Tuesday, July 27, 2010

Renungan buat kita sebagai hamba



Para pengkaji berhasil mengenalpasti spesies baru katak dari Lembah Cosqipata, Peru, yang unik dengan ukuran tubuh sangat kecil. Tanpa pengamatan saksama, katak yang hanya sebesar kuku jari manusia.


"Karaktor yang paling unik dari spesies baru ini adalah ukurannya yang sangat kecil," ujar para pengkaji seperti dilaporkan dalam jurnal Copeia edisi terbaru. Katak betina hanya tumbuh hingga sepanjang 1,24 sentimeter saat dewasa, sementara yang jantan hanya 1,11 sentimeter. Katak yang belum diberi nama ilmiah ini dikelompokkan dalam genus Noblella.

Hidupnya pada ketinggian antara 3.025 dan 3.190 meter di Pegunungan Andes. Habitatnya berupa dedaunan yang jatuh di lantai hutan tropika pegunungan tersebut. Menurut salah satu pengkaji, Alessandro Catenazzi dari Universitas California, AS, habitatnya juga di luar dugaan. Pada ketinggian lebih dari 3.000 meter, biasanya hanya ditemui spesies dengan ukuran lebih besar.

HUKUM MEMAKAI GIGI EMAS



Soalan; Assalamualaikum ustaz..apa hukum memakai gigi emas dan perempuan kafir ziarah kubur orang Islam..syukran

Jawapan;

Bagi wanita, harus memakai gigi emas jika menjadi adat (kebiasaan) setempat wanita-wanitanya berhias dengan memakai gigi emas. Adapun bagi kaum lelaki tidak harus sama sekali memakai gigi emas –begitu juga perhiasan-perhiasan yang lain dari emas- kecuali jika ada keperluan dan desakan sahaja. Ini kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan untuk kaum lelaki” (HR Imam an-Nasai dari Abi Musa –radhiyallahu ‘anhu-).

Diriwayatkan dari ‘Arfajah bin As’ad –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

أُصيبَ أنفي يومَ الكُلابِ في الجاهليَّةِ فاتخذتُ أنفاً من ورقٍ فأنْتنَ عليَّ فأمرني رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم أنْ أتخذَ أنفاً من ذهبٍ
“Semasa peperangan al-Kulab (yang berlaku pada zaman Jahiliyah), hidungku telah rosak. Lalu aku membuat hidung dari perak. Namun hidung itu membusuk, maka Rasulullah menyuruhku agar membuat hidung dari emas” (HR Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan gharub).

Berdalilkan hadis ini, harus orang lelaki memakai emas jika ada keperluan dan desakan iaitulah untuk membaiki kecacatan di badan sekiranya tidak ada logam lain yang dapat mengambil tempat emas itu.

(*Mengenai hukum orang kafir menziarahi perkuburan orang Islam, akan dijawab dalam ruangan lain)

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah Wa al-Zinah, Abdul-Wahhab Abdus-Salam Tawilah, hlm. 348.
2. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 18/109, kalimah “حلي”.
3. Liqa’ al-Bab al-Maftuh, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, 28/10.

MASA MEMOHON HAJAT



Soalan; Assalamualaikum, Bolehkah kita melakukankan solat hajat selepas solat zohor atau selepas solat istiharah dan dhuha. Terima kasih./

Jawapan;

Memohon hajat dari Allah adalah harus pada bila-bila masa terutama pada saat-saat yang mustajab doa di antaranya ketika dalam solat dan sebaik selepas solat (sama ada solat fardhu, solat-solat sunat rawatib, solat malam, solat hajat dan sebagainya). Berdoa di dalam solat lebih baik dari berdoa selepas solat. Antara tempat yang mustajab doa dalam solat ialah ketika sujud dan sebelum memberi salam (yakni selepas habis membaca tahiyat dan selawat). Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya (yakni Allah) ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa (pada ketika itu)” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Dalam hadis mengenai bacaan tahiyyat, selepas mengajar bacaan tahiyyat kepada para sahabat, Nabi berkata; “Kemudian (yakni apabila selesai membaca tahiyyat) pilihlah pemintaan yang ia kehendaki (dari Allah)[1]” (HR Imam Muslim dari Abdullah –radhiyallahu ‘anhu-).

Adapun solat hajat, harus ia dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu-waktu yang dilarang solat iaitu;
a) Selepas menunaikan solat subuh hinggalah matahari meninggi dengan kadar segalah (yakni kira-kira 15 selepas terbit matahari).
b) Selepas menunaikan solat asar hingga matahari terbenam sepenuhnya
c) Tatkala matahari berada di tengah langit hingga tergelincir darinya (yakni masuk waktu zohor).

Masa terbaik untuk solat hajat ialah selepas tengah malam atau selepas dua-pertiganya. Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Apabila malam masuk sepertiga yang akhir, Allah turun ke langit dunia dan berkata; ‘Siapakah yang meminta untuk aku berikan permintaannya? Siapakah yang berdoa untuk aku kabulkan doanya? Siapakah yang beristighfar (memohon ampun) untuk aku ampuninya?’” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Wallahu a'lam.

Nota hujung;

[1] Berkata Imam an-Nawawi; hadis ini menunjukkan bahawa digalakkan berdoa ketika di hujung solat sebelum memberi salam. Harus apa sahaja doa yang dikehendaki untuk urusan akhirat mahupun urusan dunia asalkan bukan suatu yang berupa dosa. Itulah yang menjadi pegangan jumhur ulamak. Namun Imam Abu Hanifah berpendapat; tidak harus melainkan doa yang maktsur dari al-Quran atau as-Sunnah. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab as-Solah, bab at-Tasyahhud di as-Solah)

Makanan Sihat Yang Kurang Popular

Berikut lima jenis makanan yang tergolong tidak populer namun mengandung segudang manfaat yang baik untuk kesehatan:

1. Buah Plum Kering

Buah ini merupakan salah satu buah yang paling tidak populer untuk dikonsumsi, terutama ketika memakai nama prunes. Tetapi plum kering sesungguhnya mengandung potassium dua kali lebih banyak dibandingkan pisang dan memiliki kandungan antioksidan 38% lebih banyak dibandingkan blueberry.

Buah ini juga memiliki nilai plus karena mengandung serat yang larut dan tidak larut, termasuk pectin yaitu sejenis serat larut yang bisa menurunkan kolestrol. Bagi mereka yang ingin berdiet, buah plum bisa dimakan sebagai camilan atau ditambahkan dalam bekal makan siang anak.

2. Bit

Bit mengandung serat, zat besi, vitamin C, serta mengandung betacyanin yaitu zat kuat yang bisa melawan kanker usus. Masih kurang yakin? Bit juga mengandung antioksidan yang telah dibuktikan bisa menurunkan total kolestrol dan meningkatkan HDL atau kolestrol baik dalam tubuh.

3. Labu

Seporsi hidangan labu memiliki sekitar 3 gram serat ditambah dengan beta karoten yaitu antioksidan yang membantu untuk meningkatkan fungsi imun dan mengurangi resiko terkena kanker dan penyakit jantung. Karena labu bersifat musiman tetapi tersedia labu kalengan yang juga sama sehatnya dan tersedia sepanjang tahun. Labu bisa ditambahkan pada berbagai jenis masakan dan dibuat kue.



4. Terong

Terong yang mudah didapatkan ini banyak mengandung serat dan juga vitamin B1, B3, dan B6. Selain itu terong juga mengandung asam chlorogenic yaitu salah satu sayuran yang bebas dari hama serangga yang biasanya terdapat di sayuran, dan nasunin yaitu antioksidan yang telah dibuktikan dapat melindungi dan mencegah kerusakan sel-sel otak akibat penggunaan telepon genggam yang bisa memicu tumbuhnya sel kanker.





5. Kacang-kacangan

Kacang adalah makanan yang memiliki reputasi tak populer lainnya. Tetapi riset telah membuktikan bahwa kacang memiliki banyak manfaat bagi kesehatan. Kacang bisa mencegah kanker dan penyakit jantung hingga tekanan gula darah. Plus kacang kacangan juga kaya akan antioksidan, protein, dan fiber. Kacang kering adalah yang termurah, tetapi kacang kalengan juga berguna bagi mereka yang ingin praktis

Nah, mulai sekarang jangan abaikan lagi makanan-makanan tersebut. Sebab makanan yang sepele ternyata bisa memberikan manfaat yang lebih bagi kesehatan kita.



14 Syaaban 1431 H
Oleh: KALIMAJARO


Monday, July 26, 2010

India buat komputer RM112 tapi Malaysia RM1,000


India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 helikopter pada harga RM1.6 Billion.

1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera India.


********************************

Komputer riba India RM112.12

Berita Harian 25 Julai 2010

NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.


“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.


Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).


Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.


Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KomputerribaIndiaRM112_12/Article/index_html

Selasa Disember 29, 2009

Terengganu Peruntukkan RM50 Juta Bekal E-Book Tahun Depan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.

PAKATAN RAKYAT BELA RAKYAT



Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dan adun Pakatan Rakyat. Menurut Tn. Hj Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang dan juga Pengarah Pilihanraya PAS Perak, tindakan JPJ yang tidak mahu memperbaharui cukai jalan kepada pesalah saman ekor adalah bertentangan dengan peraturan dan undang-undang, pesalah saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah samada melalui pengakuan atau pembuktian pihak pendakwa. Tindakan ini jelas satu penganiyaan ke atas rakyat.

Saman ekor melalui perangkap kamera ke atas pesalah jalanraya tidak dianggap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan selagi tidak dibuktikan di mahkamah. Tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalanraya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah.

Pakatan Rakyat Perak melalui pasukan peguamnya bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana pesalah saman ekor.

Amannya negara kita...

Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun 2008 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun sebelum itu.

Sahkan Imam dan makmum sebegini?

1. Imam budak kecil yang mumayiz

Apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah solatnya. Sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh. Harus juga dia menjadi imam solat jumaat sekiranya makmumnya cukup 40 orang tidak termasuk dia.

Ini berdasarkan hadis dari sahabat Nabi s.a.w Amru bin Salamah r.a. Beliau berkata:"Aku menjadi imam di zaman Rasulullah s.a.w ketika aku masih berumur tujuh tahun." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini kerana beliau paling elok bacaannya dikalangan kaumnya. Nabi s.a.w bersabda:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله
Maksudnya: "Imam kepada satu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya." (Hr Muslim)

2.Imam yang solat duduk, solat baring atau solat dgn isyarat Harus bagi orang yang solat berdiri untuk bermakmumkan orang yang sembahyang duduk. Ini berdasarkan hadis rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Nabi s.a.w sembahyang duduk ketika baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya. Abu Bakar dan sahabat lainya menjadi makmum dalam keadaan berdiri dibelakangnya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Seperti mana diharuskan imam yang duduk ini, diharuskan juga imam yang baring dan memberi isyarat.

3. Imam yang bertayammum, Imam yang menyapu atas khuf (kasut menutup buku lali) dan imam yang mempunyai keuzuran.

Harus ketiga jenis diatas untuk menjadi imam. Harus orang yang bertayammum menjadi imam kepada yang tak bertayammum atau bertayammum selagi solat imam tidak perlu diulang. Ini kerana sebahagian orang yg bertayammum perlu mengulang balik solatnya seperti yang bertayammum kerana ketiadaan air di tempat yang biasa ada air.

Maksud imam yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang istihadah, kencing tak berhenti dan lain2. Dia boleh jadi imam kepada orang yang tidak mempunyai uzur tersebut.

4. Imam yang solat sunat dan solat qada

Imam yg solat sunat boleh diikuti oleh makmum yang solat wajib dan sebaliknya. Imam yang solat qada boleh diikuti makmum yang solat tunai (dalam waktu) dan sebaliknya. Imam yang solat fardu zuhur boleh diikuti makmum yang solat subuh dan sebaliknya.

Tidak sah berlainan solat imam dan makmum yang berlainan caranya seperti solat jenazah(tidak ada sujud dan ruku') dan solat gerhana (ada dua ruku' dan qiam dalam satu rakaat) berimamkan solat biasa dan sebaliknya.

Dalilnya adalah: Jabir bin Abdullah r.a telah meriwayatkan hadis:

"Sesungguhnya Muaz r.a. solat Isya bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan mengimami solat isya mereka." (Hr Bukhari dan Muslim).Solat isya pertama Muaz adalah yang fardu dan yang kedua adalah sunat.

Seorang lelaki datang ke masjid untuk solat.Sesampai dia ke masjid Nabi dan para sahabat r.a telah selesai sembahyang fardu. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

" Siapa yang hendak sedekah kepada orang ini (dengan solat berjemaah dgnnya)?" Maka bangun seorang lelaki solat berjemaah dengannya." (Hr Abu Daud)

Orang yang lambat datang adlah solat fardu dan yang menyahut seruan Nabi s.a.w itu solat sunat.

5. Orang yang jamak dan qasar berimamkan orang yang tidak jamak dan qasar

Orang yang solat jamak sahaja tanpa qasar boleh menjadi imam kepada orang yang tidak jamak dan sebaliknya. Manakala orang yang qasar tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang tak qasar walaupun sebentar (sekadar tahiyat akhir). Adapun sebaliknya dibenarkan.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Ibnu Abbas r.a ditanya "Kenapa orang musafir sembahyang dua rakaat (qasar) ketika solat sendiri dan solat sempurna (4 rakaat) ketika jadi makmum dgn orang yg solat sempurna." Ibnu Abbas menjawab: "Itulah Sunnah" (Hr Ahmad-sahih)

6. Imam Yang fasik

Sah berimamkan orang yang fasik tetapi makruh. Dalam hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu dibelakang orang baik atau yang fasik." (Hr Baihaqi)

7. Imam yang dibenci

Makruh berimamkan orang dibenci oleh kebanyakan makmumnya. Dalilnya sabda Nabi s.aw:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka:(salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan).Semua ini adalah dalam mazhab Syafie.

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman.



KUSZA .... Kini UniZa.... Kegemilangan Dalam Kenangan...



Assalamualaikum.....

Izinkan hari ini Cikgu mencoretkan suatu catatan untuk renungan bersama. Kisah silam yang pernah suatu ketika dulu menjadi kebanggaan SELURUH Rakyat Terengganu kerana kegemilangannya. Sebuah instutusi bernamakan Sultan yang melahirkan ramai Ulama dan Cendikiawan Islam untuk bumi Darul Iman... itulah KUSZA.... Kolej Islam Sultan Zainal Abidin.
KUSZA seindah namanya, segemilang Nama Sultan Yang memerintah dan mentadbir Bumi Darul Iman .... Sultan Zainal Abidin.... Jasamu KUSZA, tercatat dalam kenangan kisah silam. Jasamu KUSZA sebagai bekalan Tuanku di alam sana... kerana KUSZAlah terlahirnya ramai ulama dan cendikiawan Islam.... Daulat Tuanku... Izin Patik Menjunjung Kasih Tuanku......

Ampun Tuanku....


Tuanku,
KUSZA suatu ketika dulu 'Gah' kerana berjaya melahirkan ulama dan cendikiawan Islam. Antara Kolej Islam pertama di bumi Darul Iman, bahkan di Malaysia yang sangat cemerlang. Setiap kebajikan yang dihasilkan di KUSZA, insyallah diganjarkan ALLAH untuk Tuanku di sana. Setiap ulama yang terhasil di sini, Tuanku diganjari ALLAH diatas 'pahala kering' kerana kehebatan institusi itu sendiri yang menggunakan nama Tuanku....

NAMUN segalanya kini sekadar kenangan. Walunpun nama Tuanku masa digunakan selepas di'hilangkan' seketika dulu.... TAPI... peranan & fungsi KUSZA kini dicemari dan dinodai dengan 'kemaksiatan dan dosa' oleh mereka yang tidak mengenang budi dan jasa Tuanku. Kini, tiada lagi 'pahala kering' buat Tuanku.... takutnya 'dosa kering' pula kepada Tuanku kerana 'kecelakaan' yang dilakukan oleh mereka yang derhaka kepada Allah dan khianat kepada Tuanku... AMpun Tuanku.....

Bersama ini patik sertakan "tentatif Maksiat" sempena Konvokesyen Uniza.... untuk renungan bersama.... betapa Maksiat dan mungkar semakin bermaharajalela di kampus yang menggunakan nama Tuanku....

Ampun Tuanku...

Sekiranya dibaca oleh sesiapa yang peka.... pohon diperpanjangkan untuk Tindakan.....

Rintihan hati Rakyat Untukmu Tuanku..... Ampun Tuanku.....


sumber: cikgu fauzi

Sunday, July 25, 2010

Sebab hitler membunuh yahudi



saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya membunuh mereka

Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang dibuang, ayahnya sangat membencinya dan menganggap perilakunya yang “antisosial” itu adalah sebuah hinaan kerana Alois Hitler (Ayah Hitler) mengawini saudaranya sendiri. Adi (nama kecil Adolf Hitler) dilahirkan pada tanggal 20 April 1889 di sebuah kota kecil di Austria dekat perbatasan Jerman. Ayahnya adalah seorang yang keras dalam mendidik anak sedang ibunya baik kepadanya.

Ibunya adalah salah seorang dari sedikit orang yang benar-benar disayangi oleh Adolf. Ibunya sangat percaya bahawa anaknya adalah seorang pintar dan selalu menganggap anaknya normal, walaupun sejak kecil sudah menunjukkan gejala destruktif dan antisosial. Umur 18 tahun, Adolf sudah menjadi seorang yatim piatu setelah ibunya meninggal dunia sedangkan ayahnya sudah meninggal terlebih dahulu sebelumnya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dan perlakuan tidak adil dari ayahnya ini memberikan pengaruh besar dalam mental dan kejiwaan Hitler dewasa.

Ada hal yang harus kita fahami bahawa, jangan meremehkan “dendam masa kecil”. Contoh lain juga boleh kita dapati dari kisah Mao Tse Tung. Mao kecil pernah bersekolah di sekolah yang didirikan oleh para pendakwah dari Eropah, oleh sebab suatu hal Mao dimaki oleh salah satu pengajar dengan makian yang bersifat perkauman “anjing kuning!” dan mulai saat itu Mao tidak pernah kembali ke sekolah itu.

Membenci kaum agamawan. Kemudian menjadi pemimpim komunis terbesar di China, juga menjadi pembunuh tegar, jutaan kaum terpelajar dan seniman tewas dibunuh dan dihukum buruh paksa dalam Revolusi Kebudayaan 1965. tidak kalah sadis dengan Hitler Sebuah dendam masa kecil; inilah bahayanya jika itu dialami oleh seorang pemimpin!

Hitler awalnya bercita-cita menjadi seorang seniman (bukan menjadi tentara/ ahli politik). Sebagai pencinta seni, maka dia mencuba mendaftar ke sebuah fakulti seni di Wina, Austria, tetapi ditolak. Penolakan ini memiliki kesan besar bagi dirinya.

tekanan, yatim-piatu, tidak ada wang, sehingga dia selama kira-kira setahun menjadi kebiasaan, hidup dari belas kasihan orang lain di jalanan. Selama itu, dia juga mulai benci terhadap orang Yahudi, kaum pendatang yang hidup lebih mewah, dan ini dikuatkan dengan pendengaran dari ceramah yang sifatnya “Antisemit” oleh Walikota Vienna Karl Lueger.

Teori Lueger yang menyalahkan kekacauan ekonomi dan politik kepada kaum Yahudi, mengispirasinya menjadi pembenci kaum Yahudi sepanjang hidupnya. Ini pula yang membangun ideologinya dan menganggap bangsa Arya adalah ras tertinggi. Banyak orang berkata, seandainya saja dia diterima di sekolah seni tersebut, mungkin Hitler hanya akan menjadi seniman seperti Picasso misalnya, mungkin sejarah juga akan lain ceritanya. Disinilah salah satu titik pentingnya Hitler, dia mengubah sejarah (meskipun ke jalan yang dianggap salah). Garis hidupnya bagaikan takdir yang tidak boleh diubah.

Di tahun 1914, Jerman ikut serta dalam Perang Dunia 1 dan Hitler masuk tentera. Sewaktu perang di garis depan, dia terluka, dipulangkan dan mendapatkan anugerah untuk keberaniannya. Selama perang, Hitler berangsur-angsur menjadi seorang patriot untuk Jerman meskipun dia sendiri bukan warga negara Jerman (dia lahir di Austria). Maka dari itu, sewaktu Jerman kalah perang, dia tidak mampu menerima kenyataan, kerana bagi Hitler, Jerman adalah yang terkuat. Dia lalu menyalahkan para 'pengkhianat', terutama orang Yahudi sebagai penyebab Jerman kalah perang.

Jerman setelah kalah perang porak poranda. Keadaannya sangat tegang dengan kota-kota yang hancur, harga barang tinggi ditambah lagi dengan datangnya gerakan-gerakan revolusi komunis. Hitler sendiri tetap berdiam di tentera. Hitler membenci orang-orang dari berbagai ideologi, termasuk komunis (Karl Marx adalah seorang Yahudi), sosialis kapitalis dan liberal. Sebenarnya pangkat tentera Hitler hanya sampai Kopral, boleh dibayangkan betapa hebatnya orang ini, dia menjadi Army Commander yang ditakuti seluruh dunia pada Perang Dunia 2.

Tahun 1919 Hitler lalu bergabung dengan sebuah partii kecil bernama Parti Pekerja Jerman dan meninggalkan pasukan tenteranya. Saat berhasil menjadi pemimpin dan akhirnya mengubah namanya menjadi parti NAZI. Tahun 1920, Hitler menerbitkan simbol Swastika dan Tahun 1921 Parti ini semakin kukuh dengan didukung oleh kelompok ketenteraan Amerika.

Disinilah kita boleh melihat salah satu kepintaran Hitler, berorganisasi dan berpidato. Apapun yang Hitler katakan adalah seperti sebuah “Religion’s order” yang membuat pengikutnya menjadi super fanatic.

Maka sebab utama kenapa Adolf Hitler membunuh bangsa yahudi kerana mereka menjadi pengkhianat Negara Jerman walaupun yahudi dilayan baik dan hidup mewah sedangkan mereka cuma pelarian.

Keutamaan Nisfu Sya'ban (26 Julai 2010-Isnin)



Dikutip dari buku al-Fawaaidul Mukhtaaroh Diceritakan bahwa Ibnu Abiy as-Shoif al-Yamaniy berkata, “Sesungguhnya bulan Sya’ban adalah bulan sholawat kepada Nabi saw, karena ayat Innallooha wa malaaikatahuu yusholluuna ‘alan Nabiy … diturunkan pada bulan itu. (Ma Dza Fiy Sya’ban?)


Syaikh‘Abdul Qadir al-Jailaniy berkata, “Malam Nishfu Sya’ban adalah malam yang paling mulia setelah Lailatul Qodr.” (Kalaam Habiib ‘Alwiy bin Syahaab)


Sayidina Ali bin Abi Tholib Karromalloohu Wajhah meluangkan waktunya untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, yakni: malam pertama bulan Rojab, malam 2 hari raya, dan malam Nishfu Sya’ban. (Manhajus Sawiy dan Tadzkiirun Nas)



Al-Imam As-Subkiy.rhm berkata, bahwa malam Nishfu Sya’ban menghapus dosa setahun, malam Jum’at menghapus dosa seminggu, dan Lailatul Qodr menghapus dosa seumur hidup.



Diriwayatkan kapadaku bahwa Sahabat Nabi Usamah bin Zaid.ra berkata kepada Nabi SAW, “Ya Rasulullah, aku belum pernah melihat engkau berpuasa di bulan lain lebih banyak dari puasamu di bulan Sya’ban.”



Kata Nabi, “Bulan itu sering dilupakan orang, karena diapit oleh bulan Rajab dan Ramadhan, padahal pada bulan itu, diangkat amalan-amalan (dan dilaporkan) kepada Tuhan Rabbil Alamin. Karenanya, aku ingin agar sewaktu amalanku dibawa naik, aku sedang berpuasa.” (HR Ahmad dan Nasai - Sunah Abu Dawud).



Adapun keutamaan bulan Sya’ban lainnya akan lebih jelas lagi dalam hadis-hadis berikut:



Hadis Pertama :



Aisyah RA bercerita bahwa pada suatu malam dia kehilangan Rasulullah SAW, ia keluar mencari dan akhirnya menemukan beliau di pekuburan Baqi’, sedang menengadahkan wajahnya ke langit. Beliau berkata, “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam Nishfu Sya’ban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu domba Bani Kalb.” (HR Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah)



Hadis Kedua :



Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ “Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Sya’ban mengawasi seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)



Hadis Ketiga :



Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika malam Nishfu Sya’ban tiba, maka salatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, ‘Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu Aku menyelamatkannya, adakah yang begini (2x), demikian seterusnya hingga terbitnya fajar.” (HR Ibnu Majah).



Demikianlah keutamaan dan kelebihan malam Nishfu Sya’ban, marilah kita manfaatkan malam yang mulia ini untuk mendekatkan diri dan memohon sebanyak-banyaknya kepada Allah.

sumber: Al-Fadhil Ustaz Yussaine Yahya

Buruan Juara Bola Sepak Piala PJ milik Guar Syed Alwi FC

Akhirnya pasukan Guar Syed Alwi FC muncul juara selepas mengalahkan Seberang Tok Pi FC dengan jaringan 2-0,membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM700.00


Pasukan Guar Syed Alwi FC bergambar kenangan bersama PJ PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Yaakub Abu Seman sebelum bermulanya perlawanan akhir,mereka mewakili DUN Indera Kayangan



Pasukan Seberang Tok Pi FC juga tidak ketinggalan bergambar kenangan bersama PJ dan ketua pemuda,mereka mewakili DUN Kuala Perlis


Piala Pusingan yang di pamerkan di meja urusetia untuk tatapan umum


Berbekalkan semangat berpasukan dan kesukanan yang tinggi pasukan Guar Syed Alwi FC berjaya menumpaskan Putera FC untuk melangkah bergaya ke perlawanan akhir


Saturday, July 24, 2010

Perlis bergegar dengan Bola Sepak Piala Pesuruhjaya Ustaz Hashim Jasin

PJ PAS Perlis Al-Fadhil Ustaz Hashim Jasin yang juga ADUN Sanglang sekarang dan pernah memenangi PRK Parlimen Arau pada tahun 1998 merasmikan pertandingan Bola Sepak Piala PJ dengan meniup wisel sebagai tanda bermulanya perlawanan ini.


Barisan pengadil yang cukup padu memberi sokongan pada pertandingan Bola Sepak Piala PJ 2010 kali ini


Mai secawan...ungkapan ini cukup sinonim dan segar meniti di setiap mulut rakyat Malaysia pada hari ini,kali ini mereka tampil bergaya memulakan misi untuk memburu PIALA PJ,itu lah pasukan gergasi merah RADIX FC!!!


Para urusetia dan pemain menunaikan solat zuhur berjemaah,selepas itu barulah menyambung kembali tugas masing-masing


Cuaca mendung dan redup serta pepohanan yang menghijau di sekeliling menambahkan lagi seri pertandingan ini


Suasana di akhir-akhir perlawanan untuk pusingan pertama pada hari ini


Jabulani sehebat namanya...bola yang baru sahaja di gunakan pada Piala Dunia yang lepas,menyaksikan Sepanyol muncul juara edisi kali ini setelah menumpaskan Belanda hasil sepakan deras Adreas Iniesta pada minit 116,juga dapat kita lihat terjahan keras tepat ke dada Xabi Alonso oleh De Jong.Namun hari ini bola yang berjenama Adidas ini di gunakan secara rasmi pada pertandingan Bola Sepak Piala PJ 2010.


Sebanyak 32 pasukan yang berjaya mendaftarkan diri pada pertandingan kali ini



Sememangnya penjaga gol pasti di persalahkan jika pasukan mereka di bolosi


Urusetia mengambil peluang menyudahkan sepakan penalti sebagai riadah santai pada petang ini,esok 8 pasukan yang layak ke suku akhir akan berentap kembali bagi merebut Piala PJ yang pastinya akan muncul aksi-aksi yang lebih menarik


>>nantikan aksi-aksi yang lebih hebat esok!!!

Friday, July 23, 2010

PEPERANGAN INDIA


Soalan; Asalamualaikum. Apakah maksud hadis riwayat Nasaie yang mengatakan hanya satu jamaah ghazwah ke India akan diselamatkan dari jahannam (Sahih). Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Ada dua hadis dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang menyebutkan tentang ghazwah al-Hind (peperangan India);

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ وَعَدَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ الْهِنْدِ فَإِنْ أَدْرَكْتُهَا أُنْفِقْ فِيهَا نَفْسِي وَمَالِي فَإِنْ أُقْتَلْ كُنْتُ مِنْ أَفْضَلِ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ أَرْجِعْ فَأَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ الْمُحَرَّرُ
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menjanjikan kepada kami akan berlaku peperangan membebaskan India. Jika aku sempat hidup pada zaman berlakunya peperangan tersebut, nescaya aku mengorbankan diri dan hartaku (untuk turut menyertainya) kerana jika aku terbunuh (dalam peperangan tersebut), aku adalah dari semua-mulia syahid dan jika aku pulang (yakni selamat), aku akan menjadi Abu Hurairah al-Muharrar (yakni Abu Hurairah yang dibebaskan dari neraka). (HR Imam an-Nasai. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini sanadnya adalah dhaif).

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام
Dari Tsauban –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; Rasulullah –sallallahui ‘alaihi wasallam- bersabda; “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang memerangi India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa –alaihis-salam-“. (HR Imam an-Nasai. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini sanadnya soheh).

Menurut ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;
1. Kali pertama; tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan al-Walid bin Abdul-Malik (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi. Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.
2. Kali kedua; pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama India.

Peperangan di atas menjadi dalil kebenaran nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad –sallallahu ‘alaihi wasallam- di mana baginda mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang ghaib melainkan Allah sahaja.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Laman as-Su’al wa al-Jawab (http://islam-qa.com/ar/ref/148529).

Belajar Sunnah : Rasulullah saw mengajar kita tentang JANTUNG



Dari Abi Hurairah Abdir Rahman bin Skhar ra.hu, dia telah berkata : Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah taala tidak melihat kepada jisim-jisim kalian, dan tidak kepada rupa-rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada jantung-jantung (qulub) kalian. (HR Muslim)

1.Allah swt hanya menilai dalaman para hamba-Nya, bukan luaran mereka.

2.Allah swt itu Maha Kaya, Dia tidak tertarik kepada jisim dan rupa ciptaan-Nya walau ia sangat cantik menurut manusia yang lain.

3.Allah swt itu Maha Melihat, Dia mampu melihat segala yang diciptakan-Nya termasuk isi jantung hamba-hamba-Nya.

4.Qalb bukan seratus peratus bermaksud hati, tapi jantung.

5.Sunnah menyampaikan hadis ini sepertimana Rasulullah saw menyampaikan kepada para sahabat.

6.Sunnah menggunakan kun-yah, iaitu gelaran abu (bapa) atau ummu (ibu). Seperti mana Rasulullah saw memberi kun-yah pada Abdur Rahman bin Skhar sebagai Abu Hurairah (Bapa anak kucing - kerana dia sukakan bintang itu). Baginda sendiri dipanggil Abu al-Qasim (Bapa al-Qasim – nama anaknya)

7.Abu Hurairah r.a tidak kekal dengan agama kufurnya seperti bapanya yang tidak memeluk Islam. Oleh kerana itu dia didoakan ‘radiyallahu anhu’.

8.Sunnah mendengar, mengambil pelajaran dan menyampaikan hadis Rasulullah saw seperti apa dilakukan oleh Abu Hurairah r.a ini
.

11 Syaaban 1431 H
Oleh : salman azmi.



HAK HADHONAH


Soalan; Assalamuailaikum. Kakak saya baru meninggal 3 minggu yg lepas. Arwah meninggalkan 4 orang anak yang masih kecik berumur 13 tahun, 11 tahun , 7 tahun dan 3 tahun. Saya ingin bertanya siapa kah yang patut mengambil alih tugas menjaga anak-anaknya. Adakah suami dan ahli keluarga suaminya yg lebih berhak atau kami ahli keluarga arwah.? Sekian terima kasih

Jawapan;

1) Soalan di atas berkait dengan hak hadhonah. Hak hadhonah bermaksud; hak untuk memelihara anak yang belum mumayyiz[1] dan belum boleh berdikari, menjaga urusannya, mendidik dan memastikan pertumbuhannya –jasmani, jiwa dan akal- hinggalah ia mencapai umur dapat membezakan antara yang memberi manfaat dan mendatangkan mudarat dan dapat mengurus sendiri kehidupannya.[2]

2) Anak dalam peringkat belum mumayyiz dan belum mampu berdikari itu (–sama ada lelaki atau perempuan-), orang yang paling berhak menjaga dan menguruskan kehidupannya ialah dua ibu-bapanya jika mereka masih bersama dalam ikatan perkahwinan. Jika mereka telah berpisah –sama ada kerana kematian bapa atau berlaku penceraian-, maka hak tersebut pergi kepada ibu dengan sepakat para ulamak berdalilkan hadis dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a. yang menceritakan; “Seorang wanita mengadu kepada Nabi s.a.w.; “Wahai Rasulullah, anakku ini dulu perutku ini adalah bekasnya, jagaanku adalah tempat berlindungnya dan kantung susuku ini adalah minumannya. Sekarang bapanya ingin merampasnya dariku”. Nabi berkata; “Kamu lebih berhak menjaganya selagi kamu belum kahwin lain””. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim).[3]

3) Jika ibu enggan menjaga anak itu, atau ibu mati, atau ibu tidak memenuhi syarat (yang akan disebutkan nanti), hak hadhonah itu akan berpindah kepada orang lain. Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam menentukan siapa yang paling berhak ke atas hak hadhonah selepas ibu, namun mereka sepakat bahawa ahli keluarga si anak dari kalangan wanita didahulukan dari kalangan lelaki. Mengikut pandangan jumhur ulamak; orang yang paling berhak selepas ibu ialah nenek sebelah ibu (yakni ibu kepada ibu). Selepas nenek sebelah ibu itu, berlaku lagi khilaf di kalangan ulamak; siapa yang lebih layak? Ada yang berkata; bapa (iaitulah mengikut pandangan mazhab Syafi’ie dan Hanbali). Ada yang berkata; nenek sebelah bapa (mengikut mazhab Hanafi). Ada yang berkata; emak saudara sebelah ibu (mengikut mazhab Maliki).

4) Menurut mazhab Syafi’ie; senarai lengkap orang-orang yang berhak terhadap hadhonah tersebut menurut urutan keutamaan ialah seperti berikut;[4]
a) Ibu
b) Nenek-nenek sebelah ibu
c) Bapa
d) Nenek-nenek sebelah bapa
e) Datuk
f) Nenek-nenek sebelah datuk
g) Saudara-saudara perempuan seibu-sebapa
h) Saudara-saudara lelaki seibu-sebapa
i) Saudara-saudara lelaki sebapa
j) Saudara-saudara lelaki seibu
k) Ibu-ibu saudara sebelah ibu
l) Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu-sebapa (anak saudara perempuan)
m) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu-sebapa (anak saudara)
n) Anak perempuan kepada saudara lelaki sebapa (anak saudara)
o) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa (anak saudara)
p) Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu (anak saudara)
q) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu (anak saudara)
r) Ibu-ibu saudara sebelah bapa.
s) Bapa-bapa saudara sebelah bapa
t) Anak perempuan kepada ibu saudara sebelah ibu (sepupu)
u) Anak perempuan kepada ibu saudara sebelah bapa (sepupu)
v) Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa (sepupu)

5) Sekalipun seseorang itu dari segi urutan adalah layak, namun hak hadhonah tidak boleh diberikan kepadanya melainkan apabila ia memiliki syarat-syarat untuk menjadi pengasuh yang telah ditetapkan Syarak. Ada enam syarat semuanya, iaitu;
a) Berakal
b) Baligh
c) Mempunyai kemampuan (mental, fizikal dan masa) untuk bemberi khidmat kepada anak kecil, mendidik dan mengasuhnya. Jika tiada kemampuan seperti buta, sakit teruk, sakit berjangkit (yang dikhuatiri menjangkiti anak kecil) dan sebagainya gugurlah hak jagaan.
d) Amanah iaitu mempunyai akhlak yang baik. Jika berakhlak buruk, jahat, cuai terhadap tugas rumah-tangga, banyak meninggalkan rumah di mana dibimbangi akan terabainya anak kecil dan membahayakannya, gugurlah hak jagaan.
e) Seorang muslimah.[5] Tidak ada hak jagaan bagi wanita kafir kerana jagaan/hadhanah adalah penguasaan dan tidak harus penguasaan orang kafir ke atas orang Islam sebagaimana firman Allah (bermaksud); “Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman” (Surah an-Nisa’, ayat 141)
f) Ibu tidak berkahwin lain. Jika ibu berkahwin lain, gugurlah hak jagaan darinya. Ini berdasarkan hadis tadi; “Kamu lebih berhak menjaganya selagi kamu belum kahwin lain”. Sebahagian ulamak mengecualikan jika ia berkahwin dengan lelaki yang ada hubungan keluarga dengan si anak (seperti berkahwin dengan bapa saudara si anak), maka tidak hilang hak hadhonah tersebut.

Jika gugur satu syarat dari syarat-syarat di atas, akan hilang kelayakan untuk menjaga dan berpindah kepada orang lain mengikut urutan tadi.

6) Sepanjang tempoh hadhonah, siapa yang akan menanggung nafkahnya (termasuk kos hadhonah)? Ia ditanggung dari harta anak itu sendiri jika ia memiliki harta (seperti ibunya yang mati ada meninggalkan harta yang diwarisinya). Jika ia tidak memiliki harta, wajib dibiayai oleh orang yang wajib menanggung nafkahnya iaitu bapa atau datuk (jika bapa tidak ada) atau pihak berikutnya.

7) Bila tempoh hadhonah itu akan tamat? Tempoh hadhonah berakhir apabila anak tidak lagi perlu kepada khidmat jagaan yakni ia dapat melakukan sendiri keperluan-keperluan asasnya iaitu makan, memakai pakaian dan membersih diri.[6] Ia tidaklah ditentukan had masa atau umur tertentu. Namun mazhab Hanafi memberi fatwa; hak hadhonah berakhir bila anak berumur tujuh tahun bagi anak lelaki, bagi anak perempuan; sembilan tahun.

8) Selepas tamat tempoh hadhonah,[7] kepada siapa anak akan diserahkan? Menjawab persoalan ini, para ulamak khilaf juga;
a) Menurut mazhab Hanafi; diserahkan kepada bapa
b) Menurut mazhab Syafi’ie; hendaklah diserahkan kepada si anak untuk memilih bapa atau ibunya, atau memilih bapa atau orang yang mengambil tempat ibunya.
c) Menurut mazhab Hanbali; jika anak adalah lelaki, disuruh pilih. Namun jika anak adalah perempuan, hendaklah diserahkan kepada bapa untuk menjaganya hinggalah ia baligh dan dikahwinkan. [8]

9) Apabila berlaku pertikaian di antara bapa dan ahli keluarga lain yang berebut hak hadhonah, wajiblah pertikaian itu dirujuk kepada mahkamah Syari’ah untuk mendapatkan penyelesaiannya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 2/161-169.
2. Ahkam al-Aulad, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. 39.
3. Fatwa dalam laman Fatawa Asy-Syabakah al-Islamiyah (http://www.islamweb.net), no. 6256 dan no. 102206.
4. Al-Fiqh as-Syafi’ie (Qism al-Ahwal al-Syakhsiyyah), Dr. Muhammad Sa’id al-Mujahid, hlm. 142.

Nota hujung;

[1] Yakni anak yang berada di peringkat awal umur. (Ahkam al-Aulad, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. 39).
[2] Al-Fiqh al-Wadhih dan Ahkam al-Aulad.
[3] Imam as-Syaukani menjelaskan dalam Nailul-Autar; Hadis ini menjadi dalil bahawa ibu lebih utama dari bapa terhadap jagaan anak selama tidak ada sebarang tegahan dari hak tersebut umpamanya apabila ia berkahwin kerana Rasulullah mengikat hak tersebut dengan ucapannya “Selama kamu belum berkahwin lain”. Inilah pandangan Imam Malik, ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan ulamak-ulamak mazhab Abu Hanifah. Menurut laporan Imam Ibnu al-Munzir; para ulamak telah ijmak dalam hokum tersebut. Imam Abu Hanifah menyuarat pendapat; jika ia bernikah dengan lelaki yang ada hubungan mahram dengan anak yang dijaga tidak gugur hak jagaan itu. Namun Imam Syafi’ie berpendapat; gugur secara keseluruhannya kerana nas tadi tidak membezakannya. (Dinaqal dari ‘Aunul-Ma’bud).
[4] Al-Fiqh as-Syafi’ie (Qism al-Ahwal al-Syakhsiyyah), Dr. Muhammad Sa’id al-Mujahid, hlm. 142.
[5] Itu adalah pandangan jumhur ulamak. Namun , mazhab Hanafi, Ibnul-Qasim dari mazhab Malik dan Abu Tsur berpendapat; hak jagaan adalah sabit bagi seorang wanita kafir sekalipun ia masih kafir dan anaknya Islam, kerana menurut mereka jagaan/hadhobah tidak lebih dari sekadar penyusuan dan khidmat dan keduanya harus dilakukan oleh wanita kafir asalkan bukan murtad. Adapun wanita murtad hilang hak jagaan hinggalah ia bertaubat dan kembali kepada Islam, maka kembalilah hak jagaan untuknya.
[6] Ahkam al-Aulad, hlm. 44.
[7] Jagaan selepas tempoh hadhonah tidak lagi disebut sebagai hadhonah (asuhan), tetapi dengan istilah kafalah (tanggungan). Kafalah; ialah tempoh jagaan selepas hadhonah hingga umur baligh. (Lihat; al-Fiqh as-Syafi’ie (Qism al-Ahwal al-Syakhsiyah), Dr. Muhammad Sa’id al-Mujahid, hlm. 140.
[8] Mengikut fatwa dalam laman Asy-Syabakah al-Islamiyah (http://www.islamweb.net), pandangan mazhab Hanbali inilah yang ditarjihkan dengan dikecualikan jika bapa adalah seorang fasik, maka tidaklah diserahkan kepadanya. (lihat fatwa no. 6256).

LAMAKAH KITA DIKUBUR



Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.


Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;


"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "


Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.


"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku...


GAHARU YANG DI BURU



Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati. Wajar, agensi - agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Untuk mereka yang berminat dalam penanaman pokok karas, mungkin ada berita gembira. Mulai tahun hadapan (2007), teknologi dalam penghasilan gaharu akan dibawa masuk ke negara kita. Usaha menjemput Prof. Blanchette oleh satu agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok karas secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 7 tahun pelaburan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6' atau 10'x10' menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 - RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Diharapkan ada agensi yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang karas di negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.

FAKTA GAHARU

Pengenalan Pokok Karas

bullet Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
bullet Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
bullet Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
bullet Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.
bullet Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
bullet Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.
bullet Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.

Senario di dalam Industri Gaharu

bullet Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.
bullet Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
bullet Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
bullet Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.(sumber: TRAFFIC International 2002)
bullet Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu
bullet Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang

bullet Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.
bullet Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport.
bullet Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan pencerobohan kawasan hutan

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails