Friday, July 15, 2011

BERS✔H: Buang Pelajar Kerana Sertai Himpunan, Menteri KPT Perlu Dihadapkan Ke SUHAKAM

Presiden SUARA, Ustaz Firdaus Madzlan yang juga pelajar di Darul Ifta', Mesir telah dikenakan tindakan dibuang dari pusat pengajian tersebut setelah pihak Darul Ifta' mendapat arahan dari pihak Kerajaan Malaysia, blog siasahkini dipetik.

Peristiwa ini adalah suatu perkara yang di luar jangkaan dan di sifatkan sebagai 'kejam' dan tidak 'bertamadun' oleh sahabat-sahabat yang belajar di Mesir melalui pengamatan di wall Face Book masing-masing.

Malah ada di kalangan mereka menyifatkan ia adalah suatu 'kejayaan' yang amat bermakna yang memberi signal ketakutan kerajaan Malaysia terhadap suara mahasiswa dari Timur Tengah, khususnya Mesir.

Sementara itu, sebelum ini, portal rasmi "Education Malaysia Egypt" telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mahasiswa Malaysia di Mesir yang terlibat dengan perhimpunan BERSIH 2.0.



Menurut kenyataan itu, arahan itu dikeluarkan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 Julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 2.0.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordid ssebelum ini telah pun mengeluarkan amaran yang sama kepada pelajar IPT samada dalam dan luarnegeri.

Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi itu jelas bertentangan dengan kenyataan dan pendiran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyatakan perhimpunan Bersihyang diadakan 9 Julai lalu adalah sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Justeru itu tindakan Menteri Pengajian Tinggi berkenaan adalah salah di sisi perlembagaan dan beliau perlu diheret untuk disiasat oleh pihak SUHAKAM.

Kami berpendirian bahawa sesiapa juga termasuk menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan menentang perhimpunan BERSIH dan yang menegah dan menghalang pelajar, kakitangan awam atau mana-mana rakyat Malaysia dari menyertai perhimpunan aman BERSIH, perlu dihadapkan ke pihak SUHAKAM untuk siasatan dan diadukan terus salahlaku mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails