Setelah mengharungi beberapa siri pilihanraya kecil kebelakangan ini,ternyata Parti UMNO-BN semakin di tolak oleh sebilangan besar masyarakat terutama di kawasan bandar-bandar besar,lihatlah kemenangan yang cukup banyak di Parlimen Kota Raja yang di menangi oleh Dr Mariah Mahmud yang mewakili Parti PAS-Pakatan Rakyat.Selain itu banyak lagi kemenangan yang tidak di duga di kawsan bandar-bandar lain malah dapat merampas negeri Industri iaitu Selangor.Ini menunjukkan kemuakkan dan keloyaan rakyat pada Parti UMNO-BN semakin di kuis hari demi hari.
Bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh merupakan detik-detik kehancuran berangkai parti UMNO-BN dengan kekalahan yang begitu banyak,apa yang pasti gelombang Anwar Ibrahim cukup deras dalam arus politik semasa.Melihat semula sejarah di masa Anwar Ibrahim sebagai mahasiswa di Universiti Malaya suatu masa dahulu cukup berjaya mengasak pemikiran mahasiswa dalam menjuarai isu-isu masyarakat dan membuka ketidakadilan kerajaan terhadap rakyat.Pernah Anwar Ibrahim merampas pentadbiran Universiti Malaya kerana pihak university menyekat kebebasan bersuara dan tidak berlaku adil kepada mahasiswa.Sememangnya Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin berkarismatik,beliau berjaya mengumpulkan ribuan orang semasa peristiwa Baling suatu masa dahulu.
Satu peristiwa yang tidak di sangka berlaku pada tahun 1998,di mana Anwar Ibrahim di tangkap dan di penjara oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad.Maka detik itu berlaku lah demontrasi secara besar-besaran yang mengegarkan bandaraya Kuala Lumpur.Sebilangan besar rakyat tidak boleh menerima penangkapan tersebut kerana rakyat melihat Anwar Ibrahim tidak bersalah dan beliau di fitnah oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad,namun apakan daya kuasa yang ada pada Dr Mahathir Mohamad mengatasi suara dan asakkan yang luar biasa daripada rakyat.Bermula saat ini lah Dr Mahathir Mohamad yang memimpin UMNO-BN mula di ragui oleh rakyat .
Dr Mahathir Mohamad telah melakukan kerosakkan yang besar terhadap parti UMNO-BN,akibatnya parti UMNO-BN telah di ajar oleh rakyat pada pilihanraya 1999,di mana kerajaan Terengganu telah di rampas oleh Parti PAS.Parti PAS yang di ketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(TGHAHA) juga sebagai presiden telah memenangi 28 DUN daripada 32 DUN yang di pertandingkan dan merampas ke semua 8 parlimen dengan majority yang luar biasa.DUN Wakaf Mempelam (saya mengundi di DUN ini) muncul sebagai DUN yang paling tinggi mojoritinya dan diikuti oleh DUN Ru Rendang (DUN TGHAHA).
Selain negeri Terengganu berjaya di kuasai oleh PAS,tsunami politik ini juga menerobos ke negeri-negeri lain,di negeri Pahang PAS berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan (Ustaz Idris Omar), DUN Tahan (Abdul Malik Yusof), DUN Guai (Mejar (B) Abdul Aziz Yaakob), DUN Jengka (Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man), DUN Penor (Abdul Aziz Long) dan DUN Kuala Pahang (Mohd Iqbal Hamdi Mohd Rusdi). PAS juga mencatatkan peningkatan cemerlang di beberapa kawasan parlimen dan DUN lain antaranya Parlimen Temerloh (kalah 213 undi), Parlimen Pekan (kalah 241 undi), DUN Padang Tengku (kalah 86 undi). Manakala PKR berjaya di DUN Cini (Abdul Rashid Jafri) dengan majoriti 5 undi dan DAP mengekalkan kerusi tradisinya di DUN Triang (Leong Ngah Ngah).Selain Pahang,PAS negeri Perlis memenangi 3 DUN iaitu DUN Guar Sanji,DUN Sanglang(dalam Parlimen Arau) dan DUN Santan(Ustaz Zolkharnain Bin Abidin
Akhirnya UMNO-BN mula menggunakan SPR untuk mengubah semula sempadan pilihanraya,maka pilihan raya 2004 Parti PAS mula kalah dengan teruk,yang paling menyedihkan Negeri Terengganu terlepas semula ke tangan kotor dan pengkhianat bangsa UMNO-BN,namun sepanjang 5 tahun pemerintahan PAS di Terengganu rakyat mula nampak kejayaan dan keadilan PAS dalam tempoh pemerintahan itu dan yang paling jelas pembohongan UMNO-BN mula terpapar di mata rakyat terutamanya berkaitan dengan royalty minyak.Kini sejarah rampasan duit royalty itu berulang kembali dan mangsanya adalah negeri Kelantan.Sememangnya dari dulu lagi pemimpin UMNO-BN pembohong,perasuah dan penyangak mata wang rakyat.Kemenangan besar UMNO-BN pada tahun 2004 di sebabkan Pak lah mula menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Pak Lah merupakan graduan dalam bidang pendidikan Islam di tambah lagi pada masa itu Pak Lah di gelar Mr Clean kerana agenda pertama di bawa oleh beliau adalah untuk memerangi rasuah.
Rakyat cukup termakan dengan peluru yang di taburkan oleh Pak Lah,al-maklumlah Melayu kan mudah lupa, dapat kain batik cap semut sehelai dan gula sekilo rakyat mula mengundi UMNO-BN,aduhai melayu-UMNO rapuhnya akidah mu itu.Pak Lah mula memanfaatkan kelebihan sebagai seorang graduan dalam bidang pendidikan Islam di tambah pula cucu kepada ulama,maka Pak Lah telah memperkenalkan Islam Hadhari,dengan kuasa yang ada pada beliau Islam Hadhari telah di sebar luaskan melalui media massa dan media cetak,selain itu golongan agama dalam UMNO juga di cucuk hidung untuk mengiyakan Islam Hadhari ini.Akhirnya rakyat mula kebingungan dengan situasi ini,PAS melihat isu ini adalah isu yang paling besar yang melibatkan akidah dan dengan pantas TGHAHA menerbitkan buku hasil tulisan beliau iaitu Hadharah Islamiah bagi membasmi Islam Hadhari yang sesat ini.
Jika Dr Mahathir Mohamad memerintah lebih kurang 22 tahun,namun era pemerintahan Pak Lah sekejap sahaja,itu pun kalau di tolak masa Pak Lah tidur bertambah singkat lagi lah tempoh pemerintahannya.Kini selepas tempat Pak Lah di ganti oleh Najib,bayang-bayang dan suara Pak Lah tidak lagi kedengaran malah seolah-olah Pak Lah tidak pernah di kenali sebelum ini,jika dulunya Dr Mahathir melepaskan jawatan PM,rakyat masih lagi menyanjungi beliau di merata-rata tempat,namun ianya tidak berlaku pada Tun Pak Lah Badawi.Jika di lihat sewaktu mula-mula memegang jawatan PM dahulu rakyat begitu fanatic dengan peribadi beliau,namun sekarang ini rakyat sudah melupakan dan membiarkan beliau begitu sahaja.Tidak ada apa yang perlu di banggakan di zaman Pak Lah memerintah yang pasti satu sahaja yang rakyat tidak lupa Pak Lah tidur di setiap ketika.......bersambung
OLEH : Muhammad Hafizul Al-Wakaf Mempelami
No comments:
Post a Comment