Sunday, November 22, 2009

YA AYYUHAL "COUPLE"




( Perbualan diantara Lembu dan Anjing)


Message: LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam

ada yg tak kena je?


ANJING: Aku tengah tension nih . Mau

je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : eh? kenapa ?


ANJING: aku lalu tepi dua orang

manusia lelaki dan perempuan yg sedang

berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat

dan terus melompat dan berkata "hoi

anjing , pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis

tahap berat bagi manusia. Biasalah

tu .


ANJING: Kalau aku najis sekali pon,

kalau dia tersentuh aku, boleh

disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba

awek dia tu apa? Boleh ke nak samak

dosa?


LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg

bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,

lebih dahsyat kenajisannya daripada

memegang ko anjing, malah tak boleh

suci sekalipun di samak.


ANJING: Wah .. ayat ko me man g power

la... manusia kena ubah

pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan :

Daripada satu hadis yang diriwayatkan

daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?

Bergomolan dengan babi (khinzir) itu

adalah lebih baik berbanding dengan

bersentuhan (secara sengaja) dengan

wanita yang bukan mahram?.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah

lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa

dan wajib bertaubat (bagi membersihkan

dosa). Sedangkan menyentuh anjing

tidaklah berdosa dan hanya perlu

disuci (bukan bertaubat). Menyentuh

anjing bukanlah satu kesalahan (dosa)

atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita

bukan mahram adalah berdosa dan

merupakan maksiat.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain

yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala

yang ditusuk dengan besi itu lebih

baik daripada menyentuh kaum yang

bukan sejenis yang tidak halal

baginya . (Riwayat At Tabrani dan

Baihaqi)

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails