Friday, May 31, 2013

Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN

Masih tidak puas hati dengan keputusan rakyat menolak BN, maka Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara. 

Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat. Sebenarnya kerajaan boleh bertindak daripada sekarang dengan undang-undang yang sedia ada, jika mahu bertindak.

Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan?. 

Memang terbukti BN tewas digerbang maya, walau pun BN menguasai media perdana. Dengan kewujudan media baru BN kehilangan undi di bandar dan pinggir bandar. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di  satu forum pasca-PRU   anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara.

BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala  Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G  inilah yang paling ditakuti oleh BN. 

Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi. 
Janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Hakikat yang berlaku memang undang-undang ini jika digubal untuk pembangkang. Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan. Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
 

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails