Hari ini hari terakhir aku berada di kampung,malam ini aku akan bertolak ke utara menyambung kembali sesi praktikal di sana.Namun yang pastinya hatiku tidak seriang dulu kerana kampung ku bakal di gondol dan dilenyapkan oleh projek pembangunan ini.Dulunya kampong ku adalah kampong yang tercantik di daerah Kuala Terengganu ini,namun kini kedamaian dan kenyamanan itu sudah di sentap rakus oleh manusia yang gilakan dunia.Merampas hak rakyat sesuka hati tanpa meminta pandangan penduduk di sini apatah lagi mengadakan dialog secara terbuka.
Apa yang pasti sekarang ini,sebahagaian rumah sudah di lenyapkan dan beberapa bidang tanah sawah sudah di kambus buat salama-lamanya,tiada lagi erti curahan air mata darah mahupun jeritan kesayuan yang berpanjangan.Kegembiraan dan keriangan telah di sentap ganas bersama jentolak dan jengkaut besi yang tidak mengenal rintihan penduduk di sini.Jika selama ini,aku dan penduduk di sini hanya melihat di TV tentang pencerobohan oleh tentera Israel ke atas bumi Palestin dan mereka sesuka hati merobohkan rumah penduduk Palestin!!!tapi kini aku dapat melihat secara langsung dari bening mikroskop mata ku sendiri rumah jiran dan waris-waris ku di robohkan oleh bangsa yang seagamaku sendiri.
Mereka bukan sahaja memperbodohkan orang kampong sesuka hati malah mereka telah memperberukkan penduduk di sini tanpa belas kasihan.Mereka memerlukan rakyat masa pilihanraya sahaja,selepas itu mereka akan membantai jiwa dan perasaan rakyat terutama penduduk di sini.Apa lah nasib orang Melayu yang terus di usir di tanahair sendiri……………bersambung
No comments:
Post a Comment