Thursday, January 12, 2012

Salah laku: Pakistan pecat Setiausaha Pertahanan


ISLAMABAD 12 Jan. – Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani hari ini memecat Setiausaha Pertahanan berhubung 'salah laku dalam pentadbiran' sehingga mencetuskan situasi tidak sebulu antara kerajaan dan kepimpinan ketenteraan.

“Perdana Menteri memecat Naeem Khalid Lodhi atas kesalahan cuba memecah belahkan pentadbiran kerajaan dan ketenteraan,” kata seorang pegawai kerajaan.

Kementerian Pertahanan sebelum ini gagal menyerahkan memo kepada Mahkamah Agung untuk menyiasat kes berhubung mendapatkan bantuan Amerika Syarikat (AS) bagi menyekat kuasa ketenteraan di negara ini.

Kegagalan itu sekali gus mencetuskan ketegangan antara pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. – AFP

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails