Wednesday, November 25, 2009

JANGAN KITA JADI MELAYU YANG PELUPA...siri 1



Setelah mengharungi beberapa siri pilihanraya kecil kebelakangan ini,ternyata Parti UMNO-BN semakin di tolak oleh sebilangan besar masyarakat terutama di kawasan bandar-bandar besar,lihatlah kemenangan yang cukup banyak di Parlimen Kota Raja yang di menangi oleh Dr Mariah Mahmud yang mewakili Parti PAS-Pakatan Rakyat.Selain itu banyak lagi kemenangan yang tidak di duga di kawsan bandar-bandar lain malah dapat merampas negeri Industri iaitu Selangor.Ini menunjukkan kemuakkan dan keloyaan rakyat pada Parti UMNO-BN semakin di kuis hari demi hari.

Bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh merupakan detik-detik kehancuran berangkai parti UMNO-BN dengan kekalahan yang begitu banyak,apa yang pasti gelombang Anwar Ibrahim cukup deras dalam arus politik semasa.Melihat semula sejarah di masa Anwar Ibrahim sebagai mahasiswa di Universiti Malaya suatu masa dahulu cukup berjaya mengasak pemikiran mahasiswa dalam menjuarai isu-isu masyarakat dan membuka ketidakadilan kerajaan terhadap rakyat.Pernah Anwar Ibrahim merampas pentadbiran Universiti Malaya kerana pihak university menyekat kebebasan bersuara dan tidak berlaku adil kepada mahasiswa.Sememangnya Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin berkarismatik,beliau berjaya mengumpulkan ribuan orang semasa peristiwa Baling suatu masa dahulu.

Satu peristiwa yang tidak di sangka berlaku pada tahun 1998,di mana Anwar Ibrahim di tangkap dan di penjara oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad.Maka detik itu berlaku lah demontrasi secara besar-besaran yang mengegarkan bandaraya Kuala Lumpur.Sebilangan besar rakyat tidak boleh menerima penangkapan tersebut kerana rakyat melihat Anwar Ibrahim tidak bersalah dan beliau di fitnah oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad,namun apakan daya kuasa yang ada pada Dr Mahathir Mohamad mengatasi suara dan asakkan yang luar biasa daripada rakyat.Bermula saat ini lah Dr Mahathir Mohamad yang memimpin UMNO-BN mula di ragui oleh rakyat .

Dr Mahathir Mohamad telah melakukan kerosakkan yang besar terhadap parti UMNO-BN,akibatnya parti UMNO-BN telah di ajar oleh rakyat pada pilihanraya 1999,di mana kerajaan Terengganu telah di rampas oleh Parti PAS.Parti PAS yang di ketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(TGHAHA) juga sebagai presiden telah memenangi 28 DUN daripada 32 DUN yang di pertandingkan dan merampas ke semua 8 parlimen dengan majority yang luar biasa.DUN Wakaf Mempelam (saya mengundi di DUN ini) muncul sebagai DUN yang paling tinggi mojoritinya dan diikuti oleh DUN Ru Rendang (DUN TGHAHA).

Selain negeri Terengganu berjaya di kuasai oleh PAS,tsunami politik ini juga menerobos ke negeri-negeri lain,di negeri Pahang PAS berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan (Ustaz Idris Omar), DUN Tahan (Abdul Malik Yusof), DUN Guai (Mejar (B) Abdul Aziz Yaakob), DUN Jengka (Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man), DUN Penor (Abdul Aziz Long) dan DUN Kuala Pahang (Mohd Iqbal Hamdi Mohd Rusdi). PAS juga mencatatkan peningkatan cemerlang di beberapa kawasan parlimen dan DUN lain antaranya Parlimen Temerloh (kalah 213 undi), Parlimen Pekan (kalah 241 undi), DUN Padang Tengku (kalah 86 undi). Manakala PKR berjaya di DUN Cini (Abdul Rashid Jafri) dengan majoriti 5 undi dan DAP mengekalkan kerusi tradisinya di DUN Triang (Leong Ngah Ngah).Selain Pahang,PAS negeri Perlis memenangi 3 DUN iaitu DUN Guar Sanji,DUN Sanglang(dalam Parlimen Arau) dan DUN Santan(Ustaz Zolkharnain Bin Abidin dalam Parlimen Padang Besar).Negeri Kedah juga antara negeri Parti PAS menang dengan kuantiti yang banyak antara DUN yang mencatat majority tertinggi dalam negeri kedah adalah DUN Tokai( dulu DUN Bukit Raya).

Akhirnya UMNO-BN mula menggunakan SPR untuk mengubah semula sempadan pilihanraya,maka pilihan raya 2004 Parti PAS mula kalah dengan teruk,yang paling menyedihkan Negeri Terengganu terlepas semula ke tangan kotor dan pengkhianat bangsa UMNO-BN,namun sepanjang 5 tahun pemerintahan PAS di Terengganu rakyat mula nampak kejayaan dan keadilan PAS dalam tempoh pemerintahan itu dan yang paling jelas pembohongan UMNO-BN mula terpapar di mata rakyat terutamanya berkaitan dengan royalty minyak.Kini sejarah rampasan duit royalty itu berulang kembali dan mangsanya adalah negeri Kelantan.Sememangnya dari dulu lagi pemimpin UMNO-BN pembohong,perasuah dan penyangak mata wang rakyat.Kemenangan besar UMNO-BN pada tahun 2004 di sebabkan Pak lah mula menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Pak Lah merupakan graduan dalam bidang pendidikan Islam di tambah lagi pada masa itu Pak Lah di gelar Mr Clean kerana agenda pertama di bawa oleh beliau adalah untuk memerangi rasuah.

Rakyat cukup termakan dengan peluru yang di taburkan oleh Pak Lah,al-maklumlah Melayu kan mudah lupa, dapat kain batik cap semut sehelai dan gula sekilo rakyat mula mengundi UMNO-BN,aduhai melayu-UMNO rapuhnya akidah mu itu.Pak Lah mula memanfaatkan kelebihan sebagai seorang graduan dalam bidang pendidikan Islam di tambah pula cucu kepada ulama,maka Pak Lah telah memperkenalkan Islam Hadhari,dengan kuasa yang ada pada beliau Islam Hadhari telah di sebar luaskan melalui media massa dan media cetak,selain itu golongan agama dalam UMNO juga di cucuk hidung untuk mengiyakan Islam Hadhari ini.Akhirnya rakyat mula kebingungan dengan situasi ini,PAS melihat isu ini adalah isu yang paling besar yang melibatkan akidah dan dengan pantas TGHAHA menerbitkan buku hasil tulisan beliau iaitu Hadharah Islamiah bagi membasmi Islam Hadhari yang sesat ini.

Jika Dr Mahathir Mohamad memerintah lebih kurang 22 tahun,namun era pemerintahan Pak Lah sekejap sahaja,itu pun kalau di tolak masa Pak Lah tidur bertambah singkat lagi lah tempoh pemerintahannya.Kini selepas tempat Pak Lah di ganti oleh Najib,bayang-bayang dan suara Pak Lah tidak lagi kedengaran malah seolah-olah Pak Lah tidak pernah di kenali sebelum ini,jika dulunya Dr Mahathir melepaskan jawatan PM,rakyat masih lagi menyanjungi beliau di merata-rata tempat,namun ianya tidak berlaku pada Tun Pak Lah Badawi.Jika di lihat sewaktu mula-mula memegang jawatan PM dahulu rakyat begitu fanatic dengan peribadi beliau,namun sekarang ini rakyat sudah melupakan dan membiarkan beliau begitu sahaja.Tidak ada apa yang perlu di banggakan di zaman Pak Lah memerintah yang pasti satu sahaja yang rakyat tidak lupa Pak Lah tidur di setiap ketika.......bersambung

OLEH : Muhammad Hafizul Al-Wakaf Mempelami

Tuesday, November 24, 2009

Unit Amal Kangar,Perlis turun menyantuni mangsa banjir

Mantap: kekuatan ukhuwwah antara mereka cukup menceritakan kepada kita bahawa kemenangan Islam bakal tiba bila-bila masa sahaja.



Rajin: Unit Amal sedang bertungkus-lumus dan bertanya khabar kepada mangsa banjir serta memberi bantuan kepada mereka

Bergerak dalam satu saf perjuangan untuk turun menyantuni mangsa banjir

Selepas bergotong-royong menyiapkan tapak ceramah,kini perjuangan di teruskan dengan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Kangar.

Berani dan perkasa:Seorang anggota Unit Amal Kangar,Perlis sedang meniti di atas menara demi sebuah perjuangan

Kerjasama: mereka tidak memakai tali keselamatan tetapi tekun memasang pembesar suara di untuk persiapan ceramah Ustaz Salleh Man pada malam ini.

Rumput dan Kasih Sayang



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....

OLEH: Abu Muaz Al-Merboki

Monday, November 23, 2009

LELAKI...


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebatnya
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


Nota Penulis: Ciri-ciri lelaki idaman adalah lelaki yang soleh

Sunday, November 22, 2009

YA AYYUHAL "COUPLE"




( Perbualan diantara Lembu dan Anjing)


Message: LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam

ada yg tak kena je?


ANJING: Aku tengah tension nih . Mau

je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : eh? kenapa ?


ANJING: aku lalu tepi dua orang

manusia lelaki dan perempuan yg sedang

berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat

dan terus melompat dan berkata "hoi

anjing , pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis

tahap berat bagi manusia. Biasalah

tu .


ANJING: Kalau aku najis sekali pon,

kalau dia tersentuh aku, boleh

disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba

awek dia tu apa? Boleh ke nak samak

dosa?


LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg

bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,

lebih dahsyat kenajisannya daripada

memegang ko anjing, malah tak boleh

suci sekalipun di samak.


ANJING: Wah .. ayat ko me man g power

la... manusia kena ubah

pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan :

Daripada satu hadis yang diriwayatkan

daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?

Bergomolan dengan babi (khinzir) itu

adalah lebih baik berbanding dengan

bersentuhan (secara sengaja) dengan

wanita yang bukan mahram?.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah

lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa

dan wajib bertaubat (bagi membersihkan

dosa). Sedangkan menyentuh anjing

tidaklah berdosa dan hanya perlu

disuci (bukan bertaubat). Menyentuh

anjing bukanlah satu kesalahan (dosa)

atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita

bukan mahram adalah berdosa dan

merupakan maksiat.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain

yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala

yang ditusuk dengan besi itu lebih

baik daripada menyentuh kaum yang

bukan sejenis yang tidak halal

baginya . (Riwayat At Tabrani dan

Baihaqi)

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails