Satu Pengundi - Satu Harakah
1. Bahang Pilihanraya Umum ke 13 kian terasa sungguhpun tarikh
pembubaran kabinet masih belum diketahui umum. Tempoh 3 atau 4 bulan ini
pastinya adalah period pilihanraya umum ke 13.
2. Saya melihat pilihanraya adalah medan tarung untuk sarana maklumat
masing - masing, justeru pengundi memerlukan maklumat yang benar dan
cukup sebelum membuat keputusan, parti mana dan siapakah calon yang akan
diundi.
3. Tentunya manifesto parti, tawaran dan polisi parti serta cara dan
seni mengulas isu semasa akan menjadi ramuan utama membentuk minda dan
pola fikir pengundi sekaligus melahirkan satu keputusan yang baik dan
tepat untuk diterjemah pada kertas undi.
4. UMNO dan BN mempunyai terlalu banyak sarana dan medium maklumat
mereka. Samaada medium cetak mahupun elektronik. Sementara apa yang
dimiliki oleh PAS hanyalah Harakah cetak dan online sebagai lidah rasmi
dan dibantu oleh media parti rakan dalam kompenan Pakatan Rakyat.
5. Sebelum ini ngo BERSIH telah memperjuangkan kebebasan media dan hak
yang saksama dalam menggunakan media awam seperti televisyen dalam
memasarkan matlamat dan objektif parti kepada pengundi. Malangnya
sehingga kini penindasan media sangat ketara dan parti politik bukan
kerajaan seperti PAS dan lainnya terpaksa berpada dengan secebis naskhah
rasmi untuk menggarap pendidikan politik baru dan mengulas isu semasa
serta mengemukakan pelbagai polisi dan agenda perjuangan.
6. Saya mengharapkan pertolongan Allah swt berpihak kepada golongan
tertindas dan golongan yang dinafikan haknya. Sehubungan dengan itu,
kita tidak pernah kenal erti putus asa terhadap cabaran dan tekanan
yang dihadapi.
7. Saya mengarahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat iaitu
negeri, kawasan dan cawangan supaya memperkukuhkan Harakah cetak, satu -
satunya media parti dengan membeli dan mengedarkannya kepada seluruh
pengundi secara manual iaitu dari tangan ke tangan disamping
memasyhurkan Harakah edisi online untuk diakses oleh semua.
8. Meningkatkan keberkesanan Harakah sebagai lidah rasmi parti, saya
juga berharap agar Harakah terus peka dengan teguran dan penambahbaikan
dari semua pihak agar senantiasa segar, pantas, benar dan mesra semua
golongan sasar tanpa memudarkan prinsip perjuangan yang didokong dan
meminggirkan agenda teras parti iaitu Islam untuk di hantar kepada
pengundi sekaligus membina aqidah, fikrah dan syakhsiyah mereka.
9. Mekanismenya saya serahkan kepada kebijaksanaan Dewan Pemuda PAS
negeri - negeri untuk memastikan polisi "Satu Harakah - Satu Pengundi"
dapat dilaksanakan dengan baik , lancar dan berkesan. Dewan Pemuda PAS
Negeri boleh melanggan Harakah secara alangsung dari bahagian pemasaran
di pejabat Harakah ataupun melalui pengedar Harakah di negeri masing -
masing.
10. Pendekatan ini juga akan menjadi peluang dan ruang pemuda turun
padang bertemu pelbagai segmen pengundi khasnya pengundi muda "face to
face" dan menyerahkan Harakah "by hand" kepada mereka sekurang -
kurangnya seminggu sekali.
Mencorak Masa Depan
Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment