Wednesday, November 23, 2011

Kelebihan dan Kecanggihan Blackberry


Apakah kelebihan blackberry ni sebenarnya, sehingga kerajaan beberapa negara takut dengan kecanggihan serta faedah kepada penggunanya yang melebihi pesaingnya.

Ramai rakan-rakan yang bertanyakan saya apakah kelebihan blackberry ini, sehingga menjadi satu kewajipan serta merasakan prestij kepada golongan usahawan mahupun korporat. Kini pula telah ramai anak muda yang menggunakan Blackberry sebagai satu peralatan untuk berkomunikasi, samada suara mahupun dengan menggunakan jaringan social.
Jika membandingkan dengan jenama lain yang ketika ini menawarkan kebanyakan dari fungsi yang terdapat di talipon pintar Blacberry, kerana selama ini Blackberry satu-satunya yang menawarkan fungsi tersebut.

Antara fungsi blackberry yang telah ada di talipon pintar pesaingnya adalah pada masa kini:

Push Email.
Email attachment
Map dan navigator
Geotag
IM dan Jaringan social ( facebook/YM/twitter)

Kalau nak membuat perbandingan dari mutu kamera, tidak jauh bezanya dari jenama yang lain begitu juga dengan kualiti music, dapat kita rumuskan bahawa ianya setaraf dengan pesaingnya dan tiada kelebihan yang nyata pada aplikasi asas sesebuah talipon pintar.

Satu-satunya yang sehingga kini tidak dapat ditandingi pesaingnya adalah tahap keselamatan data yang dihantar melalui kaedah berikut;

1. Blackberry messenger .

Inilah sebenarnya yang menjadikan talipon pintar blackberry unik dan paling istimewa berbanding jenama pesiang. Pengguna Blacberry boleh berhubung dengan pengguna blackberry diseluruh dunia dengan percuma dan tanpa had. Jangan pula salah faham kerana untuk menggunakan fasiliti ini kita perlu melanggan Blacberry Internet service (BIS) atau Blackberry Enterprise Service (BES) dan perlu mendaftar dan mendapat kata laluan. Sudah tentulah nama pilihan kita, contohnya : mobile2go@blackberry.com

2. Blackberry Email peribadi .

Kebaikan yang nyata bagi email Blackberry ini adalah setiap email yang dihantar melalui server blackberry akan melalui proses penapisan SPAM. Jadi segala email yang diterima adalah selamat dari SPAM.

Dalam proses menghantar email, hanya alamat penerima sahaja yang boleh membaca email tersebut kerana setiap email yang dihantar akan melalui proses “encryption” sehingga ke server dan masih lagi dalam proses “encryption” sehinggalah sampai kepada talipon Blackberry penerima, barulah
diproses “decryption” bagi email tersebut.

Proses “encryption” adalah proses dimana email yang dihantar akan dikunci kodnya dan pada masa proses menghantar dan menerima itu, tiada sesiapa yang boleh memintas dan mengakses email tersebut walaupun badan-badan kerajaan.
Bagaimana keselamatan setiap data yang dihantar melalui Blackberry

Kerana kecanggihan tersebutlah maka Kerajaan Saudi Arabia, UAE, Labenon, India dan Indonesia melihat ini satu kelonggaran bagi sistem keselamatan bagi negara berkenaan, yang membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan. Walaupun UAE mengumumkan menarik balik arahan untuk mengggantung perkhidmatan blackberry dinegaranya, tetapi masih menjadi tandatanya adakah untuk selama-lamanya atau sementara waktu.

Mungkin setelah ini setiap email Blackberry tidak akan di “encryption” didalam sesebuah Negara yang mewajibkab Blacberry mempunyai server, selepas itu baharulah di “encryption” , segalanya mungkin. Namun, jika dengan ketiadaan Blackberry messenger dan email ni, maka tiada yang paling istimewa kepada talipon pintar blackberry.

Bagi sesiapa yang ingin menggunakan blackberry untuk keselamatan email, Blackberry adalah pilihan yang tepat, tetapi kena daftar la.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails