Sunday, November 29, 2009

:: Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W. ::



Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

_____________________________________________________________________

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH DARIPADAKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT."

Saturday, November 28, 2009

TERENGGANU KINI...



Perjalanan bermula di Stesen Bas Kangar,Perlis dengan bayaran tiket pulang ke Kuala Terengganu berjumlah RM57.00 cukup tinggi bagi aku al-maklumlah akhir-akhir tahun macam ni simpanan dah kosong di semua bank.Tetapi tidak mengapa ianya bukan halangan untuk pulang beraya di kampong halaman yang di cintai.Terima kasih buat sahabat-sahabat di atas pertolongan kalian,semoga Allah membalas jasamu itu.9 jam perjalanan merentasi banjaran Titiwangsa dan merentasi Tasik Banding serta melintasi laluan gajah sesekali terasa sedikit kegusaran di hati ini.

Kali terakhirnya aku pulang ke kampong semasa hari raya aidilfitri yang lepas,itupun dengan menaiki bas Kerajaan Negeri Terengganu,semua di biayai oleh kerajaan untuk 2 kali perjalanan.Mengikut sedikit kajian hanya kerajaan Terengganu sahaja menyediakan bas percuma bagi mahasiswa yang berada di perantauan di seluruh negara.Al-Maklumlah Negeri Terengganu adalah negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli.Maka sudah menjadi kewajiban selaku kerajaan berbakti kepada rakyat dengan duit hasil bayaran pertronas kepada kerajaan negeri.Mungkin ini juga strategi kerajaan Negeri Terengganu yang ada sekarang untuk mempertingkatkan kecaknaan kepada golongan mahasiswa dan menarik sokongan golongan cerdik pandai ini kepada parti mereka yang sekarang ini gersang dan tandus dari sokongan pengundi muda.

Namun mahasiswa bukan golongan yang boleh di cucuk hidung seperti penduduk yang berada di kampung-kampung,mereka mempunyai pemikiran yang matang dan boleh menilai perkara mana yang baik dan buruk.Jika ada mahasiswa yang ingin membalas jasa dengan mengundi dan menyokong parti UMNO-BN kerana baiknya kerajaan negeri yang ada sekarang,maka mahasiswa ini telah sewel dan tindakan menyokong dan mengundi parti UMNO-BN pada pilihanraya kelak adalah satu tindakan yang paling bodoh dalam dunia.

Cuba kita lihat,dengan kekayaan duit minyak yang banyak di mana mereka telah gunakan, adakah di salurkan untuk rakyat???apa yang pasti kekayaan ini telah di gunakan dengan pembinaan Taman Tamadun Islam yang menelan belanja jutaan ringgit,pertandingan kapal layar juga telah menghaguskan puluhan juta duit rakyat dan banyak lagi projek-projek mega yang mengutungkan kroni dan perut busuk mereka.

Sejarah telah meletakkan pemimpin UMNO-BN adalah pemimpin yang paling pembohong dan penipu di dalam dunia kini,mereka menafikan hak royalty yang sewajibnya di beri pada masa PAS memerintah tempoh hari,ini kerana Akta Pembangunan Pertroleum 1973 telah memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalty sebanyak 5% dan perkataan ‘lima peratus’ itu di tulis dengan jelas dan terang dalam perjanjian.

Itu lah UMNO-BN dulu kini dan selamanya akan terus jahat dan khianat kepada bangsa Melayu apatah lagi terhadap agama sendiri.Bukan itu sahaja ADUN-ADUN UMNO-BN terus berlumba-lumba membina istana peribadi masing-masing contohnya di Kampung Banggol Tok Jiring,Kuala Terengganu.Kini jelas kepada kita bahawa pemimpin UMNO lah yang telah bertindak zalim dan khianat tahap ‘gaban’ kepada seluruh rakyat Terengganu.

Bersambung pada siri yang berikutnya...

Oleh: Muhammad Hafizul Al-Bukit Besari

Friday, November 27, 2009

Tips penjagaan kereta...




Seorang pemandu yang bertanggungjawab boleh melaksanakan perkara-perkara kecil untuk kebaikan kenderaannya. Sebenarnya tidak perlu berharap 100% kepada mekanik saja.

Apakah faedah atau keuntungan membuat demikian?

Antara faedah yang kita dapati ialah:


i) Menjimatkan wang “repair”.

ii) Rasa puas hati perkara itu di buat secara sendiri.

iii) Elakkan perkara kecil itu menjadi lebih serius.

Di bawah adalah di senaraikan beberapa perkara mudah yang sudah tentu dapat di laksanakan seseorang pemandu.


1) Menukar mentol signal.

Perkara ini mudah saja di perbetulkan. Belilah sekotak mentol signal. Ia harga antara RM5 – RM6 saja. Beli juga mentol lampu belakang atau lampu brek.

Anda haruslah belajar bagaimana hendak takrifkan antara mental atau “blub” tersebut. Untuk kerja ini, di perlukan satu-dua alat skrew driver saja.



Kereta yang berjenis lebih baru, mungkin mempunyai lampu signal yang lebih sukar untuk di tukar. Dalam hal demikian, hantarlah saja kenderaan anda ke mekanik.

Macam mana hendak tahu mentol signal sudah bakar? Bila di pasang indicator, biasa tanda atau isyarat itu berkelip-kelip dengan pantas.


2) Mengintai paras minyak brek.

Kekurangan minyak brek dalam tabung minyak brek perlu sentiasa di jaga. Tabung minyak brek, yang terletak dalam kompartment enjin, ada 2 paras.

Satu paras bawah dan satu lagi paras atas. Sebaik-baiknya, paras minyak brek hendaklah sampai ke paras atas. Sekiranya kurang, isi dengan minyak spare atau tambahan.

Di cadangkan jenis DOT 3 di guna. Minyak brek berjenis-jenis warna. Boleh di campur aduk antara satu dengan lain.



3) Menguji tahap brek kereta anda.

Brek kereta boleh mengalami kerosakan dari semasa ke semasa. Kadang-kala brek kereta di katakan “lari ke tepi” apabila di tekan. Ini menandakan satu-satu kerosakan.

Hantarlah ke mekanik secepat mungkin. Ada kalanya, bila brek di tekan, kita dapati ia turun sampai ke bawah, ke paras lantai. Ini juga menandakan kerosakan. Hendaklah ke mekanik segera.

Perkara kerosakan brek baik di serah kepada pakar kereta untuk di kendalikan pembaikannya.



4) Minyak hitam atau minyak enjin.

Menjaga paras minyak hitam atau enjin adalah penting. Kekurangan minyak ini boleh merosakkan enjin kereta anda. Untuk perkara ini, anda hendaklah mencari “dip stick” minyak hitam.

Kiranaya kurang faham apa dia alat ini, sila tanya kepada rakan atau mekanik anda. Pastikan paras minyak hitam sampai ke bahagian atas.

Kiranya minyak hitam sampai ke paras bawah saja, ini bererti enjin anda kekurangan minyak. Isilah minyak hitam hingga ke paras atas atau Upper Level.

Untuk ini, anda hendaklah mendapatkan sekotak minyak tambahan. Guna minyak yang sama jenis yang biasa di guna oleh foreman anda.



5) Tayar kereta.

Ada 3 perkara penting anda harusnya tahu tentang penjagaan tayar.

i) Tekanan atau “pressure” – Tekanan bererti berapa banyak angin di dalam tayar. Biasanya, di cadangkan isi 26 psi (pound per square inch) tayar depan. Juga untuk tayar belakang, 26 psi di cadangkan.

ii) Balancing atau imbangan – Tayar yang tidak seimbang, akan goyang atau gegar. Ini akibatkan steering kurang stabil. Sukar untuk di kawal.

Kalanya, steering akan lari ke kiri atau ke kanan pula. Hendaklah menjalankan usaha mengimbangkan tayar di kedai tayar secepat mungkin.

iii) Penjajaran – Tayar hendaklah turun ke tanah dengan sejajar. Kalaunya tidak, tayar akan makan sebelah.

Jadi, dari semasa ke semasa, di nasihatkan proses penjajaran hendaklah di jalankan di kedai tayar seringkali.


Di atas merupakan 5 perkara penting yang dapat di jalankan oleh seorang pemandu demi kebaikan kenderaannya sendiri. Sudah tentu sebuah kenderaan baru kurang memerlukan permerhatian tersebut.

Oleh itu, kiranya tiada masalah kewangan, lebih elok belilah sesebuah kenderaan yang baru!


http://www.klikjer.co.

Thursday, November 26, 2009

Manisnya ukhuwwah yang mengalir...........


Mentari mula bersinar cemerlang kembali,setelah hujan turun melebat kebelakangan ini,roda-roda alam berputar mengikut acuan daripada Allah SWT.Syukur pada-NYA kerna di saat ini Allah masih lagi mengekalkan nikmat mata untuk melihat alam buana ini.

Sahabat-sahabat sudah pulang ke kampong masing-masing, kebanyakkan mereka tinggal di Negeri Kelantan dan sebahagian lagi sahabat seperjuangan tinggal di Negeri Kedah.Namun aku masih di sini membilang hari-hari,esok umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya korban atau hari raya haji.Jika sebelum ini mereka berada di sisiku,bergelak ketawa bersama-sama,meredah hujan pun bersama melaksanakan tugas sebagai seorang daie.Kini tinggal aku keseorangan mendongak ke langit terlihat awan putih.....................bersambung

Creativeness in photography!!












Ilmu utk dikongsi bersama




Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

PERSAHABATAN...


PERSAHABATAN ADALAH ANUGERAH
MEMBUAT KITA TERTAWA
MENANGIS , MENERIMA, MEMBERI,
DAN YG PALING PENTING,
IA MEMBUAT KITA MENGHARGAI HIDUP
JADILAH SPT EMBUN YG TUNDUK MENITISKAN KASIH SAYANG
SETIA MENYIRAMI KALBU KEGERSANGAN
DGN MUTIARA KESABARAN DAN KACA KEBENARAN

LIFE CAN GIVE U A HUNDRED REASONS TO CRY
BUT YOU CAN GIVE LIFE A HUNDRED REASONS TO SMILE

TEMAN SEJATI MAY BE BUKAN YG SELALU DEKAT DI MATA
DEKAT BICARANYA, TTP DIA YANG SETIA DI HATI
DAN DIINGATI DLM STIAP BISIKAN DOANYA..

SOLEHAH WOMEN SMILE IN TIMES OF TROUBLE
GATHER STRENGH FROM DOA
AND GROW BRAVER BY ISTIGHFAR AND SOLAT

TAHAJUD MENYERIKAN WAJAH
BERSYUKUR MEMBAJAI BARAKAH
BERMUHASABAH MENCETUS HIKMAH
BERTAWAKKAL MEMBUAHKAN PASRAH
BERSAUDARA MENYEMAI MAHABBAH
BERJIHAD MEMBANGUNKAN UMMAH

KITA INGINKAN MENTARI
ALLAH TURUNKAN HUJAN DAN RIBUT
KITA BERSEDIH MENTARI TIADA LAGI
RUPANYA ALLAH INGIN HADIAHKAN KITA PELANGI
SEMOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR





Waktu
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga."

Cinta & Sahabat



Satu hari CINTA & SAHABAT berjalan dalam kampung...

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??? Kerana CINTA itu buta...

Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa???

Kerana... SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA !!!

Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa???

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...

Sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu...

Kenapa??? Kerana... SAHABAT itu sejati & akan kekal sebagai SAHABAT yang setia...kan ???

jadi, hargai lah SAHABAT/KAWAN kita ....

lebih-lebih lagi yang sentiasa berada bersama kita di saat kita susah.

jangan lah kita meninggalkan/mengabaikan SAHABAT itu ketika dia susah pula semata-mata kerana mahu bersama kekasih hati.

Wednesday, November 25, 2009

JANGAN KITA JADI MELAYU YANG PELUPA...siri 1



Setelah mengharungi beberapa siri pilihanraya kecil kebelakangan ini,ternyata Parti UMNO-BN semakin di tolak oleh sebilangan besar masyarakat terutama di kawasan bandar-bandar besar,lihatlah kemenangan yang cukup banyak di Parlimen Kota Raja yang di menangi oleh Dr Mariah Mahmud yang mewakili Parti PAS-Pakatan Rakyat.Selain itu banyak lagi kemenangan yang tidak di duga di kawsan bandar-bandar lain malah dapat merampas negeri Industri iaitu Selangor.Ini menunjukkan kemuakkan dan keloyaan rakyat pada Parti UMNO-BN semakin di kuis hari demi hari.

Bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh merupakan detik-detik kehancuran berangkai parti UMNO-BN dengan kekalahan yang begitu banyak,apa yang pasti gelombang Anwar Ibrahim cukup deras dalam arus politik semasa.Melihat semula sejarah di masa Anwar Ibrahim sebagai mahasiswa di Universiti Malaya suatu masa dahulu cukup berjaya mengasak pemikiran mahasiswa dalam menjuarai isu-isu masyarakat dan membuka ketidakadilan kerajaan terhadap rakyat.Pernah Anwar Ibrahim merampas pentadbiran Universiti Malaya kerana pihak university menyekat kebebasan bersuara dan tidak berlaku adil kepada mahasiswa.Sememangnya Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin berkarismatik,beliau berjaya mengumpulkan ribuan orang semasa peristiwa Baling suatu masa dahulu.

Satu peristiwa yang tidak di sangka berlaku pada tahun 1998,di mana Anwar Ibrahim di tangkap dan di penjara oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad.Maka detik itu berlaku lah demontrasi secara besar-besaran yang mengegarkan bandaraya Kuala Lumpur.Sebilangan besar rakyat tidak boleh menerima penangkapan tersebut kerana rakyat melihat Anwar Ibrahim tidak bersalah dan beliau di fitnah oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad,namun apakan daya kuasa yang ada pada Dr Mahathir Mohamad mengatasi suara dan asakkan yang luar biasa daripada rakyat.Bermula saat ini lah Dr Mahathir Mohamad yang memimpin UMNO-BN mula di ragui oleh rakyat .

Dr Mahathir Mohamad telah melakukan kerosakkan yang besar terhadap parti UMNO-BN,akibatnya parti UMNO-BN telah di ajar oleh rakyat pada pilihanraya 1999,di mana kerajaan Terengganu telah di rampas oleh Parti PAS.Parti PAS yang di ketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(TGHAHA) juga sebagai presiden telah memenangi 28 DUN daripada 32 DUN yang di pertandingkan dan merampas ke semua 8 parlimen dengan majority yang luar biasa.DUN Wakaf Mempelam (saya mengundi di DUN ini) muncul sebagai DUN yang paling tinggi mojoritinya dan diikuti oleh DUN Ru Rendang (DUN TGHAHA).

Selain negeri Terengganu berjaya di kuasai oleh PAS,tsunami politik ini juga menerobos ke negeri-negeri lain,di negeri Pahang PAS berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan (Ustaz Idris Omar), DUN Tahan (Abdul Malik Yusof), DUN Guai (Mejar (B) Abdul Aziz Yaakob), DUN Jengka (Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man), DUN Penor (Abdul Aziz Long) dan DUN Kuala Pahang (Mohd Iqbal Hamdi Mohd Rusdi). PAS juga mencatatkan peningkatan cemerlang di beberapa kawasan parlimen dan DUN lain antaranya Parlimen Temerloh (kalah 213 undi), Parlimen Pekan (kalah 241 undi), DUN Padang Tengku (kalah 86 undi). Manakala PKR berjaya di DUN Cini (Abdul Rashid Jafri) dengan majoriti 5 undi dan DAP mengekalkan kerusi tradisinya di DUN Triang (Leong Ngah Ngah).Selain Pahang,PAS negeri Perlis memenangi 3 DUN iaitu DUN Guar Sanji,DUN Sanglang(dalam Parlimen Arau) dan DUN Santan(Ustaz Zolkharnain Bin Abidin dalam Parlimen Padang Besar).Negeri Kedah juga antara negeri Parti PAS menang dengan kuantiti yang banyak antara DUN yang mencatat majority tertinggi dalam negeri kedah adalah DUN Tokai( dulu DUN Bukit Raya).

Akhirnya UMNO-BN mula menggunakan SPR untuk mengubah semula sempadan pilihanraya,maka pilihan raya 2004 Parti PAS mula kalah dengan teruk,yang paling menyedihkan Negeri Terengganu terlepas semula ke tangan kotor dan pengkhianat bangsa UMNO-BN,namun sepanjang 5 tahun pemerintahan PAS di Terengganu rakyat mula nampak kejayaan dan keadilan PAS dalam tempoh pemerintahan itu dan yang paling jelas pembohongan UMNO-BN mula terpapar di mata rakyat terutamanya berkaitan dengan royalty minyak.Kini sejarah rampasan duit royalty itu berulang kembali dan mangsanya adalah negeri Kelantan.Sememangnya dari dulu lagi pemimpin UMNO-BN pembohong,perasuah dan penyangak mata wang rakyat.Kemenangan besar UMNO-BN pada tahun 2004 di sebabkan Pak lah mula menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Pak Lah merupakan graduan dalam bidang pendidikan Islam di tambah lagi pada masa itu Pak Lah di gelar Mr Clean kerana agenda pertama di bawa oleh beliau adalah untuk memerangi rasuah.

Rakyat cukup termakan dengan peluru yang di taburkan oleh Pak Lah,al-maklumlah Melayu kan mudah lupa, dapat kain batik cap semut sehelai dan gula sekilo rakyat mula mengundi UMNO-BN,aduhai melayu-UMNO rapuhnya akidah mu itu.Pak Lah mula memanfaatkan kelebihan sebagai seorang graduan dalam bidang pendidikan Islam di tambah pula cucu kepada ulama,maka Pak Lah telah memperkenalkan Islam Hadhari,dengan kuasa yang ada pada beliau Islam Hadhari telah di sebar luaskan melalui media massa dan media cetak,selain itu golongan agama dalam UMNO juga di cucuk hidung untuk mengiyakan Islam Hadhari ini.Akhirnya rakyat mula kebingungan dengan situasi ini,PAS melihat isu ini adalah isu yang paling besar yang melibatkan akidah dan dengan pantas TGHAHA menerbitkan buku hasil tulisan beliau iaitu Hadharah Islamiah bagi membasmi Islam Hadhari yang sesat ini.

Jika Dr Mahathir Mohamad memerintah lebih kurang 22 tahun,namun era pemerintahan Pak Lah sekejap sahaja,itu pun kalau di tolak masa Pak Lah tidur bertambah singkat lagi lah tempoh pemerintahannya.Kini selepas tempat Pak Lah di ganti oleh Najib,bayang-bayang dan suara Pak Lah tidak lagi kedengaran malah seolah-olah Pak Lah tidak pernah di kenali sebelum ini,jika dulunya Dr Mahathir melepaskan jawatan PM,rakyat masih lagi menyanjungi beliau di merata-rata tempat,namun ianya tidak berlaku pada Tun Pak Lah Badawi.Jika di lihat sewaktu mula-mula memegang jawatan PM dahulu rakyat begitu fanatic dengan peribadi beliau,namun sekarang ini rakyat sudah melupakan dan membiarkan beliau begitu sahaja.Tidak ada apa yang perlu di banggakan di zaman Pak Lah memerintah yang pasti satu sahaja yang rakyat tidak lupa Pak Lah tidur di setiap ketika.......bersambung

OLEH : Muhammad Hafizul Al-Wakaf Mempelami

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails