Puasa Ramadhan adalah ibadah yang agung yang telah disyariatkan
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang merupakan salah satu rukun dari
sekalian rukun Islam. Di sebalik disyariatkannya ibadah puasa, terkandung
didalamnya berbagai faedah dan hikmah yang begitu mulia bagi kehidupan
manusia. Sebagian hikmahnya itu ada yang mampu diketahui oleh manusia,
sedangkan sebahagian lainnya tidak diketahui oleh manusia.
Kerana mulianya ibadah puasa tersebut, sudah tentulah kita
sebagai ibu bapa mempersiapkan anak-anak kita, agar sejak kecil
dapat berlatih menjalankan puasa di bulan Ramadhan.
Berdasarkan nash-nash al-Qur’an dan al-Hadits, merupakan kewajiban bagi
setiap ibu bapa untuk mendidik, melatih, serta membiasakan anak-anaknya
untuk beribadah, termasuk menjalankan puasa Ramadhan. Tentu saja,
pembiasaan ini hendaknya disesuaikan dengan kemampuan mereka, sebagai
keupayaan mempersiapkan diri dalam beribadah.
Di antara persiapan yang selayaknya dilakukan oleh ibu bapa adalah
dengan melatih berpuasa sebelum tiba masa ‘taklif’ mereka, iaitu masa
dimana seorang hamba sudah dibenani kewajiban syariat.
Kenapa Anak Diwajibkan Berpuasa?
Pada dasarnya, batasan diwajibkannya berpuasa, sebagaimana yang
telah dijelaskan oleh para ulama, adalah ketika anak mulai memasuki usia
akil baligh.
Masa baligh pada anak laki-laki, diketahui dari salah satu tandanya, iaitu: keluarnya mani atau sperma kerana syahwat, tumbuhnya bulu di
sekitar kemaluan, mimpi basah (mimpi yang menyebabkan keluar mani), atau
telah mencapai usia 15 tahun. Demikian halnya pula bagi anak perempuan iaitu keluarnya darah
haid.
Kenapa Anak mulai Dilatih dan Dibiasakan Berpuasa?
Seperti halnya ibadah solat, maka puasa sudah dapat diperkenalkan
pada anak sejak usia enam atau tujuh tahun. Dalam sebuah hadits, dari
sahabat Sabrah bin Ma’bad al-Juhani Radliyallahu Anhu, Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk shalat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka pada usia 10 tahun (jika meninggalkannya).” (HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Hadits ini mengandungi perintah untuk melatih ibadah solat bagi
anak-anak kita, dan dapat diterapkan pada ibadah lainnya seperti halnya
puasa.
Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah, bersandarkan pada hadits ini,
beliau mengatakan agar dianjurkan bagi orang ibu bapa untuk mulai melatih
anak-anak untuk berpuasa.
Pada masa khalifah Umar bin al-Khattab Radliyallahu Anhu, anak-anak
telah dibiasakan untuk melaksanakan puasa. Bahkan, disebutkan
bahawasanya beliau sangat marah kepada orang yang lalai di bulan
Ramadhan.
Beliau berkata:
“Celaka engkau, sedangkan anak-anak kecil kami saja melaksanakan puasa.” (Hadits dikeluarkan oleh al-Imam al-Bukhari, Bab Shaum as-Shibyan, 29-30).
Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah telah
memberikan nasihat dalam kitabnya ad-Da’wah. Beliau berkata ”Sudah
semestinya bagi waliyul amr (ibu bapa) yang telah Allah Subhanahu wa
Ta’ala beri tanggung jawab keluarga dan anak-anak, adalah untuk bertakwa
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, yaitu dengan memerintahkan pada
mereka apa-apa yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan dari
syariat Islam.”
Akan tetapi, sebahagian orang yang tidak memahami syariat ini
kemudian muncul suatu anggapan bahawa tindakan para ibu bapa
memerintahkan anaknya berpuasa termasuk dalam tindakan kekerasan. Maka,
anggapan ini merupakan jalan fikiran yang tidak memiliki dasar sama
sekali dan dapat dibantah dengan penjelasan-penjelasan sebagai berikut:
Pertama, melatih anak berpuasa tidak sama dengan
mewajibkan mereka berpuasa. Sebagaimana kita ketahui seorang anak tidak
dibebani syariat sampai ia mencapai usia baligh. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
“Pena diangkat dari tiga orang: orang yang tidur sampai ia bangun, anak kecil sampai baligh, dan orang gila sampai ia sedar.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dishahihkan oleh al-Albani dalam al-Irwa)
Kedua, dalam melatih anak berpuasa, ibu bapa
haruslah mempertimbangkan keadaan dan kemampuan si anak. Dalam al-Qur’an
telah dijelaskan,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (al-Baqarah: 286)
Meskipun ditinjau secara fisikal dan psikologi, pada umumnya anak
usia 6–10 tahun dipandang telah memiliki persiapan yang memadai untuk
melakukan puasa. Walaupun demikian, ibu bapa tetap harus memerhatikan
keadaan dan kemampuan anak mereka selama berpuasa.
Dari kedua penjelasan ini, dapat diambil kesimpulan bahawa
memerintahkan puasa bagi anak-anak merupakan proses pembelajaran.
Sebagai sebuah saranan untuk membiasakan anak beribadah kepada Allah.
Hal ini dimaksudkan agar pada saatnya nanti, apabila si anak telah
mencapai masa balig, maka ia telah terbiasa untuk melaksanakan ibadah
ini dengan tanpa beban.