Tuesday, February 3, 2009

SEBUTIR BERAS USANG


Di saat rakyat membilang butir-butir beras untuk di masak bagi menyuap beberapa suapan nasi ke mulut-mulut sempit anak-nak mereka,pemimpin terus lena,terus asyik dan terus selesa dibuai kemewahan hidup di dalam mahligai emas.Membiarkan rakyat merintis kelaparan menjamah sisa-sisa makanan semalam.Pemimpin menghadiri jamuan-jamuan mewah di hotel-hotel menyantap hidangan lazat yang tiada bandingan.

Aduhai pemimpin,membiarkan rakyat berjalan di jalanan dengan berkaki ayam memijak duri-duri dan batu-batuan demi meneruskan pengembaraan bagi melaksanakan tanggungjawab mencari sesudu gula,mencari secupak beras dan mencari secubit garam bagi meneruskan agenda kehidupan akan datang.

Pemimpin terus berjalan megah bersama kerlipan kamera-kamera menyusur perlahan di atas pemaidani merah yang harganya boleh di beli dengan ratusan bungkusan nasi untuk rakyat kelaparan.Namun rakyat di suruh dan di kerah berjimat cermat walaupun sebelum ini memakan sepinggan nasi sekali sehari esoknya kenalah makan separuh pinggan bagi menyambut seruan ini di kala kemelesatan ekonomi negara yang amat-amat krititkal sekarang ini.

Aduhai pemimpin.terus menerus bermewah-mewah dan bersenang-senang membeli-belah di New York,Tokyo,Boston,Landon,Barcelona,Beijing,Texas dan Rome menaiki jet-jet peribadi menggegarkan rumah-rumah buruk rakyat di bawah ini.Rakyat hanya memakai kapcai buruk tahun 70-an menyusuri jalan-jalan bendang menuju ke kedai pakaian terpakai untuk di beli dan di pakaikan kepada anak-anak mereka bagi menyambut hari raya,kadang-kadang terpaksa berhutang dan kadang-kadang di halau oleh pekedai kerana tidak mempunyai wang namun membiarkan anak-anak dengan pakaian usang tidak sesekali.

Rintihan demi rintihan rakyat di bawah pondok-pondok usang yang dulunya menjadi tempat simpanan padi kini di jadikan rumah peribadi bagi berteduh dari panas dan hujan walaupun sesekali titisan hujan singgah jua di badan di bawah bumbung kebocoran ini namun semua itu asam garam kehidupan rakyat di bumi bertuah ini…. oh Malayasiaku tercinta.

Harga barang terus mendaki semakin tinggi mencapai awan pelangi,harga petrol terus meningkat di kala pasaran dunia sudah mula turun.Apalah nasib rakyat Malaysia berada di bumi kaya-raya namun kesusahan terus mencengkam kehidupan.Pemimpin terus menggongong hasil kekayaan negara dengan rakusnya ibarat anjing kelaparan,bersenang-lenang dengan kereta-kereta mewah melalui jalan-jalan kampung melanggar lopak-lopak air menyimbah ke badan orang-orang kampung,siapa yang peduli semua itu?adakah kamu waris aku?

Sesekali pemimpin hadir melihat rakyat hanya sekejap saja membawa jurukameranya mengambil gambar tatkala mendukung hanya beberapa saat anak-nak orang kampung bagi di masukkan dalam berita-berita “inilah pemimpin berjiwa rakyat”…..haprak kamu wahai pemimpin.Rakyat spontan mengukir senyuman pabila melihat pemimpin pujaan mereka turun padang walaupun sekejap malah terus melaungkan “hidup UM@#”.Tapi mereka leka bahawa rumahnya akan runtuh seketika nanti……..

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails