Tuesday, December 8, 2009

Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman


Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (Jawi: استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah Ke-10 selepas Dato' Seri Mahdzir Khalid (ADUN Pedu). Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari University of Kent, Canterbury, United Kingdom.

Kerjaya

Pengalaman Kerjaya

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah) , bahasa Inggeris, dan bahasa Filipina.

Pengalaman Antarabangsa
• Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
• Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
• Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
• Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
• Conference of South East Asia Islamic Law, Manila
Penulisan Antarabangsa
• Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
• Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina 1986
• Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program
NGO
• AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
• AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
• Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Politik
Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau mulai 1995 hingga 2008 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails