Friday, December 28, 2012

Artis Ini Menangis Apabila Bertemu TG Nik Aziz.. ,



Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.


Saturday, December 22, 2012

Cara nak bagi cepat jika internet lambat.

1. Ambil bekas minuman, potong melingkar bahagian atas dan bawahnya.



2. Sisakan beberapa centimeter.

3. Lalu potong lagi sisi bekas minimun itu menjadi dua bahagian

4. Bentangkan bahagian  yang sudah terbagi dua

5. Letakkan bahagian lubang di atas pada antena modem.
6. Selesai..selamat mencuba

Memang unik

Namanya laba-laba merak - peacock spider atau disebut juga gliding spider (latin: Maratus Volans), kerana termasuk laba-laba pelompat. Ukurannya sangat kecil, hampir hujung kuku.



Laba-laba merak dapat dijumpai di Queensland, Australia.


Thursday, December 20, 2012

Di sebalik amanat Presiden PAS seorang berilmu ,



“Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujaadalah 58 ayat 11)


Menerusi facebook saya semalam (4 Safar 1434/18 Disember 1434), saya memberi respons berikut:

“Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai ‘Amanat Haji Hadi’. Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum-hakam. Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah.”

Respons ini telah menerima lebih daripada 1,200 komentar pembaca (setakat pagi tadi). Malah beberapa media cetak dan berita di internet turut mengulasnya. Ia suatu luahan pandangan yang mengandungi pelbagai nilai kefahaman.


Semoga semua nilai kefahaman itu akan menemui suatu jalan kebenaran di sebalik isu yang dianggap amanat Presiden PAS, seorang ulama dan ilmuan yang disegani.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu’alam. -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

(Senyum) Janda MINAT Ustaz - Ustaz Azhar Idrus


Tuesday, December 18, 2012

Ingin menghilangkan kesan luka? cuba kaedah ini

  Kesan luka pada kulit kadangkala mengganggu penampilan seseorang. Terutama apabila luka tersebut ada di bahagian yang mudah dilihat orang lain. Memang ada kaedah perubatan moden, namun harganya sangat  cukup mahal.

Bagi yang belum tahu dan ingin mencuba, gunakan saja cara-cara tradisional di bawah ini.

 
1. Teh Basi
Caranya: Gosokkan hampas teh yang sudah tak terpakai ke bahagian kulit yang memiliki bekas luka. Tekan perlahan dan biarkan sekitar 15 minit, lakukan rutin seminggu dua kali. Oh ya, untuk teh celup seeloknya buka dan ambil hampas tehnya.


2. Sari Buah Peria
Caranya: Blender buah peria dan ambil sari serta airnya. Campurkan air peria tersebut dengan tepung beras hingga sebati. Lumurkan pada bekas luka dengan teratur. Buah pahit ini juga sesuai bagi mereka yang ingin mencerahkan kulit.




3. Putih Telur dan Madu
Asigkan putih telur dari kuning telur lalu campur dengan madu secukupnya. Kemudian adunkan hingga sebati . Lumurkan pada kulit pada kesan luka. Ramuan ini juga berguna untuk menghilangkan jeragat pada wajah.

Semoga bermanfaat :-)

10 KERETA TERMAHAL


1. 1962 Ferrari 250 GTO
 



2. 1957 Ferrari Testa Rossa Prototype
 



 
3. 1957 Ferrari 250 Testa Rossa
 



 
4. 1936 Mercedes-Benz 540 K Spezial Roadster
 




5. 1960 Ferrari 250 GT California LWB Competizione Spider

 



 
6. 1968 Ford GT40 Gulf/Mirage
 


 
7. 1961 Ferrari 250 GT SWB California Spyder
 



8.  1931 Duesenberg Model J Murphy-Bodied Coupe
 




9. 1931 Buggati Royale Type 41 Kellner Coupe



10. 1937 Mercedez-Bens 540 K Spezial Roadster
 

Tuesday, December 11, 2012

Tok Guru Nik Aziz setuju nikahkan Apex

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dengan pasangannya, Leuniey Natasha Nazri pada 28 Disember ini.
Demikian dinyatakan dalam surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey jam 10.00 pagi.

Benarkah bunga matahari mengadap matahari?

Bunga matahari atau Helianthus annuus yang berwarna kuning cerah tentu menambah keindahan taman atau kebun Anda. Namun, apakah bunga ini benar-benar menghadap ke arah matahari seperti namanya?



Baik daun mahupun bunga dari bunga matahari bersifat heliotropis, iaitu, selalu mengikuti cahaya matahari.

Tanaman bunga matahari menyimpan auxin. Auxin merupakan suatu hormon tanaman yang mengendalikan pertumbuhan. Biasanya jumlah auxin lebih banyak di sisi yang jauh dari sinar matahari. Itulah penyebab batang bunga matahari selalu tumbuh ke arah sinar itu.


Tetapi, bunga yang sudah mekar penuh tidak lagi bersifat heliotropis. Meskipun demikian bunga matahari selalu menghadap ke arah timur.


Bunga matahari memiliki nilai ekonomi. Biji bunga matahari biasanya digunakan untuk menghasilkan minyak yang sangat bagus mutunya. Minyak tersebut boleh digunakan dalam masakan. Biji bunga matahari memiliki nilai gizi yang tinggi.

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails