Saturday, December 31, 2011

Hamka: Ulama serba boleh


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Riwayat hidup

Nama : Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.
Tempat lahir : desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjaau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
Tarikh lahir :16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah.
Ayah : seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau
Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946)
Tarikh meninggal : 24 Julai 1981
Umur : 73 tahun.

Sifat-sifat Peribadi

1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.
2. Beliau juga terkenal sebagai ahui kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab.
3. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

Pendidikan

1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.
2. Pada tahun 1915 ketika beliau berusia 7 tahun, beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun1918 pula beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.
3. Hamka berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924serta berpeluang daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang dianjur oleh tokohtokoh tersebut adalah dalam seminar, ceramah, kuliah, perbincangan, serta persidangan.

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.
2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasilhasil karya yang ditulisnya.
3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.
4. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.
5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah"Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

Hasil-hasil karya

1. Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama dua puluh lima tahun.
2. Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.
3. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.
4. Antara hasil-hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi Agama, "Adat Minangkabau, "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam, "Sesudah Naskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka, serta "Islam dan Demokrasi .
5. Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku, "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, dan lain-lain lagi.

Thursday, December 29, 2011

Bagaimana Melihat Dari Perspektif Pelanggan







Antara perkara terpenting bagi seseorang usahawan adalah apabila berkomunikasi dengan orang lain. Secara umum, kita akan membiarkan kita berkomunikasi secara automatik dan kita akan belajar dari kegagalan ini (namun ada ketika kita tidak pernah belajar).

Contohnya, apabila anda menghubungi seseorang pelanggan anda untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda akan call dan terus bercakap seperti biasa. Contohnya "Hello, nama saya SJ, saya nak promosikan perniagaan saya iaitu... bla bla bla"

Kemudian anda akan cuba lagi dengan kaedah yang sama dengan pelanggan lain. Akhirnya jika 20% dari panggilan itu berjaya, anda akan cuba mengubah sedikit cara panggilan atau teruskan dengan cara biasa kerana anda sudah berpuashati dengan 20% ini.

Namun sebenarnya anda boleh meningkatkan keberkesanan panggilan ini jika anda lebih prihatin dan melihat dari kaca mata pelanggan. Maksud saya, anda boleh dapat keputusan positif yang lebih dari 20% jika anda berusaha.

Bagaimana ?

Tips utama adalah, jika anda ingin menghubungi seorang pelanggan untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda perlu pandang dari aspek pelanggan tersebut dan bukan dari aspek anda.

Saya biasanya akan melakukan beberapa sesi dialog dalam kepala tentang bagaimana untuk bercakap dalam bahasa yang sama dengan pelanggan tersebut. Ini dilakukan sebelum membuat panggilan. (ini hanya memakan masa beberapa minit, lama-kelamaan anda akan melakukannya secara spontan)

Contohnya

Kaedah A : "Assalamualaikum, saya SJ dari syarikat xx, kami ingin menjual produk kami iaitu Pen Membaca Quran..."

Kaedah ini sama seperti apa yang dilakukan oleh salesman insuran atau kad kredit lain. Jadi pelanggan akan mengelak untuk bercakap lebih lanjut sebelum anda nyatakan apa perniagaan anda.

Kaedah B : "Assalamualaikum, saya SJ, saya dapat nombor ini dari Si A, kami nak jual Pen Membaca Quran yang terbaru di pasaran."

Kaedah ini lebih baik daripada kaedah A, tetapi masih nampak seperti anda yang ingin pembeli membantu anda, bukan anda yang membantu pembeli.

Kaedah C : Assalamualaikum, saya SJ, saya ada produk yang akan menyelesaikan masalah pembacaan Al-Quran yang canggih dan terbaik di pasaran. Anda mungkin takkan percaya, ini adalah sebatang pen teknologi tinggi yang membantu anda membaca Quran.

Kaedah ketiga mungkin kaedah yang terbaik kerana ia akan menyebabkan pelanggan tertanya-tanya apakah produk ini. Dan anda juga menerangkan mengenai masalah yang diselesaikan dan nilai tambah yang diberi.

Apa yang saya cuba terangkan di sini adalah:-

1. Anda perlu melakukan satu mock-up persediaan A, B dan C seperti di atas tentang senario yang anda bakal hadapi. Setiap pelanggan adalah berbeza samada dari segi umur, kerjaya, bangsa, kewangan dan lain-lain. Jadi lebih tepat anda bercakap dengan mereka, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk membuat jualan.

2. Anda perlu fokus kepada masalah yang akan dapat diselesaikan melalui produk anda. Setiap orang suka apabila masalah yang mereka ada diselesaikan. Dan fakta yang lebih seronok, semua orang ada masalah untuk diselesaikan.

3. Anda perlu fokus kepada nilai tambah yang akan diberikan oleh produk anda dalam hidup pembeli. Setiap yang hidup inginkan pembangunan atau nilai tambah dalam hidup mereka. Kebanyakan pembeli membeli produk untuk menjadi lebih baik dari apa yang mereka sedia ada. Kita beli telefon bimbit canggih untuk mendapat nilai tambah, kita membeli buku untuk mendapat nilai tambah, kita membeli kereta pun untuk mendapat nilai tambah.

Semakin hari anda melatih kaedah ini, anda akan melihat kejayaan jualan anda akan bertambah dan anda akan membuang perkara tidak perlu dalam apa yang anda cakap. Anda juga akan bercakap dengan bahasa yang betul mengikut kaca mata pelanggan anda.

Dengan tiga kaedah ini, anda akan melatih otak anda untuk berfungsi dengan baik terhadap pelanggan dan ini akan meningkatkan kebarangkalian kejayaan jualan anda.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk bercakap dengan orang yang selain dari pelanggan anda seperti apabila bercakap dengan boss, rakan sekerja, pembekal atau wartawan.

Ingat

1. Buat mock-up dialog

2. Fokus untuk selesaikan masalah

3. Fokus untuk menambah nilai


Biodata Kolumnis

Shahabudeen Jalil adalah seorang usahawan dalam bidang import dan eksport, selain itu beliau juga seorang konsultan yang melatih usahawan lain untuk memborong terus dari sumber terutamanya dari China. Beliau juga telah mengasaskan sebuah portal untuk usahawan membuka dan berniaga secara online di internet. Layari shahabudeenjalil.com

Dunia Atau Akhirat?







Pada zaman moden kini, ramai yang telah lupa tanggungjawab masing-masing sebagai manusia terutamanya remaja. Mereka terlalu lalai dengan duniawi sehingga melupakan tugas mereka di dunia ini sebagai pengembara sehingga lupa kepada pencipta mereka sendiri iaitu Allah S.W.T.

1) WAKTU

Manusia sentiasa menjaga atau lebih tepat lagi menepati waktu mereka sesama manusia.

Di mana mereka cepat menggelabah apabila tidak dapat menepati waktu yang di janjikan dengan orang sekeliling kerana khuatir di kenali sebagai seorang yang tidak menepati masa.

Sebaliknya, manusia tidak menjaga waktu mereka dengan Allah S.W.T.

Manusia tidak menjaga waktu solat. Di mana mereka sering melambatkan waktu solat. Kebanyakan manusia suka menunaikan solat di akhir waktu.

2) PATUH KEPADA PERINTAH

Manusia sentiasa patuh kepada perintah manusia.

Kekasih patuh kepada kepada pasangannya sehingga sanggup menyerahkan segala-galanya demi cinta.

Sebaliknya, manusia tidak patuh kepada Allah S.W.T.

Lelaki dan perempuan tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T di mana Allah S.W.T mewajibkan supaya menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan sehingga ada yang terjerumus ke dalam maksiat dan mengakibatkan lahirnya anak di luar nikah.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

3) MENGHORMATI PENDAPAT/KEPUTUSAN

Manusia menghormati pendapat orang di sekeliling.

Rakan menghormati pendapat rakan yang lain kerana khuatir akan membuatkan rakan yang memberi pendapat akan berkecil hati.

Sebaliknya, manusia tidak menghormati keputusan Allah S.W.T.

Manusia mudah kecewa, sedih apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka menganggap hidup tidak sempurna dan bernasib malang.

Sedangkan manusia tidak pernah tahu bahawa Allah S.W.T punya sejuta alasan di atas segala yang berlaku dalam kehidupan manusia. Tetapi manusia tidak sedar bahawa Allah S.W.T lebih berkecil hati dengan tindakan kita yang memperkecilkan kebesaran-Nya.

"Allah S.W.T tidak memberikan apa yang kita inginkan dalam hidup, tetapi Allah S.W.T memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup."

4) SABAR

Manusia sentiasa sabar dengan manusia lain.

Manusia sabar dengan kerenah manusia lain sehingga sanggup bersabar semampu mungkin demi menjaga hubungan.

Sebaliknya, manusia tidak sabar dengan Allah S.W.T.

Manusia tidak bersabar sedikit pun akan ujian yang Allah S.W.T berikan. Manusia cepat berputus asa kerana merasakan penantian untuk memperoleh sesuatu terlalu lama.

Ingatlah bahawa ada hikmah di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah S.W.T hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

5) HUBUNGAN

Manusia sentiasa menjaga hubungan mereka sesama manusia.

Mereka menziarahi jiran tetangga, sanak saudara, menjaga hubungan dengan semua di dalam laman sosial seperti facebook, myspace, tagged dan juga twitter.

Sebaliknya, manusia tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah S.W.T.

Manusia leka dengan duniawi untuk perkara yang tidak berfaedah seperti laman sosial (facebook, myspace, tagged dan juga twitter) sehingga mengabaikan solat lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Sedarkah kita bahawa hubungan dengan Allah S.W.T lebih penting berbanding hubungan dengan manusia?

Kerana manusia boleh meninggalkan manusia untuk manusia yang lain tetapi Allah S.W.T tidak akan pernah sesekali meninggalkan hamba-Nya walaupun sebesar mana dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya.

Jadi, dimanakah kedudukan kita sebagai manusia?

Di kedudukan MANUSIA+MANUSIA ataupun MANUSIA+ALLAH?

Renungkanlah.


Biodata Penulis

Nur merupakan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis dalam jurusan seni digital. Mahasiswa berumur 19 tahun ini berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Taman Dari Tanah Liat

Sebuah taman budaya yang unik yang keseluruhnya terbuat dari tanah liat baru-baru ini terbuka untuk umum, di Kota Tangshan, Cina.

Sejak kaisar pertama berkuasa, bangsa Cina sudah terbilang terbiasa membuat monumen super megah. Dari mulai istana berisi ribuan patung Terakota hingga tembok Cina yang melegenda adalah dua di antaranya.





























Monday, December 26, 2011

Kesian Tok Guru Nik Aziz.....



Puak-puak Pas sesat sememangnya kufur nikmat lihat sahaja fatwa terbaru mereka yang disebarkan secara meluas dengan mengatakan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) adalah haram.

Terkini banner fatwa terbaru mereka digantungkan untuk mempengaruhi rakyat dengan berniat jahat dan menimbulkan kekeliruan dengan mengatakan wang itu diberi tanpa mengetahui sumbernya yang bertujuan membangkitkan kebencian kepada kerajaan.

Apa kata mereka akan hal ini

Banyak khabar duk kata Nik Aziz sakitlah, tenat lah, apa lah. Tapi pagi ni nampaknya PAS naikkan banner Nik Aziz duk berdoa benda tak molek. Ayat tak molek. Kononnya tak bagi pengikut taksub dia ambil duit Bantuan Rakyat 1Malaysia. Hodohnya lah perangai mereka ini. Saya tak tahu nak kata apa. Sudahlah nak harapkan mereka, habuk pun tak nampak. Ini orang nak bagi, dikata hodoh pula. Sudahlah, jangan janjikan syurga kalau beginilah perangainya. PAS niPIS puPUS.


Fitnah terbaru Banner ( atas ) yang menyatakan tentang pemberian wang Rakyat RM500 k oleh pencacai umno terhadap kepimpinan Tok Guru .

(setiausaha akhbar) Pejabat Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap beberapa sepanduk 'haram' yang menggunakan gambar YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang disedari digantung di beberapa lokasi di negeri Kelantan pada hari ini.

Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini. Justeru, pihak yang bertanggungjawab dipohon untuk menurunkan sepanduk ini dengan kadar segera. Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Umno yang menjadikan FITNAH sebagai darah daging mereka, adalah disebabkan bukan sahaja ahli bawahan mereka bersikap sedemikian, bahkan Presiden mereka sendiri yang menjadi ketua menyebarkan Fitnah ini.


Fitnah yang ditaburkan terutama kepada Melayu-Melayu di kampong-kampong dan Felda itu adalah bertujuan hanya satu.... iaitu untuk mengekalkan kuasa mereka tanpa menghiraukan larangan-larangan yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran...


Tetapi dalam masa yang sama, puak-puak Umno seperti NajibRosmah, Khir Toyo, Shahrizat dan lain-lain lagi hidup TERLALU MEWAH dengan rumah Jutaan Ringgit, tatkala orang Melayu hidup merempat di tepi-tepi sungai, di kampong-kampong dengan melalui keperitan hidup akibat kenaikan kos kehidupan yang tinggi...

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi


Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui “hawl” (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah

Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”. (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : ” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority”. (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

JPN minta maaf pada Mufti Perlis.


KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak, baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, dalam satu kenyataan hari ini, berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

"JPN sudah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan sudah diambil supaya semua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan semalam.

Kelmarin, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN selepas dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata, kad pengenalan pemohon sudah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya

Sunday, December 25, 2011

'CYBER WAR' - KUASAI MEDIA BARU HADAPI PRU13

29 Muharram 1433 H | 25 December 2011

Oleh Wan Nik Wan Yusoff, Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan


MESKIPUN banyak pihak sudah mengambil maklum akan pentingnya peranan media baru d
alam kempen plihan raya, masih berlaku sikap sambil lewa di kalangan pengurus kempen PAS dalam memanfaatkan ruang kempen media baru
untuk memberi maklumat kepada pengundi.

Kelebihan era “24 hours news cycle” yang menyaksikan informasi yang bersimpang siur tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.


Paling mudah diukur ialah sikap lewa pengurus kempen PAS, antaranya dari segi sejauh mana memanfaatkan telefon bimbit yang sentiasa di sisi itu sebagai alat penggempur maklumat.


Pengurus kempen PAS didapati tidak memberi tumpuan serius, terutama dari segi melengkapkan profil pengundi sasar dengan nombor telefon bimbit, gagal memanfaatkan SMS berkelompok dan online SMS. Agak minimum pula menggunakan SMS bergambar (multimedia message) atau pemberitahuan secara twitter.

Penggunaan telefon bimbit bukan hanya sekadar untuk bersembang dan ber'sms' sahaja tetapi harus diperkasakan lagi dengan pengurusan perang media yang dijana oleh teknologi maklumat internet atau komunikasi maya.

Justeru setiap pengurus kempen PAS hendaklah turut menguasai dan berkuasa mencorakkan maklumat internet menerusi pelbagai jaringan komunikasi maya bersifat laman sosial seperti blog,facebook dan twitter.


Kesemua laman sosial ini boleh dicapai secara mudah oleh setiap pengguna telefon bimbit, kerana pelbagai peranti telefon bimbit sekarang sudah dilengkapi dengan aplikasi sistem laman sosial. Sementelah pula, budaya pengguna peranti komunikasi (termasuk kalangan pengurus kempen PAS) sekarang sedang berkembang ke arah penggunaan dwi-fungsi peranti atau dua-dalam satu, iaitu telefon dan iPad.


Kecanggihan peranti yang seharusnya dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh pengurus kempen PAS demi memakmurkan kempen pilihan raya pascaledakan maklumat internet.


Kempen menerusi telefon mengambil peluang pengguna telefon bimbit di Malaysia kini sekitar 15 juta orang (daripada 28,908,795 orang) sudah tentu kempen media/isu menerusi peranti ini boleh memberi nilaian positif yang meyakinkan. Tinggal lagi, sejauh manakah usaha dan upaya itu dapat dilaksanakan?


Di sinilah peri pentingnya pendekataan perang media dirancang dengan kemas dan berstrategi. Apakah pengurus kempen PAS bersedia atau sudah melaksanakannya?


Menyelesaikan persoalan ini, pihak jentera kempen PAS perlu mengambil langkah-langkah berkikut:
  • Melatih dan membiasakan para pengurus kempen dengan budaya bestari perang media (smart culture of the media war). Ia bermaksud, suatu perancangan strategik berasaskan maklumat dengan teknik dan taktik serangan berorientasikan media baru. Ia perlu bermula dengan tindakan melengkapkan profail pengundi yang akses media baru.

  • Menyediakan medium dan bahan atau isu untuk disampaikan kepada pengundi menerusi peranti seperti telefon bimbit, mahupun iPad.

    Ia memerlukan simulasi isu berupa agenda setting. Misalnya isu korupsi, kronisme dan nepotisme Umno yang terjelma melalui ‘politik lembu’ NFC boleh dijadikan modal awal untuk di- SMS-kan.

    Selepas itu, diikuti dengan isu berikutnya. Antaranya isu isteri PM yang suka bergaya sebagai First Lady, dan isu-isu yang seterusnya. Apa yang penting penyediaan agenda setting secara berterusan sehingga pilihan raya adalah teknik penting untuk disesuaikan dengan penggunaan peranti telefon bimbit.

  • Wujudkan pasukan penilai dan penarafan hasil atas kempen menerusi telefon bimbit. Penilaian adalah penting untuk penarafan setiap respons pengundi, apakah sikap pengundi bersetuju atau menolak isu-isu yang dibangkitkan? Atau, apakah sesuatu isu yang dibangkitkan oleh PAS mendapat sambutan popular di sisi pengundi atau sebaliknya.
Justeru itu, pendekatan kempen media baru seumpama pendekatan SMS telefon bimbit adalah salah satu teknik dan taktik untuk menguji peluang PAS sama ada menang atau sebaliknya. Ia suatu medium sosial yang memberi kesan politik serta establishment politik baru yang semestinya dimanfaatkan oleh pengurus kempen PAS.

Bob Lokman disiasat Jaip


Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.
Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Friday, December 23, 2011

Mufti Perlis hadapi masalah daftar IC anak

NONEMufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.
Katanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.

Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.

Malah, beliau juga diminta untuk menyerahkan bukti perkahwinannya dengan isteri beliau, seorang warga Indonesia untuk pendaftaran berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Petugas kaunter kata ini prosedur baru tapi kenapa tidak dimaklumkan prosedur ini di papan kenyataan?

"(Petugas kaunter) kata dalam ketetapan (standard) ISO dia, siapa kahwin warganegara asing kena bawa surat nikah. Tapi dalam panduan (kepada pengguna) tak disebut perkara itu.

"Bila dia teledon bahagian surat beranak, dia kata tak ada salinan surat nikah," katanya.

Katanya lagi, petugas berkenaan memberi alasan bahawa bahagian surat beranak jabatan itu tidak mempunyai salinan sijil perkahwinannya dengan isteri beliau.

"Macam mana boleh berlaku sedangkan anak saya dah ada surat beranak, ada pasport tapi nak buat IC tak boleh?," soalnya.

"Surat nikah itu ada, tapi pada prosedur dia tak sebut. Kalau ada keperluan dia kena maklumkan dan ada sebab kenapa.

"Perkara ini menyusahkan orang yang datang jauh dari luar bandar dan tak ada maklumat, kena minta cuti dan sebagainya, dan ditambah lagi dengan kesesakan di kaunter," katanya lagi.

Beliau turut mempertikaikan mengapa jabatan itu tidak dapat berkongsi maklumat daripada jabatan imigresen yang mengeluarkan pasport anaknya.

"Kenapa tak boleh rangkaikan maklumat (antara jabatan) sedangkan semuanya guna sistem berkomputer?," soalnya lagi.

Beliau menjangkakan akan berdepan masalah yang sama apabila mendaftarkan empat orang lagi anaknya untuk mendapatkan kad pengenalan, walau mereka telah mempunyai sijil kelahiran dan juga pasport warganegara Malaysia.

"Pihak kerajaan sepatutnya permudahkanlah. Kita dah ada surat beranak dan kad pengenalan itu untuk memudahkan proses seterusnya.

"Bukannya bila dah ada kad pengenalan, bermakna surat beranak dan pasport tak ada faedah lagi," tambahnya.
-malaysiakini-

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Malaysiakini/-

Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia (Gambar)


Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia
ALOR SETAR: Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.


Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.


Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.


“Sasaran kami ialah untuk memancing ikan haruan dan berbekalkan umpan katak, kami berjaya menaikkan kira-kira 10 ikan haruan.


“Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang memiliki gigi seakan-akan gigi manusia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Abdul Ghafar berkata, ikan ganjil itu dipancing anak saudaranya, Farizul malah ia yang paling awal menyambar umpan.


“Pada mulanya kami menyangka ia adalah ikan lampam namun kulitnya pada bahagian dada berwarna kemerah-merahan, malah sisiknya juga halus.


“Sebaik tiba di rumah, ikan itu disiang dan digoreng. Saya dan adik-beradik yang lain menjamah hidangan itu walaupun pada mulanya timbul rasa takut kalau-kalau ada kesan sampingan,” katanya.


Menurutnya, rasa isi ikan seberat hampir 600 gram itu sangat manis dan sedap, malah tiada alahan mahupun kesan sampingan yang dirasai mereka sekeluarga.


“Rasa isinya seakan-akan isi ikan kaloi tetapi lebih sedap,” katanya.
-sinarharian-

Thursday, December 22, 2011

Bagaimana haji anda kalau tak boleh sabar

26 Muharram 1433H.

Ahmad Baei Jaafar
Semasa kursus haji, bakal jemaah haji diingatkan tentang kesusahan yang bakal mereka hadapi di tanah haram. Kesusahan itu perlukan kesabaran. Kalau jemaah haji tidak boleh sabar janganlah impikan haji mabrur. Ingatan yang sama turut diberikan oleh pembimbing haji di tanah haram sebaik saja mereka sampai di tanah suci Makkah.

Benar, apabila saya sampai di sana, banyak ujian dan semua itu perlukan kesabaran. Sesekali saya berfikir bolehkah aku menjadi penyabar. Ya kadang-kadang perkara yang menyebabkan kita tidak boleh sabar itu amat tidak munasabah. Barangkali itulah yang menyebabkan ramai yang gagal memperoleh haji mabrur.

Bagaimana dengan haji anda? Bolehkah anda menangani ujian sabar sepanjang mengerjakan haji? Ya, ujian ini bermula sejak mereka berniat ihram dan haji. Malah ujian ini meliputi semua orang, baik mereka yang telah pernah mengerjakan haji mahupun orang yang baru pertama kali mengerjakan haji.

Sebaik sampai di Jeddah, ada jemaah haji yang marah pegawai Tabung Haji kerana lambat urus untuk berangkat ke Makkah. Yalah sampai 10.00 pagi waktu Saudi, tapi bertolak ke Makkah jam 1.00 lebih. Mujurlah disediakan makan tengah hari semasa berada dalam bas.

Sebelum itu jemaah diberitahu akan bertolak jam 11.45 pagi namun oleh sebab bas lambat sampai, kami diminta solat Zohor kat lapangan terbang. Di sini zohor masuk awal iaitu pada jam 12.10. Oleh sebab tempat solatnya sempit maka solat terpaksa dilakukan bergilir-gilir. Ini semua mendorong kepada sifat marah. Walau bagaimanapun tekanan marah di sini tidaklah begitu kuat. Mungkin baru bermula.

Sungguhpun begitu kesabaran jemaah haji ini boleh dikawal apabila dijelaskan oleh petugas Tabung Haji bahawa urusan pengangkutan di Makkah dan Madinah termasuk urusan haji dijalankan oleh pihak muassasah. Tabung Haji hanya mengendalikan jemaah haji termasuk kesihatan mereka sahaja.

Dalam Hotel

Setelah berada di hotel suasana agak berubah. Setelah mendapat rakan baru yang pelbagai kerenah, kesabaran mereka sekali lagi teruji. Di sini ada yang tidak serasi dengan rakan baru lalu mahu berpindah tempat. Bagaimana tidak, ada yang menghisap rokok dan tidak tahu untuk menghormati rakannya yang tidak merokok. Mereka yang mampu bersabar disimpankan kemarahan itu di dalam hati.

Soal makan tidak masalah kerana makan tengah hari dan malam dihantar terus ke bilik masing-masing. Pada peringkat awal semua jemaah makan dalam bilik masing-masing namun setelah seminggu berada di Makkah, mereka mula rasa jemu dengan makanan yang disediakan. Hal ini kerana menunya sama saja, kalau tidak ayam, ikan atau sotong. Keadaan ini menyebabkan ada jemaah haji yang tidak ada selera hendak makan.

Sekali lagi mereka diuji kesabaran. Ada jemaah haji yang marahkan Tabung Haji kerana tidak mahu menyediakan tukang masak Melayu untuk jemaah Malaysia. Yalah masakan itu walaupun nasi biasa tetapi lauk pauk yang disediakan tidak pula ala Melayu dan tidak juga ala Arab. Beruntunglah mereka yang boleh sabar, makan sahaja apa yang ada, dan kalau tidak mahu makan, biarkan nasi itu dimakan orang lain.

Dalam keadaan itu ada jemaah yang bertindak untuk kembalikan selera makan dengan memilih untuk makan dengan isteri di ruang legar hotel. Dan ada juga yang membeli makanan lain di restoran luar semasa balik dari Masjidilharam. Usaha mereka ini setidak-tidaknya dapat mengawal sifat marah lalu sabar boleh dipertahankan.

Nampaknya dalam bab makan ini sebahagian besarnya boleh bersabar. Hanya sebahagian kecil tidak dapat mengawal kemarahan mereka lalu ada yang sanggup menulis notis komplen kepada pihak Tabung Haji.

Manasik

8 Zulhijjah semua jemaah haji diminta bersiap sedia untuk berangkat ke Arafah. Masing-masing diingatkan supaya mandi sunat ihram dan memakai ihram sebelum menaiki bas selepas zohor. Alhamdulillah, semua dapat mematuhinya. Tetapi apabila sampai masa yang dijanjikan untuk bergerak ke Arafah, bas lambat sampai. Di sini sekali lagi kesabaran mereka diuji.

“Kata pukul 2.00 petang, ini dah 3.00 lebih dan nak Asar bila nak pergi?” kata sebahagian yang masih belum bertolak.

Ada yang sampai sebelum Maghrib tetapi ada juga yang sampai selepas jam 11 malam. Walaupun Makkah dengan Arafah tidak berapa jauh namun kerana jalan jem, perjalanan menjadi tidak begitu lancar. Bagi mereka yang menyedari sedang berihram, kepayahan itu dianggap biasa bahkan mampu bersabar.

Di Arafah sekali lagi mereka diuji, kali ini mereka terpaksa beratur untuk ke tandas. Tandas sementara ini dibuat khas untuk haji sahaja. Oleh sebab jemaah haji ramai maka penggunaan tandas perlu dimanfaatkan secara berhemah. Itulah yang selalu dipesan sebelum sampai di Arafah. Tetapi inilah yang kadang-kadang susah dijangka, terdapat jemaah yang tidak mengindahkan arahan dan nasihat pembimbing Tabung Haji, “jangan mandi pada waktu puncak.”

Bayangkan apabila mereka mandi waktu hendak solat, tentulah mengganggu orang yang hendak buang air besar atau kecil. Ini juga mengundang kemarahan mereka yang tidak mampu sabar. Pada pagi hari 9 Zulhijjah, jemaah bersiap awal untuk solat Zohor. Kalau hendak mandilah awal-awal. Nanti selepas makan tengah hari bolehlah mereka ke surau atau berada di khemah masing-masing kalau surau yang ada tidak muat.

Alhamdulillah sebaik sahaja masuk waktu Zohor, khutbah Arafah disampai terlebih dahulu sebelum solat. Dan selepas solat Zohor di sinikan dengan zikir dan doa masing-masing. Inilah waktu yang paling sesuai untuk mereka melakukan ibadah sebanyak mungkin. Waktunya hanya sehingga terbenam matahari. Jemaah haji tidak digalakkan berbual kosong apatah lagi bermujadalah. Tetapi berapa ramai yang boleh melakukan ibadah sepanjang itu. Mungkin mereka yang tidak sabar mengambil peluang keluar khemah bertemu kawan dan berbual dengan mereka.

Selepas Maghrib jemaah diminta bersedia untuk ke Muzdalifah. Bas pertama, kedua dan ketiga sedia membawa jemaah ke Muzdalifah. Tetapi giliran selepasnya agak lambat tibanya. Akhir kami diberitahu bahawa ada kemalangan lalu bas tidak boleh bergerak. Soal pemandu memberi alasan untuk berehat atau tidak, tidak dapat dipastikan, tak elok nak tuduh mereka.

Oleh sebab bertolak lambat dari Arafah, kami sampai di Muzdalifah jam 12.30 pagi. Takpalah namapun bermalam. Dapatlah cari batu untuk lontaran ke Jamrah. Dapatlah 70 ketul lebih. Setelah dibasuh batu itu, basrulah kami boleh merebahkan diri di atas tanah dan batu. Mujur ada hamparan palastik yang diberikan oleh Tabung Haji.

Bolehlah lelap seketika, tetapi tidak selesa kerana takut bas datang jam 2 atau 3 pagi.

Rupa-rupanya Jam 4.30 pagi bas masih belum datang, dan sementara menunggu itu kami bersiap mengambil wuduk untuk solat Subuh yang masuk jam 5.20 pagi. Tapi selepas solat Subuh, bas tidak datang lagi. Sekali lagi jemaah haji diuji. “Mana orang Tabung Haji, kalau cakap bas tak datang awal-awal, bolehlah kami berjalan kaki ke Mina,” bersungut mereka.

Di sini, orang yang tidak pernah marah selama ini, mula mengangkat suara. Isytaghfirullah al-azim. Yalah setelah siang dan panas, masih terpaksa menunggu bas. Hampir 10 pagi baru bas datang. Jadi, dapatlah kami bergerak ke Mina walaupun lambat. Namun di belakang kami masih ada lagi yang perlu tunggu bas. Bolehkah mereka bersabar?

Di Mina kami terpaksan tinggal dalam khemah selama empat hari. Ujian tentu lebih banyak sebab empat hari sangat lama. Tempat tandas terhad, maka setiap hari berebut giliran, nak mandi, buang air besar dan buang air kecil. Ada yang tidak sabar, bertindak ketok pintu tandas kerana padanya sudah lama duduk di dalamnya. Malah ada yang terpaksa buat air kencing dalam botol kerana tidak mampu tunggu lama.

Nak pergi melontar masalah yang lain pula, tempatnya jauh juga. Maka pada hari 10 zulhijjah kami melakukan lontaran selepas solat Isyak. Di sini ada beberapa orang yang lambat keluar, mereka yang tidak sabar terus bersungut. Ditambahkan pula juru pandu yang mewakili muassasah lambat bergerak. Dan dalam perjalanan pula, sebahagian terputus hubungan lataran ramai jemaah lain yang mengambil peluang pada malam itu. Keadaan ini juga mengundang rasa marah.

Walau pun selepas 10 zulhijjah semua jemaah telah bebas daripada 10 larangan haji, tetapi mereka masih dituntut bersabar dan tidak bertekak dalam sesuatu hal yang remeh. Tetapi sesetengah jemaah sesudah rasa bebas kerana sudah membuka kain ihram, segala rimau yang ada dalam dirinya mula keluar. Mereka lupa bahawa haji mereka masih belum selesai.

Agak-agaknya berapa peratus yang tidak marah dan boleh bersabar. Kalau itulah nilaian Allah sudah tentu ramai yang gagal mendapat haji mabrur. Oleh sebab itu marilah kita berdoa agar Allah terima haji yang dilakukan itu.

Ombak Rindu: Najib perlu dana nikah ‘Pelacur 1Malaysia’

H FANSURI
http://www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2011/12/novel-ombak-rindu-fauziah.jpg
NOVEL itu mengundang kritikan padu dari merata arah! Suka atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa sambutan ke atasnya amat mewah! Mencurah yang bertandang ke pawagam. Saya tonton dua kali. Dalam masa 4 hari Ombak Rindu memukat RM4 juta! Begitu padu sekali penangan novel cinta Melayu.


Yang terlapor di media adalah keluhan Fauziah Ashari berhubung beliau yang tidak diajak sebagai perunding bersama untuk mengolah semula skrip filem yang diangkat daripada novel beliau itu. Yang terbangun kritik di akhbar adalah babak ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin. Yang dipuji adalah penampilan heroinnya, Izzah (Maya Karin) yang bertudung.

Jadi, apakah yang belum disentuh oleh pengarang meja hiburan dan pengulas filem itu?

Biar kali ini diambil satu maudhu’ yang fikir-fikir saya, belum disentuh oleh ramai orang-pelacur dan pelacuran dalam Ombak Rindu itu dan hubungannya dengan Najib.

Sesiapa pun boleh menulis mengenai buruk baik novel dan filem itu dalam kerangka teori kritikan apa saja, tetapi untuk mempertalikannya dengan Najib, maka itu bererti menempah ajal lebih awal.

Pertamanya, pujian ikhlas dari saya diberikan kepada pengarang novel itu walaupun ada hal yang tidak lojik kalau direnungkan dalam babak kelab malam itu. Misalnya, adakah seorang wanita yang rela dirinya menyerah dan dinikahi oleh lelaki yang telah menodainya secara jalan paksa (rogol)?

Semua wanita tentu menyimpan dendam terhadap lelaki yang menodainya secara paksa melainkan zina. Sebab itu ada hukum yang menetapkan bahawa penzina lelaki akan hanya bernikah dengan penzina wanita.

Manakala mangsa rogol tak dinikahi perogolnya Arakian, Haris (Aaron Aziz) pun setuju bayar tiga kali ganda untuk beli Izzah daripada pemilik kelab malam setelah dirayu Izzah untuk bebaskan dirinya daripada kelab malam (sarang pelacuran) itu.

Lalu cinta pun membenih, mekar berbunga terus merendang hingga tiba ke klimaks akhirnya seperti yang sedia tersurat.

Pengarang yang menulis kisah cinta di bawah madrasah Alaf21 itu diasuh di bawah tadbiran Dr Mahathir, lalu ia menerima sentuhan Osman Ali sebagai filem yang bagus termasuk adegan panasnya itu.

Tapi pelacur, pelacuran masih wujud sampai juga. Dr Mahathir luluskan kelab malam (sarang pelacuran). Najib pernah kemukakan idea bernas; Malaysia itu pusat pelancongan terkemuka dengan hub hiburan malam akan beroperasi 24 jam!

Saya malas tulis panjang kepada Najib. Cukup bertanya satu soalan. Haris ‘simpan’ Izzah lalu mereka bernikah di Selatan Thai. Arakian, bagi mengurangi pelacur dan pelacuran, bersetujukah Najib mengadakan insentif agar pelacur yang kerap ditangkap itu dinikahi lelaki yang sedia menerima mereka?

Ya bersetujukah Najib keluarkan dana ‘Pelacur 1Malaysia’ sebagai langkah pemulihan pelacur sekali gus merawat terapi pelacur di negara ini? Ini soalan tercetus sejurus menonton Ombak Rindu itu.

Majlis Mahabbah



Stop War

1. Menyedari dan memahami kedudukan ahli yang kian resah, masyarakat awam yang terpinga-pinga dan musuh yang tersenyum lirik, maka Dewan Pemuda Pas Malaysia menasihatkan agar dihentikan segera "perang mulut" dan "perang media" dari kalangan pimpinan yang terlibat. Justeru, ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan manfaat kepada parti. Sebaliknya, mengundang persepsi negatif di saat parti mengorak langkah menuju gerbang Putra Jaya.

2. Dewan Pemuda Pas Malaysia mencadangkan satu "Majlis Mahabbah" yang mempertemukan Dato' Seri Presiden Parti, Setiausaha Agung, Dato' Dr. Hasan Ali dan Ust Nasharudin Mat Isa bagi menyelesaikan "krisis" yang berlaku. Sesungguhnya tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Sebaliknya apa yang penting, kesemua pihak mestilah ikhlas, berlapang dada, sedia berbincang, bersemuka dan berterus terang. Realitinya, ini bukanlah masanya lagi untuk pimpinan parti saling bertelagah antara satu sama lain.

3. Jangan rosakkan mood anggota parti yang gigih berkerja dan berjuang untuk mencari kemenangan buat perjuangan ini dengan pertelagahan yang saling mendedah dan membongkar kelemahan serta kekurangan parti. Ini tidak baik untuk amilin yang berjuang di bawah, di samping ia juga akan menghakis keyakinan rakyat kepada parti malah turut merosakkan reputasi parti dihadapan khalayak.

4. Selesaikanlah dengan baik dan berbincanglah dengan penuh hikmah dan sabar. Dalam perkara ini, tiada siapa yang perlu menang sebagaimana tiada siapa pula yang perlu kalah. Sebaliknya, jernihkan apa yang keruh, tenangkan apa yang ribut, jelaskan apa yang keliru, luahkan apa yang terbuku, insafi apa yang salah, perbaiki apa yang silap, teguhkan apa yang pincang, satukan apa yang retak, damaikan apa yang kacau dan kembali tautkan al-ukhuwwah Fillah.

5. Ingatlah bahawa perjuangan ini adalah kerana Allah. Ianya untuk mendaulatkan Islam dan mendidik Ummah agar bersatu dengan tali Allah, pula saling ingat mengingat dengan wahyu Allah. Dewan Pemuda Pas Malaysia sangat mengharapkan polemik ini dihentikan segera dengan semua pihak ikhlas berkerjasama ke arahnya. Kami percaya semuanya cintakan Islam, kami juga percaya semuanya sayangkan parti dan kami turut percaya bahawa polemik ini boleh diselesaikan dengan baik dan harmoni tanpa perlu siapa pun rasa rendah diri lalu meminggirkan dirinya dari parti dan tanpa perlu siapa pun rasa tersinggung lalu keluar meninggalkan parti. Sebagaimana kami turut percaya bahawa tiada siapa yang perlu merasa dirinya hebat dan jaguh lalu menghalau dan mengherdik pihak lain. Kita semua adalah insan yang diamanahkan oleh Allah untuk memperjuangkan agamanya. Bersatulah! Semoga kemenangan berpihak kepada kita, Insya-Allah.

Nasrudin Bin Hassan.
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

Wednesday, December 21, 2011

Jangan Tidur Lepas Subuh








Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : "Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). - Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Nur Na'imah Amarudin merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menulis di muslimdoktor.blogspot.com

Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas







Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Tepuk dada tanya Iman.

Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.

Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.

Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.

Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.

Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.

Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.

Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.

Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.

Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.

Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?

Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.

Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?

Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.

Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.

Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.

Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.

Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?

Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?

Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.

Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.

Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

-Artikel iluvislam.com

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails