28 Sya'ban 1432 H | 29 Julai 2011
Sah rancangan ‘Adik & Al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.
Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy.
“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.
“Program Adik & Al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan, dan antara program yang mendapat 'rating' tertinggi di kalangan penonton. Tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.
Sebagai tindak balas dan bantahan kepada TV9 ini, rakyat Malaysia yang prihatin telah melancarkan kempen 'Kami mahu Rancangan Adik & Al Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan'. Sehingga kini laman tersebut telah menarik minat hampir 20,000 orang pengunjung.
Pengunjung melahirkan rasa kesal dan terkilan di atas tindakan 'kebudak-budakan' ini. Rancangan tersebut banyak memberikan kebaikan kepada anak-anak mereka dan mengharapkan ianya tetap diteruskan.
Dipercayai tindakan ini diambil apabila gambar Ustaz Zamri yang menyertai himpunan Bersih 2.0 yang lalu tersebar di internet. Ianya telah dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan tanpa merasa kerugian atas tindakan tersebut.

No comments:
Post a Comment