Monday, July 15, 2013

Kelebihan Pisang

Pisang adalah tumbuhan yang boleh dimanfaatkan seluruhnya untuk kita. Mulai dari batang, daun, hingga buahnya yang berguna untuk merawat risiko kanser, bahkan kulitnya.

Jika makan pisang jangan buang kulitnya. Ternyata banyak manfaat yang boleh kita dapatkan dari kulit pisang. Kulit pisang dikenali memiliki sifat  antibiotik. Kulit pisang sarat dengan vitamin, mineral, dan serat. 10 manfaat kulit pisang.

  




1. Ubat semulajadi untuk Psoriasis

Psoriasis dialami oleh ramai orang. Kulit pisang dapat dimanfaatkan sebagai ubat untuk menyingkirkan psoriasis.

Gosokkan bagian dalam kulit pisang di tempat yang terkena psoriasis.

Tempat tersebut akan menjadi merah, namun dengan penggunaan secara terus-menerus akan terlihat perbezaan hasilnya.

 
2. Mengubati Jerawat

Kulit pisang juga boleh dimanfaatkan untuk masalah jerawat.

Gosokkan bagian dalam kulit pisang pada jerawat. Setelah penggunaan selalu, jerawat tidak akan lagi terlihat.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, disarankan mengosokkan kulit pisang pada jerawat di malam hari.


3. Mengubati Kutil

Manfaat lain dari kulit pisang adalah mengubati kutil. Gosok bahgian dalam kulit pisang pada kutil setiap malam, kesannya dapat dilihat pada hari ke 7-10.

Sebagai alternatif, kulit pisang boleh dilekatkan pada kutil selama semalaman. Lihat hasilnya dalam 15 hari.


4. Mempercantik Kulit

Untuk kulit kenyal dan indah, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada wajah sebelum tidur.

Biarkan semalaman, cuci keesokan harinya dengan air suam.

 

5. Mengatasi Iritasi & Gatal

Alergik, iritasi kulit, dapat diubati dengan kulit pisang.

Jika kulit gatal, tempelkan bahagian dalam kulit pisang pada tempay yang terkena gatal dan biarkan semalaman.

Bahan kimia dalam kulit pisang akan membantu menyingkirkan rasa gatal.


6. Mengubati Luka

Luka kerana cedera, terutama pada lutut dapat disembuhkan dengan kulit pisang.

Gosok lutut dengan bahagian dalam kulit pisang dan lihat kesan penyembuhannya.


7. Memutihkan Gigi

Beberapa orang mendapati bahawa menggosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi secara teratur boleh membantu memutihkan gigi.

Kulit pisang harus digosok pada gigi dengan gerakan melingkar.

Jika kulit pisang digunakan setiap hari, kesan pemutihan gigi akan terlihat dalam waktu dua minggu.


8. Mengatasi Gigitan Nyamuk

Bila terkena gigitan nyamuk, kulit menjadi  gatal.

Kulit pisang boleh digunakan untuk mengurangi pembengkakkan, gatal, serta iritasi yang disebabkan oleh gigitan nyamauk.


9. Mengilapkan Aksesoris Perak & Kulit

Kulit pisang juga boleh membuat aksesori yang dibuat dari perak dan kulit kembali berkilap.

Sebelum digunakan, disarankan untuk melakukan ujian dengan menempelkan sedikit kulit pisang di tempat yang tidak mudah terlihat pada aksesori tersebut.


10. Baja Kompos

Kulit pisang boleh juga digunakan sebagai baja kompos untuk tanaman.

Kadar kalium dan fosfat yang tinggi pada kulit pisang terbukti sangat membantu ketika digunakan sebagai baja kompos

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails