Tuesday, December 8, 2009

Ustaz Mohd Nasir Zakaria

/>

Yang Berhormat Mohd Nasir Zakaria merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah. Beliau merupakan Yang di-Pertua PAS bahagian Subang, Selangor. Dalam Muktamar PAS 2009,Mohd Nasir telah berjaya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Pusat dengan 150 undi. Selain itu, beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Pendidikan
Beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Kg Belukar, kemudian ke Maktab Mahmud seterusnya ke Kolej Islam Sultan Alam Shah.Beliau mendapat Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2000.Menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Amir struktur dalamannya iaitu Jemaah Islam Kampus (JIK) pada tahun 1998.Jamaah Islam Kampus adalah sayap bawah tanah PAS di Universiti Malaya.

Semasa zaman beliau menjadi Presiden PMIUM merangkap Amir Jamaah Islam Kampus (JIK) Universiti Malaya,peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim telah berlaku.Ini mendorong kepada tahalluf siyasi ataupun kerjasama politik di antara parti-parti dan gerakan-gerakan Mahasiswa di Universiti Malaya.Oleh kerana tunjang kepada mahasiswa pro-kerajaan yang ketika itu adalah Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia,Jemaah Islah Malaysia dan mahasiswa pro-Anwar,maka pihak PMIUM melalui frontnya NADI telah berjaya mengadakan kerjasama politik dan pada tahun 1998,tiada pilihanraya kampus diadakan.Ini merupakan kejayaan terbesar Mohd Nasir Zakaria sebagai tonggak kepimpinan PMIUM.Seterusnya, menyambung pelajaran dalam Sarjana dalam bidang Bisnes dan bergraduat dari UiTM pada 2004.


Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dengan majoriti sebanyak 369 undi. Mohd Nasir Zakaria memperolehi 15,003 undi berbanding Datuk Paduka Ghazali Ibrahim memperolehi hanya 14,634 undi.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails