Friday, May 31, 2013

Sukan paling berbahaya






















Kerana ilmu

Perjuangan anak-anak menuju sekolah banyak terjadi di daerah-daerah terpencil.Di dataran Cina Selatan, di sebuah desa yang berada di puncak bukit dan hanya dihuni 100 orang, anak-anak harus bersusah-payah menuruni tangga di dinding tebing setiap berangkat sekolah.

 

Yu Xinxin, gadis 5 tahun ini sedang belajar sejenak
sebelum akhirnya melakukan perjalanan penuh perjuangan menuju sekolah setiap hari.

Kelantan Selepas Tok Guru Nik Aziz


Dinsman
Ini sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin Datuk Ahmad Yaakob dan kawan-kawannya dalam saf Exco lama sudah diberitahu oleh Tok Guru Nik Aziz akan hasratnya hendak berundur itu.

Tetapi bagi kita orang awam yang mengikuti berita melalui media massa, kita membaca berita Tok Guru Nik Aziz mengulangi kenyataannya akan terus berkhidmat hingga ke akhir hayat, atau selagi dikehendaki oleh parti dan hanya akan berundur apabila dinasihati parti supaya berbuat demikian.

Tiba-tiba setelah menang PRU13 kita mendapat berita Datuk Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar sebelum ini, mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Kelantan. Tiada lagi Tok Guru Nik Aziz. Memang itu berita yang mengejutkan, walaupun proses pertukaran itu berlaku begitu bersahaja dan tanpa apa-apa peristiwa atau kejadian yang luar biasa.

Kita sudah lama maklum akan keadaan Tok Guru yang sudah lanjut usia, dan keadaan fizikalnya pun sudah agak uzur, dan kesihatannya pun sering terganggu. Tetapi dari segi lain, kemampuan minda dan ideanya masih kelihatan segar dan up-to-date, sentiasa selari dengan perkembangan masa.

Terakhir misalnya, beberapa minggu sebelum Parlimen dibubarkan, Tok Guru meminta saya menghasilkan sebuah teater kisah Abul ‘As menantu Rasulullah saw, dengan melibatkan ‘artis-artis hijrah’ sebagai pelakon. Teater itu pun (Pengisytiharan Abul ‘As) dipentaskan di hotel Grand Riverview Kota Bharu, pada 15 Mac.

Pementasan teater itu menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah perkembangan seni-budaya, khasnya teater Islam di negara ini. Buat pertama kalinya PAS dan Kerajaan PAS Kelantan (melalui TG Nik Aziz) secara rasmi membenarkan perempuan berlakon bersama lelaki di atas pentas, di hadapan khalayak umum lelaki dan perempuan. Sebelum itu tidak dibenarkan. Maka itu adalah suatu pemikiran baru dari TG Nik Aziz, yang membuka ruang yang luas untuk kegiatan seni teater dalam masyarakat Islam.

Dan beberapa hari selepas itu saya menerima telefon daripada Pusat Kajian Strategik Kelantan meminta beberapa tarikh yang dapat saya luangkan untuk ke Kota Bharu, kerana TG Nik Aziz meminta supaya diadakan majlis bicara buku mengenai buku terbaru saya Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaaan. (Beliau melancarkan buku ini pada malam pementasan teater Abul ‘As itu). Rancangan bicara buku itu walau bagaimanapun tak sempat diadakan kerana Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada 3 April.

Jadi, pengunduran TG Nik Aziz secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Walaupun kita tahu dia sudah lama menjadi Menteri Besar (hampir 23 tahun) dan pada bila-bila masa sahaja dia mungkin akan mengundurkan diri (kerana sebab-sebab yang munasabah), namun berita pengundurannya itu tetap memberi kejutan. Sebab apa? Sebab kita masih memerlukan sumbangan idea dan pemikirannya yang sentiasa segar, berani, mengikuti peredaran zaman, dan dibuat berdasarkan ilmu Islamnya yang luas dan mendalam.

Sekarang TG Nik Aziz sudah tiada lagi di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kelantan sekarang sudah tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513 (5 Mei 2013). Kita tidak tahu sebenarnya apakah Kelantan akan terus kekal sepertimana ia di bawah pentadbiran TG Nik Aziz, atau akan menjadi lebih baik, atau bagaimana. Namun kita tetap merasakan Kelantan selepas ini akan tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513.

Bukan kita mengatakan Ahmad Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar Kelantan. Bukan. Ahmad Yaakob memang layak, dan dia mungkin membawa Kelantan menjadi lebih baik lagi selepas ini. Kita mengatakan Kelantan selepas ini tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum ini hanyalah semata-mata kerana kuatnya imej TG Nik Aziz yang telah melekat dalam kepala dan hati kita selama ini.

Ingat Kelantan sahaja kita terus terbayangkan sosok tubuh TG Nik Aziz. Dan sekarang apabila ingat Kelantan, bayangan sosok tubuh kecil yang berwibawa sebagai Tok Guru itu (atau sebagai orang tua tempat kita boleh mengadu, walaupun kita tidak mengadu pun) sudah tiada lagi sebagai Mentri Besar Kelantan. Itu saja. Tapi sungguhpun begitu, ia sangat mengesankan, buat masa ini.

Kita terasa kehilangan. Walaupun kita tahu dia ada, di rumahnya di Pulau Melaka, tapi kita tetap merasakan kehilangannya sebagai sosok pemimpin yang lembut dan mesra di tengah-tengah permasalahan masyarakat.

Saya, dan bersama kawan-kawan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi), mempunyai beberapa rancangan yang dicadangkan akan dibuat melibatkan TG Nik Aziz. Antaranya ialah seminar serantau mengenai model pentadbiran negara Islam dengan tumpuan kepada Kelantan, yang dicadangkan dibuat Julai ini, melibatkan wakil-wakil dari Indonesia, Selatan Thailand, Kemboja, Filipina dan Brunei. Ia belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri Kelantan. Cadangnya akan dimaklumkan pertengahan bulan ini.

Satu lagi rancangan ialah pembukuan tafsir seluruh al-Quran oleh TG Nik Aziz. Telah lama TG Nik Aziz selesai mensyarahkan tafsir seluruh al-Quran 30 juzuk itu, tetapi ia belum dibukukan. Ia tersimpan dalam tape dan CD, tetapi tidak terkumpul. (Perlu diusahakan pengumpulannya juga). Yang telah dibukukan hanya Tafsir Surah Yunus, Surah Taubah dan beberapa lagi.

Kami merasakan tafsir yang lengkap ini perlu dibukukan kerana belum ada pendekatan tafsir seperti yang disyarahkan oleh TG Nik Aziz. Ia berbeza daripada tafsir-tafsir oleh Ibnu Kathir, Qurtubi, Maraghi, Syed Qutub dan Hamka. Ia akan berada sebaris dengan tafsir-tafsir besar al-Quran yang sedia ada itu. TG Nik telahpun selesai menyiapkannya. Tinggal kita mengusahakan pembukuannya sahaja. Alangkah ruginya kalau ini tidak dapat dilakukan.

Satu lagi rancangan kami yang penting bersabit dengan TG Nik Aziz ialah menghasilkan sebuah filem atau video dokumentari mengenai kehidupannya, untuk disebarkan ke peringkat antarabangsa.

Sewaktu pementasan Pengisytiharan Abul ‘As di Kota Bharu pada 15 Mac dikatakan bahawa pementasan itu ialah suatu pra-tonton (preview). Ertinya belum lagi pementasannya yang sebenar kepada orang ramai. Pementasan untuk orang ramai akan dibuat kemudian. Oleh kerana ia adalah program inisiatif TG Nik Aziz sendiri (Setiausaha Politiknya Wan Nik menjadi penerbitnya), kita tak tahulah sekarang bagaimana pula kedudukannya. Kita tunggu sahajalah berita daripada mereka.

Demikian itulah antara yang kami rancang, berkaitan dengan TG Nik Aziz. Sekarang tidak pasti samada rancangan-rancangan itu boleh diteruskan atau tidak. Tidak pasti samada kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob berminat dengan cadangan-cadangan itu.

Namun walau apapun, minat saya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan masih tetap sama, kerana saya menganggapnya sebagai model pentadbiran negara Islam yang ada pada hari ini. Dan saya juga menganggapnya sebagai model pentadbiran yang terbaik di dunia pada hari ini, dengan beberapa kelemahannya, yang perlu diatasi oleh pimpinan baru.

Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN

Masih tidak puas hati dengan keputusan rakyat menolak BN, maka Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara. 

Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat. Sebenarnya kerajaan boleh bertindak daripada sekarang dengan undang-undang yang sedia ada, jika mahu bertindak.

Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan?. 

Memang terbukti BN tewas digerbang maya, walau pun BN menguasai media perdana. Dengan kewujudan media baru BN kehilangan undi di bandar dan pinggir bandar. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di  satu forum pasca-PRU   anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara.

BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala  Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G  inilah yang paling ditakuti oleh BN. 

Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi. 
Janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Hakikat yang berlaku memang undang-undang ini jika digubal untuk pembangkang. Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan. Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
 

Penemuan 'minyak' di Tumpat, R hantar sampel untuk kajian

(Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan)

TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.

Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.

(Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan)

Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.

Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari.

Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.
 

Mengurus dan menangani kritikan



1. Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan saya mengenai kritikan yang dilemparkan kepada PAS mutaakhir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya. Saya dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan kononnya ini adalah "tunas perpecahan" yang sedang menimpa Pakatan Rakyat. Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.

2. Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa.

3. Asasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam, kami senantiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh Allah swt iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.

4. Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut. Memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal dan dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh al Quran al Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasul utusan Allah swt.

5. Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif. Pada saya itu adalah satu keadaan yang boleh dipilih, sementara menjawab serta menangkis kritikan pula satu keadaan lain yang dibenarkan malah tidak menghilangkan rasa hormat kita kepada pihak pengkritik. Bahkan keadaan kedua ini lebih menarik untuk mencetus pencerahan dan percambahan fikir kiranya ia diurus dan ditanggap dengan positif.

6. Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku. Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujjah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan.

7. Sistem nilai ini hanya wujud apabila ada timbal balas pada kritikan yang dilemparkan. Justeru berapa banyak di luar sana jumlah kritikan yang hanya merupakan fitnah dan tohmahan demikian juga kritikan yang dirancang untuk menjatuh dan meruntuhkan. Maka untuk menilainya perlu ada jawapan atau pencerahan pada kritikan yang dikemukakan.

8. Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka. Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya.

9. Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujjah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik.

10. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada PAS lantas sudi mengkritik PAS dan pemimpinnya. Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan PAS dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Friday, May 24, 2013

Hadits Nabi, Tanah Arab Subur, dan Tanda-tanda Kiamat



Di antara mukjizat dalam ilmu pengetahuan pada sunnah adalah sabda Rasulullah,
"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rerumputan atau perkebunan." (HR Muslim)
 
Dalam hadits ini, Rasulullah bersabda "sehingga tanah Arab kembali" maksudnya tanah jazirah Arab. Adapun makna sabda Rasul SAW "sehingga kembali" iaitu bahawa dahulu tanah Arab didapati oleh rerumputan dan perkebunan, dan nanti tanah Arab akan kembali seperti semula.
 
Pembuktian hadits ini, bahawa berkat kemajuan teknologi dan ilmu geologi serta kemajuan teknologi riset, para ahli geologi memprediksi bahwa sebagian daratan Arab pada masa dahulu adalah tanah yang subur untuk pertanian dan perkebunan. 
 


Sungguh dahulu tanah Arab sangat subur dan bukan gurun pasir yang tandus. Akan tetapi perubahan iklim menyebabkan kekeringan air yang mengakibatkan padang yang tadinya subur menjadi gurun pasir yang tandus.
 
Lalu para ahli geologi menyebutkan bahawa tanah ini akan mengalami perubahan iklim yang dapat mengembalikan tanah tersebut seperti sedia kala.
 
Semua makna ini terkandung dalam sabda Rasulullah SAW yang sangat singkat dan padat. Walaupun beliau bukan seorang yang ahli dalam ilmu geologi atau ilmu lainnya. Ini menegaskan kebenaran risalah Rasulullah SAW. (rol/DR Abdul Basith Jamal & DR Daliya Shadiq Jamal/Ensiklopedi Petunjuk Sains dalam Alquran dan Sunnah)

Air Terjun dengan aliran ulang-alik













Kreatif

Sejak kelahiran kamera digital dan software pengolah foto, dunia fotografi mengalami revolusi besar-besaran. Manipulasi foto semakin menjadi hal biasa. Dan, seperti yang kerap terjadi ketika teknologi baru muncul. Di tangan yang salah, keaslian hasil rekaman foto boleh dengan mudah menjadi gambar palsu.

 







Thursday, May 9, 2013

Presiden PAS lawat Ustaz Azizan



GEORGETOWN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad CCU Hospital Besar Pulau Pinang petang tadi.
Selain beliau, turut kelihatan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahazir Khalid.
Menurut bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid, kesihatan bekas ketuanya itu dalam keadaan stabil dan memerlukan pembedahan di bahagian kaki.
Ustaz Azizan masuk ke hospital berkenaan kerana masalah kencing manis dan ginjal yang telah dialami sekian lama.- HD

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails