِ تَعَاَلى عَبْدُ اللهِِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ.

(رواه أبو داود)

Maksudnya:
“Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Sebaik-baik nama selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman ini pula ialah nama-nama ‘Abd " عبد " (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah yang sembilan puluh sembilan (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim " عبدالرحيم ", ‘Abdulmalik " ,"عبدالملك‘Abdussalam " عبدالسلام " dan yang seumpamanya. (Fatwa: 24/1984)

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ianya menggabungkan sifat-sifat yang wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan). Manakala nama Muhammad " محمد " dan kemudian nama Ahmad " أحمد " pula adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama tersebut. (Fatwa: 24/1984)

Menggunakan Nama-Nama Para Nabi Dan Para Malaikat

Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa menurut mazhab as-Syafi‘e dan jumhur ulama, harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi dan begitu juga nama-nama para malaikat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan untuk menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda:

تَسَمَّوا بَِأسْمَاءِ الأَنْبِيَاءِ.

(رواه أبو داود)

Maksudnya:
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al- Mufrad bahawa Baginda menamakan seorang sahabat Baginda
sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘alaihissalam.

Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

سَمُّوا بِاسْمِي وَ َ لا تَ ْ كتَنُوا بِ ُ كنْيَتِي.

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku.”
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Bahkan nama Muhammad mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesuatu keluarga.
(Fatwa: 66/91)

Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata:
“Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.

Perlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Fatwa: 66/1991)

Sumber : Mufti Brunei

Wednesday, April 28, 2010

GADEK - Episod 1



Di dalam sebuah perkampungan orang asli yang terletak dengan berhampirn dengan Gunung Tahan, tinggal sepasang suami isteri bersama anak lelaki tunggal mereka. Kanak-kanak lelaki ini berumur 13 tahun dan dinamakan ‘Gadek’.

Gadek gemar mengikut bapanya pergi memburu. Namun, tidak selalu ayahnya membenarkan dia ikut sama pergi memburu.
“Gadek masih kecil, nanti dah dewasa, ayah bagi ikut kemana sahaja ayah pergi memburu,” kata ayah Gadek sambil tersnyum.
“Macam mana nak tahu Gadek dah dewasa ke belum ayah?” soal Gadek , seolah-olah tidak sabar untuk menjadi dewasa.

Ayah Gadek terdiam. Dia termenung seketika. Dia cuba emikirkan satu jawapan yang bakal menguntungkannya dan anak lelaki kesayangannya itu. Dia menyoal dirinya sendiri, “apakah yang dapat aku ajarkan anak aku ini tentang kehidupan?”

“Gadek…”ayah Gadek memulakan kata. “Gadek Nampak tak pokok kelapa yang paling tinggi di hujung kampong kita ni?”Tanya ayah Gadek

“Nampak ayah…..tapi kenapa?”balas Gadek.

“Di atas pokok kelapa itu, Cuma ada sebiji buah kelapa yang sudah tua. Tapi ia tidak pernah jatuh ke tanah. Panahlah buah kelapa itu sampai jatuh, dan Gadek akan menjadi seorang dewasa,” jelas ayah Gadek.

“Itu saja? Lepas buah kelapa tu jatuh, Gadek boleh ikut ayah pergi ke mana saja?” Tanya Gadek yang semakin tidak sabar untuk bergelar dewasa.

“Ya, betul. Gadek boleh ikut ayah pergi memburu kemana sahaja yang ayah pergi kalau buah kelapa tu dah jatuh,” balas ayah Gadek lagi lalu keluar menuju ke hutan untuk memburu.

“Ini sudah bagus. Kalau setakat panah buah kelapa, hari ini pun aku boleh jadi orang dewasa,”kata Gadek dengan penuh yakin. Lalu Gadek terus berlari kearah hujung kampong sambil menjinjing panahnya. Dia berlari sambil terbayang betapa seronoknya kalau dia dapat mengikut ayahnya memburu di kawasan pergunungan.
Di sana banyak terdapat binatang buruan seperti kancil, pelanduk, kijang dan rusa. Tidak sabar rasanya Gadek hendak merasa hasil tangkapan sendiri.

Akhirnya Gadek sampai ke penghujung kampung. Dia berdiri betul-betul di bawah pokok kelapa yang dimaksudkan oleh ayahnya sebentar tadi. “Wah!Tinggi jugak pokok kelapa ni,” jerit Gadek sambil cuba memerhatikan buah kelapa tua di atas pokok itu. Buah kelapa itu kelihatan begitu kecil, seolah-olah ia cuma sebesar ibu jari sahaja.

Gadek tidak mahu melengahkan masa lagi. Lalu dikeluarkan anak panah dari dalam bakul kecil yang di pikul di belakangnya. Gadek pun mula memanah. Satu demi satu anak panah meluncur laju menuju ke arah buah kelapa itu. Namun sayangnya, tidak satu pun yang mengena. Malahan, anak panah Gadek hanya sampai tidak lebih daripada separuh batang pokok kelapa itu sahaja.

Gadek cuba memanah dengan sekuat hati tetapi anak panahnya masih tidak dapat melepasi separuh ketinggian pokok kelapa itu. Gadek menjadi marah dan keletihan. Dia tidak berdaya lagi hendak menarik anak panahnya setelah hampir dua jam dia mencuba. Lalu dia pulang ke rumah dengan perasaan kecewa.

bersambung...~~~

sumber: NIQ

Kekuasaan Allah SWT...perjalanan ikan salmon

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook

kuiz

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Tuesday, April 27, 2010

TOK JANGGUT: Perjuangan dan Ajal Maut

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.


Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhak. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia.

Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.
Tok Janggut

Marilah puji Allah SWT

Salot


Seorang Yahudi bertanya,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jagalah waktu2 solat terutama solat yang pertengahan, solat zuhur,
pada saat itu nyalakan neraka Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat". Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Manakala waktu Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir".

Setelah itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu- waktu solat terutama sekali solat yang petengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang Mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan".

Sabda Rasulullah s.a.w: " solat Isyak (attammah). katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah S.W.T haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath."

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya:" solat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi Allah S.W.T dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan daripada nifaq ( sifat Munafik)

Sumber min: Buku Soal jawab remeh temeh tentang Solat
Penulis: Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Apa buaya buat pd anak kura2 itu...renung2 kan

4 bulan penguin tidak makan dan berdiri...demi menjaga telunya

Debat: Azali Takut Berhadapan Isu Kampus

“Entah sebab apa, surat cinta kita tidak dibalas, hari itu dia cabar kita, malukan kita dihadapan orang ramai, tapi sekarang diam dan tidak mahu menerima cabaran kita”

Pengerusi Pro Mahasiswa UPM hari ini mempersoalkan sekali lagi, sikap diam dan tidak mahu bertangungjawab Timbalan Naib Canselor HEP UPM Azali Muhammad, yang mengeluarkan kenyataan mencabar ahli PMI berdebat dengannya di atas pentas.

Sebelum ini pihak PMI UPM menerusi Presidennya saudara Abdul Razak Omar, telah pun mencadangkan agar debat terbuka itu diterima PMI dan telahpun menghantar surat jemput kepada Azali Muhammad. Walau demikian, difahamkan jemputan tersebut tidak berbalas dan dilayan oleh beliau sehingga kini.

Azali Muhammad menerima pelbagai kritikan hebat daripada warga kampus ekoran isu pilihanraya kampus dan juga beberapa isu yang berkaitan dengan penyelewengan kuasa sehingga mendapat teguran daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifuddin bin Abdullah.


Surat Jemputan PMI UPM Beberapa Minggu Yang Lalu

Pro-Mahasiswa UPM

Renungan...

Sahabatku....dulu, semalam dan hari ini...kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah. Lalu kau tunduk kebuntuan dan kesedihan...Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :-

Apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini? Jawabku bukankah kau seorang da’i @ mujahid?? Katamu lagi :- tapi langkahku lambat...Jawabku kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu...mengejar impianmu dan lupa pada hari kebangkitan...

Pada hari itu amalanmu terbentang dan tubuhmu terbuka ...Apakah di sana ada bekalan mu??? Pada akhir zaman, orang yang memegang tali perjuangan ibarat menggengam bara api, andai terus digenggam, hancur luluhlah jiwanya. Namun, andai dilepaskan hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang berjuang memang dirintangi dengan ujian. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar...Kita hidup untuk perjuangan ...mati untuk kehidupan, syurga impian
(Imam Nawawi)

Monday, April 26, 2010

Melayu yang semakin layu...salah siapa


Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu.

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu.

Apa hobi orang Melayu,
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika,
Metro pasal cerita hantu,
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru.

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Mana tak gendut berpenyakit selalu,
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku,
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu,
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu,
Ada tapi kurang sangat mereka di situ,
Kenapa melayu jadi begitu,
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru,
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu.

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu,
Nak harap PAS saja membantu,
Kerajaan buat tak tahu,

Terutama sekali kontraktor kelas satu,
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu,
Pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu,
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu,
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju.

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama dengan banyak menguasai ilmu,
Kata nabi ikutlah Al-Quran dan Sunnah-ku,
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
Tapi apa yang kita tahu cuma baca bila nak halau hantu.


sumber: phatfamily

Kuala Terengganu, Pusat Ekonomi Tradisional

Umum mengetahui peranan Kuala Terengganu sebagai pusat pentadbiran negeri dan pusat ekonomi tradisional walaupun Chukai lebih dominan dalam perkembangan ekonomi moden terutamanya dalam industri pembuatan serta petroleum dan gas.

Sekitar tapak asas Kuala Terengganu, terdapat empat pusat ekonomi masyarakat setempat sehingga akhir tahun 1960-an iaitu, Pasar Ladang, Pasar Tanjung, Pasar Kedai Payang dan Pasar Kedai Binjai. Pasar Tanjung merupakan pasar yang terbesar dengan menempatkan pelbagai hasil negeri memandangkan kedudukannya yang terletak berhadapan dengan muka kuala Sungai Terengganu berbanding pasar yang lain. Namun setelah berlaku hakisan dan pembangunan, pada awal tahun 1970-an, Pasar Tanjung dirobohkan dan para peniaga dipindahkan ke Pasar Kedai Payang yang kemudiannya menjadi pusat pembangunan ekonomi tradisional Terengganu hingga kini. Tapak Pasar Tanjung digantikan dengan Taman Selera Tanjung. Manakala, Pasar Kedai Binjai digantikan dengan pembinaan Hotel Sri Malaysia dan Pasar Ladang digantikan dengan bangunan Pusat Pameran Songket Terengganu.

Muka kuala di belakang Pasar Tanjung. Kawasan ini juga dikenali sebagai Pantai Teluk. Kini menjadi sebahagian daripada Taman Syahbandar
(Sumber:: "Growing Up In Trengganu")

Sumber barangan ekonomi tradisional yang dipasarkan di pasar-pasar Kuala Terengganu ini diperoleh daripada masyarakat yang tinggal berhampiran dengan lembangan Sungai Terengganu dan Sungai Nerus terutamanya sekitar Manir, Kuala Telemong, dan Kuala Berang. masyarakat kampung yang tinggal berhampiran sungai ini menjalankan aktiviti perniagaan yang berpusat di Kuala Terengganu dengan memasarkan barangan berkenaan di pasar-pasar. Maka, muncullah kebudayaan dan teknologi maritim masyarakat Terengganu yang dibuktikan dengan kemunculan perahu dagang yang dikenali sebagai Perahu Setak dan Perahu Kajangan yang digunakan oleh masyarakat Hulu Terengganu untuk mudik ke kuala, manakala Perahu Penambang Bedar muncul seiring dengan permintaan masyarakat yang mahukan pengangkutan menyeberang Sungai Terengganu.

Perahu Besar memainkan peranan penting dalam perdagangan Terengganu satu ketika dahulu

Kuala Terengganu dahulu juga kaya dengan hasil Lada Hitam, buah-buahan dan juga daging kerbau. Ini dinyatakan dalam catatan penjajah yang melawat Kuala Terengganu sekitar 1920-an. Kuala Terengganu dipuji dengan pembangunan yang teratur, kedudukan rumah yang tersusun, jalanraya yang berturap dan kemudahan infrasturukur yang belum dicapai oleh mana-mana bandar tradisional sekitar Tanah Melayu ketika itu. Dengan kehadiran Genta Bukit Puteri yang menjadi sumber rujukan waktu dan berfungsi untuk waktu kecemasan, Kuala Terengganu sememangnya unik.

Pada akhir 1980-an seiring dengan kemunculan sumber petroleum di perut laut Terengganu, bandar-bandar pesisir pantai Dungun dan Kemaman mulai membangun setelah terbantut akibat terhentinya industri perlombongan di Bukit Besi. Dan kini, Bandar Chukai menjadi pusat pembangunan ekonomi moden negeri seiring dengan pembangunan ekonomi tradisional Kuala Terengganu.

Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ditubuhkan pada 18 Januari 1979 dan dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 1 Januari 2008. Dalam tempoh bermula 1925 hingga kini, pelbagai perubahan dan pembangunan yang dikecapi tidak kurang juga kemusnahan warisan yang dialami Kuala Terengganu antaranya perobohan Jam Besar Pasar Kedai Payang, perobohan Istana Kolam, kemusnahan kampung-kampung tradisi di sekitar Kuala Terengganu yang menyaksikan kemusnahan industri tradisional yang berpusat di kampung berkenaan termasuklan industri keris, tembaga dan songket dan juga kemusnahan bangunan bersejarah di sekitar Pasar Kedai Payang.

Pasar Kedai Payang di akhir 1960-an

Dalam perubahan Kuala Terengganu untuk terus menjadi tempat ideal bagi penduduknya, tanpa disedari warisan dan identiti asal Kuala Terengganu juga telah termusnah dalam usaha membangunkannya. Namun, warisan kebudayaan masyarakat terus berganti dan diwarisi oleh generasi Terengganu yang sedar kepentingannya.

Wallahu Alam...

Naib Canselor UUM didenda RM5,000


PENGARAH Urusan KIC Management, Azahar Abdul Rahman (kanan) bersama peguamnya, C.V. Krishnadevan di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.


KERATAN Kosmo! 19 April 2009.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.


Pada 3 Februari lepas, Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Nordin yang tidak hadir di mahkamah semalam diwakili peguam K.Valen.


PERBETULKAN PERSEPSI KITA TERHADAP TERTUDUH


Apabila seseorang menghadapi suatu tuduhan -khususnya tuduhan jenayah-, biasanya masyarakat sudah mula memandang hina kepadanya? Tuduhan baru dibuat dan keputusan belum tentu benar ia melakukan sebagaimana yang dituduh atau tidak melakukannya, namun namanya sudah menjadi buruk. Itulah kelemahan sistem yang ada dalam masyarakat hari ini. Minda masyarakat dimainkan oleh media massa. Media massa pula kebanyakannya tidak bertanggungjawab, bukan berniat mendidik masyarakat, tetapi lebih kepada mencari untung termasuk dengan menyiarkan berita-berita sensasi tanpa memikirkan pandangan Syarak, baik-buruk berita itu disiarkan, kesan terhadap masyarakat dan individu dan sebagainya. Menurut Syari'at Islam, semua manusia dilahirkan dalam keadaan bersih dari dosa dan jenayah. Oleh itu, untuk mensabitkan kesalahannya mesti dengan bukti-bukti atau dengan pengakuannya sendiri. Tanpa bukti atau pengakuannya, ia akan kekal dalam status asal ketika ia di lahirkan iaitu tanpa dosa dan tanpa jenayah. Sekadar tuduhan, ia tidak boleh dianggap telah melakukan jenayah. Penerimaan masyarakat terhadapnya juga tidak seharusnya berubah. Media masa juga tidak berhak menyiarkan berita seolah-olah ia telahpun bersalah, walhal apa yang dilemparkan kepadanya baru berupa tuduhan.

Dalam senarai kaedah-kaedah Fiqh (al-Qawa'id al-Fiqhiyyah) yang dijadikan panduan oleh ulamak-ulamak Islam untuk menetapkan hukuman/keputusan, terdapat satu kaedah berbunyi; "al-Aslu Bara-atu az-Zimmah", yang memberi pengertian; "Asal setiap manusia adalah bebas dari sebarang tanggungan". Maksud tanggungan di sini ialah tanggungan terhadap hak orang lain sama ada berupa harta, kesalahan jenayah atau sebagainya. Apabila ada seorang mendakwa seorang lain ada berhutang darinya dan orang itu tidak mengakui, dakwaannya itu tidak terus diterima, akan tetapi ia dituntut mengemukakan bukti yang berupa saksi, surat perjanjian dan sebagainya. Ini kerana manusia pada asalnya dilahirkan tanpa ada hutang, maka untuk mensabitkan ia berhutang hendaklah dengan bukti. Jika tidak, kekallah ia dalam hukum asalnya iaitu bebas dari hutang.

Menyentuh tentang jenayah pula, Dr. Abdul-Karim Zaidan menjelaskan; di antara cabang kaedah ini (yakni kaedah yang kita sebut di atas); "Seorang tertuduh masih dianggap bebas hinggalah terbukti perlakuan jenayahnya. Kerana itu, terdapat ungkapan yang masyhur; 'Apabila berlaku keraguan (dalam tuduhan), ia akan ditafsirkan untuk kepentingan tertuduh", kerana pada asalnya tertuduh adalah bebas dari sebarang perlakuan jenayah dan juga hukuman yang menjadi akibat dari jenayah itu. Apabila tidak terbukti jenayah itu, maka sebarang keraguan tidak terpakai untuk menyabitkan perlakuan jenayahnya, maka keraguan tersebut ditafsirkan untuk kepentingan tertuduh iaitu pembebasannya (dari tuduhan)" (al-Wajiz Fi Syarhi al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, hlm. 45).

Begitulah betapa adilnya Islam. Dengan Islam semua akan selamat; kita akan selamat, orang lain akan selamat, keluarga kita akan selamat, masyarakat akan selamat dan negara juga turut selamat. Berlaku adillah terhadap orang lain, insya Allah orang lain juga akan berlaku adil terhadap kita. Bersangka baiklah terhadap orang lain, nescaya orang lain juga akan bersangka baik dengan kita. Buatlah penilaian berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bukan berdasarkan pandangan-orang ramai, media massa atau sebagainya. “Jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta" (maksud al-Quran; surah al-A’raf, ayat 116).

USTAZ AHMAD ADNAN FADHIL

Sunday, April 25, 2010

Separuh lagi kapal perang Korea karam dinaikkan


BAHAGIAN depan Cheonan dinaikkan menggunakan kren gergasi di perairan Pulau Baengnyeong, semalam. – AP

SEOUL 24 April – Korea Selatan hari ini mengapungkan separuh lagi kapal perangnya yang karam berhampiran sempadan yang menjadi pertikaian dengan Korea Utara, sebulan selepas satu letupan misteri membelah dua kapal itu dan mengakibatkan 46 anak kapal mati atau hilang.

“Kren gergasi terapung mengangkat bangkai kapal dan meletakkan di atas sebuah tongkang besar di Laut Kuning sebelum pihak tentera mencari anak kapal di dalamnya,” kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Tongkang itu membawanya ke sebuah pangkalan tentera laut di selatan Seoul untuk penyiasatan oleh pakar asing. Bahagian belakang kapal Cheonan seberat 1,200 tan diapungkan minggu lalu dan dibawa ke pangkalan yang sama.

Cheonan sedang dalam pelayaran rutin 26 Mac lalu apabila satu letupan membelah dua kapal itu namun 58 anak kapal diselamatkan sejurus selepas itu. Sejumlah 40 mayat dijumpai setakat ini dengan enam masih hilang.

Korea Selatan menyatakan penyiasatan akan mengambil kira segala kemungkinan tetapi tidak menuduh Korea Utara secara langsung.

Korea Utara menafikan sebarang penglibatan namun wujud kesangsian apabila siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada faktor luaran.

Sementara itu, wakil khas Presiden Barack Obama ke Korea Utara, Stephen Bosworth berkata, hubungan pelbagai hala dengan Pyongyang penting demi mencapai kemajuan penghapusan senjata nuklear negara itu di sebalik kesangsian berhubung insiden yang berlaku.

“Memang kita menghadapi beberapa ketidakpastian jangka pendek sementara menunggu hasil siasatan berhubung punca kapal itu karam,” ujar beliau lagi. – A

Prof Dr Ustaz Haron Din

BILA IMAN LEMAH, ADA AKAL PUN TAK GUNA


Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa.Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya.Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia.Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan.Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupan nya luas.Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya.Segalanya akal dapat perhatikan dan mengetahui rahsianya.Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam.Semuanya akal dapat mengetahuinya.

Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, kebolehan nya luar biasa.

Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah.Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah.

Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa.Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa tidak sempit dan menderita.Fikiran tetap merdeka.

Oleh itu jangan lah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masaalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka.Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita.jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (yaitu) orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191).

Saturday, April 24, 2010

Kitab: Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Rasulullah SAW.


Subtopik: Ilmu Qiraat (bacaan) dalam Al-Quran.

Ilmu qiraat ini mula diperkenalkan dan diajarkan secara meluas bermula daripada zaman tabi'in (mereka yang pernah berjumpa/hidup dengan para sahabat Rasulullah SAW). Secara umumnya, terdapat 7 jenis bacaan (qiraat) Al-Quran. Di sini ustaz menceritakan bagaimana ilmu qiraat ini mula diajar secara meluas dan mengapakah ia diperkenalkan.

Di zaman Rasulullah SAW, wahyu Al-Quran diturunkan secara lisan dan Baginda Rasulullah SAW sendiri mengajar para sahabat Al-Quran berdasarkan lisan (kekuatan mengingat yang tinggi). Subhanallah.. betapa hebatnya ingatan para sahabat ketika itu..mereka hanya mendengar daripada Rasulullah SAW secara lisan dan berkemampuan pula mengajarkan Al-Quran ke serata tempat.

Kemudian, setelah kewafatan Baginda Rasulullah SAW, di zaman Khalifah uthman bin 'Affan, beliau mula menghimpunkan ayat2 Al-Quran dalam bentuk tulisan dan menjadi sebuah kitab. Beliau berbuat demikian kerana untuk mengelakkan perselisihan pendapat dan pandangan ummat Islam pada waktu itu berkenaan dengan Al-Quran serta memudahkan ummat Islam untuk membaca. tetapi Al-Quran yang dihimpun dan dikitabkan pada zaman itu masih ditulis tanpa baris.

Bermulanya pada zaman akhir pemerintahan Abassiyyah, Ada seorang ulama' bernama Abu 'Aswad Ad-Duali telah terdengar bacaan seorang muslim yang sedang membaca Al-Quran dengan bacaan yang salah. lalu beliau dan beberapa sahabatnya mengambil inisiatif untuk membariskan ayat-ayat dalam Al-Quran dengan tujuan supaya orang-orang arab dan orang-orang ajam(bukan arab) dapat membaca al-quran dengan baik dan betul maknanya.

Walaupun ayat-ayat dalam Al-Quran itu telah dibariskan, akan tetapi ia boleh dibaca dengan 7 jenis qiraat(cara bacaan). untuk pengetahuan semua, perbezaan dari segi cara bacaan (qiraat) tidak membawa kepada perubahan makna dalam al-quran. ia cuma perbeza dari segi bunyi dan panjang-pendek sesuatu bacaan dan perbezaan qiraat ini hanya pada ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran, bukan keseluruhan isi al-quran.

terdapat khilaf pandangan ulama' berkenaan dengan hadith mengenai qiraat ini.

Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).

Pandangan 1: 7 huruf itu bermaksud 7 jenis bahasa. Ia ditolak kerana hujah tidak kuat.
Pandangan 2: 7 huruf itu bermaksud 7 uslub. juga ditolak kerana hujah yang tidak kuat.
Pandangan 3: 7 huruf itu bermaksud 7 jenis bacaan quran. diterima.

hujah ini juga diperkuatkan lagi dengan 1 peristiwa:

Umar Al-Khattab terdengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh seorang pemuda bernama Haris. pemuda itu membaca dengan 7 jenis bacaan yang berbeza-beza. lalu Umar mendapatkan pemuda itu lalu bertanya, mengapa kamu menbaca Al-Quran dengan bacaan yang berbeza-beza? lalu pemuda itu menjawab; Rasulullah SAW yang telah mengajar aku dengan 7 jenis bacaan Al-Quran.

untuk memudahkan kita memahami, perkara berkaitan qiraat ini merupakan khilaf di kalangan para ulama'. dan tidak perlu untuk kita menjadikan ia sebagai satu perbahasan dan pertikaian yang serius, kerana apa yang paling utama bagi setiap muslim itu ialah belajar membaca dan memahami isi Al-Quran serta mengamalkannya. ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna. (Surah al-Ra'd: 19).


~selain itu, ustaz juga memberitahu bahawa membaca Al-Quran mestilah menggunakan bahasa arab. ini kerana Al-quran itu sendiri menggunakan bahasa arab yang paling halus susunannya dan paling cantik di dunia.

~tips untuk melembutkan lidah agar lidah kita menjadi mudah untuk membaca Al-Quran:

1. Melazimi membaca Al-Quran walaupun hanya satu ayat.
2. Membaca di waktu pagi. sememtara menunggu waktu subuh @ selepas solat subuh. waktu pagi merupakan waktu paling sesuai untuk melembutkan lidah dengan bacaan Al-Quran.
3. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah akan mudahkan kita untuk membaca Al-Quran dan memahami isi Al-Quran.

~satu lagi, Al-Quran juga hendaklah ditulis dengan tulisan dan bahasa arab. TIDAK BOLEH ditulis dengan tulisan bahasa lain. ada sesetengah ulama' berpendapat ia diharuskan sementara jika orang itu tidak pandai langsung untuk membaca Al-Quran. akan tetapi sekiranya dia sudah belajar dan boleh membaca, secara otomatiknya tulisanbahasa lain tersebut harus dipadam.

~ustaz ada bagi tips untuk menjaga keselamatan rumah dan keluarga kita. caranya, tuliskan perkataan:



pada satu kertas atau papan. tuliskan sebanyak 35kali. kemudian, gantungkan di dalam rumah kita. insyaAllah, dengan pertolongan Allah, rumah kita akan dilindungi daripada segala macam unsur jahat, pencuri dan sebagainya.

~semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan sedikit ilmu yang dikongsi ini bersama..maaf jika ada kekurangan dan kelemahan.

Oleh: Ustaz Zamzuri Yaakob
Editor: Ustazah Siti Zaniza Hj Tohar

Friday, April 23, 2010

Pakat mai ramai-ramai na...

Permintaan jet peribadi meningkat



GENEVA - Bagi golongan hartawan, cara terbaru untuk keluar dari fenomena awan abu yang disebabkan oleh letusan gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, Iceland yang membuatkan jutaan penumpang terperangkap di seluruh dunia ialah dengan menaiki jet peribadi.

Pengendali jet peribadi yang sebelum ini mengalami permintaan rendah berikutan kemelesetan ekonomi mengambil peluang keemasan tersebut dengan menggunakan akses istimewa di beberapa buah lapangan terbang yang dibuka.

"Kami menerima panggilan dari pukul enam pagi hingga tengah malam," kata pengasas LunaJets SA yang berpengkalan di Geneva, Eymeric Segard.

Syarikat itu menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 50 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kos perjalanan satu hala bagi sebuah jet dengan kapasiti 15 tempat duduk dari London Luton ke Teterboro, New York, Amerika Syarikat (AS) ialah AS$33,400 (RM106,880).

Sementara itu, jet 12 tempat duduk dari Boston AS ke Santiago de Compostela, Sepanyol dikenakan caj AS$53,500 (RM171,200) - AP

Jenis Perangai Virus Komputer



Virus komputer, ia suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer tidak kira yang sudah berpengalaman atau yang baru berjinak dengan IT, kehadirannya sudah menjadi kebiasaan samada disedari atau tidak.

Bagaimana pula Adware, trojan, dialer, worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya, pada pemerhatian saya ia masih kurang dikenali terutamanya mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus. Jadi, sudah menjadi suatu kewajaran untuk kita mengenalinya untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan dapat dilakukan.



Walaupun penerangan saya nanti serba ringkas tapi saya yakin ianya pasti berguna.

Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer. Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti, virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin, memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer.
Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.

Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.

Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
Melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya. Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.

KPT Hantar Pemantau ke Cawangan BN


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serius menghalang golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Menurut sumber mahasiswakini.com, beberapa pemantau universiti telah dilantik bagi mengawasi mana-mana mahasiswa yang terlibat. Senarai pemantau bagi setiap universiti juga sudah diedarkan kepada seluruh bilik gerakan milik Barisan Nasional (BN).

Pemantau-pemantau universiti tersebut yang dipercayai terdiri daripada polis khususnya dari Special Branch (SB) sebelum ini dilaporkan sudah beberapa kali memasuki kawasan bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR) dengan tujuan memantau mahasiswa.

Menurut sumber juga, sudah ada tangkapan dibuat dan dikatakan mahasiswa tersebut daripada Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Shah Alam. Bagaimanapun mahasiswa tersebut masih belum dapat dipastikan kehadirannya dikawasan tersebut untuk tujuan kampen atau sebaliknya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti yang dilaporkan BERNAMA sebelum ini menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain KPT kini sedang dalam proses terakhir untuk meminda perlembagaan universiti yang melibatkan 18 universiti awam itu sebelum meluluskan parlimen mahasiswa.

Mahasiswakini

episod yang paling menyedihkan...ulang lah banyak kali sebagai renungan untuk kita

Biarkan sedikit miskin tapi mendpt redha Allah

Thursday, April 22, 2010

Pinda Perlembagaan Universiti untuk Parlimen Mahasiswa

Pembentukan Parlimen Mahasiswa hanya dapat dilaksanakan selepas kerajaan mewartakan pindaan perlembagaan universiti awam di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata proses pindaan perlembagaan yang membabitkan 18 universiti awam itu kini pada peringkat akhir.

“Untuk mewujudkan Parlimen Mahasiswa, kita perlu menunggu penggazetan pindaan perlembagaan universiti. Perkara ini kini berada pada peringkat Peguam Negara,” katanya selepas melancarkan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang dalam proses meminda perlembagaan universiti awam supaya ia selaras dengan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).

Pada 7 Januari lalu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Mohamad Shafiq Abdul, telah menyerahkan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk dipertimbangkan.

Penubuhan Parlimen Mahasiswa itu dicadangkan golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

“Kita akan memantau supaya golongan mahasiswa tidak turut serta dalam kempen pilihan raya itu,” katanya.

GAMIS BANTAH KEHADIRAN BLAIR DI MALAYSIA


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran penjenayah perang, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 . GAMIS memandang serius jemputan penjenayah perang tersebut kerana ianya seolah-olah penghiaan kepada pencinta keamanan di seluruh dunia.

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai penceramah dalam kongres tersebut seolah-olah menunjukkan betapa pihak penganjur tidak sensitif terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Bantahan ini dibuat atas dasar Blair adalah penjenayah dan pembunuh besar kerana bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , George Bush yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq .

"Dalam keadaan hati rakyat Malaysia yang masih luka dengan penglibatan syarikat Yahudi APCO Worldwide dan Asiasoft dalam pentadbiran negara serta pendirian Perdana Menteri selepas bertemu Barack Obama berkaitan Afghanistan dan Iran, isu ini seola-olah menambah luka di hati kita. Pihak Success Resources seolah-olah tidak memandang kepada sensitiviti rakyat ini serta pejuang keamanan seluruh dunia. Tony Blair sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya, bukan mendapat penghormatan sebegini," kata Mohd Idris.

Justeru, GAMIS, NGO mahasiswa Islam yang turut berpendirian dengan NGO-NGO yang bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia dan menyeru orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair diseru untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan. GAMIS turut menggesa pihak kerajaan Malaysia agar mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.

Blair dikecam di seluruh dunia semenjak pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 yang telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.

sumber: mohd idris

Pelajar berserban enggan bertopi kaledar dibebaskan

sabar abe...ambo bersama abe


Mahkamah Majistret Tumpat hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu. Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd Halim, 22, Ahmad Hafiz Shaari, 24, Mohd Hafizul Mohamad, 22, Mohd Azam Mohd Arifin, 24, dan Che Mohd Noor Che Soh, 28, kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata. Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di Tumpat ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ketika di luar mahkamah, Mohd Hafizul berkata mereka tidak menyangka akan dilepaskan sebaliknya akan dikenakan perintah denda atau penjara. "Jadi kami sangat terkejut dan gembira dibebaskan oleh majistret dan keadilan telah ditegakkan oleh mahkamah," katanya.

Terdahulu itu, sebelum memasuki mahkamah, lebih 50 rakan mereka yang turut hadir sempat membacakan doa selamat. Kelima-lima pelajar itu diwakili peguam Amir Syafiq Venkadesh Narayanan manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Azmi Mohd Ali.

komen: jom kita pakat berserban...menghidupkan sunnah di zaman ini dapat pahala 100 orang syahid.

Cacing tembakui

Renungan Untuk Orang Muda....

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

sumber:ustaznazmi

MATI



Semakin jauh kita berjalan, semakin jauh kita meninggalkan pengkalan..Dan kita pun semakin mendekati.. destinasi yang hakiki.. iaitu, MATI !
Justeru kita sebenarnya bukan pergi tetapi kembali.

MATI adalah singkatan bagi Menutup buku Amalan,Taqwa dan Iman

Jadi perjalanan hidup kita ini bukan perjalanan pergi tetapi perjalanan kembali.Maka, apa saja yang kita kerjakan seharusnya membantu kita mencari bekal kembali sebanyak-banyaknya.

sumber: akhi nazri

AKU BUKAN SEORANG MILITAN


Aku bukan seorang militan yang mahu membunuh jiwa-jiwa yg tidak berdosa,
Aku juga bukan seorang gila yang mahu mengorbankan diri tanpa usul periksa,
Aku hanya mahu menjadi salah seorang pembela kepada mereka,
Untuk mengisi ruang jihad yang ditinggalkan,
kerana masing-masing merebut jihad hawa nafsu, ilmu, ekonomi dan sebagainya,
ketika palestin mendambakan para syuhada.

Biarlah aku yang tidak punya apa-apa ini,
Dianggap sebagai langau yang tidak berguna,
Oh....mungkin pada mereka pemahaman jihadku salah,
Mereka lebih enak berhawa nafsu ketika Palestin makin hilang dari peta dunia,
Soalanku pada mereka...Apalah ukuran kita berjaya berjihad Hawa nafsu?
Bukankah mereka yang bercita-cita kesana cuba melawan hawa nafsunya untuk tetap disini?

Berapa puluh tahun lagi wahai saudaraku,
Jihad yang anda utamakan itu akan selesai,
Untuk anda maju pula ke medan perang,
membebaskan bumi palestina.

sumber: kabilahmerdeka

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails