Monday, December 27, 2010

PANTUN PERJUANGAN


Anak ayam bermain rakit

Bermain rakit dengan mak anis

perjuangan itu memang pahit

kerana syurga itu sangat manis..



Ada Sahabat Khidmat di PAsti

Dewan Pemuda Wujudkan PASti

Mehnah Itu Sudah PASti

Kerana janji Allah itu PAsti



Anak ayam sedang berlari

sedang berlari dengan mak siti

walaupun penuh onak dan duri

demi islam harus ditempuhi.



anak itik mandi sungai

mandi sungai dengan ikram

walau ditempuh onak dan badai

teruslah berjuang demi islam



mulakan amal dengan niat

PAStikan niat kita ikhlas

walaupun terasa amat berat dan penat

INGAT! Usaha kita PASti dibalas.....!!!!



klcc is very tall

meet a friend and give salam

Majulah islam

Pas for All!



pergi pasar dengan nasir

nasir beli gula dan ayam dengan wang

sudah adat berdepan dengan mehnah n tribulasi

itulah adat orang berjuang



Kenangan terindah di bagan Lalang

Walaupun Kalah itu bukan ukuran

bukanlah kita bernasib malang

tetapi kurang usrah dan tamrin



minum kopi di kedai pak leman

duit x bawak kopi dah pesan

persiapkan diri dengan ilmu dan iman

sebelum mengapai bendera kemenangan



dalam perahu ada ketam

dalam kapal ada peta

bila pi tamrin mmg rasa nak pitam

tapi itulah jalan tarbiyyah kita



puan pengadil menjadi hakim

sahabat pemantun sahabat sejati

usrah pengerat silaturrahim

tamrin penguat jati diri..



masa pi tamrin kena makan telur mentah

makan telur mentah bersama beriani

itulah pengalaman kena tempah

menjadikan kita lebih berani



belah delima terkena pisau

jumpa delima di celah batu

apa sahaj program jangan dirisau

unit amal datang mambantu!



makan bersama beriani kak ngah..

telur mentah pun mentahlah..

pengalaman dan cabaran menjadi lumrah...

supaya lahir pejuang islam yg Izzah!!...



delima celah batu sedikit tawar,

makan bersama dengan pak wahid,

wahai keluarga lebah penawar,

muncul lah kalian para mujahid!!!!!



Tarbiah , Tamrin , Nadwah & Ijtima'

kuliah haraki dan tahaluf siasi

dalam jemaah sepakat bersama

amal yang baik di bawa mati.



wahai sahabat pemantun yg dihormati,

ana setuju statement di ats ini,

walaupun mati itu PASti,

selagi bernyawa perjuangan belum terhenti!!!



puan pengadil sudah dilantik,

tuan pengadil "meng'offer' diri,

musuh islam jangan di jentik,

dekati mereka dengan peribadi......



Bank Islam , Seni Islam Siasah Islam

Islam Sempurna dan dihormati

Mari bersama gerakan islam

Ukhwah dan Mahabbah sampai mati!



puan pengadil ,tuan pengadil

hakim pulak dah datang ni

mari kita berpantun dengan adil

demi islam yang dicintai



pokok rambutan berbuah lebat....

dari mengait hinggalah memanjat...

marilah mari wahai sahabat !!!

contohi perjuangan Rasulullah dan sahabat!!!



bila pejuang diseru

lantas pantas terus berjuang

anak muda ingin wadah baru

gerakan islam pilihan terbilang!



puan pengadil tinggal keseorangan,

tuan pengadil mengundur diri,

sedarlah manusia dari lamunan,

biar islam gemilang kembali!!!!!!



seru seru bukan "ku seru",

penaik semangat pejuang islam,

kobarkan semangat hapuskan seteru,

lupakan masa kita yang silam!!!



Sejarah islam dalam sejarah

2/3 dunia sudah ditahluk

biar hina disisi makhluk

tetapi mulia disisi Allah



sampai pagi kita berpantun

kalah dan menang bukan dicari

jemaah kita bersopan santun

asbab hidayah orang mencari ^_^



gendang gendut tali kecapi

kenyang perut senang hati

niat dihati bukan nak hidung tinggi

tapi ilmu untuk dikongsi



selesai sahaja pantun ku ini,

berundur bukan bererti kalah,

"hidup mulia, mati syahid" di hati,

bergeraklah kita dengan kalimah, "LAILLAHAILLALLAH"!!!!!!!!



niat itu letakknya dihati

kerana islam agama nasihat

mad'u kita bersatu hati

daei kita mencari berkat



undur bukan sebarang undur

undur bangun sepertiga malam

perjuangan ini tak pernah mundur

merintih di dunia sehingga kelam...



No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails