Saturday, July 9, 2011

UMNO-BN JADIKAN NEGARA SEMACAM DI AMBANG PERANG

8 Sya'ban 1432 H | 9 Julai 2011

UMNO-BN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi. Mula-mula mereka berkata peniaga akan rugi dan jalan akan sesak jika perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur. Persoalannya, apakah tindakan polis yang menutup jalan tidak mengakibatkan kesesakan yang teruk, dan para peniaga tidak mengalami kerugian?
Suasana tidak keruan ini diwujudkan akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan.
Di peringkat awal, Bersih 2.0 dilemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu ketenteraman awam, pemusnah negara, membawa ideologi komunis dan sebagainya.
Namun begitu, selepas Agong bertitah, PM 'berkompromi' dengan mengesyorkan perhimpunan aman itu diadakan di mana-mana stadium tanpa gangguan.

Malangnya, janji manis PM itu hanya di bibir sahaja.
Bersih 2.0 terus-terusan dituduh sebagai pertubuhan haram, tiada permit, melanggar undang-undang, dan kemuncaknya satu perintah mahkamah dikeluarkan untuk menghalang kebanyakan pimpinan PR daripada memasuki Kuala Lumpur.
Gelagat UMNO-BN ini pasti mengundang ketawa rakyat. Tidak pernah terfikir rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota. Puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk 'standby'. Negara ini dijadikan semacam di ambang perang.

Bayangkanlah 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional hari ini.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails