




Dato Haji Harun bin Taib merupakan pemimpin PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu kini.
Latar belakang
Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Kini beliau masih lagi menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa.
Isterinya Fatimah Ibrahim dan mempunyai 5 anak.
Politik
Beliau kini merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.
Setelah PAS berjaya memerintah kerajaan negeri Terengganu pada 1999, Harun Taib menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu. Beliau terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Pilihan raya
DUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas. Hampir 99 % penduduk / pengundinya adalah keturunan Melayu. PAS menang di Manir sejak 1990 lagi. Dalam pilihan raya 1999, Harun Taib mengalahkan Shamsuddin Sulong (BN).
Dalam pilihan raya umum 2004, Datuk Harun Taib (PAS) menumpaskan Wan Sagar (BN-UMNO) dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi.[2]
Pilihan raya 2008
Dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008, Harun Taib berjaya menewaskan Wan Sagar Wan Embong (BN), orang yang sama ditewaskannya pada 2004, kali ini dengan majoriti 406 undi.
Pada 16 September 2008, panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Arifin Zakaria dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin menolak petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir pada 8 Mac 2008. Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. Sebelum ini, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee menolak petisyen Wan Sagar kerana tidak ada secebis buktipun. Insiden 2 pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi juga tidak dapat dibuktikan.

BismilLah, wal hamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina Rasulillah wa ba’du ;
Salam Islah buat pencinta perjuangan Islam sekalian,
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negeriNya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (di sebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam), yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” - surah at Taubah : 40-41
JIKA KAMU ENGGAN
Di dalam ayat ke 40 , Allah SWT telah memberikan penegasan bahawa jika tidak ada yang mahu menjadi penolong agama dan perjuangan Nabi SAW, maka Allah pasti akan menolong Rasulullah SWT dengan kekuatan dan qudrah yang tidak terlawan dan terbayang dek manusia. Di hujuang ayat ke 40, Allah telah memberikan janji dan kepastian kepada seluruh pejuang agama bahawa Allah pasti akan menjulang tinggi kalimah Allah yakni Islam dan Allah pasti akan mengalahkan seruan kufur dan syirik. Walaupun kemenangan itu lambat tiba, namun ia sesuatu yang pasti. Kebathilan itu tampak kuat namun ia tidak akan kekal. Kebenaran itu tampak lemah namun ia mendapat jaminan nusrah dan keteguhan dari Allah SWT.
Dr Hamka telah menjelaskan juga bahawa ayat ke 40 ini adalah ayat yang jelas turun untuk menjelaskan kedudukan Saiyyiduna Abi Bakr rdh sebagai umat nombor satu di sisi Rasulullah SAW. Ayat ini juga menggambarkan betapa mendalamnya cinta dan kasih Abu Bakr terhadap Rasulullah SAW yang tergembar melalui keresahan dan kerisauan beliau terhadap keselamatan Rasulullah SAW sewaktu mereka berdua bersembunyi di dalam Gua Tsur sehingga terpaksa ditenangkan oleh Rasullah SAW serta diperteguhkan keyakinannya kepada pertolongan dan nusrah dari Allah SWT.
WAJIB BERJUANG SAMADA BERAT ATAU RINGAN
Setelah Allah menegaskan pada ayat yang ke 40, bahwa meskipun kamu enggan menolong Rasulullah SAW dan para pejuang agama, Allah pasti akan menolongnya jua, Allah SWT dalam ayat berikutnya menjelaskan bahawa kita kita boleh menyerahkan saja kepada Allah untuk membela Nabi SAW dan menegakkan agama. Kita sendiri wajib berjuang melaksanakan perintah jihad samada ringan ataupun berat.
Menurut Imam Mujahid maksud ringan ialah kaya dan maksud berat adalah miskin sedang al Hasan menafsirkan ringan dengan maksud muda dan berat sebagai tua.
Zaid bin Ali dan al Hakam bin ‘Utbah bula memberi erti ringan ialah tidak banyak urusan yang merintangi dan berat adalah banyak urusan yang merintangi.
Menurut Zaid bin Aslam , ringan ialah yang belum berkeluarga dan berat ialah yang telah banyak tanggungan keluarga.
Menurut Ibnu Zaid pula, ringan ialah orang yang tidak mempunyai harta benda, berat ialah orang yang mempunyai banyak harta sehingga begitu payah dan susah untuk meninggalkannya.
Ayat yang ke 41 juga menjelaskan juga bahawa wajib kita mengorbankan harta dan nyawa dalam menegakkan agama Allah. Allah juga memberikan jaminan bahawa orang yang mengorbankan harta dan nyawa pada jalan Allah telah melakukan satu tindakan yang tepat dan baik.
Pengajaran ayat :
BERIKUT undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
Kumpulan A
- Afrika Selatan
- Mexico
- Uruguay
- Perancis
Kumpulan B
- Argentina
- Nigeria
- Korea Selatan
- Greece
Kumpulan C
- England
- Amerika syarikat
- Algeria
- Slovenia
Kumpulan D
- Jerman
- Australia
- Serbia
- Ghana
Kumpulan E
- Belanda
- Denmark
- Jepun
- Cameroon
Kumpulan F
- Itali
- Paraguay
- New Zealand
- Slovakia
Kumpulan G
- Brazil
- Korea Utara
- Ivory Coast
- Portugal
Kumpulan H
- Sepanyol
- Switzerland
- Honduras
- Chile


“Generasi muda adalah harapan kita, tetapi lihatlah keputusan saluran-saluran peti undi yang mewakili mereka sudah tidak lagi memihak kepada BN. Mereka lebih percaya kepada hidangan propaganda-propaganda pembangkang melalui media baru yang menyajikan segala bentuk tuduhan, fitnah, cacian, sehinggakan semua itu dianggap suatu kebenaran” – Mahathir. Baca sini.
Gambar yang terpapar di atas ihsan jinggo’s Fotopages dan berkaitan dengan ucapan tersebut. Lihat sini.
Umno sehingga kini masih menganggap apa yang didedahkan mengenai keburukan mereka sebagai ‘bohong’. Mereka menganggap rakyat yang mempercayai pendedahan mengenai keburukan Umno adalah mempercayai pembohongan.
Dua perkara. Pertama, Umno tidak menganggap perkara salah yang dilakukannya sebagai salah. Apabila didedahkan perbuatan itu sebagai salah, Umno kata pendedahan itu adalah bohong.
Kedua, Umno memperbodohkan orang yang mempercayai pendedahan itu. Baginya orang yang mempercayai pendedahan mengenai Umno sebagai bodoh kerana mempercayai pembohongan.
Apabila Umno tidak berasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukannya, maka perkara yang salah itu terus dilakukan. Hasilnya, rakyat membenci Umno sebab rakyat tahu apa yang dibuat Umno itu adalah salah.
PPSMI misalnya. Umno tidak menganggap itu sebagai salah. Baginya sesiapa yang bercerita mengenai keburukan PPSMI adalah pembohong. Lantas PPSMI dikekalkan. Apabila rakyat marah kepada Umno atas isu PPSMI, Umno akan berkata rakyat percaya kepada pembohongan.
Adakah rakyat bodoh pada pandangan Umno? Adakah pendedahan mengenai PPSMI adalah bohong?
Kalau Umno percaya bahawa pendedahan mengenai PPSMI adalah bohong, maka Umno perlu menyalahkan dirinya sendiri apabila rakyat tidak mengundinya lagi.
Sama seperti ISA. Umno mempertahankan ISA kerana menganggap pendedahan mengenai ISA adalah pembohongan. Rakyat pula semakin bencikan ISA.
Bila ISA dibenci dan Umno mempertahankan ISA, maka rakyat turut membenci Umno. Kebencian itu diterjemahkan di dalam peti-peti undi.
Adakah Umno masih menganggap pendedahan mengenai keburukan ISA adalah pembohongan?
Sepatutnya Umno mendengar keluhan dan kritikan rakyat dan bukan menganggap kritikan dan keluhan itu sebagai bodoh. Umno tidak boleh menganggap pendedahan mengenai kesalahannya sebagai bohong. Menafikan kesalahan sendiri adalah tindakan tidak bermoral.
Mengapa lidah Umno begitu keras untuk mengakui kesalahannya sendiri?
Umno boleh terus menganggap pendedahan mengenai kebobrokan mereka sebagai bohong. Parti itu boleh menganggap kepercayaan rakyat kepada pendedahan itu sebagai mempercayai pembohongan.
Tetapi Umno perlu ingat, ramai rakyat di bawah ini yang lebih cerdik daripada pemimpin Umno yang di atas itu.
Takkan orang yang sebegitu cerdik dengan begitu mudah akan mempercayai ‘pembohongan’.
Oleh ; Ustaz Zolkarnain Abidin