Thursday, July 9, 2009

PPSMI - "Punah Anak Bangsa!"

by:klinik ummi

Assalamualaikum.

Kala jiwa rakyat marhaen memberontak memohon agar pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihapuskan DAN di kala jiwa pemerintah pula bermati-matian mempertahankan PPSMI...hati dan jiwa ini turut menjerit pilu!

Aku rakyat marhaen dan perjuanganku selari dengan rakyat marhaen. Namun penentanganku terhadap PPSMI bukanlah semata-mata kerana aku rakyat marhaen. Penentanganku adalah kerana aku seorang ibu dari sebuah negeri terpencil, Terengganu yang telah turut merasai peritnya perubahan mengajar dan melihat kemerosotan anak-anakku di dalam matapelajaran Sains dan Matematik setelah sistem itu diperkenalkan! Jiwa kecilku telah lama memberontak..

Hari ini hati kecilku kembali menangis dan merintih. Menangis dan merintih dengan sebuah kisah yang begitu menyayat hati dan menyedarkan diriku. Rupanya bukan sekadar aku seorang ibu yang merasai jerih-payahnya 'sistem pemusnah bahasa ibunda' itu tetapi lebih-lebih lagilah guru-guru kampung yang selama ini berjuang mendidik anak-anak bangsa untuk mengenal huruf dan angka!

Kubawakan kisah ini yang telah diceritakan oleh seorang hamba Allah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru sementara...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Hah…Mama dah carikan kerja untuk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar di situ sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar. Cantik!

“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket.” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu.” mak aku membantah.

“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatory.” cetus hati aku.

Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.

“Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih.” Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori…

Habis takat tu…

Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar bandar’. Maknanya sangat- sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan…

Adegan 1:

Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla.”

“Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you.”

“ Err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”

Aku jawab : “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih.”

“ I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir.”

“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana.”

Dalam hati : “Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”

Adegan 2:

Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.

“Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu…mula!”

“ Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan.”

“OK takpa, kamu!” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.

“ Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku

Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.

“Sebab apa nak jaga lembu?”

“Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia.”

“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati : “Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif…tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita.”

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

Adegan 3:

Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.

Untuk Tingkatan 4…semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.

Untuk Tingkatan 5
…ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : “Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak.” Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

“Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau.” Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

Adegan 4:

Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?”

Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah…susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:

“Depa tengah main Sing-Kong Sir.”

“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.

“Judi!”

(Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)

“ Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” Tegas aku dalam nada separuh bengang.

“Ok sir.” Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”

“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”

“I am”

“Kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”


“He is”


Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Kesimpulan mengenai Sistem Pendidikan Malaysia:

1. Hancur

Sistem pendidikan yang hanya memihak kepada orang di bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu Sains dan Matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!

Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA!

Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq Sains dan Matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.




2. Tak Adil

Cikgu-cikgu di luar bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.







Sebab apa tak mahu?

Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke Politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi (oversea). Tiada…Tiada…Tiada!

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?

Sebab mereka tak mampu! Nak cari guru tuisyen macam orang bandar? Nak beli buku ulangkaji dua, tiga buah? Mana nak cari duit?

Ayah buat bendang tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta tu pun kat kedai pomen orang lain. Mana ada duit?

Apa yang mereka ada?

http://i2.photobucket.com/albums/y49/stan5088/BahasaInggeris.jpg

Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.

“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”

3. Mengarut

Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP (Sekolah Berasrama Penuh). Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…Pak Menteri yang dok push supaya sistem yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta!

Tolonglah Pak Menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains Matematik dalam BI. Esok lusa kalau Bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq Sains Matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru sistem pendidikan Malaysia waktu tu?

Kita ada golongan luar bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???

Sedikit Pengalaman Manis:

1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”

2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih.”

3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main saljipun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”

4. “Sir, nak ambik gambaq dengan Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat Sir.”

5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni Sir.” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)

6. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir.” “Mana dia?” Aku tanya kembali. “Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih.”

7. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. InsyaAllah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam Bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan.”

Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.

(Diceritakan oleh Penulis - Haikal Ghazali, yang kini hampir menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di sebuah institusi pengajian dalam negeri)

Sunday, July 5, 2009

ANTARA KERJAYA DAN PERJUANGAN SELEPAS ERA MAHASISWA…



Suasana masyarakat yang semakin di candui oleh keributan hiburan yang melampau membungkus kemas akhlak terpuji masyarakat kita dan gejala social meningkat dengan begitu ketara.Namun begitu,kehadiran mahasiswa yang mempunyai fikrah perjuangan sebagai duta penyelamat dan kasih sayang sedikit mengubat barah yang bernanah ini.Walaupun mereka ini di bekalkan dengan pengalaman yang setahun jagung dalam menempuh alam kemasyarakatan sememangnya memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi.Apa yang pasti mahasiswa yang telah di tarbiah ini perlu menilai dan mengamati sejarah perjalanan mahasiswa yang sebelum ini,sebilangan besar di kalangan mereka di uji dengan kerjaya yang cukup selesa samaada bekerja di sektor swasta dan sector awam.Bekerja di syarikat swasta atau sendiri boleh di katakan tidak bermasalah sangat untuk bersama mendambakan diri dalam perjuangan,namun kerisauannya adalah apabila bekerja dengan kerajaan.


Rata-rata yang bekerja dengan kerajaan takut dan tidak lagi berada dalam perjuagan kerana bimbang di buang kerja atau pun di hantar ke tempat yang jauh,tapi ada juga yang sanggup di buanga kerja dan di pindahkan demi sebuah perjuangan.Mereka seperti ini lah yang di cari-cari untuk mendokong perjuangan ini sanggup mengadaikan kepentingan diri dan meletakkan perjuangan adalah segala-galanya.Sebenarnya kita mesti menjadi seorang pekerja yang berfikir macam mana hendak mengerjakan kerajaan.Bukannya menjadi penakut seperti tikus dengan labu-labunya.


Namun tidak ramai yang boleh melakukan sedemikian,begitu juga kita sebagai mahasiswa yang sekarang ini hebat bercakap dan menulis.Justeru itu,janganlah kita mudah sangat menjadi individu yang cepat menghukum seseorang kerana kita belum tentu lagi boleh mendambakan diri di dalam perjuangan ini.Kerja dan berkeluarga serta bebanan hutang PTPTN merupakan secebis ujian yang bakal kita tempuh sedikit masa lagi.Walaupun di kampus kita sebagai naqib dan naqibah dan mempunyai anak usrah yang ramai tapi bukan jaminan kita boleh kekal dalam perjuangan yang suci ini.Gelombang dan kekencangan ujian pada hari ini menyebabkan seorang demi seorang daie rebah di landasan dakwah ini.


Sepatutnya bagi kita sebagai mahasiswa jadilah individu yang mengkaji dan turun menyantuni masyarakat bukan menjadi menjadi individu yang suka mengkritik membiawak buta tanpa usul periksa.Akhirnya dambakan doa pada Illahi setiapa gerak kerja dan tindakan kita semoga keberkatan senantiasa mengiringi perjalanan dakwah kita yang cukup mencabar dewasa ini.

Friday, July 3, 2009

Persahabatan : Nilai Keizzahan


Persahabatan :
Nilai Keizzahan Perjuangan
Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah pula bersulam rasa kasih dan cinta kerana Allah swt.

Persahabatan inilah menjalin tenaga dan menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah .

Sendi utama persahabatan ini ialah ghayah dan hadaf yang bersatu di atas prinsip amal Islami biarpun mungkin berbeza approach dalam melaksana atau merealisasikannya .

Jamaah menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam .

Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini . Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak " perang dingin " sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota .

Justeru itulah , persahabatan menjadi modul asas bagi sebuah gerakan Islam di bumi mana pun ia beroperasi . Pelbagai mekanisma dicipta untuk melahirkan erti persahabatan yang utuh dikalangan anggota jamaah . Tamrin , mukhayyam , usrah dan liqa' fikri antara aktiviti tradisi yang diwarisi oleh jamaah sejak berzaman untuk mengekalkan tahap persahabatan yang utuh demi mewujudkan jamaah yang perkasa .

Kita juga biasa dengan istilah dengar dan taat , baiah , wala' , ukhuwwah , thiqah , husnu zon dan sebagainya dalam pelbagai medium pengisian dalaman ke arah pemantapan komitmen ahli dengan amal jamaei . Segala istilah itu juga merupakan tradisi soleh yang kita warisi dari generasi sebelumnya guna mengukuhkan persahabatan antara anggota jamaah dan memastikan perjuangan yang kita dokong ini terus kuat dan gagah meredah cabaran serta menyerap tekanan .

Implikasi mudah bagi Perjuangan tanpa Persahabatan

Sebagaimana saya sebutkan tadi , saya juga percaya semua anggota memahami betapa jamaah yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organ parti . Antaranya :

1. Keputusan yang kedua akan dibuat atas keputusan pertama yang telah di binding oleh mesyuarat yang sah .

2. Wujudnya sub meeting . Mesyuarat dalam mesyuarat atau mesyuarat lepas mesyuarat malah lebih malang mesyuarat "kedua" atau mesyuarat di "luar" itu dibina atas dasar tidak puas hati dan tidak percaya kepada pimpinan dan sebahagian anggota mesyuarat yang lain .

3. Saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti . Lalu mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan pendokong jamaah . Salin tidak mempercayai .

4. Hilang wala' atau pudar ketaatan kepada pucuk pimpinan malah lebih parah apabila lahirnya kecenderungan untuk mentaati dan mempercayai pihak lain yang berada di luar jamaah .

5. Tikam belakang ! Cantas karier ! Bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik kononnya demi jamaah .

6. Multi jamaah dengan maksud boleh sahaja menyertai mana - mana jamaah kerana wala' tidak wajib kepada pimpinan jamaah kecuali hanyalah kepada Allah dan Rasul sahaja . Begitu juga baiah tidak ada untuk pimpinan jamaah sebaliknya baiah hanya untuk khalifah .

7. Pergeseran yang mudah mencederakan perasaan terhasil dari persaingan yang tidak sihat sesama sendiri .

8. Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku tajrih yang tidak wajar sesama anggota jamaah .

9. Berlepas harap dan tidak memberi komitmen yang baik terhadap aktiviti yang diamanahkan malah mudah merajuk serta kecewa kerana tidak berpuas hati dalam pembahagian tanggungjawab kepada anggota . Ianya adalah kesan dari rasa cemburu antara satu sama lain .

10. Mementingkan diri sendiri dan tidak peduli apa yang dialami oleh anggota yang lain biar pun ia satu keperluan yang mendesak . Terkadang jelas dapat dilihat sorotan matanya seperti memandang musuh kepada saudara sejamaah apa lagi ucapan terkadang berbau nista sesama sendiri . Jelasnya mudah berlaku perselisihan faham .

Bagaimana Mengukuhkan Persahabatan .

Persahabatan dapat di bina dan diperkukuhkan melalui aktiviti tradisi warisan generasi terdahulu dengan kepelbagaian pendekatan sesuai di era ini .

Semua anggota janganlah bersifat atau bersikap "kalis Tarbiyah" , khasnya pimpinan biarpun setinggi mana ia menjawat jawatan dalam jamaah . Semua peringkat jamaah mesti sedia kembali ke medan tarbiyah justeru ia suatu yang hidup dan senantiasa memerlukan persegaran merentas zaman .

Beri keutamaan kepada pemantapan wala' , syura , baiah ,taat dan semua prinsip amal Jamaei agar akhlak berjamaah dapat dipupuk .

oleh:ustaz nasruddin hassan at-tantawi

Saturday, June 27, 2009

SUKAN PASTI KAWASAN KANGAR


Sat jangan tarik lagi...semangat lebih sangat...


Tarik kuat-kuat adik upih tu...nanti menang dapat hadiah


Jaga-jaga lari dalam guni adik...guni tu besar nanti lemas...


Sedapnyee adik makan...tak ajak abag makan sekali ke??


amacam nanti kami glamor...dapat bergambar dengan YB

Thursday, June 25, 2009

APA-APA AJE ADA DI SINI…



Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai dan berada di kedudukan strategic antara timur dan barat.Maka tidak hairanlah pelabuhan-pelabuhan yang berada di Penang,Klang dan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan termaju di Asia mahupun di dunia memonopoli perairan Selat Melaka.Kemajuan ini sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara selain Petronas.Namun pada masa ini seluruh Negara di dunia ini mengalami krisis ekonomi yang dahsyat sejak 60 tahun PBB di tubuhkan (sumber dari TV3).Sepertimana biasa krisis ekonomi ini berlaku setiap 10 tahun sekali,maka dengan situasi ini semua ketua-ketua Negara mengeluarkan dana khusus untuk menyuntik pertumbuhan ekonomi Negara masing-masing.Malaysia adalah Negara membangun yang tidak terkecuali terkena tempias krisis ini.Maka projek-projek pembangunan yang di rancang terpaksa di tangguhkan dan ada juga di rombak untuk menjimatkan pembelanjaan Negara.

Apa yang menarik baru-baru ini kita di kejutkan dengan stadium runtuh di Terengganu yang baru setahun di bina,maka banyak pihak yang membuat andaian projek yang menelan belanja RM300 juta ini sebenarnya jauh lebih kecil dan selebihnya di bahagikan sesame mereka.Maka sudah tentu berlakunya rasuah yang besar di dalam projek mega ini.Mungkin kita melihat keruntuhan ini adalah keruntuhan biasa saja sepertimana dulu runtuhnya bangunan makmal-makmal computer di sekolah-sekolah.Sebenarnya keruntuhan projek mega ini yang semakin hari semakin rancak adalah berpunca daripada keruntuhan akhlak dan sahsiah kontraktor yang membinanya,rasuah berleluasa dengan membeli barang pembinaan yang murah tetapi di bayar dengan harga yang mahal.Kenapa berlaku sedemikian??kenapa ini berlaku dalam Negara kita yang di ura-urakan sebagai Negara islam oleh kerajaan sekarang???

Jawapannya sudah ada di fikiran kita iaitu kerajaan yang ada sekarang tidak ingin pada undang-undang islam,mereka lebih senang dan lebih mencintai undang-undang penjajah walaupun namanya islam.Betul ke pemimpin kita tidak ingin kepada ISLAM???ya,mereka tidak ingin pada Islam.Cuba kita tengok apa yang berlaku di dalam Negara kita sekarang ini,masyarakat terus di bius dengan hiburan yang melampau seperti mana yang kita lihat di dalam semua saluran TV,contohnya bintang RTM,Mentor yang berpelukan lelaki dan perempuan yang lebih teruk lagi adalah rancangan ewah-ewah yang di siarkan pada pukul 11 pagi di mana peminat dan peserta pertandingan itu boleh berjoget berpelukan dan berguling antara lelaki dan wanita yang di hoskan oleh Raja Azura yang tidak tahu malu itu.Apakah ini generasi yang pemimpin kita ingin lahirkan di suatu hari nanti??? Atau pemimpin yang di terajui oleh golongan secular ini sememangnya ingin merosakkan akhlak rakyatnya???

Rancangan versi Indonesia yang di siarkan pada pukul 2.30 dan 3.00 petang iaitu Upik Abu dan Laura dan Safina telah mengajar cara-cara bercinta-cintan di sekolah dan di usia remaja,maka dari kecil hingga tua masyarakat kita di jirus dengan racun yang membinasakan oleh kuasa pemimpin kita.Bukan itu sahaja,pada malam hari anda mesti seronokkan melihat cerita keliwon dan toyol yang sememangnya merosakkan pegangan akidah kita.Pagi petang siang malam masyararat kita di sumbat dengan rancangan dan suasana yang gila ini di bawah kerajaan yang ada sekarang.Apa lah malang nasib kita berada di bawah pemimpin yang mengaku islam tapi mencoretkan rakyatnya dengan budaya kurafat.

Apa yang pasti sekarang ini,kerajaan dan pemimpin negara kita telah berjaya melahirkan perompak,pencuri,mat rempit dan peragut yang sekarang ini mendominasi suasana kelam dalam Negara kita.Jika pemimpin kita benar-benar ingin melahirkan modal insan yang baik dan cemerlang sudah pasti kita akan melihat suasana masyarakat yang baik sekarang ini dengan kuasa pemerintahan selama 50 tahun lebih yang di pegang oleh mereka hingga kini.Tapi sememangnya mereka tidak mahu islam,mereka tidak mahu masyarakat baik kerana jika masyarakat baik dan cemerlang kelak masyarakat akan melawan mereka,begitu juga dengan pelaksanaan AUKU yang di kenakan kepada mahasiswa ini adalah untuk menyekat gelombang cerdik pandai ini dari terus menentang mereka seperti revolusi pada tahun akhir 70-an.Perkataan Islam yang di keluarkan pada bibir mulut mereka hanyalah retorik bangsat semata-mata,jika mereka betul-betul ikhlas hapuskan hiburan dan terima islam sepenuhnya.

Adakah anda bersetuju dengan artikel ini??

Saturday, June 20, 2009

ANDA MELAKUKAN INI PASTI BERJAYA


Menjadikan kedai buku sebagai lokasi pertama yang dijejaki apabila keluar membeli belah.


Sentiasa membimbit buku mahupun majalah di sisi walau ke mana juga arah dan destinasiBuku dan majalah sentiasa berada di atas paha walaupun ketika sedang menonton TV.Lantas membacanya apabila rancangan tersebut disulami iklan.


Secara automatic tangan anda akan mengambil buku di sebelah lantas membacanya ketikanya menunggu lampu isyarat berwarna merah bertukar hijau bukan biru tau.


Berasa amat gelisah tatkala jam menunjukkan pukul 11 pagi,namun akhbar harian belum lagi sempat ditatapi.

Menjadikan buku sebagai teman di saat menunggu ketibaan bas,atau pun ketika menanti ketibaan rakan.


Menerima rungutan isteri mahupun suami yang menegur anda kerana terlalu banyak membaca sehingga melupakan kehadiran mereka.

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails