Thursday, March 29, 2012

Politik Malaysia: Persoalan perkauman dan ideologi (Bhg 3/3)

Oleh WAN ABDUL RAHMAN WAN AB LATIF

Pendekatan kelas amat dipengaruhi oleh pemikiran Marx yang melihat masyarakat (termasuk masyarakat Malaysia) secara asasnya terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan pemodal (kapitalis-borjuis) dan pekerja (proletar).

Hubungan antara dua golongan ini dicirikan oleh eksploitasi dan permusuhan. Golongan pemodal yang kaya dan berkuasa mengeksploitasi buruh golongan pekerja (proletar).

Atas hakikat ini maka lahirlah permusuhan antara dua kelas ini (class antagonism). Bagi mereka yang menganut fahaman Marxis, fenomena eksploitasi dan permusuhan ini berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sejak dulu hinggalah sekarang.

Semasa zaman feudal, kajian yang dibuat oleh Gullick (1958) memperlihatkan kepada kita betapa berkuasanya raja/sultan yang memerintah (the ruler) ke atas rakyat yang diperintah (the ruled).

Dari perspektif pemikiran Marxis hubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah adalah hubungan yang bersifat eksploitatif.

Kepatuhan rakyat kepada raja diperkukuhkan dengan pelbagai isbat (sanctions) yang bersifat jelas seperti pelbagai hukuman yang dikenakan dan bersifat simbolis seperti terangkum dalam konsep daulat.

Di peringkat daerah, bentuk hubungan yang sama wujud antara pembesar daerah dan pengikutnya.

Begitu juga di peringkat kampung di antara elit tempatan khususnya tuan tanah (landlords) dan petani khususnya petani yang tidak memiliki tanah.

Bentuk hubungan yang wujud di pelbagai lapisan masyarakat, sebagaimana yang dikemukakan secara ringkas di atas, nampaknya membenarkan tanggapan Marx.

Kajian dikalangan masyarakat Melayu luar bandar oleh Syed Husin Ali (1975) juga membenarkan hakikat ini.

Sayangnya kajian yang menggunakan pendekatan kelas dalam kalangan masyarakat Cina dan India belum diterokai dengan secara yang lebih mendalam dan sistematis.

Berbeza dengan Marx, Weber (seorang ahli sosiologi Jerman yang terkenal) berpandangan bahawa perbezaan kelas (terutamanya kelas sosial) dalam kalangan masyarakat bukan semata-mata ditentukan oleh aspek kebendaan tetapi oleh rasa hormat yang tinggi (deference) kerana individu berkenaan memiliki ciri-ciri yang istimewa yang tidak ada pada individu lain.

Sebagai contoh, seorang professor universiti dihormati (dalam erti kata mempunyai status sosial yang tinggi) bukan disebabkan beliau memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi memiliki ilmu yang hebat.

Seorang imam di peringkat kampung dihormati bukan atas dasar beliau seorang yang berharta tetapi disebabkan oleh beliau memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti warak.

Penghormatan ke atas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang boleh dilihat dari perspektif yang sama.

Ciri bukan kebendaan (non-material) lain, selain rasa penghormatan yang tinggi, yang membezakan kelas sesaorang dengan yang lain, adalah gaya hidup (lifestyles).

Angkubah gaya hidup seperti lokasi perumahan, jenis rumah, hobi, bahasa percakapan harian, jenis hotel penginapan, jenis kenderaan yang digunakan dan sebagainya akan menentukan kelas sesaorang.

Dengan menggunakan kayu ukur inilah maka pengkaji seperti Syed Husin Ali (1972) berhujah mengatakan pimpinan tertinggi politik Barisan Nasional (terdiri dari Melayu, Cina dan India) adalah tergolong dalam kelas yang sama.

Ini juga bermakna faktor ras atau perkauman tidak lagi relevan dalam perkiraan penentuan kelas. Pandangan ini mempunyai kekuatan hujahnya yang tersendiri.

Cuma apa yang menjadi masalah atau problematik dari sudut analisis kelas ialah apabila golongan elit politik atasan dikaitkan dengan golongan bawahan.

Tidak menjadi masalah untuk elit politik pelbagai ras bersatu dalam satu kelas yang tersendiri berdasarkan gaya hidup yang mereka ikuti.

Walau bagaimanapun, golongan bawahan pelbagai ras masih tidak mampu untuk bersatu dalam satu kelas bagi tujuan "menentang" golongan atasan.

Ini tidak menafikan hakikat bahawa golongan bawahan pelbagai ras mempunyai gaya hidup yang sama iaitu mereka semua dibelenggu oleh fenomena kemiskinan.

Ini juga bermakna hubungan antara golongan atasan dengan golongan bawahan tidak didasari oleh permusuhan kelas (class antagonism).

Sudah semestinya terdapat penyuaraan "permusuhan" dalam kalangan orang Melayu yang miskin kepada orang Melayu yang kaya.

Begitu juga halnya di kalangan masyarakat bawahan Cina dan India. Tetapi suara-suara yang memprotes ketidakadilan ini tidak dapat digembelingkan dalam satu kolektiviti yang menyeluruh yang merentasi sempadan perkauman.

Ia tidak boleh berfungsi sebagai satu tenaga atau kuasa yang kuat yang boleh menggugat kedudukan golongan atasan atau borjuis.

Bagi Marx, manifestasi kelas yang wujud secara dalaman dalam kalangan golongan bawahan yang tidak mampu merubah status quo politik yang ada dikenali sebagai class-in-itself.

Sebaliknya kelas bawahan yang mampu merubah status quo politik yang ada dikenali sebagai class-for-itself.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, pada tahun 1960-an, sebagaimana yang dihujah oleh Swift dalam kajiannya terhadap masyarakat Melayu di Jelebu, Negeri Sembilan, mendapati masyarakat Melayu tidak memiliki kesedaran kelas (class consiousness) tetapi lebih kepada kesedaran sinis (cynical awareness).

Gerakan reformasi pada akhir 1990-an yang diikuti dengan pilihan raya umum 1999 bagaimana pun telah merubah persepsi di atas. Perubahan politik ini dilihat oleh sebahagian pengkaji sebagai suatu perubahan politik yang agak radikal.

Mereka melabel perubahan ini sebagai "politik baharu" Malaysia. Hasil dari "politik baharu" ini ada tanda-tanda yang memperlihatkan bahawa golongan bawahan mampu bersatu merentasi sempadan perkauman dalam menyuarakan hal-hal yang berkaitan dengan keadilan dan pengagihan.

Peranan gerakan Islam seperti PAS adalah penting dalam membentuk nilai dan gerakan dalam era "politik baharu" ini bukan dalam bentuk menaja permusuhan kelas tetapi menyediakan program-program yang pelbagai (ekonomi, politik dan sosial) bagi merealisasi secara praktikal gagasan keadilan pengagihan (distributive justice) yang selari dengan tuntutan al-adl wa al-ihsan sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.

Dari sudut perbahasan teoritis, pendekatan yang menggunakan paradigma ras atau perkauman tidak bersifat ideologikal.

Ini kerana perkauman itu sendiri bukanlah merupakan satu bentuk ideologi kerana secara lazimnya idelogi didefinisikan sebagai satu sistem pemikiran (a system of ideas).

Dari perspektif ini, usaha-usaha untuk memahami realiti politik Malaysia dengan menggunakan pendekatan kelas adalah lebih bersifat idelogikal.

Secara yang khusus, Islam bukanlah sebuah ideologi yang terbit dari pemikiran manusia; ia adalah wahyu Allah. Walau bagaimanapun, Islam sebagai satu sistem yang syumul untuk mentadbir kehidupan manusia, maka dari sudut ia memiliki ciri "ideologi."

Persoalan idelogi mungkin menjadi suatu yang signifikan sebagai instrumen bagi menganalisis politik Malaysia, sekiranya ada usaha yang serius untuk membina sub-bidang pemikiran politik Malaysia ini.

Pemikiran politik sudah semestinya bersifat ideologikal. Dominannya BN (sebelum Pilihan Raya Umum ke-12) dalam politik Malaysia yang bergerak atas pertimbangan pragmatisme, menyebabkan kerelevanan ideologi sebagai satu kaedah untuk memahami realiti politik Malaysia, terus terpinggir.

Sekiranya DAP yang perjuangannya berpegang kepada ideologi democratic socialism, PAS dengan ideologi Islamnya dan PKR dengan ideologi social justice diberi peluang memainkan peranan yang dominan dalam politik Malaysia, maka persoalan ideologi sebagai satu instrumen bagi menganalisis dan juga mentakrif politik Malaysia akan sudah semestinya menjadi lebih penting.

Dalam hal ini sudah semestinya PAS akan menjuarainya kerana ideologi Islam sebagai asas perjuangannya adalah untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran dan kesejahteraan hidup tanpa dibebani dengan persoalan perkauman.

UMNO memerintah atas kebodohan rakyat kata Aziz Bari




Alahaiii.. aku ingatkan hanya Tun Mahathir yang berkata UMNO kini dikuasai oleh golongan kurang cerdik dan kurang pandai.. rupa-rupanya Dr Abdul Aziz Bari pun mengatakan perkara yang sama..

Semalam Sinar Harian melaporkan Tun Mahathir telah berkata “UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO”

Secara tak langsung Tun Mahatir mengakui yang ada dalam UMNO sekarang ialah orang-orang yang Bodoh-bodoh belaka.. (sila baca di SINI laporan itu)

Ini pula Aziz Bari berkata UMNO menang dan boleh memerintah atas kebodohan rakyat…

*****************************************

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.

Ahmad Said Tidak di calun di DUN Kijal PRU13?

mohdnoorawang


Menteri Besat Terengganu Dato' Seri Ahmad Said atau nama manjanya Ahmad Zoo dikatak tidak dicalunkan di Dun Kijal PRU13. Ahmad Said mungkin "disingkir" dari bertanding kerusi DUN. Ramai orang bercakap dalam "kedai kopi dan wartawan kedai kopi Ahmad Said disingkir secara terhormat dari kerusi menteri besar PRU13.


Cakap cakap politik Ahmad said bertanding atau ditawarkan kerusi Parlimen Kemaman PRU13. Apakah salah Ahmad Said semasa menjadi menteri besar Terengganu?. Untuk rekod Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu secara lantikan atau secara rampasan kuasa secara terhormat dari Idris Jusoh.
Jika benar apa yang diwarwarkan disekitar bandar Chukai dan Bandar Kuala Terengganu Ahmad Said hanya menjadi menteri besar hanya satu penggal sahaja.

Namun bagi ahli politik atau sokongan politik bawahan mahukan Ahmad Said terutam kawsan Kemaman dan kawsan Dungun mahu melihat wajah Ahmad Said bertanding di Dun Kijal dan dinobatkan sebagai menteri besar Terengganu pad penggal PRU13 jika BN/UMNO menang dalam PRU13.

Persoalan yang diajukan kepada umum oleh penyokong setia dan kroni Ahmad said 'SANGGUPKAH AHAMD SAID TIDAK DICALUNKAN DI DUN KIJAL DAN TURUN DARI KERUSI MENTERI BESAR TERENGGANU?. KERANA OARNG KENAL AHMAD SAID JENIS SUKA LANGGAR PERATURAN DAN "PONGGOH" ATAU KERAS KEPALA. TIDAK MUNGKIN AHMAD SAID MEMBIARKAN DAN MERELAKAN.

Melainkan Ahmad Said bertanding di Parlimen Kemamn dan dijanjikan kerusi menteri penuh kabinet atau timbalan menteri pusat ( jika BN/UMNO menang PRU13).

Dan dikatakan Datuk Sabery Chik bakal bertanding kerusi DUN Kijal. Mungkin satu permainan politk ala UMNO untuk menjaga kroni masing masing kok.

Tuesday, March 27, 2012

WAJIB BACA: Menarik mengenai PAS Kelantan...


3 dekad kebangkitan PAS di Kelantan

Oleh SUBKY LATIF

PADA 10 Februari lalu saya diminta mengulas tentang kebangkitan PAS dan kerajaan 1990-2008 dalam Seminar Tiga Dekad Kebangkitan PAS di Kelantan di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Kemenangan besar PAS Kelantan tahun 1990 itu adalah barakah dan hasil kebangkitan kepimpinan ulama PAS sejak tahun 1982.

Wujud sekumpulan pimpinan ulama dalam PAS pimpinan Haji Yusof Rawa dan Kelantan dianugerah kemenangan dulu kebetulan ia juga dipimpinan ulama tersohor Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama beberapa ulama lagi seperti Nik Abdullah Arshad, Ustaz Halim Abdul Rahman dan Ustaz Yahya Othman serta ia disokong oleh sekalian tok-tok guru pondok seluruh Kelantan.

Amanah Allah dan rakyat kepada PAS Kelantan itu adalah ujian dan cabaran buat PAS seluruhnya.

Saya menyapa Tok Guru Nik Abdul Aziz di Markas PAS Kelantan sebelum beliau berangkat ke Istana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar; "Tok Guru bersamping di bawah lutut untuk menghadap Sultan, seperti orang kampung saja!"

Jawabnya, "Ana mahu sebagai orang tua menjadi penasihat kepada Sultan..."

Ertinya Tok Guru memulakan tugasnya sebagai menteri besar, memimpin kerajaan dan rakyat sebagai orang tua, mungkin beliau tidak setua setengah daripada ketua-ketua kerajaan lain.

Dengan watak tuanya itu Menteri Besar menghadapi pegawai-pegawai kerajaan, meminta sokongan dan nasihat mereka bagi memimpin negeri.

PAS sebenarnya sudah bangkit dan padu semula sebelum tahun 1990 itu. Kemenangan itu meningkatkan lagi kebangkitan dan perpaduannya.

Kerajaan itu dikenali sebagai kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pimpinan PAS menjadikan motto kerajaannya Membangun Bersama Islam, mengisytiharkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.

Sebelum itu orang membolot sebanyak-banyak duit negeri, melalui Tabung Serambi Makkah yang diwujudkan orang memberi duit kepada kerajaan di bawah skim itu bagi membangunkan negeri dan rakyat.

Menteri Besar tidak tinggal di kediaman rasminya dan tidak pula mengambil elaun rumah yang diperuntukkan jika tidak tinggal di rumah kerajaan.

Meneruskan kehidupan yang sederna, tidak mengambil pembantu rumah baru bagi membantu isterinya mengendalikan kerja rumah sebagai isteri Menteri Besar.

Menteri Besar mengangkat hidangan sendiri seperti biasa kepada tetamu di rumah.

Menteri Besar tidak minta apa-apa daripada kerajaan untuk diri dan keluarganya – sebatang balak pun tidak diminta. Ini menyebabkan sekalian pembesar negeri dan kerajaan segan dan malu untuk mengambil kesempatan.

Kerajaan itu berdepan dengan cabaran awalnya, MCA sengaja hendak menunjukkan pengaruh politiknya menganjurkan pesta minum arak. Kerajaan menasihat melarangnya. MCA berkeras hendak mengadakan juga. Reaksi Menteri Besar, 'Lantaklah minum hingga pecah perut.' MCA pun membatalkannya.

Sepanjang tiga dekad – 1990- 2008 – parti dan kerajaan berdepan dengan pasang surut sokongan rakyat. Ia berdepan dengan suasana tidak serasi dengan sekutunya Parti Semangat 46. Apabila parti itu dibubarkan, ahli-ahlinya rujuk semula kepada Umno, sebahagian dari penyokongnya hilang tetapi kerajaan dapat diselamatkan.

Pernah PAS kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan kuatnya di Pengkalan Pasir. Pernah kerajaan PAS itu diselamatkan oleh satu majoriti saja di Dun untuk jangka waktu yang lama. Tetapi PRU 2008 memberinya kemenangan besar semula hampir menyamai kemenangan tahun 1990.

Kerajaan negeri menghadapi berbagai catuan daripada kerajaan pusat dan layanan anak tiri.

Geran per kapita diberi lewat, pelaburan disekat malah hak ke atas royalti minyak di perairannya dinafikan. Tetapi kerajaan Kelantan tetap dapat meneruskan pembangunan dan dapat pula membayar hutang kepada pusat mengikut jadual.

Dalam apa keadaan pun imej kerajaan Kelantan dan Menteri Besarnya dalam mengendalikan amanahnya terus meningkat dari semasa ke semasa. Pemerintahannya dikira bersih dan tidak pula ketinggalan kecekapannya daripada lain-lain kerajaan. Menteri Besarnya pula jauh lebih terserlah daripada ketua kerajaan yang lain.

Imej Menteri Besar dan kerajaan ikut memberi kekuatan kepada parti baik di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional walaupun kekuatan parti itu juga memberi kekuatan kepada Menteri Besar dan kerajaannya. Kekuatan Menteri Besar dan kerajaan tidak menjamin keselamatan kerajaan jika parti tidak kuat.

PAS di Kelantan sudah dikira kuat sebelum kemenangan tahun 1990 tetapi kekuatan itu lebih terserlah apabila dibantu oleh Parti S46. Begitulah cara Allah membantu pihak yang dikehendaki.

Persoalan sekarang yang menjadi cabaran kepada PAS ialah apakah ia benar-benar kuat atau kekuatannya itu adalah kerana kekuatan Tok Guru sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar?

Mana lebih kuat antara parti dengan Tok Guru? Atau adakah kedua-duanya sama-sama kuat? Kita tetap boleh bersyukur kiranya kedua-duanya sama-sama kuat.

Dalam apa keadaan PAS mesti memastikan ia lebih kuat daripada Tok Guru. PAS Kelantan akan bermasalah kiranya Tok Guru lebih kuat daripada parti.

PAS tidak boleh bergantung kepada kekuatan Tok Guru saja kalau ia tidak kuat. Kita mesti menerima hakikat bahawa suatu hari nanti Tok Guru tidak ada dalam kerajaan. Seperti umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w. mesti menerima hakikat bahawa Rasulullah tetap wafat dan Islam mesti terus tanpanya.

PAS Kelantan mesti bersedia tanpa Tok Guru dalam kerajaan dan tanpa Tok Guru di dunia nyata ini.

Mahu tidak mahu PAS Kelantan dan kerajaan Kelantan akan terpaksa menghadapi cabaran tiada lagi Tok Guru di dunia. Parti akan berjalan terus dan kerajaan juga akan berjalan terus. Pengganti Tok Guru dalam parti tidak sama dengan Tok Guru dan pengganti Tok Guru dalam kerajaan pun juga tidak sama dengan Tok Guru. Ia terpaksa dihadapi.

Tetapi apakah PAS Kelantan bersedia tanpa Tok Guru dalam kerajaan sedang Tok Guru masih berada di dunia? Tok Guru masih ada di dunia tetapi tidak lagi menjadi Menteri. Bagaimana?

PAS dan rakyat mesti bersedia menghadapi keadaan itu dan mesti bersedia untuk belajar menghadapinya.

Di sinilah perlunya parti itu mesti lebih kuat daripada Tok Guru supaya masing-masing tidak berhadapan apa-apa masalah tanpa di dunia atau tanpa Tok Guru dalam kerajaan.

Tok Guru boleh jadi pemimpin seumur hidup baik bagi parti dan rakyat, tetapi Tok Guru tidak boleh jadi Mursyidul Am seumur hidup dan Menteri Besar seumur hidup. Tok Guru boleh jadi pemimpin seumur hidup tanpa menjadi Mursyidul dan tanpa menjadi Menteri Besar.

Lim Kit Siang adalah pemimpin DAP walaupun dia sudah tidak lagi jadi Setiausaha Agung dan tidak juga jadi Pengerusinya.

Mahatma Gandhi tidak menjadi Presiden dan Perdana Menteri India serta tidak menjadi ketua Parti Kongres India tetapi dia adalah pemimpin parti itu dan pemimpin rakyat seumur hidup.

PAS mesti bersedia menerima realiti itu bagi memenuhi tuntutan sebuah parti dalam dunia demokrasi kerana demokrasi mengajar dunia begitu. Justeru itu PAS mesti menentukan ia lebih kuat dari pemimpin. Pemimpin datang dan pemimpin pergi, PAS mesti ada terus dan relevan.

Saya tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan Tok Guru dalam parti dan dalam kerajaan, tetapi saya mahu mengingatkan keperluan sebuah parti yang kuat dan lebih kuat dari pemimpinnya, supaya ia boleh menghadapi apa jua susana dan cabaran.

Sunday, March 25, 2012

Awok-awok yang baham tanoh!

Karzan, Nawi dan Idris Jusoh antara dapat tanah

Khairul Azlam Mohamad, 25 Mac 2012

KUALA TERENGGANU 25 Mac: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.

(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)

Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.

Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.

Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.

“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.

“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.

“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.

Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.

Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.

(Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah)

“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam idu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang.

“Kita (PAS) dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan.

Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut.

Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.

“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.

“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,” ujarnya

Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”

KTC tawar pakej mengorat isteri

KOTA BHARU, 25 Mac: Bagi melahirkan rasa cinta yang tidak pernah padam disamping menyemarakkan rasa kasih dalam rumahtangga pasangan suami isteri di negara ini, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) melancarkan ‘Pekej Mengorat Isteri Sendiri’.

Program berkenaan mula dilancarkan hari ini dan berkuat-kuasa serta merta.

Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa dalam kenyataannya hari ini berkata menerusi PMIS, pasangan suami isteri boleh menginap di mana-mana jenis bilik penginapan yang disediakan dengan potongan harga istimewa.

“Pelanggan juga turut mendapat sarapan pagi dan sajian set makanan malam di kamar masing-masing sewaktu penginapan,”ujarnya.

Aziz seterusnya berkata, bagi pasangan kelamin yang sudah mempunyai zuriat turut dialu-alukan dengan membawa anak masing-masing.

Katanya, walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi sebelum ini, namun pasangan suami isteri yang juga seorang guru di negeri ini telah menempah bilik untuk menyertai majlis ini malam tadi.

“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan pekej yang ditawarkan sambil menyifatkan ianya sesuatu yang unik,”ujarnya.

Pada waktu yang sama, KTC turut mengalu-alukan anggota polis dan keluarga masing-msing menyertai pekej berkenaan bersesuaian dengan ulangtahun Polis Diraja Malaysia ke-205 menerusi pekej Terima kasih Polis dengan harga RM205.

Aziz seterusnya memberitahu, dengan pelbagai masaalah rumahtangga yang berlaku kini, pihaknya berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bersama dengan program santai untuk mereka.HD

Saturday, March 24, 2012

Profil Ustaz Azhar Idrus


Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.


Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.


Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.




Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.





Sumber: Majalah Anis

Thursday, March 22, 2012

Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng ,


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang.

Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider.

Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini.

Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik.

"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.

“Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik."

"Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk. Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua.

"Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya.

Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik.

Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS.

"Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya. -Hrkh

PAS KELANTAN JAWAB ISU TANAH RIZAB MELAYU, CABAR UMNO BERDEBAT

26 Rabi'ul Akhir 1433 H | 20 March 2012
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan. Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar. Saya amat hairan bagaimana seorang Setiausaha Politik yang paling kanan kepada Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tanpa menyebut sandaran fakta yang kukuh.

Suka saya memaklumkan bahawa sekiranya Fatmi merujuk kepada Laporan Khas Utusan Malaysia pada 19 Mac 2012 yang meletakkan isu Tanah Rizab Melayu yang tergadai di Kelantan di muka hadapannya, terdapat beberapa kekeliruan yang sengaja ditimbulkan di dalam laporan tersebut. Ini termasuklah dakwaan bahawa beberapa projek pembangunan seperti Lembah Sireh, bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pusat Membeli Belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat kononnya melibatkan tanah rizab Melayu yang digadaikan.

Saya melihat bahawa kekeliruan ini sengaja ditimbulkan oleh UMNO melalui Utusan Malaysia dalam misi untuk menghakis kepercayaan orang-orang Melayu terhadap kerajaan negeri Kelantan. Kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun. Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menggadaikan tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari pengkhianatan UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Fakta ini belum lagi mengambil kira pengkhianatan Umno kepada orang Melayu yang telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996, Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura.

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Justeru, di atas tajuk Tanah Rizab Melayu : Siapa Pengkhianat? saya mempelawa Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh untuk bersama-sama saya di atas pentas debat pada bila-bila masa sahaja. Saya kira beliau akan mempunyai peluang untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pengkhianatan kerajaan PAS Kelantan terhadap Tanah Rizab Melayu. Di atas pentas yang sama, pelbagai lagi fakta dan data boleh didedahkan di hadapan khalayak yang akan membuat penilaian yang bebas. Format debat dan aspek teknikal boleh dibincangkan kemudian setelah Fatmi bersetuju dengan pelawaan saya.
Salam hormat.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 20 Mac 2012

Katak yang pintar

Aptly-Vietnamese Mossy Frog



Bat Faced Toad



Glass Frog





Hylid fog - phrynohyas venulosa




Leaf Frog


Tree frog hyla avivoca

Spesis terbaru

1. Sea Pig





2. Yeti Crab






3.Viperfish








4. Japanese Spider Crab




5. Giant Isopod









6. Chinese Giant Salamander





7. Olm





8. Giant Grenadier




9. King of Herrings





10. Angora Rabbit


Wednesday, March 21, 2012

Kisah Wanita Kristen Berjilbab yang Berbicara Tentang Islam

Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan mengenakan jilbab apalagi berbicara tentang Islam, berbeda 180 derajat dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristen namun lebih suka mengenakan jilbab dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahwa ia masih seorang Kristen ketika merekam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka mengenakan jilbab. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam kondisi dirinya masih Kristen dan telah mengenakan jilbab:

“Saya sudah tertarik dengan Islam di sebagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak informasi propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mulai belajar tentang Islam, dan saya akhirnya menemukan, meskipun fakta-fakta dasar yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diartikan dan salah dipahami tentang Islam itu sendiri.

Misalnya, hal pertama yang saya perhatikan adalah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa Anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

Hal lain yang saya temukan dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia karena saya mulai mengunjungi masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan waktu bersama mereka.

Saya menyukai Islam yang mengajarkan Anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristen, Injil mengatakan, “Bersikaplah baik satu dengan yang lainnya.” Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu Anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami istri, dan dalam masyarakat. Dan saya menemukan Islam yang saya asosiasikan jauh lebih saleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristen, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristen selama bertahun-tahun.

Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibahas, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan nyata. Hal ini dipraktekkan dalam keluarga, dan juga dipraktekkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

Saya pikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan jilbab, saya merasa istimewa, saya merasa terlindungi, saya merasa bahwa saya tidak harus memamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi pribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahwa saya tidak harus berjuang untuk mencoba menjadi sama dan mencoba untuk menjadi seperti seorang pria, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.(fq/oi)


sumber

Sunday, March 18, 2012

Muamalat dengan Yahudi

1. Berurus niaga [ muamalat ] dengan individu Yahudi atau mana - mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "

" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "

7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Lucu dan Kreatif

Weight Belt





Toilet Sink




Heart shaped wheel





Pizza Scissor





Sunnyside Up Daisy Eggs





Toaster Design Heart-Attack




Shark Fin Tea Ball

Awan dalam bilik






Bangunan Pencakar Langit yang indah

Kuala Lumpur, Malaysia City Skyline




Seattle City Skyline




Toronto, Canada City Skyline



Tokyo, Japan City Skyline


Singapore City Skyline


Shanghai-China-city-skyline


Shenzhen, China City Skyline



Chicago City Skyline



Hong Kong City Skyline



New York City Skyline





kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails