Sunday, September 29, 2013

http://detikislam.blogspot.com, 28 Sep 2013
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.



Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.

Friday, September 13, 2013

20 Sen : Duit Raya Untuk Rakyat




Perdana Menteri menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula dari hari ini. Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khususnya golongan marhaen dan kelas menengah yang telah sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.


DPPM kesal dengan tindakan kerajaan yang mengambil jalan mudah untuk mengurangkan kebergantungan subsidi dan defisit negara, dengan memindahkan beban tanggungan subsidi petrol dan diesel kepada rakyat keseluruhannya, tanpa mengemukakan langkah yang konkrit untuk meningkatkan pendapatan negara dan menghentikan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.


Kenyataan seperti "kenaikan harga minyak boleh ditampung dengan peningkatan BR1M", "orang berkereta besar boleh menampung kenaikan harga minyak", "kenaikan harga minyak tidak akan memberi kesan yang banyak kepada harga barangan" ternyata merupakan alasan yang merendah-rendahkan kebijakan masyarakat dan mencerminkan sifat elitis kepimpinan negara yang tidak lagi dapat menjiwai nurani rakyat.


Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013 dan RM 3.3 billion untuk 2014 (hatta RM 10 billion sekali pun!) dari pemotongan subsidi petrol/diesel ini tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan. Maka untuk siapa penjimatan ini ?


PM hanya dilihat mengitar semula kenyataan bahawa kerajaan akan mewujudkan mekanisme subsidi yang lebih spesifik untuk manfaat masyarakat miskin. Hakikatnya perkara ini sudah disebut-sebut sejak kenaikan harga minyak pada tahun 2008 lagi tetapi apakah mekanisme tersebut?  Selepas bertahun, kerajaan masih gagal memikirkan strategi mapan untuk melaksanakan aspirasi ini. Maka sepanjang tempoh itu, apakah yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan sebenarnya?


Memang benar kejatuhan nilai ringgit sehingga 7 peratus memberi tekanan kepada surplus akaun semasa negara. Memang juga benar konflik di Timur Tengah menyumbang kepada ketidaktentuan harga minyak. Tetapi keputusan ini menunjukkan kerajaan gagal belajar dari pengalaman. Seharusnya krisis ekonomi 1998 dahulu dan krisis-krisis ekonomi yang menyusul selepas itu telah mematangkan kerajaan di dalam membuat jangkaan senario bagi menyediakan pelan kontingensi fiskal yang lebih berhemah dan bukannya terus "potong sana-potong sini".


Dianggarkan dengan kenaikan 20 sen seliter, tambahan kos untuk mengisi penuh tangki minyak kereta 1.5 cc adalah sekitar RM25 seminggu, bersamaan tambahan RM100 sebulan atau tambahan RM1200 setahun. Nilai tambahan kos ini adalah bersamaan nilai BR1M 3.0 yang dijanjikan dalam manifesto BN.


Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM 0.20 sen berkuatkuasa semalam.


Pembatalan tersebut haruslah juga disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara.


Daripada menaikkan harga petrol RON95, adalah lebih baik kerajaan bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan. DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat. Dianggarkan nilai keitirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa.


DPPM juga mendesak agar kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain. Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara disamping mampu menampung subsidi minyak kepada rakyat. DPPM yakin, syarikat-syarikat gergasi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda. Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat.


Pada masa ini, referendum rakyat adalah satu keperluan. Sikap kerajaan meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih pruden tanpa mengambil kira aspek perancangan prioriti perbelanjaan dan sikap boros yang keterlaluan.


Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelamatkan ekonomi negara.


NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Temerloh.

HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA








Soalan;  assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya daging gajah dan kuda untuk di makan...,,????


Jawapan;
Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Daging gajah

Menurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatang bertaring.  Abu Tsa’labah al-Khusyani RA menceritakan; “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas” (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. Soheh Muslim; 1932).

Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yang disebut ulamak bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”).

Menurut mazhab Maliki; haiwan-haiwan yang haram dimakan hanyalah yang disebut keharamannya di dalam al-Quran (antaranya surah al-An’am, ayat 145), iaitu; “bangkai, darah dan daging babi”. Binatang-binatang yang tidak disebut dalam ayat ini tidaklah haram memakannya. Adapun binatang-binatang yang bertaring tadi; makruh memakannya kerana dilarang oleh hadis. Jadi, menurut mazhab Maliki; larangan Nabi SAW dalam hadis tadi adalah larangan makruh, bukan larangan haram (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).



2. Daging kuda

Daging kuda halal memakannya kerana kehalalannya telah sabit dari hadis-hadis Nabi SAW. Asma binti Abu Bakar RA menceritakan; “Kami pernah menyembelih seekor kuda pada zaman Nabi SAW dan memakannya” (Soheh al-Bukhari; 5510, 5519).  Jabir bin Abdullah RA menceritakan; “Nabi SAW menegah kami dari memakan daging kaldai pada hari Khaibar dan membenarkan kami memakan daging kuda” (Soheh al-Bukhari; 5520. Muslim; 1941).



Wallahu a’lam.

Tuesday, September 3, 2013

Khasiat Susu Kambing

Kebaikan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.
ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:

  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:

  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
Khasiat Susu Kambing

Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.


Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).


Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:

  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon
.


Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.
Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043


JADUAL KEGUNAAN VITAMIN

NAMA VITAMIN
KEGUNAAN VITAMIN
  KEKURANGAN VITAMIN
Vitamin A (Retinol)
Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
Vitamin D
Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia  meningkatkan sistem imuniti. 
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
Riboflavin
Riboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
Kekurangan  boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
Choline Choline mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
Inositol Inositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada. Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
Vitamin B1 Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulan Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails