Monday, November 28, 2011

Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci ,


Sempena sambutan maal hijrah, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru anak-anak muda supaya bangkit dari tidur yang panjang.

Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan dalam perutusan yang dikeluarkan semalam berkata, kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.

Katanya,kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.

“Setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt.

“Bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerja menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang .

“Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci,” kata Nasrudin.

Menurutnya, hijrah kaya dengan kisah pengorbanan sama ada nyawa dan harta.

Sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan diadakan di Putrajaya pagi tadi. -BO

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails