Sunday, July 5, 2009

ANTARA KERJAYA DAN PERJUANGAN SELEPAS ERA MAHASISWA…



Suasana masyarakat yang semakin di candui oleh keributan hiburan yang melampau membungkus kemas akhlak terpuji masyarakat kita dan gejala social meningkat dengan begitu ketara.Namun begitu,kehadiran mahasiswa yang mempunyai fikrah perjuangan sebagai duta penyelamat dan kasih sayang sedikit mengubat barah yang bernanah ini.Walaupun mereka ini di bekalkan dengan pengalaman yang setahun jagung dalam menempuh alam kemasyarakatan sememangnya memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi.Apa yang pasti mahasiswa yang telah di tarbiah ini perlu menilai dan mengamati sejarah perjalanan mahasiswa yang sebelum ini,sebilangan besar di kalangan mereka di uji dengan kerjaya yang cukup selesa samaada bekerja di sektor swasta dan sector awam.Bekerja di syarikat swasta atau sendiri boleh di katakan tidak bermasalah sangat untuk bersama mendambakan diri dalam perjuangan,namun kerisauannya adalah apabila bekerja dengan kerajaan.


Rata-rata yang bekerja dengan kerajaan takut dan tidak lagi berada dalam perjuagan kerana bimbang di buang kerja atau pun di hantar ke tempat yang jauh,tapi ada juga yang sanggup di buanga kerja dan di pindahkan demi sebuah perjuangan.Mereka seperti ini lah yang di cari-cari untuk mendokong perjuangan ini sanggup mengadaikan kepentingan diri dan meletakkan perjuangan adalah segala-galanya.Sebenarnya kita mesti menjadi seorang pekerja yang berfikir macam mana hendak mengerjakan kerajaan.Bukannya menjadi penakut seperti tikus dengan labu-labunya.


Namun tidak ramai yang boleh melakukan sedemikian,begitu juga kita sebagai mahasiswa yang sekarang ini hebat bercakap dan menulis.Justeru itu,janganlah kita mudah sangat menjadi individu yang cepat menghukum seseorang kerana kita belum tentu lagi boleh mendambakan diri di dalam perjuangan ini.Kerja dan berkeluarga serta bebanan hutang PTPTN merupakan secebis ujian yang bakal kita tempuh sedikit masa lagi.Walaupun di kampus kita sebagai naqib dan naqibah dan mempunyai anak usrah yang ramai tapi bukan jaminan kita boleh kekal dalam perjuangan yang suci ini.Gelombang dan kekencangan ujian pada hari ini menyebabkan seorang demi seorang daie rebah di landasan dakwah ini.


Sepatutnya bagi kita sebagai mahasiswa jadilah individu yang mengkaji dan turun menyantuni masyarakat bukan menjadi menjadi individu yang suka mengkritik membiawak buta tanpa usul periksa.Akhirnya dambakan doa pada Illahi setiapa gerak kerja dan tindakan kita semoga keberkatan senantiasa mengiringi perjalanan dakwah kita yang cukup mencabar dewasa ini.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails