Enekmen telah wujud di zaman pemerintahan BN tetapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya |
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mahu negeri-negeri lain mengikut langkah Kedah melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.
“PUM menyokong penuh usaha kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan, dan menyarankan semua negeri-negeri lain mencontohi usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah,” kata Setiausaha Agungnya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor.
Beliau berkata bulan Ramadan hendaklah disambut dengan memperbanyakkan amalan ibadah, bukannya dengan hiburan-hiburan semata-mata dan larangan tersebut perlu disokong dan dilaksanakan kerana ianya baik untuk semua kaum dan agama.
Kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era Barisan Nasional (BN). Perkara itu dibantah oleh komponan BN khususnya MCA.
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.
Menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadhan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.
Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam. - themalaysianinsider

No comments:
Post a Comment